Friday, December 3, 2010

Sebutan rayuan kes ‘Rosmah Puaka’ di Mahkamah Tinggi 8 Disember

rosmah_mansor_02 Sebutan rayuan bagi kes ‘Rosmah Puaka’ yang membabitkan lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) akan didengar di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur pada 8 Disember depan.
Rayuan itu dikemukakan pihak pendakwaraya terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen pada 24 September lalu yang membebaskan lima mahasiswa terbabit daripada pertuduhan jenayah dibawah Seksyen 427, 436, dan 447 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil membela diri.

Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli sebelum ini didakwa atas kesalahan cubaan melakukan perbuatan khianat,pencerobohan jenayah dan vandalisme.
Namun hakim Rozana Ali Yusoff membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut setelah mendapati tiada bukti keraguan (prima facie) yang menunjukkan lima pelajar itu terbabit dalam kejadian tersebut.
Rozana dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaraya gagal membuktikan premis penting dalam pertuduhan yang boleh mengaitkan semua tertuduh melakukan khianat dan mempunyai niat yang sama.
Beliau juga berkata siasatan forensik yang dilakukan terhadap bahan api serta rekod panggilan telefon juga tidak dapat mengaitkannya dengan tertuduh.
Hakim semak nota keterangan
"Dalam proses kes sebegini hakim biasanya akan menyemak nota keterangan, petisyen yang difailkan, serta beberapa dokumen penghakiman yang lain.
"Jika semua dokumen yang diperlukan lengkap, kemungkinan hakim akan tetapkan tarikh untuk dengar rayuan…namun semuanya terpulang pada hasil perjalanan kes Rabu depan," kata peguam mewakili Shazni Mohd Razlan Jalaluddin ketika dihubungi FMT.
Kelima-lima pelajar terbabit sebelum ini didakwa dibawah Seksyen 427 atas tuduhan menyimbah petrol di atas permaidani – yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor – dan menconteng didinding Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam (API) dengan tulisan ‘Rosmah Puaka’ 24 Jun tahun lalu kira-kira jam 4 pagi.
Mereka didakwa turut menconteng perkataan "C4", "Bini Puaka", dan "pembunuh Altantuya" didinding API dengan tulisan merah sebelum kedatangan Rosmah Mansor ke universiti itu bagi menghadiri satu majlis rasmi.
Manakala bagi Seksyen 436/511, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Mereka juga menghadapi pertuduhan menceroboh bangunan fakulti itu mengikut Seksyen 447 kanun yang sama.

Lebih Separuh Remaja Mengaku Pernah Berzina

Jangan nafikan bahawa remaja Malaysia juga begini. Dahulu ada sebuah universiti membuat kaji selidik dan hasilnya amat mengejutkan. Keputusan kaji selidik itu dibangkang oleh pelbagai pihak yang menghidap penyakit sindrom penafian. Walaupun kaji selidik itu hanya melibatkan respoden yang kecil, namun janganlah sesekali meminggirkan keputusannya.

Hari ini terbukti apabila gejala buang bayi kian berleluasa. Lebih menggusarkan apabila Sekolah Harapan dibuka khusus untuk remaja yang hamil anak luar nikah. Biarpun begitu, banyak pihak masih menafikan betapa buruknya kelaku remaja-remaja kita!

Saya petik:
[HM] JAKARTA: Lebih separuh daripada remaja Jakarta mengaku berzina, kata Agensi Perancang Keluarga Kebangsaan, semalam.

Hasil kajian dilakukan agensi itu menunjukkan, daripada 100 remaja ditemui, 51 mengaku tidak lagi dara. 

Walaupun begitu, ketuanya, Sugiri Syarif, berkata jumlah itu masih rendah berbanding bandar raya lain seperti Surabaya (54 peratus) dan Medan (52 peratus).

Di Bandung pula, kadarnya adalah 47 peratus.

“Kajian menunjukkan, sebanyak 2.4 juta pengguguran janin dilakukan di Indonesia setiap tahun, 800,000 daripadanya membabitkan remaja,” katanya, semalam.

