Thursday, December 30, 2010

LIVE dari N.05 Tenang: Projek 'mee segera' Umno/BN sudah bermula...



Jalan di Felda Tenang..



Kerja2 turap jalan sedang berjalan dengan pantas..



Rumput tepi jalan pun di trim sempena menyambut PRK..



Jalan yang masih elok diturapnya (sbb dilalui oleh pak2 menteri)..jalan yg xelok dibiarkan..berikut adalah jalan kampung Sawah Baru Labis..salah satu UPU dari 12 UPU di DUN Tenang..




Ingat BN, ingat projek mee segera.....

Tiada kuil ditutup , Mike bidas fitnah Gobala

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/wp-content/uploads/2010/09/Manikavasagam.jpg
Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dari Parti Keadilan Rakyat(PKR) semakin “liar” hari ini apabila mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin MIC dan penyokong Barisan Nasional(BN) untuk melontar fitnah berbentuk rasis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gobala memperhebatkan serangannya terhadap Ketua Umum PKR itu setelah beliau tidak dilantik menjadi naib presiden PKR susulan pemilihan parti bulan lalu.

Ahli Parlimen itu mengecam keputusan PKR melantik peguam dan aktivis masyarakat N.Surendran dan sebagai naib presiden PKR.

Beliau mendakwa Surendran dilantik walaupun beliau bukan ahli PKR, malah membuat tuduhan sebelum ini bahawa peguam muda itu tidak berjasa kepada kaum India.

Hari ini Gobala sekali lagi mensasarkan Anwar pada sidang akhbar yang dihadiri bersama oleh wakil Pemuda MIC S. Subramaniam dan wakil Gerakan Anti Samy Vellu K.P. Samy di sebuah restoran di Petaling Jaya.

Kehadiran Gobala bersama penyokong-penyokong Barisan Nasional itu dilihat petanda jelas beliau mencabar PKR untuk mengenakan tindakan displin terhadap beliau.

Beliau diuar-uarkan akan menyertai parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim pada bulan depan.

Pada sidang akhbar pagi tadi, Gobala sekali lagi menuduh Anwar sebagai anti-Hindu dan mendakwa Ketua Pembangkang itu kononnya menutup sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya pada tahun 2008.

Dalam membuat tuduhan itu, Gobala tidak menjawab kenapa beliau membuat tuduhan itu hanya sekarang, setelah gagal dilantik menjadi Naib Presiden PKR.

Hakikat ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya membekukan kerja-kerja mengubah suai kuil itu setelah tapak berkenaan di landa masalah hakisan tanah dan tanah runtuh.

Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam menolak tuduhan-tuduhan Gobala dan menegaskan tidak ada sebarang campurtangan politik bersabit kuil Sivan di Petaling Jaya.

"Tidak pernah Anwar tutup mana-mana kuil. Ini tidak benar dan fitnah. Bagi saya Anwar tidak pernah tutup kuil. Kuil Bukit Gasing memang ada masalah tanah runtuh. Kita khuatir jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, mereka semua akan salahkan kerajaan Pakatan Rakyat," beliau memberitahu Tv Selangor.

Manikavasagam berkata orang ramai masih dibenar menunaikan ibadat di kuil itu cuma kerja-kerja pengubahsuaian dibekukan sehingga MBPJ mengemukakan hasil siasatanya.

"Jadi kita mahu tunggu laporan daripada Majlis, kalau tiada masalah kita buka. Kalau satu kuil ditutup, saya orang pertama yang akan bising. Tapi dalam isu ini saya tahu kenapa kuil ini ditutup kerana takut kejadian tanah runtuh. Kita selalu fikir pasal keselamatan. Dalam isu ini, Anwar tidak tutup kuil," tambah beliau.

Manikavasagam berkata Gobala tidak berpegang kepada kebenaran apabila menuduh anwar anti-Hindu.

"Siapa cakap Anwar anti-Hindu? Saya diberi bertanding di Kapar, kalau Anwar anti Hindu tidak akan beliau namakan saya calon untuk pilihanraya 2008. Sivarasa (Rasiah) bertanding juga. Kalau dia anti India, tidak ada seorang pun yang akan bertanding. Gobala pun tidak akan bertanding. Saya rasa tidak benar. Saya pun tidak tahu apa YB Gobala fikir,"kata beliau.

Manikavasagam menggesa Gobala supaya menerima keputusan parti melantik Surendran sebagai naib presiden dan memberi tumpuan kepada perjuangan parti.

Kenapa Melayu Suka Lepak Restoran Mamak..????

Ini india muslim (mamak) atau India pure punya...??? Lu orang teka... laaa... hahahaha...

Kenapa mamak niaga terus maju?

Itu persoalan yang di timbulkan dalam ruang komen gua. Ada yang betul ada yang tak betul... itu pendapat gua.

Komen: Kalau pergi kedai makan melayu, order dekat satu jam belum tentu dapat. Order kat kedai mamak, jam tu jugak siap.
Gua: hehehe... betul ke..??? 2x5 jer.....beb, tapi majoritinya gua akui mamak lebih efisien.

Komen: Teh tarik kat kedai melayu, cair macam air kencing kuda. Kalau kat kedai mamak, susu dia kat setengah cawan walaupun harga mahal sikit.
Gua: Part ni.... gua mengaku 100%, teh tarik melayu memang macam cibai... apa diorang tak tau buat atau nak jimat kos...????

Kedai Melayu boleh bikin teh tarik ini macam ka...??? 

