Tuesday, August 3, 2010

PRU13 - PAS bakal hilang banyak kerusi Parlimen?

 

Merujuk kepada 2 cerita terbitan di HarakahDaily. Bacaan itu dirujuk dengan penuh minat dan penuh insaf. Berita pertama berbunyi, Sasaran 60 Kerusi Parlimen Cerah dan berita keduanya bertajuk, Retreat Sahkan Sokongan Melayu Kekal Kepada PAS.

Kenyataan Ahli Parlimen PAS Jerai, Mohd Firdaus Jaafar ialah berhubung sasaran PAS untuk merampas 37 kerusi Parlimen daripada UMNO pada Pilihanraya Umum ke 13, selain mempertahankan 23 kerusi yang sedia ada. Ini sangat menarik. Malah beliau turut menambah,
“Sasaran kita yang sebenar adalah 60 Parlimen ke Putrajaya, janganlah main isu lain,” kata Mohd Firdaus yang juga Pangarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat.
Selain itu memetik kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dalam rumusannya menegaskan undi teras Melayu terhadap PAS tidak merosot seperti di dakwa oleh sesetengah pihak.
“Pada PRU 1995 undi Melayu kepada PAS sekitar 38 hingga 40 peratus, 1999 kita mendapat lonjakan 55 peratus ekoran isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet. Pada PRU 2008, sokongan Melayu terhadap PAS antara 42 hingga 46 peratus.”

Di dalam laporan HarakahDaily turut tertulis berikut, ‘Mengulas lanjut Mahfuz berkata, PAS memperoleh 45 peratus sokongan Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gantang sewaktu Datuk Seri Mohammad Nizar menjadi calon.Apakah PAS sedang berada dalam satu keadaan yang tertekan? Kenyataan Firdaus dan Mahfuz dilihat bertentangan diantara satu sama lain.

Firdaus menyatakan PAS mensasarkan 60 kerusi Parlimen, supaya ia akan muncul sebagai Parti yang dominan di dalam Pakatan Rakyat. Lebih dari itu, PAS akan muncul sebagai Parti Politik teras orang-orang Melayu.

Di sini penulis tidak mahu mempertikaikan sama ada PAS mampu atau tidak menang 60 kerusi Parlimen. Itu adalah persoalan lain. Tetapi penulis melihat bagaimana kedudukan PAS dalam PRU-13 berdasarkan kepada hujah-hujah dari mereka berdua itu.

Pada Jun 2009, penulis telah diarahkan untuk menyiapkan satu analisa bagi kerusi-kerusi Parlimen yang PAS tewas di dalam PRU 2008 lalu. Analisa itu dibuat bersempena Muktamar PAS pada tahun tersebut. Kenyataan Mohd Firdaus tidak bercanggah dengan analisa yang penulis buat ketika itu.

Tetapi berdasarkan analisa itu, kesimpulannya ialah jika PAS mahu memenangi kerusi-kerusi Parlimen yang PAS tewas di dalam 2008, PAS perlu..

1.Mempertahankan sokongan pengundi Melayu yang diterima di dalam PRU12.
2.PAS harus mengaut sokongan daripada pengundi-pengundi Cina.
3.Memperlengkapkan jentera di kawasan-kawasan Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, ianya datang dengan risiko yang besar. Ini kerana di dalam menambah sokongan pengundi Cina, PAS perlu memberi lebih banyak konsesi kepada mereka. Jika ini berlaku, PAS berkemungkinan besar akan kehilangan pula pengundi teras mereka yang menyokong PAS kerana PAS memperjuangkan Islam. Ini akan menjadikan PAS hanya sebagai replika kepada Parti Keadilan Rakyat yang berjuang untuk menentang apa yang dilihat mereka sebagai ketidak adilan.

Kenyataan Mahfuz pula walaupun bertujuan untuk menyatakan bahawa undi Melayu terhadap PAS tidak merosot, tetapi sebenarnya,
Mahfuz telah mendedahkan bahawa undi Melayu terhadap PAS sudah merosot hampir 10 peratus dari tahun 1999. Kenyataan Mahfuz juga secara tidak langsung mendedahkan undi Melayu yang diterima PAS juga telah merosot hari ini berbanding dengan semasa PRU 2008.
Perlu diingat sewaktu berdepan dengan PRU12 lalu, PAS dan DAP tidak diikat oleh mana-mana gandingan politik melainkan memperjuangkan isu-isu bersama. Selepas PRU12, barulah PAS memeterai satu pakatan politik bersama DAP.Apakah ini yang mengakibatkan kemerosotan dari segi peratusan undi Melayu yang PAS terima?