Satu kajian lain pula menunjukkan, 37 peratus daripada 1,160 mahasiswa di Yogyakarta mengaku pernah hamil di luar nikah. - Agensi

P/s: Tidak menghairankan apabila negara itu sering dilanda bencana alam yang dashyat jika dilihat betapa hebat negara itu diserang dengan pelbagai macam gejala budaya hedonisme. Jadi, ambil iktibar. Jangan biarkan Malaysia juga berada dalam senarai negara yang bakal menerima bala Allah yang Maha Dashyat!

MPEN: Jual GLC bagi biayai dana kekayaan negara..kalau jual negara lagi baik..!!!

Kerajaan hari ini dicadang membentang dana kekayaan negara (SWF) yang bakal melabur dalam pelbagai kelas aset, termasuk sekuriti, tukaran asing dan derivatif dalam usaha menarik pelabur dan mempermantapkan saingan.

Namun Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dalam laporan bertajuk "Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia-Bahagian Akhir: Langkah Dasar Strategik" tidak menetapkan rangka masa untuk skim itu. Ia juga sekaligus mengelakkan perbalahan mengenai hak keistimewaan Melayu.

NONEPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menjanjikan pembaharuan ekonomi kerana kadar pelaburan ke negara ini masih belum pulih selepas krisis kewangan Asia 1998 dan kemasukan pelaburan asing langsung yang terus menjunam sejak 1990an.

“Kerajaan wajar menimbangkan untuk mengehadkan pemilikannya dalam syarikat strategik kepada 30 peratus daripada saham terbitan,” kata MPEN.

“Kerajaan juga perlu mengambil kaedah kawalan strategik kurang invasif seperti saham emas, dasar industri dan sekatan pemilikan asing.

Laporan itu dilancarkan oleh Najib, hari ini.

NONESaham emas memberi kuasa kepada pemegang untuk mempengaruhi keputusan utama dalam sebuah syarikat, manakala dasar industri adalah cara menjaga kawalan strategik melalui dasar industri tersebut dan sekatan-sekatan pemilikan bagi mengawal pelaburan pelabur asing.

MPEN juga mencadangkan kerajaan menjual syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak strategik dan memberi peluang kepada sektor swasta yang mempunyai peluang lebih besar untuk menambah nilai.

MPEN berkata, carian data mendapati terdapat 445 syarikat GLC di negara ini.

NONEMenurutnya hasil daripada penjualan pelaburan tidak seharus dikira sebagai pendapatan kendalian (aliran) tetap diiktirafkan sebagai penukaran modal (saham) manakala perolehan patut ditempatkan ke dalam SWF.

SWF akan melaksana rangka kerja tadbir urus seperti pengurusan rizab tukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM) dan ditadbiruruskan sejajar dengan prinsip Santiago yang antara lain memerlukan pendedahan dasar pelaburan SWF, penyata kewangan dan pendekatan pengurusan risiko, MPEN.

Menurut laporan itu, keuntungan daripada SWF boleh digunakan untuk memangkin inisiatif baharu sektor swasta.

Menurut MPEN, terdapat GLC yang dinyah labur boleh menjadi sebahagian daripada program khas untuk menyokong konsortium usahawan Bumiputera menerusi proses tender terbuka yang telus.

MPEN juga mencadangkan satu pihak berkuasa kawal selia GLC (GOA) ditubuhkan bagi mengumpul data kewangan kesemua GLC, memantau prestai mereka, dan GLC bertanggungjawab ke atas perbelanjaan belanjawannya.

NONE"Sebaik-baiknya, GOA perlu melapor kepada Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan prinsip keterusan ke arah membina keyakinan sektor swasta," menurutnya.

MPEN juga meminta kerajaan meminda rangka kerja perundangan dan kawal selia yang sudah wujud untuk menyediakan asas yang sama rata antara GLC dan perniagaan swasta selain mengurangkan ketidakpastian para pelaburan swasta.

“GLC juga perlu tertakluk kepada peruntukan Akta Persaingan 2010 bagi memastikan amalan perdagangan mereka tidak bersifat antipersaingan, selain kerajaan seboleh-bolehnya tidak menyediakan jaminan automatik ke atas liabiliti GLC," menurutnya.