Komen: Muka melayu kalau layan pelanggan macam sial aje. Mamak pulak muka manis. Duduk 3 jam dengan segelas teh pon ok... tapi kat kedai melayu dah tentu muka mencuka.
Gua: Part ini pun gua setuju.... peniaga melayu selalunya hormon diorang sentiasa tak betul...., ada yang berlagak siap sindir2 pelangan.... tapi sekarang ni dah ok sikit kot....

Komen: Mamak TV, Wifi semua ada, kedai melayu kalau tak mintak sorilah nak bukak.... kedekut nak mamfuss. Tv kat kedai melayu kalau ada pun tv3suku, tv1suku. kat mamak suma ada... saiz tv pulak bosar2. tv kedai melayu kecik ciput.
Gua: Ha...ha...ha.... memang tak boleh blah.... tak dinafikan.... gua setuju sesangat.... 

Komen: Lepas tu bising bila tengok kitorang minum kat kedai mamak!!!
Gua: Mana tak bisingnya.... sebab kedai mamak penuh orang, kedai melayu jarang2 orang duduk... lepas tu cakap mamak pakai pelaris itu ini.... dan kedai melayu kena buatan orang (di bomohkan) ha..ha..ha.... ini tipikal punya melayu hutan....

Komen: kalau melayu niaga macam mamak niaga, dah lama melayu kaya raya.
Gua: Betul tu bro..... gua setuju dengan lu, apa kata kalau peniaga melayu ambil pendekatan strategi yang mamak buat.... dah tentu lingkup semua restoran mamak kat malaysia nih..... ahahahahaa.... sukanya gua....

Kat bawah ni pulak gua ada terima email dari seorang pembaca dari Kuantan, beliau bagi info baik punya. Kesahihannya gua tak pasti laaaaa.... gua berharap ada gang2 kat Kuantan yang boleh membantu atau mengesahkannya, jom layan info mamat nih;
Dari Kamarul Aslam;

Bro.
wa nak lu siasat kat Kuantan.Wa dapat info restoren mamak kat Kuantan terutama Restoren Taj menggunakan najis orang campur dalam kari. Satu kes kantoi wa dapat tau dia bayar hampir RM20 ribu. Kes kedua kantoi dia bayar rm24 ribu untuk 3org, memang mamak ni celaka beri orang makan kotor wa dah lama boikot kedai mamak, sebut je kedai mamak wa rasa nak muntah.
Ha...ha...ha...., info ni gua pun rasa 50/50 antara percaya atau tidak, tapi jika melihatkan kelakuan dan sifat pengotornya tak mustahil jika terjadi. Jadi gua ambil keputusan jangan masuk restoran mamak nih.... hahaha... setakat ini dari hari Ahad lepas hingga hari ini... gua berjaya menahan nafsu dari pijak dan melabur duit untuk mangkayakan restoran2 mamak.

Dan gua dah terjumpa kedai melayu yang teh tariknya kow macam mamak.... kat seksyen 16 Shah Alam, roti canai ada...., cucur udang ada... bubur2 ada.... dan makanan tengahari dia pun sodap jugak, bila2 gua gian nak pekena teh tarik gua melepak kat situ jelah.... sapa2 gang shah alam boleh lepak kat situ, restorannya berhadapan dengan restoran mamak dan RHB Bank....

Buat sahabat cyber gua saudara Jai, bertanya pasal boikot restoran mamak, jawapannya dah hampir seminggu gua boikot restoran mamak... dan gua masih hidup bhai.... hahahaha.... pi mampus laaa... dengan restoran mamak....

Boikot tetap Boikot beb.....
ISA.

"Kembar Siam" DEB dan MEB

huhuhu..try teka..yg mana DEB yang mana MEB..huhuhu..??


Dulu DEB..Kini MEB..DanSelamanya NEPOTISM

usinkata; ..huhuhu ..AMARAN KERAS ..Posting dibawah agak panjang lebar dan melalut-lalut...untuk itu ia menuntut pembacaan yg agak lama dan membosankan..adalah dinasihati bagi sesiapa yg ingin membacanya mempunyai tahap kesabaran dan kejituan pemerhatian serta memiliki daya perbandingan yg kuat kerana posting ini berdasarkan dua sumber artikel yg amat panjang..
Selamat Datang kepada pembaca yg tidak inginkan dirinya tertipu dengan tipu daya "Ketuanan Melayu" yg dileterkan oleh pemimpin United Malay National Organisation serta para-para OKUnya..( OKU :- Orang Kuat Umno)..huhuhu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

DEB - MAHATHIR

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir tiga puluh tahun dahulu – Mahathir Muhamad melalui Dasar Ekonomi Baru telah memasukkan satu nilai dan budaya baru ini ke dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini – manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian justeru nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan - dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70’an manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampong yang permai manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang di bawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan – bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90’an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu Baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation sistem kapitalis ini telah diubah suai. Sistem kapitalisma ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas tetapi kapitalisma kroni. Kapitalisma jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, derajat , harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation. - (TT)


petikan dari sumber; http://tukartiub.blogspot.com/2010/12/nilai-manusia-melayu-baru.html
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Prof UKM kata;...

