Thursday, November 25, 2010

DPPPerak: Majlis RM1 Juta Perak Bagaimana?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup hairan dengan sikap ‘double standard’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak terhadap kes yang lebih kurang sama sepertimana yang sedang berlaku di Negeri Selangor berkaitan penahanan seorang pegawai atasan Yayasan Negeri Selangor berhubung dakwaan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000, baru-baru ini.

Pada bulan Mei yang lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) di bawah pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar telah mendedahkan terdapat kos majlis perasmian yang disalahurus serta disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu termasuk di Pejabat Menteri Besar Negeri Perak yang melebihi RM1 Juta. Tetapi malangnya tiada sebarang dan inisiatif tindakan daripada pihak SPRM di dalam perkara ini sehingga hari ini.

DPPN Pk merasakan seolah-olah ada usaha campur tangan pihak-pihak tertentu menyebabkan kes tersebut disenyapkan begitu sahaja. Sedangkan isu yang sama berkaitan Yayasan Selangor setelah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya.

Manakala di Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika itu hanya mengatakan akan menunggu laporan penuh daripada PAC sahaja. Tidak pula pihak SPRM bertindak menyiasat pendedahan oleh Pengerusi PAC Perak  tersebut serta tiada maklum balas isu tersebut. DPPN Pk berharap pihak SPRM bersikap profesional dalam bertindak tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment