Sunday, July 10, 2011

KL yang 'GILA' - (13) Himpunan mula mengalir darah ?


Hujan lebat menyukarkan semburan air kimia Polis. Ini menyebabkan polis menjadi semakin bengis terhadap peserta BERSIH. Hadi Awang kini bergerak ke Menara Maybank manakala kumpulan Patriot kini disembur dengan gas pemedih mata di persimpangan jalan Pudu dan Jalan Bkt Bintang. " Ya Allah ya tuhanku lindungi bumi Msia ini dr kekejaman ini, berikan kemenangan kepada hambamu yg ditindas ini....syukur kerana menurunkan hujan., " - rakyat

DSAI dikasari polis, bodyguard anwar dipukul hingga pecah mulut! Tindakan yang dikira biadap dan kurang ajar !. Ayuh!!! teruskan kalian. Biar melimpah umpama air yang tidak mampu disekat. Semakin lama tersekat, semakin kuat kuasa rempuhan. Umno menempah saat terakhir. Jangan mengalah !

hujan rahmat turun mbasahi kl mhapuskan serangan gas + air dr fru....anak2 muda bersih bsemangat mredah hujan mhadapi FRU.

Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah ditahan polis semasa mahu keluar menuju ke Stadium Merdeka. Seramai 600 orang dilaporkan sudah berada di luar Stadium Merdeka sementara menunggu puluhan ribu lagi yang dalam perjalanan dari arah2 yang berbeza. Dimana namanya keadilan ini? Rakyat BERSIH kau zalimi, PATRIOT kau biarkan berdemo tanpa halangan...ini kah DEMOKRASI ?

Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang berada di perkarangan luar KL Sentral dan sekitar Jalan Tun Sambanthan. Mereka berpatah balik ke KL Sentral. Antaranya yang berundur sendiri ialah Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan pemimpin Pakatan. Peserta dari lebuh Ampang sekitar 20,000 orang kini memasuki Dataran Maybank dan menyertai kumpulan yang besar.

Kumpulan Patriot kini hanya tinggal kurang dari 200 orang sebaik sahaja melepaskan diri dari serangan gas pemedih mata polis tadi. Pemimpin PERKASA, mamak yg kuat bunyi langsung tiada kelihatan.



No comments:

Post a Comment