Dalam satu kertas berjudul "Inclusiveness: A Fairer Way to Share the Economic Pie?", dibentangkan Profesor UKM, Ragayah Hj Mat Jin(gambar kiri) dalam satu persidangan anjuran MIER, beliau berkata, meskipun DEB dan dasar selepasnya berulangkali menekankan bahawa pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, namun pada hakikatnya, pelaksanaannya hanya tertumpu kepada kaum bumiputera.  Akhirnya, kekayaan disalurkan kepada mereka yang rapat dengan orang politik.

Di samping itu, pelaksanaan DEB telah mewujudkan satu lagi fenomena yang tidak sama rata, iaitu ekonomi berada dalam genggaman pemerintah berikutan masalah merentir (rent-seeking) dan rasuah, atau disebut sebagai party capitalism, menurut Ragayah.  Pemimpin parti menggunakan pengaruh politiknya, bersama kroninya untuk menguasai sumber dan kepentingan ekonomi.

Situasi sedemikian menjurus kepada jurang kaya-miskin yang semakin ketara.  Ragayah menambah, jurang kemiskinan di Malaysia bukan lagi jurang perbezaan antara desa-bandar mahupun antara kaum, tetapi ketidakseimbangan dalam kaum itu sendiri.  Misalnya, dasar penswastaan telah menjadikan sesetengah bumiputera semakin kaya, sementara sesetengah bumiputera kekal hidup merana kepapaan.

Contohnya, 11 orang bumiputera tersenarai sebagai 40 orang terkaya di Malaysia menurut Forbes pada tahun 2010 menguasai kekayaan USD 4 bilion.  Antaranya, 42.5% kekayaan (atau USD 1.7 bilion) berada dalam tangan Syed Mokhtar AlBukhary.  Pada masa yang sama, kadar kemiskinan di negeri yang majoritinya Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah lebih tinggi daripada purata kadar kemiskinan negara pada tahun 2009, malah Sabah mencatat kadar kemiskinan setinggi 19.7%.  Lebih-lebih lagi, jurang kaya-miskin dalam kaum Melayu sendiri semakin ketara dalam 10 tahun kebelakangan ini, dari 0.429 pada tahun 1999 dan terus melebar kepada 0.44 pada tahun 2009.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MEB a.ka.a DEB MAHATHIR


Akhirnya bahagian akhir Model Ekonomi Baru (MEB) dihidangkan pada 3 Disember, lapan bulan selepas bahagian pertamanya dikemukakan.  Sepanjang tempoh ini, siri program yang dijana, misalnya Program Transformasi Ekonomi (PTE), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) - kesemuanya bertemakan MEB, yang diibaratkan sebagai "Kitab Ekonomi" zaman pemerintahan PM ke-6, Najib Razak.

Kerajaan Najib menyarankan pembaharuan ekonomi dengan "penghapusan merentir (rent-seeking)" dan "pihak swasta sebagai penggerak utama dalam bidang ekonomi" pada peringkat awalnya.  Namun akhirnya ia kembali kepada "pendominasian ekonomi oleh kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)" dan "liberalisasi ekonomi palsu"-ala Mahathir, yang "mencipta lebih peluang merentir".

PTE  (Program Transformasi Ekonomi) masih mengambil pendekatan "central planning" (pusat yang memutuskan) ketika melaksanakan program ini, iaitu kerajaan yang menentukan projek manakah yang harus diutamakan, dijalankan atau disingkirkan, siapa yang dipertanggungjawabkan, pengagihan sumber dan sebagainya.

Dengan kata lain, kerajaan masih mempercayai teori "kerajaan mengetahui segala-galanya" (the Government knows best), malah, ia memperlihatkan bahawa kerajaan Najib masih belum melepaskan kuasanya untuk mendominasi sumber ekonomi, dan dibiarkan pihak swasta mahupun pasaran untuk menentukan ekonomi.

CONTOH DAN BUKTI JELAS

Kerajaan melantik terus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bertanggungjawab ke atas projek pembangunan tanah Sungai Buluh yang bernilai RM10 bilion, 1MDB untuk bertanggungjawab ke atas Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) yang bernilai RM26 bilion.

Selain itu, proses pertimbangan masih tidak telus - contohnya PEMANDU menerima cadangan YTL Hotels untuk menyenaraikan pembinaan Hotel Majestic sebagai 18 projek yang didahulukan; tetapi pada masa yang sama tidak menyenaraikan cadangan POIC (Palm Oil Industrial Cluster) di Sabah bahawa mereka memerlukan satu container port untuk menampung keperluan mereka di sana.  Tiada orang yang mengetahui kayu ukur pertimbangan ini.  Malah, daripada pengalaman lalu, cara yang tidak telus sebegini senang membiakkan peluang merentir.

petikan dari sumber; http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11408

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
usinkatalagi;..utk itu apa bezanya DEB dan MEB..2x5..5x10..kepala..cerita nak bantu Bumiputera Melayu..sampai ke ekor..yg kaya-raya BumiputeraUmno..pastikan kekayaan negara dimiliki oleh kepimpinan Umno dan para kroninya..bila dah kaya barulah boleh perbodohkan Melayu dengan kuasa dan ringgit..agar gerombolan ini masih kekal menjadi penjajah di Malaysia ini..

Takkan pemimpin PAS munafik kot??

Kalau benarlah ada pertemuan antara peminpin PAS dan pemimpin Umno pada 24 Disembar lepas dan ada perbincangan berkenaan Kerajaan Perpaduan, aku tak boleh nak pertahankan pimpinan PAS kalau ada orang yang label depa-depa tu sebagai munafik.

Tak kira la walau sapa pun yang menganjurkan pertemuan dan perbincangan tu, termasuklah kalau yang menganjurkan tu Yang Dipertua Agung sendiri.

