Thursday, November 25, 2010

Pekerja berpuak, gaji minimum tak ke mana

Calon timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdul Razak Md Hassan berkata, kesatuan itu gagal mengetengahkan tuntutan gaji minimum disebabkan sikap berpuak-puak di antara pemimpin gabungan kesatuan sekerja itu.

Katanya tuntutan untuk mendapatkan gaji minimum telah menjadi perjuangan MTUC sejak tahun 1999.

NONE"Tetapi hingga hari ini kita tidak nampak hasilnya. Soalnya, bila? (kerajaan akan tetapkan gaji minimum).

"Uar-uarnya sudah banyak kali sehingga menteri sumber manusia sudah berganti banyak kali -- daripada Lim Ah Lek, Fong Chan Onn hingga S Subramaniam," katanya yang juga presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM).

Abdul Razak (kanan) berkata demikian dalam satu sidang akhbar untuk mengumumkan penawaran dirinya bagi jawatan timbalan presiden kesatuan itu hari ini.

Jelasnya, sikap berpuak-puak itu merupakan antara faktor utama ketidakupayaan MTUC untuk mendesak kerajaan dalam tuntutan gaji minimum.

Parti Buruh

Bercakap dalam sidang media untuk mengumumkan pencalonannya hari ini, Abdul Razak juga berkata, keadaan itu menjadikan golongan pekerja naungan MTUC sebagai mangsa.

"Sehingga kini seramai 34 peratus pekerja yang menerima pendapatan RM720 sebulan di mana ini adalah di bawah paras kemiskinan.

syed shahrir and mtuc and workers"Sikap berpuak-puak di dalam MTUC perlu dihakis dan MTUC perlu lebih fokus kepada kebajikan pekerja di negara ini," katanya ketika membacakan satu kenyataan.

"(Puak) kumpulan pertama dipanggil Pakatan Rakyat, kumpulan kedua dipanggil Barisan Nasional," katanya ketika ditanya mengenai puak yang wujud dalam MTUC.

Katanya, beliau memilih untuk tidak menyertai mana-mana kem berkenaan menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan sebagai calon bebas.

"Kita bukan kesatuan sekerja yang hendak wujudkan Parti Buruh tapi hendak bersuara dan selari dengan undang-undang," katanya.

Tiada manifesto bersama
Abdul Razak juga menjelaskan, beliau mengambil pendekatan itu kerana pemimpin sekerja yang bergiat dalam politik kepartian akan berhadapan tekanan dengan kerajaan.

"Kalau hendak duduk dalam politik, kita duduk dalam politik, jangan bermain dengan organisasi pekerja," katanya.

panasonic workers protest 130505Bagaimanapun, beliau tidak akan mengemukakan manifesto bersama untuk bergabung dengan calon bebas lain.

"Saya tidak ada kepentingan politik. Perjuangan saya hanya untuk pekerja," katanya.

Ketika ditanya, Abdul Razak berkata beliau tumpuan beliau kini adalah untuk "memecahkan minda perwakilan" supaya memilih pemimpin "unionist yang boleh buat kerja."

Turut hadir dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini timbalan presiden RUM Mohd Hairuddin Hashim serta setiausaha agungnya Jaafar Alias.

Seramai 500 perwakilan MTUC akan bersidang pada 28 Disember untuk memilih pemimpin tertinggi kesatuan itu.

No comments:

Post a Comment