Pengikut PAS harus sedar, jika benar PAS memperolehi hanya 45 peratus undi Melayu seperti yang dinyatakan oleh Mahfuz, tidak mustahil tragedi PRU 2004 akan berulang.

Jika hanya 45% pengundi Melayu memilih PAS pada hari ini, PAS akan berdepan dengan masalah bagi konstituensi-konstituensi dimana komposisi pengundi Melayunya melebihi 88 peratus. PAS juga akan bermasalah di konstituensi-konstituensi dimana pengundi Cinanya kurang daripada 18 peratus.

Ini bererti, PAS boleh kehilangan minimum 10 kerusi Parlimennya sekarang. Ini bagaimanapun tidak termasuk kerusi tradisi mereka di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian serta Marang. Bagaimanapun harus diingat, PAS pernah terlucut kerusi Marang dalam PRU 2004 yang lalu. Kerusi-kerusi yang mungkin PAS akan hilang ialah:

1. P007 Padang Terap.
2. P011 Pendang.
3. P012 Jerai.
4. P013 Sik.
5. P016 Baling.

Kesemua kerusi di atas adalah di Kedah dan pada 2004, kerusi-kerusi tersebut dimenangi oleh BN-UMNO melainkan Pendang dimana PAS pertahankannya dengan hanya 50 undi. Pada 1999 PAS menang Pendang dengan majoriti 2,939 undi atau 6.91 peratus. Pada Pilihanraya Kecil 2002, BN-UMNO merampas Pendang dengan majoriti, 283 undi atau 0.62 peratus.

PAS juga akan kehilangan kerusi-kerusi berikut:

6. P019 Tumpat.
7.P023 Rantau Panjang.
8. P025 Bachok
9. P028 Pasir Puteh
10. P031 Kuala Krai.

Pada tahun 2004, PAS kehilangan Kuala Krai dengan majoriti 2,416 undi, Pasir Puteh dengan 3,810 undi dan Bachok dengan 6,272 undi. Bagaimanapun Rantau Panjang di menangi PAS dengan majoriti 723 undi dan Tumpat dengan majoriti 1,820 undi.

Jika benar PAS menikmati 45 peratus undi Melayu dan kekal menikmati lebih 80 peratus undi pemilih Cina, PAS seharusnya tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi-kerusi berikut:

1. P008 Pokok Sena.
2. P021 Kota Bharu.
3. P036 Kuala Terengganu.
4. P057 Parit Buntar.
5. P059 Bukit Gantang.
6. P096 Kuala Selangor.
7. P101 Hulu Langat.
8. P108 Shah Alam.
9. P111 Kota Raja.
10. P119 Titiwangsa.

Daripada jumlah 43 buah kerusi Parlimen yang PAS tewas dalam PRU12, saya mendapati PAS hanya mempunyai peluang untuk menawan 9 buah kerusi Parlimen sahaja. Konstituensi tersebut ialah:

1. P081 Jerantut.
2. P067 Kuala Kangsar.
3. P042 Tasek Gelugor.
4. P090 Bera.
5. P095 Tanjung Karang.
6. P093 Sungai Besar.
7. P001 Padang Besar.
8. P079 Lipis.
9. P059 Lenggong.

Peluang PAS ini bagaimanapun banyak bergantung kepada calon yang akan diletakan oleh BN-UMNO serta keupayaannya mendapatkan sekurang-kurangnya 45 peratus undi pemilih Melayu.

Bagi konstituensi seperti Arau, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Jerlun, walaupun PAS menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam PRU12-2008, tetapi PAS akan menemui laluan sukar kerana mereka perlu memenangi lebih dari 50 peratus undi Melayu untuk menang di sini.

Walaupun PAS mensasarkan untuk bertapak di beberapa kawasan Parlimen di Negeri Sembilan dan Johor di mana pengundi Melayu kurang daripada 80% dan jumlah pemilih Cina adalah tinggi, namun pengikut PAS harus sedar, secara realitinya ia adalah amat sukar. Ini kerana PAS tidak mempunyai jentera yang besar di negeri-negeri tersebut bagi menawan kerusi-kerusi Parlimen.

Di dalam pilihanraya kecil di mana jentera PAS dari Kelantan dan Terengganu menumpu sepenuh perhatian pun, PAS masih menghadapi kesukaran apa lagi di dalam Pilihanraya Umum.

Sebenar-benarnya, PAS telah mengganjakkan pintu gol mereka untuk memudahkan DAP menjaringkan gol. Tetapi di dalam berbuat begitu, PAS telah menimbulkan kekeliruan kepada barisan pertahanan mereka.

