Sunday, December 27, 2009

Kuala Sangga yang Mundur..Bukti UBN ULUkan Rakyat..!

27.12.2009 Kuala Sangga : Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dan Datin Seri Fatimah Taat berserta keluarga telah meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai program ziarah penduduk di Pulau Sangga yang mana ia terletak didalam Parlimen Bukit Gantang dan di dalam Dun Kuala Sepetang.Kami menaiki pengangkutan yang disediakan dan berlepas dari jeti Kuala Sepetang kira-kira jam 2.30 petang dan tiba setengah jam selepas itu.

Kuala Sangga merupakan salah satu Pulau yang terletak agak jauh dengan Kuala Sepetang.Majoriti penduduk disana ialah terdiri daripada penduduk berbangsa cina.Kami difahamkan Kuala Sangga telah berusia 125 tahun.Di sana juga ditempatkan 300 biji rumah dan sebuah Sekolah yang mana sekolah berkenaan hanya mempunyai 47 orang murid sahaja.Dato Seri dan Datin sempat meluangkan masa mengelilingi kawasan sekitar bagi melihat kekurangan hidup yang dialami oleh penduduk disana.Dato Seri selaku Ahli Parlimen telah memberikan sebuah tangga bagi kegunaan penduduk disana yang mana ia diperlukan bagi kerja-kerja seharian mereka.

Walaupun Kuala Sangga telah berusia 125 tahun,ia masih lagi tidak mendapat tempat dalam arus kemodenan Negara.Kawasannya yang terpencil seolah-olah dinafikan hak mereka bagi mendapatkan bekalan elektrik yang sempurna.Untuk pengetahuan semua bekalan elektrik disana hnya menggunakan mesin generator yang mana ia menampun keseluruhan rumah dikawasan tersebut.Penggunaan minyak diesel yang menjangkau rm 30.00 sehari juga turut agak membebankan penduduk disana.Untuk itu Dato Seri Ir Hj Nizar telah menyampaikan bantuan kewangan kepada wakil penduduk bagi membantu mereka meringankan beban untuk menampung pembelian minyak tersebut.Pelbagai lagi kisah yang sempat kami kongsikan bersama dengan wakil penduduk yang mana ia memperlihatkan bahawa dalam arus kemajuan Negara masih ada yang hidup dengan kekurangan.

Selepas Dato dan Datin Seri melihat kawasan persekitaran di kuala Sangga,kami bertolak balik ke Jeti Kuala Sepetang.

Mungkin inilah yang dinyatakan UBN Rakyat diULUkan,Pencapaian DiuTAMAKan.. Syabas UBN.
Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 12/28/2009 01:31:00 PM

__._,_.___