Memang sesuai kut istilah tu dibagi kepada orang yang cakap tak serupa bikin. Hari ni cakap lain, esok-esok cakap lain pulak. Dengan orang ni berjanji macam lain, denga orang tu pun berjanji macam lain pulak. Hari ni berjanji nak buat macam ni esok-esok buat macam lain pulak. memang macam tulah ciri-ciri orang munafik.

Tapinya, aku tak percaya pemimpin PAS minafik dan aku harap-harap sangat barang dijauhkan Allah sifat orang munafik ada pada diri pimpinan PAS.

Aku nak sangat percaya, kalaupun ada pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan Umno, depa bukan berbincang pasai kerajaan perpaduan tapi depa bincang pasai benda lain.

Pasainya, pimpinan PAS termasuk Presiden PAS sendiri kata dah tutup buku pasai kerajaan Perpaduan. Malah ada arahan rasmi dari Setiausaha Agung yang melarang isu kerajaan Perpaduan ni dibangkitkan lagi. Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz pulak pernah kata Kerajaan Perpaduan tu idea mengarut.

Malah beberapa bulan lepas, PAS sendiri ada buat satu seminar yang bertajuk "PAS Ganti Umno". Apa cerita PAS nak ganti Umno tiba-tiba nak berpadu dengan Umno. Takkan pimpinan PAS yang bertaraf ulama' malah diangkat senagai Tok Guru tak reti beza antara nak ganti dengan nak berpadu.

Lagi satu, baru beberapa hari lepas ada Konvension Pakatan Rakyat kali ke-2 yang di buat di Dewan Millenium Kepala Batas. Dalam konvension tu, semua orang termasuk pimpinan tertinggi PAS bercakap pasai nak bersama-sama tawan Putrajaya. Bukan saja takat nak tawan tapi dah sampai tahap dah pasang angan-angan apa nak dibuat kalau dah dapat tawan Putrajaya. Bukan takat macam angan-angan mat jenin bawah pokok kelapa, tapi siap buat Buku Jingga lagi.

Jadinya, aku harap sangat pertemuan tu kalau betul ada, bincang benda lain. Mungkin pemimpin PAS gunakan pertemuan tu untuk ajak Umno masuk PAS. Ataupun suruh Umno ambil Al-Quran dan hadith jadi perlembagaan Umno dan bersungguh-sungguh laksanakan syariat Islam dengan janji PAS akan dibubarkan

Ataupun, mungkin jugak depa berbincang pasai lain, mungkin depa bincang pasai nak beli kambing macam satu pertemuan peringkat negeri di satu negeri dulu kot. Kalau bukan pasai kambing mungkin jugak depa bincang pasai Unta. Kan ka air kencing unta halal diminum untuk buat ubat!!!

Perdana Menteri paling boros

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz pernah menyatakan bahawa pada tahun 2006, jumlah keseluruhan perbelanjaan JPM adalah RM4.3 bilion dan mencecah melebihi RM10.2 bilion pada tahun 2009. Pada tahun 2006 peruntukan untuk JPM hanyalah sebanyak RM4.3 bilion.

Pada tahun 2008, kos rombongan rasmi Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi berjumlah RM5.5 juta tetapi apabila Najib mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada 2009 dan 2010, jumlah kos melonjak tinggi iaitu RM6 juta dan RM10 juta pada tahun ini.

Rombongan rasmi Perdana Menteri dan timbalannya terpaksa menanggung kos perbelanjaan besar di London pada tahun 2008, dimana sebahagian besar kos tersebut adalah untuk membiayai Rosmah, di mana pada bulan Mei lalu beliau telah menghadiri Forum Wanita Antarabangsa di Washington dan New York," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Adalah duipercayai peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk tahun 2011 kini dinaikkan dua kali ganda daripada peruntukan tahun 2010 - daripada RM10.2 bilion kepada RM18.14 bilion.

Bolehkah Perdana Menteri menjustifikasikan peningkatan sebanyak 422 peratus atau RM14 bilion dalam tempoh 5 tahun?.

Atau apakah ini satu lagi bukti Perdana Menteri menganggap duit rakyat sebagai kepunyaan emak bapaknya?

Istana Tiada Kuasa Mutlak Tentukan Calon Setiausaha Kerajaan Negeri

SS19
Merujuk kepada kenyataan yang dibuat kepada media oleh Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (seperti laporan Berita Harian, 29 Disember 2010, m/s 2). 

Saya sebagai Ahli Dewan Negeri yang terlibat secara lansung dalam sebarang bentuk pindaan undang undang digamit untuk menyatakan bahawa, apa yang berlaku dan bagaimana isu tersebut dimainkan di media seolah-olah ada agenda jahat untuk melaga-lagakan Kerajaan Negeri dengan pihak Istana Selangor. Sebagai rakyat DYMM Sultan Selangor yang setia, saya memperakui bahawa kuasa eksekutif boleh dijalankan oleh DYMM Sultan Selangor atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) atau mana-mana ahli MMKN yang diberikuasa oleh MMKN sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 50, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.  

Di bawah Fasal 55 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, baginda DYMM Sultan Selangor hendaklah menjalankan fungsi baginda mengikut nasihat MMKN atau mana-mana ahli MMKN yang bertindak di bawah kuasa am MMKN, kecuali diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Ini adalah selaras dengan kedudukan baginda sebagai Raja Berperlembagaan.

