Saturday, November 27, 2010

"Love Bites", Rogol, Seks Bebas, Pil Kuda


Ambil iktibar. Terutamanya ibu bapa. Jangan sampai jadi begini! Saya petik:
Anak kecil berusia 10 tahun di atas dirogol  lelaki 24 tahun. Setelah diberkas polis, suspek disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan ke atas pesalah.

Kakaknya, beusia 14 tahun tersipu-sipu ketika saya temui di rumah mereka di Kampung Lipat Sanggul, Bonggol, Kota Bharu, Kelantan.


"Siapa buat love bites di leher?," soal saya.

"Boyfriend lah," balasnya selamba sambil tersenyum. 

Teman lelakinya berusia 17 tahun dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia.

Manakala di bawah ini gambar perut kakak sulung mereka berusia 16 tahun, masih di bawah umur.


Jam 11.21 pagi tadi dia dibangunkan pasukan polis diketui Ketua Balai Polis Pengkalan Chepa, Cif Inspektor Rostam Ayob bersama 9 anggota beliau.

"Mengandung berapa bulan?," tanya saya.

"Lima," jawabnya ringkas.

Gadis terbabit dilahirkan di Puchong, Selangor dan berpindah ke Kelantan setelah ibu dan ayah didakwa dilanda krisis rumah tangga. Ketika rumah diperiksa, dia sedang tidur manakala ibunya, berusia 34 tahun bekerja di gerai menjual makanan berhampiran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

"Saya dah lebih setahun kenal dengan boyfriend sejak saya pindah ke sini mengikut emak," jelasnya.

Kelihatan berserabut, dia tiba-tiba menjadi sebak sejurus saya menjelaskan kepadanya berhubung Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


"Lelaki mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur samada dia bersetuju atau tidak jika aduan dibuat, lelaki itu boleh dituduh merogol. Perogol adik awak dah kena penjara dan disebat"

Tanpa berlengah dia bangun dan mendapatkan teman lelakinya berusia 17 tahun, sewaktu kami tiba, tidur bersebelahan adik perempuannya di ruang tamu.

"Kenapa selepas ditangkap Jabatan Agama Islam semalam, awak masih tidur di rumah ini?," soal saya kepada teman lelakinya berbaju hijau.


Dia hanya membisu. Lelaki di sebelahnya itu, anak angkat emak mereka dan keduanya mengaku memasukkan dadah jenis metaphetamine atau lebih dikenali sebagai 'pil kuda', kali terakhir 4 hari lalu.


Kedua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kota Bharu untuk menjalani saringan ujian air kencing.


Sebelum teman lelakinya melangkah keluar dari rumah, saya terdengar gadis mengandung terbabit berbisik kepada teman lelakinya sambil air mata bergenang di kelopak mata.

"B! B! Macam mana ni?"

Namun teman lelakinya hanya mampu menundukkan kepala dan melangkah perlahan dengan tangan bergari.

Syahdu nian suasana.

Artikel dan gambar di atas milik blog Mazidul.

No comments:

Post a Comment