Menurut laporan itu, halangan rasmi mahupun tidak rasmi dalam proses perolehan kerajaan, yang memberi keutamaan akses kepada GLC, harus dihapuskan.

95% Orang Melayu Tak Percaya Umno


Lepas satu, satu lagi isu yang yang sengaja dicipta dan diperbesarkan oleh Umno dalam usaha mereka membunuh kesatuan Pakatan Rakyat. Isu terbaru ialah tentang isu TPM berbangsa Cina seperti yang diusulkan oleh Anwar dan disambut oleh Nik Aziz.

Namun mungkin kebanyakan mereka lupa dik kerana terlampau sibuk menjadi Tuan Melayu di Tanah Melayu ini yang perlembagaan negara Malaysia tidak sama sekali menghalang apa bangsa sekalipun menjadi TPM atau Timbalan Perdana Menteri bagi Malaysia. Malah ada pendapat yang mengatakan adalah lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Umno dilihat memainkan isu yang salah sekiranya mereka meledakkan isu ini dengan niat menawan hati kaum lain selain dari Melayu pada PRU ke 13 nanti. Malah Umno bagai mahu menimbus kebusukan ciptaan Mahathir Mohamad yang dengan sombong dan bongkaknya mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong".

Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.Umno Mainkan Isu Yang Salah

Nik Aziz: PAS sedia hadapi pilihan raya umum bila-bila masa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata partinya bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa berikutan penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan yang sepatutnya bermula tahun depan.
Malahan beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata partinya tiada masalah untuk menghadapi pilihan raya umum lebih awal kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.
“Kita bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa daripada sekarang jika ia diadakan lebih awal seperti digembar-gemburkan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini
Nik Aziz (gambar) berkata demikian mengulas mengenai kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan pada penghujung tahun depan berikutan pengumuman Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan pemilihan Umno sehingga 18 bulan.
Beliau berkata PAS juga sudah mempunyai calon-calon yang berkebolehan untuk diketengahkan pada pilihan raya umum biarpun parti itu pernah tewas buat pertama kali dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November lepas.
Dalam pilihan raya kecil DUN itu, calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad, dengan majoriti besar 1,190 berbanding pilihan raya umum 2008 lepas. Calon PAS, Allahyarham Chek Hashim Sulaima, yang meninggal dunia pada 27 September lepas, memperoleh majoriti hanya 646 undi.
BN memperoleh kemenangan besar pertama dalam pilihan raya kecil itu setelah tewas kepada PAS dengan majoriti tipis dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 2009.
Kemenangan BN di Galas dan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dikatakan menjadi sandaran untuk BN mengadakan pilihan raya umum tahun depan kerana keyakinan rakyat semakin beralih kepada BN berbanding pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan pakatan pembangkang memperoleh lima negeri dan BN hanya mendapat majoriti mudah berbanding dua pertiga majoriti dalam Parlimen pada 2004.
Nik Abdul Aziz turut menafikan dakwaan kononnya kekalahan PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas bukan disebabkan faktor calon yang ditolak pengundi kerana pernah kalah dalam pilihan raya sebelum itu.
Namun beliau mengakui kemungkinan kesilapan strategi berkempen punca calon BN memperoleh majoriti lebih besar berbanding majoriti yang diperolehi calon PAS pada pilihan raya umum 2008.

Tanda Gula Naik Harga -Dijajalah Cerita Diabetes Meningkat Mendadak Di Asia


Penyakit gula dan gila sudah datang. Diabetes meningkat mendadak. Kawasan Asia-Oseania mengalami peningkatan mendadak penyakit diabetes dengan kira-kira 138 juta penduduk Asia, termasuk 14.9 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu pada masa ini.

Kia-kira 1.5 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes dengan 20 peratus daripadanya menguruskan penyakit itu menggunakan terapi insulin di pusat-pusat kesihatan Kementerian Kesihatan. Itulah kata-kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, Ketua Pengarah Kesihatan.