Kuasa budi bicara baginda adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Fasal 55 (2) (a) – (g) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, dan mana-mana lain peruntukan yang memberikan kuasa budi bicara kepada baginda oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. 

Setelah menyemak Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dapati pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 52 (1), hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.  

Tetapi berdasarkan laporan Berita Harian tersebut, Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor telah menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor perlu disembahmaklum dan mendapat perkenan baginda oleh kerana baginda adalah kuasa eksekutif di Negeri Selangor (sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 50).  

Ini jelas sekali bahawa kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan yang dinyatakan dalam Fasal 52 (1) telah dibaca sekali dengan Fasal 50 yang memberikan kuasa eksekutif kepada baginda.  

Persoalannya, mengapa Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor tersebut tidak membaca Fasal 50 dan 52 (1) tersebut bersekali dengan Fasal 55 (1) yang mengkehendaki baginda DYMM Sultan Selangor bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan mana-mana fungsi baginda?  

Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh hendaklah bukan sahaja dibaca secara tersurat (literal) tetapi juga hendaklah mengikut konvensyen (adat dan adab perlembagaan). Konvensyen adalah sesuatu yang tidak bertulis tetapi menjadi amalan dan ianya dianggap “daging yang membaluti kerangka perlembagaan” (the flesh that covers the bare bones of the constitution).  

Ia adalah satu kiasan yang mengibaratkan perlembagaan sebagai satu rangka bernyawa yang hanya lengkap dan berfungsi dengan sempurna sekiranya ianya dibaluti oleh tubuh. Bolehkah satu benda bernyawa berfungsi dengan rangka sahaja tanpa daging tubuhnya? 

Oleh itu, saya selaku salah seorang Ahli Dewan Negeri Selangor menegaskan bahawa: 

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor dan/atau mantan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor bukanlah pihak berkuasa (authority) yang selayaknya menafsir Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor mengikut tafsiran sendiri;

baginda DYMM Sultan Selangor selaku Raja Berperlembagaan hendaklah mendapat nasihat dan bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan fungsi baginda seperti yang dinyatakan dalam peruntukan Fasal 55 (1) dan (1A), Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959;

pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan hendaklah bukan sahaja menyembahmaklum dan mendapat perkenan baginda DYMM Sultan Selangor tetapi juga mengambilkira bahawa baginda adalah Raja Berperlembagaan yang hendaklah bertindak mengikut nasihat MMKN yang lazimnya diwakili oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor; dan

pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor bukanlah termasuk dalam kuasa budi bicara baginda DYMM Sultan Selangor yang dinyatakan oleh Fasal 55 (2) yang membolehkan baginda bertindak tanpa merujuk dahulu kepada dan mendapat nasihat dari MMKN yang sekian lamanya diwakili oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Sekiranya perkara ini telah dijalankan mengikut peruntukan dan konvensyen (adat dan adab) perlembagaan dengan melibatkan DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Negeri, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Ketua Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan membuat pelantikan, saya percaya maka sudah tentu tidak timbul isu berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.  

Demi menjaga keharmonian dan keberlansungan pentadbiran Negeri Selangor yang tercinta ini, harapan saya janganlah mana-mana institusi yang sewajarnya, dibelakangi dalam perkara berkaitan pelantikan jawatan utama Kerajaan Negeri Selangor. Apakah boleh pula sekiranya jawatan Ketua Setiausaha Negara dilantik oleh SPB Yang di-Pertuan Agong tanpa merujuk dahulu kepada YAB Perdana Menteri?  

Jika ada pihak yang hanya melihat peruntukan perlembagaan atau undang-undang tubuh secara tersurat sahaja tanpa mengambilkira konvensyen, pastinya SPB Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytihar darurat tanpa perlu mendapat nasihat dari Jemaah Menteri yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri. Ini peruntukan yang tersurat dalam Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan.

Namun hakikatnya, dan mahkamah juga telah menyatakan bahawa, mengikut konvensyen, SPB Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengisytihar darurat tanpa dinasihati oleh YAB Perdana Menteri yang mewakili Jemaah Menteri.  
Mengapa diperingkat persekutuan SPB Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat YAB Perdana Menteri dalam perkara yang secara tersurat tidak pula menyebut baginda perlu mendapat nasihat YAB Perdana Menteri tetapi di Negeri Selangor, seolah-olah DYMM Sultan Selangor boleh bertindak tanpa mendapat nasihat YAB Dato’ Menteri Besar hanya dengan alasan bahawa peruntukan undang-undang tubuh tidak menyatakan secara jelas baginda perlu merujuk kepada YAB Dato’ Menteri Besar? Adakah SPB Yang DiPertuan Agong sahaja Raja Berperlembagaan di dalam Negara ini?  
Ini adalah jelas satu tindakan yang berpilih dan tidak sama-rata. Gambaran yang terpampang kepada rakyat adalah dua layanan yang berbeza; satu untuk Pakatan Rakyat dan satu untuk Barisan Nasional.  

Saya mengajak semua pihak untuk mengingati episod memalukan di Negeri Perak, berkenaan tindakan menggantung ADUN Bebas     pro-BN oleh Speaker Perak telah dicabar di mahkamah, tetapi dalam kes penggantungan ahli parlimen dari Pakatan Rakyat seperti Dato’ Sri Anwar Ibrahim, menteri berhujah bahawa kuasa Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato’ Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan “beraja di mata, bersultan di hati” oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja. 

Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.  

Dalam sejah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.

