Monday, March 15, 2010

DS Nizar Tour de UK/Ireland

KEMATIAN KETUA PEMUDA KELAB PENY0KONG - UCAPAN TAKZIAH DARIPADA PIMPINAN PAS TELUK INTAN




Kematian Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Sdr. Siva begitu mengejutkan ramai pihak. Mendiang dikatakan telah mati ditembak dengan dua das tembakan semasa bekerja di Langkap.

Bagi kami di Teluk Intan, Sdr. Siva adalah tidak asing lagi walaupun mendiang merupakan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pasir Salak. Mendiang sering menghadiri ke program-program sama ada anjuran DHPP Teluk Intan ataupun anjuran PAS Kawasan Teluk Intan sendiri. Malah hubungan mendiang dengan pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan begitu baik.

Bagi ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, beliau berasa amat sedih dan terharu akan kematian mengejut Ketua Pemuda DHPP ini yang telah ditembak oleh orang yang tidak dikenali di Langkap. Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Bagi YB Anuar, pemergian mendiang sangat dirasai dan merupakan satu kerugian besar kepada PAS dan Pakata Rakyat. Jasa mendiang begitu banyak dan akan sentiasa dikenang.

Bagi Sdr. Ahmad Kabir Mahdin yang merupakan Ketua Lujnah Perpaduan Nasional PAS Teluk Intan pula, beliau berasa amat sedih apabila mendapat tahu akan kematian mengejut Sdr. Siva. Beliau yang juga merupakan Naib YDP PAS Teluk Intan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap keluarga mendang banyak bersabar menghadapi ujian besar ini.

ar_rawa

Alfatehah- Kembalinya seorang pejuang Islam PAS Bukit Gantang.

iDS Nizar pernah melawat Cikgu Abdul Samad pada 2 Januari 2010.
Jenazah Allahyarham Hj Abdul Samad,seorang pejuang Islam Bukit Gantang di Hospital Daerah Taiping.


PAS Bukit Gantang kehilangan seorang tokoh .Cikgu Abdul Samad Abdul Rani Naib Yang Dipertua PAS Bukit Gantang ,berusia 56 tahun kembali kerahmatullah pada pukul 4.30 petang tadi.

Allahyarham Hj Abdul Samad Abdul Rani seorang aktivis PAS sejak muda lagi.Pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Sungai Siput(U),Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang,jawatan terakhirnya NYDP Pas Bukit Gantang.

Allahyarham seorang Guru Cemerlang, berkhidmat di sekolah terakhir SK.Toh Johan,Trong.

Solat Jenazah dijangka berlangsung di Masjid Changkat Ibol, pada pukul 11 pagi, 16 Mac 2010.

Sahabat handai yang ingin ziarah,bolehlah pergi ke Kg Changkat Ibol.

Sunday, March 14, 2010

"Mengapa YB Hamidah buat kami begini,


Beginilah sukarnya penduduk Kampung melakukan Gotong-royong Projek Air Paip Percuma apabila peruntukan yang dijanjikan tidak kunjung tiba...




Hanya kerana marahkan Penduduk Kampung yang menerima sumbangan RM5000 daripada Wakil Rakyat mereka iaitu YB Chang Lih Kang dari Pakatan Rakyat,maka rata-rata penduduk Kg Sg Itek menanggung kesusahan apabila peruntukan untuk projek air percuma di kampung itu berjumlah RM10 000 tidak diberi oleh YB Hamidah seperti yang telah dijanjikan.

"Mengapa YB Hamidah buat kami begini,sedangkan beliau adalah ketua Umno Bahagian Gopeng dan ADUN Sg Rapat merangkap Exco kanan Kerajaan Negeri,YB perlu ingat bahawa rata-rata penduduk kampung ini adalah berkeahlian Umno," jelas En. Ibrahim selaku Bendahari projek air paip percuma ini.

"Oleh kerana beliau tidak mahu memberi peruntukan tersebut,maka kami penduduk kampung berpakat dan bersetuju agar projek tersebut dibuat secara bergotong-royong dan dana yang tidak mencukupi itu terpaksalah dikutip dari penduduk kampung yang miskin dan susah,"tegas beliau lagi

"Kami memberi masa seminggu kepada YB Hamidah,dan sekiranya peruntukan seperti yang dijanjikan tidak juga diterima maka kami akan membuat kenyataan media,kini rata-rata penduduk kampung semakin marah dan kecewa dengan sikap seorang pimpinan Umno yang selama ini kami sanjung dan percayai sanggup memperlakukan penduduk kampung sebegini rupa,"katanya lagi.

Bai : Wa pun hairan juga..dua hari lepas ada di masukkan kisah ini dalam Sinar Harian tapi tak sebut langsungpun yang YB Hamidah tak bagi duit tu lagi..mungkin Sinar Harian dah tukar jadi Sinar Umno kut..sebab dalam edisi hari tu juga ada dipaparkan gambar YB Hamidah bagi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Ara Payung Bt Gajah siap cerita panjang-panjang yang memuji Yb Hamidah.

Artikle asal : Tengok ni..Berat Bahu Memikul..Berat Lagi Menanggung Kemarahan YB Hamidah..

--
Posted By Luna and Thatguy to Dunia Berwarna Luna Version 2 at 3/10/2010 07:25:00 PM

AMK BAYAN BARU Serah Patisyen Rakyat mendesak Z...


Sebahgian dari Jawatankuasa PKR Cabang Bayan Baru
Antara pengundi yang menandatangan patisyen untuk mendesak Zahrain letak jawatan Ahli Parlimen

Sidang media PKR Cabang Bayan Baru oleh Pemangku Ketua Cabang Sdr Tan Seang Keat

Pemangku Ketua Cabang Bayan Baru Sdr Tan Seang Keat telah memberi mandat kepada Ketua AMK Cabang Bayan Baru Sdr Azrizal Tahir untuk menyerahkan patisyen kepada Zahrain

Sd Azrizal bersama rombongan sedang menuju ke tempat prog nak serah petisyen


Minta laluan untuk serah petisyen- Berbudi Bahasa amalan kita


MP Bayan Baru mcm tak mau terima tapi terpaksa pasal ramai reporter kot

Pak Muhsin angin sudah naik kerana telah di halau panel2 dalam program tersebut kerana beliau tidak setuju dengan zahrain dan gpms..ini menunjukan ke tidak profesional nya panel2 dalam program tersebut,mereka tidak dapat menerima pandangan rakyat lalu menghalau penduduk keluar

Selesai serah, tu dia banner

Pada 13 hb Mar 2010 saya diberi amanah oleh Pengurusan Cabang Bayan Baru untuk menyerahkan petisyen minta MP Bayan Baru Meletakkan Jawatan. Sejumlah 2018 helaian petisyen yang ditandatangani oleh pengundi parlimen Bayan Baru telah diserahkan dalam satu prog dialog dengan NGO Islam yang dipengerusikan oleh Shah'hedan Ayob Shah Pengerusi Perkasa Balik Pulau.

Turut kelihatan dalam prog tersebut ialah orang kanan MP Bayan Baru Sdr Ismail Ali dan Annuar Ismail.