Kenapa dia tidak bercakap tentang penyakit gula sebelum ini. Ini adalah penyakit gila Kerajaan Malaysia. Malaysiakini melaporkan gula akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Itulah sebabnya dia bercerita tentang diabetis. Kalau nak naikkan harga, tak payah bercerita tentang diabetis, lain kali pun boleh.

Gila! aaa...gula! gila! aaa...gula! gila! gila! gila!!!!! ooo....gilaaa...siapa? ntah!!!

Kerajaan tidak pernah ikhlas tentang apa-apa yang dibuat. Kononnya takut rakyat marah tentang kenaikkan gula, penyakit itulah, penyakit inilah, hampeh!!

MBE: Malaysia perlukan tindakan afirmatif mesra pasaran

Tindakan afirmatif yang mesra pasaran akan diperkenal bagi mengelak rasa tidak puas hati atas nikmat kemajuan ekonomi bagi merapatkan jurang ketaksamaan pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar di semua wilayah terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Menurut Laporan Model Baru Ekonomi (MBE) Bahagian Akhir oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yang dikeluarkan hari ini, tindakan itu menekankan pendekatan promiskin, pertumbuhan menyeluruh yang dapat menangani ketaksamaan pendapatan dan ketidaksamaan sosial sambil mengeluarkan penduduk yang kurang berkemampuan dari kemiskinan.
Bagaimanapun, tindakan afirmatif tersebut tidak melanggar perlindungan dan syarat-syarat yang termaktub di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di mana MBE tidak menganjurkan penghapusan kedudukan istimewa orang Melayu, penduduk asal Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah masyarakat yang lain.
Menurut laporan itu, tindakan afirmatif yang berasaskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang dilaksanakan sejak pertengahan 1940-an ternyata berjaya mengurangkan kategori kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Namun, ia turut melibatkan beberapa kesan negatif yang penting antaranya, tindakan itu telah menggalakkan dan menanam budaya pengagihan dan rasa berhak serta tabiat merentir.
Selain itu, pemberian sumber-sumber modal kepada firma-firma bumiputera yang kurang berkelayakan telah menggalakkan penubuhan barisan hadapan yang palsu serta penggunaan kuota berdasarkan kaum yang berlebihan telah mengakibatkan pengagihan kepada penerima yang kurang berkelayakan yang melahirkan ketidakcekapan.
Menerusi tindakan afirmatif yang mesra pasaran, ketidaksamaan yang berterusan selama ini akan diubah dan diberi pembaharuan dengan menghapuskan elemen-elemen yang negatif serta kelemahan-kelemahan dari amalan-amalan yang terdahulu.
Tindakan afirmatif yang mesra pasaran di dalam MBE akan mendukung penggunaan prosedur dan kriteria yang telus untuk menggalakkan pembinaan keupayaan dan kemampuan dan penghapusan pendekatan-pendekatan yang menyumbang kepada amalan merentir.
“MBE juga ingin menggalakkan pemberian ganjaran berdasarkan prestasi dan menggalakkan lebih banyak persaingan dengan menghapuskan perlindungan yang berlebihan dan menggalakkan liberalisasi mengikut sektor kerana peningkatan persaingan dan produktiviti amat bergantung kepada ganjaran yang diberi berasaskan merit dan usaha, bukan kepada kriteria lain yang tidak wajar,” kata laporan itu.
Selain itu objektif keterangkuman MBE juga tertumpu kepada pengurangan ketaksamaan dan pengangkatan 40 peratus isi rumah terendah dengan pelaksanaan program yang tidak mengambil kira latar belakang etnik penerima dan tanpa apa-apa elemen herotan seperti kuota atau keutamaan atau kelayakan kepada sumber kewangan, pekerjaan, kontrak dan lesen.
Kesemua program itu akan dilaksanakan berdasarkan keperluan dan merit pemohon dan akan tertumpu kepada pembinaan keupayaan dan kemampuan.
Antara langkah dasar bagi Mengurangkan Jurang Ketaksamaan Pendapatan dan Perbezaan Wilayah ialah;
* Mewujudkan satu dasar induk bagi program-program bantuan dengan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat hendaklah dijadikan sebagai agensi penyelaras bagi membangun dan memantau dasar ini.
* Semua kementerian dan agensi terlibat perlu menggunakan pangkalan data seragam yang menyeluruh yang pada mulanya akan berasaskan e-Kasih.
* Mewujudkan program-program bantuan sosial tambahan berkenaan pengangkutan dan perumahan yang merupakan sebahagian besar daripada perbelanjaan isi rumah berpendapatan rendah seperti;
- Meningkatkan pergerakan di kalangan kumpulan 40 peratus terendah bagi peluang pekerjaan yang lebih baik dengan memperuntukkan subsidi pengangkutan awam melalui penjimatan daripada pengurangan subsidi kerajaan yang lain.
- Menubuhkan Lembaga Perumahan peringkat negeri untuk merancang, membangun dan mengurus skim perumahan bagi kumpulan 40 peratus terendah.
- Memindahkan tumpuan sekarang skim tersebut daripada pemilikan kepada pajakan dengan peluang untuk membeli semasa tamatnya tempoh pajakan tersebut.
- Menawarkan pinjaman melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk keperluan perumahan bagi kategori kumpulan 40 peratus pertengahan yang boleh dibayar balik melalui potongan daripada caruman bulanan oleh pekerja, iaitu bersifat berkecuali ke atas aliran tunai.
* Membolehkan kumpulan 40 peratus terendah untuk keluar dari kemelut kemiskinan melalui pendidikan.
- Menawarkan insentif kepada guru-guru untuk meningkatkan prestasi dan kesediaan untuk mengajar di kawasan luar bandar termasuk juga di beberapa kawasan pendalaman dan memperuntukkan jaringan keselamatan bagi ibu bapa memastikan anak-anak mereka menamatkan persekolahan sepenuhnya.
Selain itu, laporan tersebut juga menggariskan beberapa pendekatan untuk Program-program Sasaran bagi Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) seperti mewujudkan program-program khusus dengan strategi keluar; bagi pengusaha kecil sederhana (PKS) bumiputera sahaja dan tumpuan terhadap program-program pembinaan kemampuan.
“MPEN mendukung langkah-langkah utama tersebut dan percaya bahawa program-program khas yang disasarkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu di luar lingkungan 40 peratus isi rumah terendah terutamanya PKS di dalam MPPB patut diteruskan tetapi hendaklah dikurangkan secara berperingkat kepada satu tahap yang bersesuaian.
“Keutamaan yang diberi di bawah program itu perlu dijadikan mesra pasaran, telus dan berasaskan keperluan dan merit,” kata laporan itu.