Impak dari tindakkannya itu juga, PAS berpotensi untuk kehilangan kerusi-kerusi tradisinya kesan dari kemuncupan sokongan pengundi Melayu akibat keghairahan segelintir dari pimpinan PAS menari mengikut gendang perang oleh masyarakat Cina.

Tiada siapa dapat menafikan bahawa, berkemungkinan PRU13 akan menjadi medan untuk UMNO membakar api perkauman di kawasan Melayu bagi menentukan hidup mati Ketuanan Melayu di bumi yang satu ketika dahulu di panggil Tanah Melayu.Jika ini benar berlaku, ia akan menyaksikan pengundian berdasarkan garisan perkauman dan PAS berkemungkinan akan tersepit di dalam pertembungan itu.

(sumber asal artikel dipetik dari blog Hambali1)
** Ada siapa boleh menyanggah analisa ini? Wak buka gelanggang. Kita debatkan bersama..ayuh !!

Perak Akan Kembali Ke Pakatan Rakyat Semula


Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama sehari ekoran kekecohan yang timbul ketika perbahasan ke atas rang undang-udang perbekalan tambahan.

Kekecohan timbul apabila Nizar (PAS-Pasir Panjang) enggan duduk selepas tempoh 15 minit untuk beliau berbahas berakhir.

Datuk Ramly Zahari (BN-Manong) bangun meminta Nizar dikeluarkan dari DUN sambil mendakwa bekas menteri besar itu mahu mencetuskan kekecohan di DUN.

Speaker Datuk R. Ganesan yang Nizar enggan merujuknya sebagai Speaker DUN membenarkan Ramly membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat lalu mengarahkan Nizar keluar dewan.

“YB Datuk Seri Nizar, sila tinggalkan dewan,” kata beliau berulang kali hampir setengah jam.

Nizar yang bertegas enggan keluar DUN, ditemani rakan-rakannya dalam PR yang turut bangun dan berhujah secara serentak.

“YB Nizar, anda digantung dari Dewan selama sehari, sehinggan sidang berakhir hari ini,” kata Ganesan.

Ganesan kemudian mengarahkan bentara DUN membawa Nizar keluar tetapi Nizar enggan mematuhi perintah itu.

Selepas kekecohan yang berterusan beberapa minit, kesemua 27 wakil rakyat PR memulaukan sidang dan meninggalkan DUN serentak bersama Nizar. -TMI

Sungguh anih, setelah negeri Perak dirampas secara biadab oleh UMNO BN, hari ini Speaker yang tak bertanding di dalam pilihanraya dengan muka tak tahu malu boleh menggantung seorang wakil rakyat yang sah, yang telah dipilih oleh rakyat.

GB berpandangan bahawa rakyat Perak PASTI akan mengajar UMNO BN dengan teruk selepas ini. Bahawa sistem pilihanraya yang diamalkan oleh Malaysia meletakkan kuasa rakyat mengatasi segala-galanya, bukan Najib, bukan UMNO BN, malah bukan Sultan, bukan hakim mahkamah, bukan polis dan bukan SPR atau SPRM yang akan menentukan siapa perintah Perak. Tetapi, "of the people, by the people, for the people". -GB

Kenyataan Media Nizar.

Kita meminta sidang diadakan 4 hari, kita dapati agenda menyatakan rang undang-undang diadakan dan diluluskan pada hari ini, dan kita mempersoalkan sehingga dijawab ganesan sidang cuma pada hari ini.

Kami mengambil keputusan hari ini untuk bersidang , tetapi bila melihat tindakan ganesan menyalah gunakan kuasanya untuk gantung seorang adun, sekurang-kurangnya dirujuk oleh jk hak dan kebebasan sebelum digantung.

Ganesan cuma boleh arah saya keluar dewan, dan ini kuasa dia, tetapi bukan gantung saya. Kenyataan Zambry mengatakan mahu menggulung. Tetapi kami tidak diberi peluang berbahas.

Kami hilang suara hari ini kerana pembesar suara ditutup. Tindakan kami adalah untuk menyelamatkan demokrasi di Perak.

Kita mengatakan oleh kerana mereka buat kerja haram maka dewan tidak berfungsi lagi.

Saya merakam terima kasih kepada rakan media yang buat liputan walaupun dihalang.
Semasa dato ngeh jadi ketua pembangkan, dia diberikan waktu 3 jam tanpa diganggu oleh mb masa itu Tajol Rosli.

Hari ini demkrasi dibunuh oleh BN.

Gambar-Gambar Sekitar Sidang DUN PerakGambar-Gambar Sekitar Sidang DUN Perak