Rombongan yang disertai oleh Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Bayan Baru, AJK Cabang Keadilan Bayan Baru dan Ahli PAS dari Kawasan Bayan Baru tiba pada jam 4pm dan terpaksa menati hampir 30 minit sblm berjaya menyerahkan petisyen tersebut.

Ini keran ketika sampai prog sudah berjalan dengan Pengerusi GPMS Sdr Jais Abd Karim sedang menyampaikan ucapan dengan mencabar Ketua Menteri untuk berdebat bukan dengan budak-budak hingusan dari AMK, DPPNPP dan DAPsy. Beliau dengan lantang mengkritik kepimpinan PR Pulau Pinang.

Beliau mahu debat diadakan kononya ditempat yang bebas bukan di Kubu PR. Heheheheh kita dah jemput dan dia setuju tapi hari ni cabar plak......Sudah laaaaa.....Berapa ramai melayu Pulau Pinang duduk dalam GPMS.....
lagi berita dan gambar di sini dan di sini

Ahli Parlimen Bebas Diberi Tempat Khas

Sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Isnin ini akan menyaksikan tujuh Ahli Parlimen Bebas diletakkan dalam satu kelompok di Dewan Rakyat.
Mendahului kedudukan Ahli Parlimen Bebas itu ialah Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang akan duduk di barisan ke-3, diikuti Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) di barisan ke-4 di blok F.
Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun pula akan berada di barisan terakhir blok berkenaan bersama-sama dengan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu).
Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, berkata kedudukan baru Ahli Parlimen Bebas itu sudah mendapat kelulusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Bagaimanapun, kedudukan Ahli Parlimen Bebas itu masih tertakluk kepada perubahan seperti kemungkinan beralih kerusi," katanya pada taklimat kepada media mengenai persiapan menjelang Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 di sini, semalam.
Roosme berkata, mesyuarat Parlimen itu akan berlangsung selama 32 hari, dari 15 Mac hingga 15 April depan dan 11 hari (26 April hingga 6 Mei).
Tuanku Mizan yang menyempurnakan istiadat pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen itu akan turut bertitah di Parlimen sebelum titahnya dibahaskan selama tujuh hari, manakala tempoh empat hari diperuntukkan kepada menteri Kabinet untuk menjawab perbahasan.
Selain tujuh wakil Bebas, persidangan Parlimen kali ini menyaksikan 137 kerusi adalah wakil Barisan Nasional (BN) manakala 78 kerusi wakil pakatan pembangkang.
- tv selangor


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!! , SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!! ! "

--
Posted By keADILan Bayan Baru™ to keADILan Bayan Baru™ at 3/14/2010 08:59:00 AM

“Saya bukan pengkhianat”...

GEORGETOWN - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim tidak gentar kepada tekanan ahli Pakatan Rakyat (PR) agar melepaskan jawatan itu setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebulan lalu.

Beliau yang kini menjadi wakil rakyat Bebas menegaskan tidak perlu berbuat demikian kerana dipilih oleh pengundi Bayan Baru dan ahli PKR atau PR tidak berhak mempertikaikannya kerana ia bukan isu parti atau politik.

"Ada yang anggap saya sebagai pengkhianat kepada pengundi Bayan Baru apabila keluar PKR. Itu bukan satu kebenaran.

"Jika saya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen, barulah saya boleh dianggap mengkhianati pengundi," katanya kepada media selepas melawat dan memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Sungai Nibong Tengah di sini, semalam.

Menurutnya, ahli PKR janganlah terlalu bangga atau mendabik dada kononnya kemenangan yang dikecapi dalam pilihan raya umum lalu disebabkan mereka kuat atau mendapat sokongan rakyat.

"Dalam pilihan raya lalu, saya mendapat 27,000 undi. Ia bukan semata-mata atas nama PKR atau saya sendiri tetapi pada masa itu rakyat marah pada UMNO. Ini salah satu faktor saya atau PKR mendapat begitu banyak undi. Ini perlu difahami oleh ahli PKR.

"Ingin saya tegaskan bahawa rakyat mengundi bukan disebabkan mereka sayang sangat kepada PKR tetapi kerana marah dengan UMNO. Selain itu, saya diberi undi berdasarkan khidmat dan pengorbanan saya kepada penduduk Bayan Baru ketika memegang jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang," katanya.

Sungguhpun begitu, beliau akan tetap memperjuangkan kebajikan penduduk Bayan Baru dari segi pembangunan dan ekonomi yang seimbang kerana itu menjadi tanggungjawabnya.

"Apa jua rintangan, saya tetap meneruskan tanggungjawab sebagai ahli parlimen untuk menyuarakan suara rakyat di parlimen atau mana-mana pihak lain. Saya akan jaga semua tanpa mengira mereka menyokong saya atau tidak.

Ditanya sama ada sedia menerima tawaran UMNO atau BN, beliau berkata tidak kerana masa kini UMNO pun bermasalah dan ia jelas dalam pilihan raya lalu.
- Sinar Harian
* p/s - adoiyaii..!! ! hang bukan pengkhianat? abeh tu sapa pengkhianat? pengundi Bayan Baru yang pengkhianat? enna daa batchaa...? soru elek, putu paelekk...citt. .ammakk.. enna sorey batchaa...?? ?

--
Ahakksss.... ..
http://bloghijat. blogspot. com/

Zahrain Terbakar...!!!

bersikap pura-pura walaupun pahit...kah kah kah...(yang betoinya, Berkatalah BENAR, walaupun PAHIT...!!! ~ timakaseh budak selayang pinjam kata2 hikmat...)
GEORGETOWN: The seven MPs who left their parties recently may set up an "Independent Caucus" and use it as a platform to continue with their political struggles and service to the people.
Bayan Baru MP Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim said the caucus would comprise like-minded representatives with shared concerns.
"I will meet up with the six other MPs as soon as Dewan Rakyat convenes on Monday (tomorrow) to moot the idea of the caucus," he said after a lecture on The Future of the Malays at Bangunan Tabung Haji in Bayan Lepas yesterday.
The six MPs are Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) and Eric Majimbun (Sepanggar).
He added that as independents, the MPs would have the freedom to support sound policies that would benefit the people.
"We will not be obliged to support policies which we feel will not benefit the people as we are no longer aligned to our former political parties."
Zahrain said the setting up of the caucus would also provide an alternative to the people so they would be able to decide if they preferred a two-party system or an open system.
"The caucus will serve as an alternative or a third force," he added.
Asked on how he felt about attending the parliament session as an independent after two years as PKR MP, Zahrain said he was ready and was compiling issues to raise during his speech.
The lecture was earlier interrupted when Bayan Baru PKR Youth chief Ahmad Azrizal Tahir walked in to hand Zahrain a memorandum containing 25,000 to 30,000 signatures of constituents in Bayan Baru seeking Zahrain's resignation as MP.
Ahmad Azrizal said the constituents felt cheated by Zahrain who had contested on a PKR ticket.
At another function, Zahrain quashed talk that he was biding his time before rejoining Umno.
The former Tanjung Umno division chief said he would stand by his decision to remain as an independent despite receiving invitations from Umno leaders to rejoin the party.