NAJIB SOKONG KRISTIAN.NAJIB BUKAN ISLAM - PAS


YB Teresa Kok adalah satu contoh 'ustazah' haram yang berjaya ditarbiahkan oleh ustaz-ustaz PAS di Selangor. Tetapi apa yang difahamkan, kejadian ini sebenarnya telah dirancang oleh DAP dan juga PKR dalam usaha mencemarkan imej Datuk Seri Najib.

Najib hadir ke majlis berkenaan sebagai pemimpin negara yang beragama Islam. Mengetahui akan rancangan jahat puak pembangkang akan mengarahkan barua-barua Pakatan berada di tengah kesesakan para hadirin untuk mengambil gambar beliau yang berlatar belakang Salib.

Bagi mengelakkan timbulnya persoalan, Datuk Seri Najib mengambil langkah berwaspada. Khuatir isu lain pula timbul. Melainkanlah jika Datuk Seri Najib tergamak meraikan krismas dalam gereja, sudah tentu salib itu kekal di tempat sedia ada. Tetapi Datuk Seri Najib bukannya seperti YB Khalid Samad yang sanggup masuk gereja demi politik undi.


Arah buang salib, Najib digesa mohon maaf
Dis 30, 10 2:24pm
Kongsi

Ahli parlimen Seputeh Teresa Kok menuntut Datuk Seri Najib Razak supaya memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat perdana menteri supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas.

Teresa berkata arahan itu menetapkan supaya lambang salib disisihkan daripada satu majlis yang dihadiri Najib pada 25 Disember lalu.

Majlis berkenaan diadakan di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur.

Arahan berkenaan juga melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu, kata Teresa lagi.

Teresa yang juga exco kanan kerajaan Selangor menyifatkan arahan daripada pejabat perdana menteri itu merupakan satu tindakan yang "tidak menghormati" masyarakat Kristian.

"Arahan Pejabat Perdana Menteri itu adalah satu pengkhianatan terhadap (slogan) berbilang etnik, berbilang agama 1Malaysia yang dikhutbahkan dengan penuh ghairah oleh Najib," kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Najib perlu memohon maaf kepada CFM kerana "menyah-Kristiankan" majlis sambutan Krismas berkenaan dan menafikan kebebasan beragama bagi rakyat Malaysia.

“Arahan seperti itu daripada Pejabat Perdana Menteri menunjukkan betapa tidak ikhlas dan tidak sopan kelakuan Najib sebagai seorang tetamu," katanya.

Teresa juga berkata, beliau meragui sekiranya Najib tidak mengetahui bahawa pejabatnya sendiri telah mengeluarkan arahan berkenaan.

Sehubungan itu juga, beliau menggesa Najib mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengarahkan kerajaan supaya menghormati tradisi Krismas dan hak rakyat Malaysia untuk bebas beragama.

“Saya harap Najib dan pejabatnya akan sedar bahawa ada makna mendalam bagi Krismas, melebihi Santa Claus dan salju dan makna mendalam itu perlu dihormati," katanya


Menyedari rancangan jahat mereka (PR) gagal, maka YB Teresa Kok mengeluarkan kenyataan di atas secara tidak langsungnya mencemarkan imej Datuk Seri Najib yang kononnya perdana menteri Malaysia bersifat rasis. Maka akan bersorak dan berguling-gulinglah ahli-ahli pembangkang khususnya PAS.

1 Malaysia merujuk pengiktirafan wujudnya kesepakatan menghormati sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama. Namun 1 Malaysia bukannya membawa maksud Najib dan yang lain-lain pemimpin Islam harus menjadi kristian sewaktu perayaan Krismas atau menjadi Hindu sewaktu perayaan Deepavali ataupun bersama-sama meraikan adat keagamaan kristian sewaktu sambutan perayaan Krismas.

Demikian halnya di waktu Aidifitri atau Raya Aidiladha, semua rakyat berbilang kaum dialu-alukan meraikan bersama kunjung mengunjung majlis rumah terbuka untuk mengeratkan perhubungan sesama kita pelbagai bangsa dan agama. Tetapi sewaktu sembahyang sunat Hari Raya mahupun sewaktu majlis korban lembu, tidaklah pulak di suruh orang bukan Islam turut serta bersama.

YB Teresa Kok dan pemimpin Pas sebenarnya buat-buat tidak faham dengan maksud 1 Malaysia. Kalau pemimpin Pakatan khususnya PAS di jemput, siap mengikuti semua upacara keagamaan yang dijalankan seperti 'candle vigil', pakai pakaian kuning sami buddha, pegang gambar si mati dan sebagainya untuk? Meraih undi PRU 13 kononnya mereka pemimpin yang berjiwa rakyat tetapi tidak sedarkah rakyat mereka mempergunakan agama untuk agenda politik sempit pembangkang?

Kalau Datuk Seri Najib pergi, orang PAS akan kata:

"Najib sokong Kristiannn!! Najib bukan Isleee!!"