Badrul Amin - Istana Beri Lampu Hijau Terima Memorandum Air


Penyelaras kempen perhimpunan menentang kenaikan harga air, Badrul Amin Bahrom berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Ahad ini tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

Beliau yang dihubungi petang tadi berkata meskipun pengarah kempen yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor, Theresa Kok tidak dimaklumkan oleh pihak polis mengenai permit perhimpunan tersebut.

"Polis tidak menjawab walaupun kita telah memaklumkan kepada mereka dan kita hanya diberi amaran melalui media oleh pihak polis.

"Kita tetap teruskan perhimpunan atas alasan, ia merupakan hak setiap individu untuk berhimpun," ujar beliau.

Menurut Badrulamin lagi, ini berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh yang membebaskan orang kena tangkap (OKT) daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu.

Dalam perbicaraan tersebut, Jagjit  berkata pihak polis telah melanggar kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap semua tertuduh di Masjid Negara.

Ditanya tentang langkah-langkah yang telah diambil tentang persediaan perhimpunan yang akan diadakan itu beliau berkata pihaknya telah menyediakan 500 petugas yang terdiri daripada Unit Amal (PAS), Briged Keadilan dan Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) bagi menghalang provokasi daripada pihak-pihak tertentu.

"Mereka akan mengawal provokasi yang berkemungkinan dicetuskan oleh kumpulan baju hitam dan daripada pihak polis sendiri.

"Kita telah menasihat pihak kita supaya tidak bertindak liar dan bersabar menghadapi apa sahaja bentuk provokasi dan ikut arahan pemimpin.