- dari Malaysiakini pulak...

Ahli parlimen Bayan Baru yang keluar PKR baru-baru ini dan menjadi calon Bebas, menerima kejutan hari ini (Sabtu) apabila menerima petisyen yang mengandungi 2,108 tandatangan, mendesaknya mengosongkan kerusinya sebelum Dewan Rakyat bersidang mulai esok.

"Ramai yang merasa tertipu dengan tindakan Zahrain keluar parti, jadi kita terpaksa menghantar mesej ini kepadanya," kata Sim yang juga timbalan ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang.

"Saya diberitahu yang Zahrain terperanjat dan pucat sewaktu menerima petisyen tersebut, tetapi beliau tetap menerimanya, " katanya.
- Star melaporkan jumlah petisyen yang sebenar telah diserahkan.. .akhbar serta media lain melaporkan yang sebaliknya.. . Undur Zahrain..!!! Letak Jawatan Segera...!!! Terbakaq la dia..program anjuran GPMS pun AMK dapat bau dan masuk teruih bagi Memorandum / Petisyen kat dia...Pucat Lesi dan terpaksa la terima jugak memandangkan reporter dah kerumun...mungkin jugak nak jaga MP Bebas punya 'water face'... baru hang ada akaiii...

sumber gambaq dari blog kerani-opis, lanun merdeka & kasi pecahh laaa... tocyey semuaa...

--
Ahakksss.... ..

http://bloghijat. blogspot. com/

Zahrain..!!! Letak Jawatan...

Keputusan TM Liga Super 13 Mac 2010
Kedah 0 vs 1 Negeri Sembilan
Terengganu 2 vs 0 Pahang
Perlis 0 vs 2 Kuala Lumpur
Perak 2 vs 0 T-Team
Pulau Pinang 0 vs 5 Johor FC
Johor 1 vs 0 KL Plus

- biaq pi la...
* p/s - Dulu masa dok dalam Pakatan Rakyat boleh la hang nak lobi jawatan Presiden dan bila dah dapat kata la nak majukan sukan bolasepak Penang...nih, piii rahhhh...apajadah yang hang dah buat? prestasi pemain pun dok 'down' gila-gila..bukan lagi bersemangat. ..takdak semangat ke'Harimau Kumbang'an sunggohhh... Letak la jawatan Presiden FAP tu... Kira dok kena 'belasah' saja skuad Penang ni, tengok! Semalam pun kena belasah 5-0.. Dengaq kata jersi Penang pun dah ada cop '1Mesia'...? ?? Aku taktau, dah bertahun-tahun tak kelapaq nak p tengok bola kat stadium...

Siapa pengkhianat dan petualang agama, bangsa d...


Parti perkauman Umno masih giat lagi bermain dengan isu –isu panas perkauman dan menghidupkan api assobiyyah melalui platform lain ( NGO perkauman ) iaitu; Perkasa dan GPMS yang menebal assobiyyah kaumiyyahnya yang menyokong sentimen perkauman Melayu Umno dan mengapi-apikan DAP sebagai anti Melayu untuk meraih undi Melayu pada PRU 13 nanti ; dengan menolak PAS kerna tahaluf siasi dengan DAP.

Politik mutaakhir ini mempamirkan penolakan rakyat ke atas perjuangan yang bernaunsakan assobiyyah( kebangsaan ) dan kaumiyyah ( perkauman) yang dipelupori UBN. Namun , rata-rata pengundi Islam masih lagi termakan umpan Umno kononnya PAS adalah alat DAP dan tersasar daripada siasah Islam . Sekitar 70 % orang Islam masih lagi ada elemen assobiyah dan perkauman Melayu yang memenangkan calon Umno dan mengalahkan calon PAS dan PKR yang berugama Islam.

Ini bererti hanya sekitar 30% sahaja pengundi Islam yang memahami konsep Islam sebagai “ Rahmatan lil ‘alamiin ‘ . Sebaliknya pengundi bukan Islam yang boleh menerima konsep tersebut dan polisi ‘Justice For All “ dan “ PAS FOR ALL “ sehingga lahirnya di dalam PAS sendiri; Dewan baru yang diberi nama Kongres Penyokong PAS ; membuktikan bahawa Islam memang sistem yang paling kondusif untuk masyarakat majmuk yang memberikan keadilan sejagat , kemakmuran dan kedaimaian ummah.

Sebaliknya, Umno dan BN hanya hidup dengan isu perkauman ; Umno tipu Melayu, MCA tipu Cina dan MIC tipu India . Siapakah yang buang kuasa raja, Bahasa Melayu dan biasiswa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan? . Siapakah yang mengkhianati Perlembagaan Persekutuan ? PAS kah ? DAP kah Bukankah Umno ? ; MELAYU TIPU MELAYU di atas nama Melayu DEB ; memfaraidkan saham bumiputra untuk kroni elit Umnoputra! Yang terkini merompak emas hitam kepunyaan bangsa sendiri demi kepentingan kroni dan politik rakus suku-sakat mereka .

Bangsa boleh disayangi tetapi bukan sebagai teras atau tonggak perjuangan kerna TERAS PERJUANGAN adalah ISLAM; yakni Kitabullah dan Assunnah bukan perkauman . Naik Islam maka naik secara otomatis bangsa yang mendukung Islam seperti bangsa Parsi yang digeruni Amerika ; mengusir thoghut Shah dan mustakbirin Amerika ! Bahkan digusari CIA dan KGB .

Ini bukti kehebatan Islam. Mana bangsa Arab .? diratahi yahudi dan nasoro kerna assobiyyah Arab yang ditegakkan; bukannya Islam sebagai ‘ Ad –Deen waddaulah ‘ dan ‘ Ad-Deen Wa Syariah “ dalam menegakkan agama dan panji-panji Islam dan memerintah dunia dengannya .

Justeru itu .bukan Islam hendaklah didekati melalui Kongres Penyokong PAS yang sama taraf dengan semua Dewan dalam PAS. Cuma mereka tiada boleh diundi atau mengundi ; tetapi, mempunyai suara dalam Muktamar dan wakil di peringkat pusat .

Sementara fahaman assobiyah –kaumiyyah tajaan Umno hendaklah di tangkis secara bijaksana supaya 70% orang Islam yang dikelirukan Umno itu dapat memahami siapakah sebenarnya PENGKHIANAT AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR agar ummah tiada tertipu lagi dengan retorik SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR ) dan JTR ( JUARA TIPU RAKYAT )

Tegakkanlah roh panji Islam di dalam diri anda, famili, dan komuniti anda, insyaAllah akan tertegak negara “ nafi deenilah hi afwaja “ di dalam negara anda. Yang ada hanyalah Allah dan Rasul sahaja. Tiada ‘ Tuhan Melayu” “ Tuhan Arab” atau “ Nabi Melayu” atau “ Nabi Arab” tetapi hanya wujud “ Rabbil ‘alamiin” ( Tuhan semesta alam ) dan “ Rahmatan lil ‘alamiin” ( Muhammad rahmat kepada sekalian alam ).”One World “ ( Satu Dunia ) , “ One Soul “ ( Satu Nyawa: Adam ) and “ One Creator” ( Satu Maha Pencipta ) bukannya SMS ( Satu Malaysia Sekular ) .