Presiden Cuepacs enggan ulas aduan pertikai pemilihan

Presiden Cuepacs Omar Osman enggan mengulas pemilihan yang kini dipertikaikan sambil berkata segala bantahan yang dikemukakan beberapa kesatuan gabungannya semalam tidak menghalang beliau meneruskan amanah yang diberikan.
Beliau yang dipilih buat penggal kedua bagi sesi 2010-2013 pada Persidangan Tritahunan Ke-25 minggu lepas tidak mahu memberikan apa-apa komen mengenai bantahan itu.
“Fokus utama kepimpinan baru Cuepacs adalah untuk tahun depan, mengenai bantahan itu saya tidak mahu komen apa-apa,” kata beliau dipetik Bernama selepas mesyuarat khas di  Wisma Cuepacs di sini.
Semalam beberapa kesatuan anggota gabungan Cuepacs mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan di konvensyen pemilihan yang berlangsung dari 21 hingga 23 Disember lepas.
Sementara itu Omar berkata tahun depan Cuepacs akan berusaha membanyakkan jumlah anggota gabungan selain mahu semua penjawat awam yang layak menganggotai kesatuan.
Beberapa kesatuan ahli gabungan Cuepacs mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan pada Konvensyen Cuepacs ke-25 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Disember lalu.
Surat bantahan itu disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai.
Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya berkata, bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.
“Misalnya notis konvensyen yang diberikan kepada ahli gabungan tidak mengikut perlembagaan iaitu tidak mencukupi tempoh, dan wujud kepincangan tatacara ketika pelaksanaan proses pengundian.
“Ia seperti calon memancing undi semasa perwakilan sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan kertas undi dan keputusan pengundian tidak diumumkan setelah proses pengiraan undi selesai tetapi ditangguhkan hingga keesokan pagi,” katanya.
Husain, yang kesal dengan insiden berkenaan, menyifatkan kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang pemilihan diadakan sebelum ini.
Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Universiti Utara Malaysia (UUM), katanya.
Husain berharap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan akan melakukan siasatan dengan segera untuk menentukan kedudukan Konvensyen Cuepacs kedua itu.

Hormati Hak Perwakilan MTUC- Abdullah Sani

Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid, menerima dengan terbuka keputusan pemilihan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam.
Beliau berkata, kekalahan ini bukan bermaksud terhentinya segala perjuangan malah, prinsip memartabatkan hak pekerja masih utuh.
Laporan akhbar arus perdana hari ini melabel pemilihan kali ini telah berjaya menyingkirkan pengaruh Parti Keadilan Rakyat(PKR) apabila penyandang jawatan presiden Syed Shahir Syed Mahamod tewas kepada Khalid Atan.
"Bagi saya ini peralihan perubahan dikehendaki perwakilan dan mereka berhak menentukan dan tak boleh dipertikaikan. Bagi saya hak itu tidak boleh dipertikaikan, tetapi saya lihat ini bukan perubahan. Jadi terpulanglah.
"Kita tidak akan berkompromi jika kerajaan cuba menarik hak mereka dan cuba mendiskriminasikan pekerja dan membuat bantahan secara berterusan. Itu prinsip kita," jelasnya.
Beliau menolak dakwaan yang menyatakan beliau tidak diterima di dalam kesatuan pekerja. 
Ini kerana tegas beliau, perwakilan merupakan dari kelompok yang diwakili kesatuan mereka sendiri dan dari 100 peratus pekerja dalam negara ini hanya diwakili 8 peratus.
"Tidak benar jika ia menyatakan bahawa ia mewakili suara keseluruhan pekerja. Tidak, saya tidak nampak ini menjadi masalah untuk memartabatkan pekerja. Tidak betul kalau katakan saya atau Syed Shahir tewas, masih ada banyak ahli parti dalam jawatankuasa," jelasnya.
Pemilihan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia atau MTUC yang berlangsung semalam menyaksikan kemenangan Khalid Atan sebagai Presiden dengan undi 255 undi mengalahkan Syed Shahir Syed Mohamod yang hanya meraih 213 undi.
Bagi jawatan timbalan presiden Mohd Jaafar Majid menang 170 undi kalahkan dua calon, P Maniam 157 dan Abd Razak Mohd Hassan 140 undi.
Manakala jawatan Setiausaha Agung disandang oleh Abd Halim Mansor dengan undi 188 undi mengalahkan J Solomon 117 undi dan Abdullah Sani Abdul Hamid 165 undi.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia atau singkatannya MTUC merupakan satu kongres persatuan-persatuan perniagaan di Malaysia. 
Kongres ini asalnya ditubuhkan pada 1949 dan didaftarkan di bawah Akta Kemasyarakatan, 1955. Ia merupakan pusat kesatuan kebangsaan yang tertua mewakili pekerja-pekerja Malaysia.
Kesatuan yang bergabung dengan MTUC berasal dari semua industri dan sektor utama dengan anggaran 500,000 ahli.

