Thursday, November 25, 2010

Dr Sheikh Muszaphar : Mungkin Ada Agenda Peribadi Pihak Tertentu

Mungkin ada agenda peribadi pihak tertentu, itu rumusan bapa kepada angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar mengenai kekecohan yang cuba ditimbulkan menerusi  dakwaan kononnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menaja perkahwinan anaknya.
Dalam sidang akhbar hari ini, Sheikh Mustapha Sheikh Shukur menafikan PKNS menaja majlis itu. Sebaliknya PKNS memperuntukkan RM520,000 bagi membolehkan penubuhan Pusat Penyelidikan Sains & Aeroangkasa di Taman Sains PKNS, Cyberjaya.
Projek membabitkan Syarikat Advanced Science Education Sdn Bhd yang diwakili oleh Dr Sheikh Muszaphar dipersetujui oleh PKNS setelah kerajaan negeri lain menolaknya. 
Justeru, Sheikh Mustapha tidak menolak kemungkinan projek tajaan PKNS itu menimbulkan rasa iri hati di kalangan pihak tertentu sehingga mereka melontar fitnah terhadap PKNS dan anaknya sendiri.  
Rasa dengki wujud. Dari dalam dan luar serta sebagainya. Saya nafi PKNS menaja perkahwinan anak saya. Ini membabitkan cadangan perniagaan yang mendapat respon dari kerajaan negeri dan PKNS manakala negeri-negeri lain menolak.

Ayah angksawan itu mengadakan sidang akhbar setelah PKNS terpalit dengan tuduhan kononnya ia menaja majlis perkahwinan anaknya pada bulan lalu. 
Dakwaan itu turut menjadi tumpuan pada sidang Dewan Selangor minggu lalu. ADUN Hulu Klang Saari Sungib meminta kerajaan negeri supaya menyiasat kebenaran tuduhan itu. 
Dr Sheikh Muszaphar dan isteri kini berada di Makkah menunaikan ibadat haji namun beliau sekeluarga kesal dengan tuduhan itu dan menyifatkanya sebagai tidak bertanggungjawab dan melampau. 
Sheikh Mustapha menjelaskan ikatan kerjasama antara PKNS dan anaknya dimeterai selepas kerajaan Negeri Sembilan menolak tawaran itu. 
"Saya anak Negeri Sembilan, jadi saya berjumpa dengan kerajaan negeri namun mereka tidak mempunyai tanah yang diperlukan. Apabila PKNS dimaklumkan mengenainya, mereka terus menyuarakan minat. Mereka amat dinamis. 
"Setahu saya, PKNS mengadakan MOU dengan Syarikat Advanced Science Education Sdn Bhd dan ini diikuti dengan majlis makan malam bagi meraikan 120 angkasawan daripada beberapa negara. PKNS patut dipuji kerana mengambil inisiatif meningkatkan pendidikan terutama sains aeroangkasa,' tambah beliau.

"Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri amat sedih di atas fitnah yang telah dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini," tambah beliau. 
Sebelum ini, 120 angkasawan itu terbabit dalam program Space Explorers anjuran Kerajaan Pusat. Anaknya, iaitu Sheikh Mustapha, kemudiannya menjemput rakan-rakan angkasawan ke majlis perkahwinannya yang diadakan dalam suasana tradisi Melayu.
Menurutnya, acara pemeteraian MOU itu disusuli acara makan malam meraikan 120 angkasawan dan para pemodal yang berkunjung ke Selangor untuk meraikan pemeteraian itu.
Beliau mewakili anaknya, yang kini berada di luar negara menunaikan ibadah Haji.

No comments:

Post a Comment