Pada masa sama, beliau turut berharap  kumpulan baju hitam menghentikan hasrat untuk mengganggu perjalanan perhimpunan menentang kenaikkan harga air.

"Kalau betul-betul ada bukti penyelewengan negeri Selangor, ikutlah saluran yang betul...serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bukannya kepada Yang Di-Pertuan Agong.

"Saya minta pihak polis juga bersikap profesional dan bijaksana dalam menangani kedua-dua perhimpunan tersebut," tambah beliau yang juga Ketua Penerangan Selangor.

Gani Patail Didesak Jelas Hubungan Dengan Proksi Bekas Pengerusi MAS



Pengerusi majlis peguam, Ragunath Kesavan mendesak supaya peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan apakah hubungannya dengan Shahidan Shafie yang dikatakan proksi kepada bekas pengerusi Syarikatt Penerbangan Malaysa (MAS)i, Tan Sri Tajuddin Ramli.
Ragunath menegaskan Gani juga perlu menjelaskan dakwaan yang mengatakan perbelanjaan beliau dan keluarga menunaikan ibadah haji baru- baru ini ditaja oleh seseorang.
Beliiau juga menuntut gani menjelaskan adakah bayaran itu sebagai satu bentuk penghargaan kerana melakukan sesuatu atau untuk tidak melakukan sesuatu.
"Saya tidak pasti sama ada Tan Sri Abdul Gani patut menjawabnya tetapi ia terserah kepadanya untuk memberikan respon- Ragunath Kesavan,” katanya lagi
Abdul Gani dan Shahidan kemudiannya hampir senada apabila enggan mengulas dakwaan berkenaan ketika disoal wartawan semalam. 
Kedua-dua mereka berkata mereka tidak mempunyai sebarang komen.
Isu yang dibangkitkan Ragunath ini dilihat mirip kepada tomahan yang dilemparkan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa ditawarkan untuk menunaikan ibadah haji oleh sebuah syarikat.
Ragunath berkata beliau menyedari mengenai gambar-gambar lawatan Abdul Gani ke rumah Shahidan ketika pengkebumian anaknya seperti yang didedahkan oleh lamanweb Malaysia Today.
Hubungan yang dipertikaikan itu, kata Ragunath menimbulkan persoalan adakah kemungkinan hubungan antara Abdul Gani dan Shahidan menyebabkan “tiada tindakan” dikenakan ke atas Tajuddin.
Tajudin sebelum ini dipertanggungjawabkan kerana menyebabkan syarikat penerbangan malaysia atau MAS mengalami kerugian sehingga 8 billion ringgit namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan dikenakan keatasnya.

Pelaburan antarabangsa mendatar melangkah ke 2011

global-economy_25Prospek pelaburan antarabangsa kekal mendatar melangkah ke suku keempat 2010 tetapi masih menunjukkan peningkatan berbanding prestasi menjunam tahun 2008 dan 2009.
Prestasi ini terkandung dalam rencana utama isu terbaru Buletin Berita Pelaburan yan diterbitkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Dalam satu kenyataan bertarikh 2 Disember, OECD meramalkan bahawa aliran Pelaburan Langsung Asing (FDI) akan merosot 8% pada 2010.  Namun ia satu pencapaian yang lebih baik berbanding kejatuhan 19% dalam aliran FDI pada 2008 dan pengurangan 43% tahun 2009.
Jika trend ini kekal, maka pelaburan dalam aktiviti Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A), satu komponen penting dalam FDI akan berlegar di sekitar US$670 bilion dalam 2010, peningkatan sebanyak 6% berbanding tahun 2009," kata kenyataan itu.
Ini merupakan pertambahan kali pertama dalam aktiviti M&A antarabangsa sejak 2007 berikutan kejatuhan 21% tahun 2008 dan 53% tahun 2009, menurut laporan itu.
Berdasarkan momentum yang kurang jelas, pelaburan antarabangsa 2011 akan sensitif kepada kekuatan pemulihan ekonomi global.
"Ia turut sensitif sama ada negara-negara dalam kumpulan G20 boleh mengelak dari perlindungan pelaburan atau konflik berhubung dasar pertukaran asing.
"Keadaan ini boleh mencipta ketidaktentuan berhubung harga aset antarabangsa dan penilaian pendapatan dijangka dari aset-aset ini," kata OECD.