Keamanan dan kedamaian akan tertegak di mana –mana juga apabila sentimen perkauman yang diapi-apikan parti perkauman Melayu Umno bisa dihapuskan dengan Univesalitas Sejagat tanpa batasan geografi , kaum, etnik dan agama. Umno gagal untuk melaksanakan obligasi politiknya kepada umat Islam dan warga Malaysia pada keseluruhannya.

Umat Islam di Pulau Pinang yang terpinggir dan tertinggal itu dihebuhkan kononnya angkara PAS bertaluf siasi dengan DAP yang baru setahun jagung memerintah . Selama ini , lebih daripada lima dekad , siapa yang memerintah Pulau Pinang ? Bukankah Umno dan Gerakan . PAS dan DAPkah yang meminggirkan umat Islam?.

Kecurian wang emas kepunyaan umat Islam dan warga Terengganu dan Kelantan yang difaraid antara kuncu-kuncu kabel politik Umno yang meminggirkan Terengganu antara negeri yang termiskin di Malaysia . Angkara petualangan siapa? Walhal Terenganu kaya dengan emas hitam ! Bagaimana, bisa menjadi miskin?

Hak umat Islam dan warga Kelantan sebanyak RM 2 BILLION dirompak oleh Umno dan hutang emas hitam semasa yang belum dilunaskan bahkan di samun dan disonglap sebanyak RM 600juta seperti kata Husam dikhianati oleh petualang Umno yang kononnya dikatakan berjumlah semuanya RM20juta sahaja. Satu penipuan yang ketara oleh Umno.

Bahkan Ku Li kata Kelantan adalah Negeri yang terkaya di Malaysia dengan anugerah Allah emas hitam tersebut . DAP kah yang menghalang ? PAS kah yang menghalang? Siapakah sebenarnya petualang Agama , Bangsa, dan Tanah Air !?.

Umno menjaja api perkauman Melayu dan memburukkan imej dan reputasi PAS-DAP kerna untuk menutup kegagalan Umno untuk memertabatkan agama. bangsa dan tanahair. Terbukti tahaluf siasi PAS – DAP- PKR dalam PAKATAN RAKYAT adalah lebih baik daripada Umno-MCA-MIC yang bernausakan perkauman dan kronisma .
Guan Eng hapuskan kabel kronisma dan hanya gunapakai kabel komputer sahaja . Siapa layak dia dapat tanpa mengira kaum atau parti . Inilah yang dibenci oleh kontaktor –kontraktor Melayu yang tiada layak yang selama ini pakai kabel politik . Bahkan fitnah anti DAP-PAS dan perkauman oleh Umno akhirnya makan diri balik apabila data rasmi e-TENDER TERBUKA terbukti dimenangi oleh 70 peratus dari kalangan Bumiputra.

Siapa sebenarnya perkauman dan siapa sebenarnya petualang bangsa , agama dan tanah air. Bahkan bajet Kerajaan Pakatan Pulau Pinang memperuntukkan jumlah yang besar kepada institusi Islam , SAR dan para hufaz lebih daripada Umno berikan.

Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan diakui oleh Akauntan Negara dan International Transparency sebagai ‘ GOOD GOVERNANCE” dan Kelantan diiktiraf sebagai “ ZIFAR KORUPSI” . Ini membuktikan ISLAM BOLEH dan Kelantan adalah model SATU MALAYSIA sebenarnya yang tiada korupsi , tiada kroni dan tiada perkauman . ‘ PAS FOR ALL’ and “JUSTICE FOR ALL “ bukan untuk Ananda Krishan, Vincent Tan dan Mukhriz sahaja./Nash Arrawy 


Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 3/14/2010 05:27:00 PM

Najis dan suaminya akan diheret ke mahkamah - K...


Ketua Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor ke muka pengadilan bagi menjawab pembabitan mereka dalam Konspirasi II terhadap Ketua Umum KEADILAN.

Menurutnya lagi kejahatan pasangan suami isteri itu yang enggan memberi kerjasama dalam kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan mereka berdua adalah bersalah kerana takut menjadi saksi sapina kes tersebut.

"Saya akan terus mengheret kedua-dua mereka ke mahkamah sebagai saksi dan akan terus memaksa mereka untuk berterus-terang berhubung kes tersebut.

"Kejahatan Umno-BN tidak dapat dibendung lagi berikutan mereka sentiasa merancang untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat yang semakin mara dan diterima rakyat," tegas Pengerusi Kebangsaan DAP itu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga turut menyifatkan tindakan Umno dan Pergerakan Pemudanya membuat puluhan malah ratusan laporan polis terhadap beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat bakal mendatangkan kecelakaan kepada Umno dan sayap pemudanya kerana mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan kekuatan dan perpaduan Pakatan Rakyat.

Karpal berkata selagi beliau dan barisan peguam Pakatan Rakyat terus menentang selagi itulah Umno tidak akan berjaya menindas melalui undang-undang zalim yang dicipta oleh Umno.

"Umno-BN dan Pemudanya cukup celaka kerana mereka tidak sedar siapa yang mereka cuba lawan.

"Mereka tidak mampu melawan singa-singa garang Pakatan Rakyat yang tidak akan berdiam diri dengan kezaliman dan kejahatan Umno untuk merosakkan Pakatan Rakyat," jelasnya semasa ceramah sempena ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat di Tapak Expo Seberang Jaya Rabu lalu.

Berhubung sokongan pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Anwar, Karpal berkata persoalan siapa Ketua Pembangkang tidak timbul sama sekali kerana perkara itu telah dipersetujui sebulat suara untuk mengekalkan kedudukan beliau.

"Kami Pakatan Rakyat akan sentiasa memberi sokongan kepada Anwar dan bukannya seperti pengkhianat- pengkhianat parti yang menolak Anwar atas sebab gilakan duit haram.

"Saya akan terus mencabar pengkhianat- pengkhianat yang keluar parti agar melepaskan jawatan jika mereka fikirkan rakyat masih terus menyokong mereka selepas pilihan raya baru diadakan," katanya lagi. /bronaj


Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 3/14/2010 05:39:00 PM 

Umno dan Perkasa sedang bergeser hanya semata-m...


Ini adalah suratkabar tabloid pro Umno Era Baru yang terbaru bil 272 yang memetik tulisan SPY LEMAN untuk dijadikan berita utama akhbar tabloid berkenaan.

Tulisan muka depan akhbar berkenaan mengecam pentadbiran zaman mantan PM Tun Abdullah dengan berkata;

"Di zaman pentadbiran Tun Lah serta Khairy ,Umno dilihat amat lemah di dalam menjaga hak-hak Melayu serta memartabatkan taraf bangsa Melayu di negara ini.Mungkin ini disebabkan oleh sindrom "zzz" Tun Lah dan juga kerakusan "berbisness" oleh menantunya ketika itu".