Mahfuz: Biar Kedah jelaskan mengapa saya letak jawatan


 Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau telah pun memaklumkan kepada Menteri Besar dan pengurusan Kedah Sato Sdn Bhd secara rasmi apabila memutukan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri itu baru-baru ini.
Sehubungan itu kata Mahfuz, keputusannya adalah muktamad dan menyerahkan kepada pucuk kepimpinan negeri untuk mendedahkan sebab beliau berbuat demikian.
“Keputusan saya muktamad. Dalam surat itu saya mengatakan bahawa saya meletakkan, saya bukan kata saya pohon mahu berhenti.
“Kalau saya pohon bermakna mereka akan mempertimbangkan surat saya, tidak . . . saya sudah letak jawatan, keputusan muktamad,” kata beliau sambil menambah, ia berkuat kuasa serta-merta.
The Malaysian Insider difahamkan beliau berbuat demikian berkuat kuasa 20 Disember lalu.
Ketika ditanya sebab berbuat demikian, Mahfuz berkata, dalam suratnya Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyebut beliau meletakkan jawatan “atas sebab yang semua orang sudah tahu”.
Bagaimanapun beliau enggan menghuraikan sebab-sebabnya.
“Terpulang kepada mereka (pengurusan dan kerajaan negeri) mendedahkan sebab mengapa saya memutuskan untuk meletakkan jawatan,” kata Mahfuz (gambar) yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.
“Saya mahu dengar apa mereka hendak berkata,” katanya lagi.
Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider yang disiarkan pagi ini, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak tahu apa-apa kononnya Mahfuz telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato.
Laporan media lewat petang semalam menyebut Mahfuz telah menghantar surat kepada pihak pengurusan syarikat itu dan juga kepada Menteri Besar Kedah.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Azizan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung keputusan Mahfuz itu.
Mahfuz berkata, surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).
Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum.
Desas-desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.
Februari lalu, Azzian menyaksikan majlis meterai kemudahan pembiayaan bernilai RM330 juta antara Bank Islam Malaysia dengan Kedah Sato bagi pembinaan dan pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, Baling.

Cuti Umum, PM Diskriminasi


bekas Pengarang Sukan Harian Metro, Rahim Zain, menyifatkan cuti umum yang diberi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menimbulkan ketidakadilan kepada atlet lain yang telah memberi sumbangan lebih besar berbanding kejuaraan di peringkat Asia Tenggara.   
Dihubungi Tv Selangor beliau berkata, perkara ini boleh mengundang kontroversi kerana apabila kerajaan dengan sewenang-wenangnya memberikan cuti umum  tanpa mengambil kira pencapaian atlet negara yang lain. 
"Banyak lagi kejuaraan yang bertaraf dunia yang dicapai oleh atlet-atlet negara umpamanya Datuk Nicol David, lima kali menjadi juara dunia tapi tidak ada satu pun penghargaan atau pun penghormatan negara diberi kepada Datuk Nicol, tidak ada cuti umum diberikan. Jadi saya rasa seperti ada diskriminasi," katanya.
Tambah Rahim lagi cuti umum ini merupakan propaganda politik yang mahu menarik perhatian rakyat.
"Apa yang diumumkan oleh Najib ialah satu kesempatan untuk menagih (political opportunity) atau meraih sokongan dan simpati daripada rakyat kononnya kerajaan di bawah pimpinan Umno- Barisan Nasional(BN) begitu prihatin dan amat menghargai jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh atlet," jelasnya yang 25 tahun terlibat dalam kewartawanan.    
Pengumuman cuti pada 31 Disember 2010 ini adalah sempena kejuaraan Skuad Harimau Malaya apabila berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan timbal balik Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki-AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia semalam.

Perlantikan Khusrin Langkah Pertama Umno-BN Rampas Selangor

perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan mengulangi tindakan jahatnya merampas kuasa di Perak, apabila meletakkan dirinya sendiri sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor serta melantik seorang yang tidak layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) ke jawatan tersebut.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata dalam satu sidang media petang tadi di Shah Alam, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK merupakan tindakan pertama Najib dalam usaha merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.
"Tindakan melantik Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah diantara tindakan-tindakan yang pertama dilakukan oleh Najib untuk melaksanakan perancangan nak jatuhkan kerajaan negeri Selangor ini," dakwa beliau.
Tegasnya, ini merupakan satu petanda bahawa Umno di bawah pimpinan Najib akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk merampas kembali kuasa di Selangor.
"Ini merupakan satu petanda kepada kita bahawa Umno nak rampas kuasa kembali di negeri Selangor dengan apa jua cara sekalipun. Dia nak ulangi apa yang dilakukan di Perak," katanya.
Beliau menambah, perlantikan Khusrin adalah semata-mata untuk menimbulkan kekecohan hingga Dewan Undangan Negeri Selangor berjaya dibubarkan.
"Apabila didapati bahawa kerajaan-kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan mungkin tidak akan turut sama dalam pilihanraya yang akan diumumkan di peringkat federal kerana kita ada hak untuk kekal selama lima tahun, maka dia nak wujudkan satu suasana yang akan memaksa kerajaan negeri untuk bubar secepat mungkin lalu dia lantik seorang yang tidak layak menjadi setiausaha negeri sebagai setiausaha negeri," jelasnya.
Beliau turut mendakwa Umno telah mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam permainan politik sehingga sanggup melibatkan Sultan dalam perlantikan Khusrin.
"Seperti biasa, Umno-BN nak mencemar institusi kesultanan Melayu dengan mengheret masuk institusi Sultan dalam persoalan ini dan apabila mendapat restu daripada Sultan, maka digunakan kembali isu derhaka kepada Sultan dan sebagainya sekiranya kerajaan negeri Selangor menolak Khusrin sebagai calonnya," tegas beliau lagi.
Khalid seterusnya menjelaskan, tindakan kerajaan pusat merupakan satu tindakan yang membelakangkan rakyat negeri Selangor, kerajaan Selangor dan mencemar serta mencalar institusi kesultanan itu sendiri sambil memastikan segala perancangan kerajaan Selangor gagal dilaksanakan.
"Jahat dan buruknya sikap kerajaan pusat jelas terbukti melalui tindakan ini dan ianya tidak akan berhenti di situ, seperti mana yang disebutkan tadi, ianya merupakan tindakan awal untuk menentukan bahawa apa yang dikehendaki dan diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor akan digagalkan," jelas beliau lagi.