Tahniah Semua Rakyat 1Malaysia... Anda telah membuat Pilihan Yang Bijak..!!

Kerajaan BN-Barang Naik RON95

Kerajaan BN semakin mengganas menekan dan membuli rakyat apabila secara tiba-tiba tanpa isyarat akan menaikkan harga petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula bermula esok.

Antara yang akan dinaikkan ialah petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram dan gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Beberapa hari lepas, kerajaan BN telah pun menaikkan harga petrol RON97 dengan 15 sen menjadikan RM2.30 seliter.

Sudah nasib rakyat Malaysia laa. Dah hangpa pilih kerajaan BN jadi terpaksalah terima kenaikan harga barang yang dinaikkan oleh kerajaan.

Depa nak naikkan harga barang tanpa mempedulikan rintihan rakyat, tanpa memikirkan kesusahan rakyat tapi yang penting poket depa penuh, anak bini boleh pi shopping luar negara tanpa ada gangguan kewangan walaupun negara dalam keadaan gawat.

Kalau tanya depa tu kenapa naikkan harga petrol dan barang-barang lain. Depa akan jawab nak selaras subsidi. Kalau dulu depa kata nak guna duit hasil pengurangan subsidi tu untuk penambahbaikan sistem pengangkutan awam. Haram jadah, sampai sekarang masih lagi di tahap yang gampang.

Kesesakan saban hari makin menjadi-jadi, perkhidmatan kenderaan yang kurang memuaskan. Yang puas hanyalah depa dan anak beranak depa yang duk di puncak, yang senang-lenang dalam mahligai ntah dari mana dapat duit untuk membinanya.

Kalau tanya depa, macam-macam alasan diberikan, tapi satu habuk tak beri faedah untuk rakyat. Rakyat makin hidup tak tentu arah, makin merempat di negara sendiri.

Selepas ini kalau rakyat yang tertindas dek kerja-kerja Umno-BN tu masih lagi memilih kerajaan BN, bermakna bodoh tahap bangang la jawabnya. Memang sah depa suka ditindas. Padanlah muka hangpa.

Padah! Bunga Api Neraka Mula Membaham Israel!!!


MEGADIM, Israel: Berpuluh pengawal Israel yang cuba menyelamatkan tahanan yang diancam kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah negara itu mati selepas bas yang mereka naiki terperangkap dalam kebakaran itu.


Ketika pengawal terbabit bergegas ke penjara yang kebanyakkan banduan adalah rakyat Palestin, sebatang pokok tumbang merintangi jalan dan menghalang laluan mereka.


Tanpa jalan keluar, sebilang besar daripada mereka terbakar hidup-hidup dalam bas itu manakala sebilangan lagi rentung ketika cuba melarikan diri dari kawasan kebakaran itu yang disemarakkan lagi oleh belukar kering.





Apabila api padam, sekurang-kurangnya 36 didapati maut.

“Bencana ini amat besar," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Kebakaran itu memaksa 12,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan memusnahkan sebuah perkampungan serta mengancam kemusnahan kekal beberapa kawasan hutan di Israel.



Api masih marak di luar kawalan sehingga tengah malam tadi.

Turki mengenepikan ketengangan baru-baru ini dengan menawarkan bantuan dan Pejabat Netanyahu menyatakan Greece, Sepanyol dan Cyprus bersetuju menghantar helikopter melawan kebakaran.



Bantuan tambahan juga akan dihantar Britain, Russia, Mesir, Azerbaijan, Romania, Jordan dan Bulgaria.

Penyiasat mengandaikan kebakaran itu mungkin bermula secara tidak sengaja atau disengajakan. Namun mereka menolak kemungkinan ia serangan kumpulan Palestin. - AP@ASD




PHOTOS : AFP PHOTO/JACK GUEZ(Photo credit should read JACK GUEZ/AFP/Getty Images)

More photos HERE