Akhbar berkenaan juga yang pro mantan PM Tun Mahathir puji melangit aka kejayaan Tun Mahathir yang turut mengatakan Umno dah busuk hingga ke ususnya.Nampaknya Umno dah berpecah teruk sekarang ini.Nampaknya dalam Umno ada banyak puak yang bertelagah sekarang ini hanya tunggu masa nak meletup.

Tulisan berkenaan pada muka surat dua pula mempertikaikan sikap Umno yang seolah-olah bagi ruang yang cukup besar kepada Perkasa untuk berjuang Melayu hingga macam Umno dah tak lagi berjuang Melayu.Kerja nak berjuang Melayu dicuri oleh Perkasa.

Kata penulis tersebut dalam akhbar tu lagi;
"Kini peranan Umno telah banyak diambil alih oleh Perkasa di dalam menyuarakan hak bangsa Melayu dan juga memperjuangkan martabat Islam di negara ini.Apakah pemimpin Umno tak berasa malu dengan situasi ini"?

"Jika kini PRIBUMI PERKASA NEGARA sudah mengambil alih 70% tugas yang patut dilakukan oleh Umno itu sendiri, apalagi yang tinggal kepada pemimpin-pemimpin Umno"?

Memang betoi la Melayu Ibrahim Ali Lawan Melayu Umno.Umno dan Perkasa sedang bergeser hanya semata-mata nak tunjuk kejantanan sapa lebih hebat dalam berjuang untuk Melayu.Mungkin Umno pun dok risau takut nanti banyak pula projek kerajaan melimpah kepada Brahim Ali.Depa rebut projek atau rebut nak berjuang Melayu?Sapa berjuang ,melalak kuat pasal Melayu dialah yang akan dapat projek banyak.misaimerah


Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 3/14/2010 07:11:00 PM 

Lor.... Makan Nasi Bungkus je ke....

MasyaMasyaMasyaALLAH..inilah bukti pemimpin islam. Tak malu untuk makan nasi bungkus. di khalayak ramai. Inilah ciri pemimpin islam.

Tidak menunjuk-nunjuk dan bukan sentiasa membanggakan diri. Tidak memperlekehkan orang lain hatta musuh politik sendiri.

Semoga ALLAH terus lahirkan ramai lagi pemimpin yang berjiwa islam sebenar.

Bukannya menggunakan islam demi kepentingan periuk nasi dan nama.

Dalam kehidupan di dalam kegemilangan, masih utuh nilai kesederhanaan yang diajar oleh islam./tunhisyamuddin

Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 3/14/2010 10:02:00 PM 

5 Janji Anwar yg tidak akan dapat dilaksanakan oleh mana-man...


 

1.Saya akan mendirikan Malaysia sebagai NEGARA MADANI yang menjamin keadilan untuk semua rakyat, menjunjung prinsip-prinsp perlembagaan, mengukuhkan institusi kehakiman dan mengangkat darjat kemulian insan, kebebasan dan haknya.

2. Saya akan melaksanakan AGENDA EKONOMI MALAYSIA agar ekonomi Makaysia muncul kembali menjadi setaraf dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan; menjamin keadilan sosial supaya tidak ada kelompok atau kaum yang terpinggir dan mundur.

3. Saya akan menyusun semula pasukan polis untuk menjadikannya badan MENCEGAH JENAYAH yang berkesan bersama agensi penguatkuasaan lainnya supaya bebas dari pengaruh politik dan rasuah.

4. Saya akan MENGURANGKAN BEBAN HIDUP rakyat dengan menurunkan harga minyak; tol dan lain-lain tariff; membekal barang keperluan yang mencukupi dan memperjuangkan gaji minima sebanyak RM 1500.

5. Saya akan mencipta HARAPAN BARU UNTUK MASA DEPANMalaysia dengan menjamin pendidikan percuma dan menjadikan mutu sekolah, kolej dan universiti di Malaysia yang terbaik di rantau Asia Tenggara.


--
Posted By zul mamak png to N37 Batu Maung at 3/14/2010 11:06:00 PM

Friday, March 5, 2010

Mohsin,Lembu/Kambing dan Lirik Puaka..


"Gua dah "lepas tangan"...Jangan tanya gua apa nak jadi dengan pengundi di Bagan Serai..tanya pasal lembu/kambing... itu ok.."

Sesiapa yg membaca tajuk muka hadapan "Perosak Fikiran Rakyat" hari ni tentu tertanya-tanya dari mana datangnya idea utk Mohsin memberi alasan kenapa beliau keluar dari PKR dan seterusnya membuat "lompatan bebas"..
Adakah ini skrip yg ditulis oleh "jemari syaitan"..atau datang dari "madah pujangga" gerombolan Puaka Rambut Keras..

Rasanya tidak pernah terlintas dihati Mohsin utk mengeluarkan kenyataan penuh bersifat akedamik dan hanya layak dilafazkan oleh pensyarah-pensyarah universiti atau profesor-profesor tersohor..dan amat janggal pengembala lembu/kambing yg terjun ke arena politik secara bidan terjun ini lancar melafazkan kenyataan terbaik dan terbagus ditahun 2010..

Dan ternyata dengan kesilapan-kesilapan yg dialami oleh Mohsin ketika membaca "lirik ciptaan puaka" itu..menceritakan segalanya..dan ramai yg sudah dapat menilai..samada Mohsin sudah dijampi atau sudah diberi nasi kangkang..

Hati ini langsung tidak merasa kecewa dengan tindakan yg dibuat oleh Mohsin...apatahlagi setelah mendapat gambaran sebenar "penggerak utama" yg menggerakan hatinya serta lafaznya utk menjerumuskan dirinya ke lembah kehinaan dan caci maki dr pengundi beliau yg memangkahnya di Bagan Serai..

Umum tahu..pengundinya yg paling kecewa bukanlah 100% ahli PKR..tetapi ahli PAS..

Remuk hati mereka...jangan katakan ahli PAS di Bagan Serai.ahli PAS di Kulim Kedah pun melafazkan nada penuh kecewa..

Dan yg paling remuk hati,kecewa jiwa merana,malu semalunya sudah tentu Ust Ahmad Awang...

Episod kekecewaan yg dialami oleh Ust Ismail Nuh di Pasir Mas angkara durjana Berahim kini Ust Ahmad Awang sendiri dapat merasainya...diatas tindakan durjana Mohsin..

Dan tidak salah bagi Ust Ahmad Awang mengadu kekecewaanya kepada Yang Maha Kuasa selama 7 hari 7 malam...

Disebalik isu Mohsin sudah "bebas"..rasanya tidak perlu dipersalahkan Mohsin 100%...cerita Mohsin ini macam kisah percintaan terlarang la jugak..kalau tepuk sebelah tangan mana nak bunyi..

Kucing..kalau dihulurkan ikan tak gigit pun... tobat dia mesti cium jugak...

Diatas kekecewaan serta kegagalan projek kambing maka terpaksala korbankan prinsip perjuangan..

Nak buat macam mana..

Dulu bole la meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta..

Sekarang meniaga lembu/kambing lagi untung dari meniaga menjaga undi manusia..

