Tuesday, November 6, 2012

Polis Johor buat laporan terhadap M'kini, Insider



Polis Johor membuat dua laporan polis terhadap portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider berhubung laporan mengenai lelaki yang didakwa menghina Sultan Johor dalam laman sosial Facebook.

NONE

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Johor Nor Azizan Anan berkata lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai juruukur bahan itu, ditahan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 7.30 malam, Jumaat lalu bagi membantu siasatan.

"... The Malaysian Insider dan Malaysiakini menyiarkan artikel berkaitan penyiasatan dan penahanan berkenaan pada Sabtu dan Ahad lalu," Nor Azizan dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dilapor dalam akhbar Berita Harian.

"... Polis Johor membuat dua laporan polis berhubung artikel berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 [sic] Kanun Keseksaan."

Ahmad Abd Jalil 2Seksyen 500 adalah peruntukan denda bagi fitnah yang berunsur jenayah yang mana ia boleh ditafsirkan dalam Seksyen 499 (penulisan), 501 (percetakan) dan 502 (penjualan) sesuatu yang berunsurkan fitnah.

Nor Azizan berkata penulis artikel dan saksi yang dinyatakan dalam artikel berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Bagaimanapun tidak dinyatakan bagaimana kedua-dua portal berita itu mungkin melanggar undang-undang.

Malaysiakini melaporkan pada 3 November lalu bahawa Ahmad Abdul Jalil (kiri) telah ditahan polis di bawah Akta Hasutan.

Satu lagi laporan memetik peguamnya sebagai berkata polis sedang mencari beberapa orang lagi berkaitan dengan pos dalam Facebook tersebut.

Mahkamah majistret Johor Bahru mengarahkan Ahmad dibebaskan daripada tahanan reman semalam tetapi beliau telah ditangkap semula di bawah tuduhan yang berbeza, demikian menurut peguamnya. 

No comments:

Post a Comment