Sebab tue la "Aiman@Mohsin tak kisah" jadi "bebas"..janji bole ternak lembu/kambing balik dan dapat pencen Ahli Parlimen..

Janji sudah ditepati..pekakan telinga lari sekejap ke Putrajaya..bila keadaan sudah reda..Bagan Serai sudah layu..lain isu sudah masuk..isu "bebas" sudah basi.."Aiman@Mohsin tak kisah" balik kampung tengah malam atau keluar kampung sebelum subuh...

Buktikan dah ada didepan mata..sebab tue la "Aiman@Mohsin tak kisah" jadi "bebas"..

Behrang n Changkat Jering senang lenang apa..apatahlagi Jelapang..so xsalah la Bagan Serai join sekali..follow ja apa yg dibuat mereka..panas balik..lari balik ke Putrajaya..bole lepak kat hotel..seminggu dua..makan free ..tido pon free..duit masyuk lagi..fuh!! buat apa nk pikirkan masalah parti atau rakyat..

So..buat Mohsin..lu pikir la sendiri nak jawab apa kat Padang Mahsyar nanti..

Lu tau ka...Lu dh luka-kan hati seorang Ulama.....Ustz Ahmad Awang...

Lu ingat Ustz Najib tue lagi bagus dari Ust Ahmad Awang ka....lu pikir la sendiri..lu tanggung la sendiri...kalau lu berani dan kata lu benar..kita tunggu hari kelapan..kita tengok siapa yg "Kena"..!!!

Harussani Tokok-tambahkan Cerita - Ust Ahmad Awang


Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.


Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.
- malaysiakini


Dari Blog Ust Ahmad Awang
entri bertarikh 19 Jun 2009


Pengalaman Saya Di Perak

Di Perak, UMNO mengajak PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN. Alasannya ialah alasan yang sama dijadikan hujah apatah lagi UMNO/BN yang memenangi 28 kerusi hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu. Ini bermakna jika PAS menyertai UMNO/BN, kononnya terbentuklah kerajaan yang didukung oleh 97% Melayu Islam. Dengan ini berlakulah satu sejarah dalam masa 50 tahun merdeka tertubuh Kerajaan Melayu Islam di negeri Perak. Kononnya kukuhlah kedaulatan Melayu Islam di Perak. Namun kepada saya dan rakan pimpinan PAS Perak, alasan tersebut dapat kami ketepikan dengan hanya satu hujahan iaitu UMNO/BN selama ini tidak pernah mengangkat Islam bahkan sebaliknya menghakis Islam di Negara ini. Kami ambil kenyataan Mufti Perak sendiri, Dato’ Seri Haji Harussani yang menyatakan bahawa orang Melayu ratusan ribu menjadi murtad dan kerajaan UMNO/BN tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya.

UMNO Perak yang didukung oleh pimpinan UMNO Pusat berusaha bersungguh-sungguh dengan segala tipu dayanya memujuk kami untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/BN dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan 5 EXCO kepada 5 orang lagi ADUN PAS. Jawatan speaker juga ditawarkan kepada pimpinan PAS. Sehingga hari upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak (Dato’ Seri Haji Nizar Jamaluddin) agen UMNO masih lagi datang menemui saya di perkarangan Istana Iskandariah. Sehari sebelumnya Dato’ Zahid Hamidi mengejar saya untuk pertemuan 4 mata dengannya tetapi beliau gagal berbuat demikian apabila saya meminta pihak polis mengawal rumah saya (rujuk posting berkenaan tahun lepas).

Bayangkanlah bagaimana perasaan saya atau sesiapa juga seperti yang saya alami tiba-tiba mendapat tahu kemudian Pimpinan Tertinggi PAS berunding dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN. Walaupun saya hanya mengetahuinya selepas kira-kira 2 bulan kemudian, saya tetap terasa amat pelik dan tersentuh dengan tindakan pimpinan itu. Apahal pun saya menerimanya kerana ia sudah menjadi perkara akademik dan sejarah sahaja. Namun begitu ia tidak boleh padam dari ingatan dan tetap tersimpan dalam hati kecil saya. Saya percaya perasaan seperti inilah yang tersimpan mendalam dalam hati TGNA dan boleh timbul pada bila-bila masa apabila wujud situasi seperti isu Kerajaan Perpaduan. Apatah lagi UMNO itulah yang telah melakukan rampasan kuasa ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib dengan mendapat restu dari Pak Lah sendiri.

Kini kelihatan perbezaan pendapat di antara TGNA dengan pimpinan tertinggi PAS. Akibat perkara-perkara yang berlaku selepas isu Kerajaan Perpaduan ini menjadi topik politik nasional. Kenyataan-kenyataan pimpinan bahawa PAS tidak akan berpakat membentuk kerajaan dengan UMNO/BN seperti tidak diendahkan oleh sebahagian penyokong dan pendukung parti. Keadaan seperti ini boleh meletakkan parti di peringkat amaran bahaya maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.


Pendedahan Ustaz Ahmad Awang Semasa Muktamar 55

LomPat Punya OLang ~ ' Bua...

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang keluar parti dan menjadi wakil bebas disifatkan sebagai "buaya di sebalik batu". "Sedihnya, ribut tidak (ada), hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik (mereka) tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya," katanya.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS mengulas 'fenomena' keluar parti yang menghantui PKR setelah tiga anggota parlimennya berpaling tadah dalam tempoh yang amat dekat.

Mereka ialah Dato' Seri Zahrain (Bayan Lepas)...(yang betoinya Bayan Baru,ehh..ado apa-apa ka ADUN Bayan Lepas? kerap sangat depa dok taip Bayan Lepas ni? Hehehe...nak lompat jugak kaa..???) Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Dalam satu kenyatan hari ini, Nik Aziz berkata, jika terdapat perasaan tidak puas hati dengan kepimpinan sedia ada, perkara itu boleh disuarakan dengan dengan pelbagai cara, tetapi bukan dengan melompat parti.

"Usulkan sahaja sidang tergempar, ambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah. Paling tidak, adakan perbincangan dari hati ke hati.

"Bukankah ini menjadi amalan biasa turun temurun di dalam menyelesaikan urusan rumahtangga parti?" soalnya yang kini sedang mendapatkan rawatan kerana sakit dada di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu sejak kelmarin.

Sehubungan itu, Nik Aziz menambah, pemimpin yang meninggalkan parti perlu juga meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen sebagai tanda menghormati mandat yang diberikan rakyat kepadanya.

"Bertanding atas tiket parti lain, tiba-tiba menukar haluan. Bukankah ini satu penipuan? Umpama meminang anak dara orang dengan perwatakan lebai, alih-alih bertukar rupa menjadi pencuri," sindirnya.

Beliau juga menasihatkan PKR - yang disifatkanya sebagai parti yang masih muda - tidak berputus asa kerana perkara yang sama pernah berlaku pada PAS sendiri, termasuk melibatkan pemimpin tertingginya.

"Hari ini, PAS sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat sebagaimana dahulu.

"Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dan dua undi! Alhamdulillah, tidak ada yang melompat," katanya.
- m'kini
* p/s - kah kah kah...tok guru kata 3 ekor yang keluaq PKR tu bukannya "ada udang dibalik batu, tapi ada BUAYA dibalik batu.." tu diaaa...memang boya pun depa-depa 4-5 aekor yang dah melingkop ni...tau nak 'NgaP' sajaa... tadak 'lui', tamau dudok...cehhh. .politik murahan punya olangg...nang boti nang, kui boti kui...kah kah kah...olang pun bukan olang, hantu pun bukan hantu....siau lai seng la luu olangggg....

--
Ahakksss.... ..

http://bloghijat. blogspot. com/

Pendedahan terbaru :Syarikat Deepak - Carpet Ra...






Polis digesa menyiasat pengarah syarikat permaidani, Deepak Jaikishan, yang dikaitkan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam kes Altantuya Shaariibuu, kerana didakwa memperolehi pendapatan yang "amat meragukan" berjumlah jutaan ringgit.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin membuat laporan polis mengenainya di Balai Polis Dang Wangi, di ibu negara petang ini.
Dalam laporannya, Badrul Hisham mendakwa, terdapat sumber yang memaklumkan kepadanya bahawa syarikat Deepak - Carpet Raya Sdn Bhd - telah mencatatkan pendapatan RM122 juta dan keuntungan sebanyak RM7 juta pada 2005. Badrul mendakwa, keuntungan dan transaksi sebesar itu meragukan jika dirujuk kepada perniagaan berdaftar syarikat tersebut, iaitu penjualan karpet.
Badrul turut menyerahkan maklumat mengenai Carpet Raya yang diperolehi daripada Pendaftar Syarikat serta transaksi bank membabitkan syarikat tersebut, sebagai bukti. Menurutnya, bukti tersebut diperolehi lebih sebulan lalu tetapi hanya didedahkan selepas ianya dapat disalahkan.
“Maklumat (ini) daripada beberapa sumber. Dan kita sedia mendedahkannya jika (polis) nampak minat untuk mengambil tindakan, sebab kita juga terpaksa melindungi sumber,” katanya.
Tahun lalu, Balasubramaniam telah mendakwa bahawa Deepak memainkan peranan dalam menggesa penyiasat persendirian itu supaya menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.
Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, Balasubramaniam menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.
November lalu, Balasubramaniam muncul semula dengan dakwaan-dakwaan lain - kali ini dalam siri wawancara yang disiarkan dalamYoutube. Balasubramaniam mendakwa yang dia ditawarkan RM5 juta oleh adik Najib - Nazim - untuk menarik balik akuan bersumpah pertamanya. Najib telah menafikan dakwaaan itu sebagai "sembrono".
Ekoran itu, peguam Balasubraniam meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan pelanggan mereka itu. Pada bulan Januari, ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad berkata, suruhanjaya tersebut bersedia menemui Balasubramaniam untuk merakamkan kenyataannya.
Tidak dapat dipastikan sama ada siasatan SPRM telahpun dimulakan.

Awasi Cuaca Panas...!!!

CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.

Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.
Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air
Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba
Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta :-
Kesan haba panas pada tubuh

20• darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.
25• darjah Celsius - peluh biasa.
30• darjah Celsius - Ketidakselesaan.
40• darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
45• darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.

* p/s - oleh yang demikian memang perlu minum ayaq mineral atau ayaq masak sekerap mungkin, kalau dengan geng-geng blogger, ayaq barli panaih maupun barli suam amat elok untuk sejukkan badan...sampaikan kedai makan tu abeh la barli panaih, suam...semua pakat dok mintak yang tuu...kekekekeke. ..

--
Ahakksss.... ..

Cabaran Debat Perdana Rakyat 2010 : Trio Norman-Jais-R...

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP) pada hari ini sekali lagi menegaskan cabaran kami kepada Trio 'Norman-Jais- Rizal' untuk berani tampil menyahut cabaran Debat Perdana Rakyat 2010 yang bertajuk "Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran" Tarikh 3 Mac 2010 semalam adalah merupakan tarikh akhir untuk mereka menjawab cabaran dari pihak kami. Tiada jawapan rasmi yang kami terima dari mereka bertiga, cuma seperti mana yang kita maklum, Rizal Faris (Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang) tidak mahu berdebat dengan 'ikan bilis' cuma mahu berdebat dengan 'ikan jerung', Jais Abdul Karim (Presiden GPMS) pula hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Norman Zahalan (Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang) yang 'desperate' tidak mahu hadir, sehingga mengoyakkan surat jemputan yang kami hantar dengan penuh adab kepada beliau.
Kepada Trio Norman-Jais- Rizal, buktikanlah kalian adalah benar-benar 'Pembela Melayu' dan bukannya 'Pengeliru Melayu'.
Kepada Rizal, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bersungguh-sungguh komited berjuang meningkatkan taraf ekonomi kaum Melayu di negeri ini dan bukannya lari bila berdepan dengan kebenaran di saat Melayu Pulau Pinang amat memerlukan anda.
Kepada Jais, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung bersungguh-sungguh komited berjuang membela nasib pelajar Melayu di Pulau Pinang dan bukannya lebih gemar menikus, pada masa dan saatnya mereka memerlukan penjelasan dan pembelaan dari anda.
Kepada Norman, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang bersungguh-sungguh komited berjuang mengangkat martabat generasi muda Melayu di Pulau Pinang dan bukannya 'terdesak' mengelak untuk hadir sehinggakan dengan biadabnya mengoyak surat jemputan rakyat pada anda, untuk bersama mereka.
Justeru, kami, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP) mencabar Trio 'Norman-Jais- Rizal' untuk menyahut cabaran kami. Seluruh rakyat Pulau Pinang akan tunggu kalian hadir pada 7 Mac ini (hari Ahad) di Tapak Expo Seberang Jaya, sebagai 'Anak Jantan' dan bukannya lemah longlai seperti 'Puteri UMNO' adanya!

Kami Yang Membawa Amanah Rakyat;
Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
(Angkatan Muda KeADILan, Dewan Pemuda PAS & Pemuda Sosialis DAP)

Mufti Perak "Munafiq"..!

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Za'aba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya, " katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama UMNO membentuk Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa UMNO adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan UMNO satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan Mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham Anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak 7 atau 8 tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap Anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran Jawatan Menteri Besar dan EXCO kepada PAS dalam Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang Wakil Rakyat yang mewakili Ketua Badan Perhubungan UMNO Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas Mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (Perdana Menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi Kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan UMNO. Macam mana nak berpakat?" katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Sumber - Malaysiakini

Munafiq

Munāfiq atau Munafik (kata benda, dari bahasa Arab: منافق, plural munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam untuk merujuk pada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.

Terminologi munafik dalam Al Qur'an
Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.
QS (63:1-3) (1)Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.(2) Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.(3) Yang demikian itu adalah karena bahwa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; karena itu mereka tidak dapat mengerti.
Ciri-ciri orang munafik

Berdasarkan hadits, Nabi Muhammad SAW mengatakan :"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya" (HR. Bukhari dan Muslim).

--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 3/05/2010 08:37:00 PM

Thursday, March 4, 2010

Nik Aziz dirawat di Hospital USM




 
KOTA BHARU, 4 Mac: Menteri Besar tidak hadir menyambut keberangkatan pulang Sultan Kelantan dari Singapura hari ini disebabkan beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sejak petang semalam.

Setiausaha Politiknya, Wan Nik Wan Yussof berkata, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana masih mendapat rawatan di hospital.

Kata beliau, kepenatan tugas harian menyebabkan jantungnya tidak stabil sehingga terpaksa mendapat rawatan di Unit Rawatan Jantung pagi semalam.

“Dan pada sebelah petang doktor menasihatkan Menteri Besar berehat di wad bagi memulihkan keadaan jantungnya.

“Keadaan kesihatan Tuan Guru agak terganggu sejak seminggu lalu disebabkan kepenatan kerana menghadiri banyak program di merata tempat,” katanya di sini.

Oleh itu katanya, Menteri Besar tidak dapat memenuhi banyak undangan termasuk di Kuala Lumpur sehari dua ini disebabkan keadaan kesihatannya belum lagi mengizinkan.

Pada Julai 2004 Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjalani koronari angiogram, iaitu memasukkan wayar ke dalam saluran jantung untuk melihat penyumbatan di Unit Kardiologi HUSM.

Selepas itu beliau dipindahkan ke Institut Jantung Negara bagi menjalani rawatan koronari angioplasty dengan memasuk bateri menguatkan pergerakan jantungnya.

Wan Nik berkata, keadaannya sekarang beransur pulih dan doktor menasihat supaya banyak berehat.

2 wanita enggan lalui mesin bogel

2 wanita enggan lalui mesin bogel


GAMBAR fail menunjukkan seorang kakitangan Lapangan Terbang Manchester di England menguji alat pengimbas bogel.


MANCHESTER - Seorang wanita Islam dilarang menaiki satu penerbangan ke Pakistan selepas enggan melalui mesin pengimbas baru di Lapangan Terbang Manchester yang memaparkan tubuh manusia dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang lagi wanita yang merupakan rakannya juga enggan menjalani imbasan mesin Rapiscan itu kerana masalah perubatan.
Dua wanita itu sedang dalam perjalanan ke Islamabad apabila mereka dipilih untuk melalui imbasan mesin Rapiscan selepas mendaftar masuk di lapangan terbang berkenaan.
Setakat ini, kira-kira 15,000 orang telah melalui alat pengimbas itu manakala pasangan tersebut merupakan penumpang pertama yang enggan berbuat demikian.
Pasangan tersebut yang sanggup kerugian dua tiket penerbangan berharga £400 (RM2,000) daripada menjalani prosedur imbasan, kemudiannya bertindak meninggalkan lapangan terbang itu.
Beberapa mesin Rapiscan yang berharga £80,000 (RM406,000) diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow dan Lapangan Terbang Manchester pada 5 Februari lepas.
Mesin sinar-X itu membolehkan kakitangan-kakitangan keselamatan melihat imej bogel penumpang untuk mengesan sama ada senjata dan bahan letupan disembunyikan pada tubuh mereka tetapi penggunaannya dikritik kerana ia memaparkan bentuk kemaluan penumpang.
Ulama-ulama di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan fatwa yang melarang orang Islam melalui mesin itu kerana ia melanggar hu-kum agama berhubung isu bogel.
"Islam jelas melarang lelaki atau wanita dilihat dalam keadaan bogel oleh mereka yang bukan muhrim," kata fatwa itu.
Sementara itu, seorang aktivis sebuah badan bukan kerajaan di Britain, Alex Deane menyatakan pertubuhannya bersedia mewakili dua wanita itu sekiranya mereka mahu mencabar keputusan pihak berkuasa di mahkamah. - Agensi

Serbuan Israel ditangguh kerana Facebook


SEORANG anggota keselamatan Israel mengawal kerja-kerja pembinaan halangan di Beit Jala, Tebing Barat semalam.


BAITULMUQADDIS - Seorang askar Israel digantung tugas selepas didapati mendedahkan maklumat terperinci mengenai satu serbuan pasukan itu di Palestin menerusi laman rangkaian sosial Facebook, lapor sebuah stesen radio Israel semalam.
Askar tersebut dari unit artileri Israel dilaporkan mengemas kini halaman dirinya itu dengan memberitahu semua rakannya bahawa dia akan terlibat dalam satu operasi di Qatanna semalam dan dijangka kembali ke rumah pada hari ini.
Beberapa askar lain dari unit itu yang menyedari kiriman mesej tersebut segera memaklumkan perkara itu kepada pegawai mereka dengan menyebabkan operasi di perkampungan Palestin dekat Ramallah itu terpaksa dibatalkan.
Halaman Facebook milik askar itu juga didapati mengandungi banyak maklumat terperinci mengenai unit tempat dia sedang bekerja selain waktu dan lokasi tepat berhubung operasi yang dilakukan di Qatanna dalam wilayah Tebing Barat, Palestin.
Tentera Israel belum mengeluarkan sebarang ulasan manakala maklumat diri askar itu tidak dinyatakan.
Namun, sebuah stesen radio tentera Israel melaporkan, askar tersebut tidak menyukai perkhidmatannya di unit berkenaan.
Ekoran kes itu, dia digantung daripada berkhidmat di unit tersebut. - AFP

Kuasa penentu di tangan Sultan



KARTIKA (kiri) kelihatan ceria sewaktu berjalan keluar dari Bangunan MUIP bersama ahli keluarganya di Pekan semalam.


PEKAN - Keputusan sama ada bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, akan dihukum sebat atau diampunkan kini terserah kepada budi bicara Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Kartika semalam menghadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi mencari penyelesaian kepada isu penangguhan hukuman sebat ke atasnya yang telah tertangguh sejak tahun lalu.
Tengku Abdullah pada sidang akhbar baginda selepas pertemuan itu bertitah, kes Kartika itu akan dirujuk terus kepada Sultan Pahang.
"Dia (Kartika) sudah menyuarakan isi hatinya dan kita memahami, mengakui dan menerimanya.
"Saya amat simpati dan akan mempersembahkan kepada Sultan mengenai pertemuan ini dalam masa sehari dua lagi untuk keputusan,'' titah baginda selepas pertemuan itu diadakan di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini semalam.
Kartika yang ditemani ahli keluarganya telah menghadap Tengku Abdullah selama hampir satu jam sebelum mereka meninggalkan kompleks itu dengan menaiki kereta Proton Perdana V6 kira-kira pukul 12 tengah hari.

Pengarah Radio IKIM didesak ‘Letak Jawatan’ kerana panggil Presiden PAS Muzakarah

Quantcast
Seorang teman menyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.
Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.
Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar.
Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM.
Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lainlah kalau beliau mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya. Kini Ahmad Jais dilaporkan menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Selepas ‘perletakan jawatan’ beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS akan disusun semula dan dimansuhkan perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama agar mereka meletakan jawatan.
Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman!
Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan sampai bila-bila. Teman saya juga mengatakan bahawa sampai sekarang beliau belum menerima gaji terakhirnya! memang zalim