Sunday, August 29, 2010

Umno seolah rela kutip dosa di Ramadhan

http://2.bp.blogspot.com/_2pBFabFf0pc/Svhb0clO3CI/AAAAAAAAEXg/CsaY-wCkhSo/s320/DSC09890.JPG

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kepimpinan Umno lebih rela kutip dosa daripada pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT sepanjang Ramadhan dengan melemparkan fitnah semata-mata supaya rakyat terus memarahi kerajaan Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno juga sengaja mencari publisiti murahan mengaibkan individu yang dilihat janggal selama ini apabila berkhutbah dengan menyebut nama bukan Islam untuk mendapatkan hidayah.

Selain itu, ujarnya mereka sanggup pula menyanggah keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bagi Hal Agama Islam Malaysia yang mengharus kemasukan pelancong bukan Islam ke masjid dan ruang solat asalkan mendapat persetujuan jawatankuasa dengan perlakuan dan tingkah laku tidak mencemarkan kesucian masjid serta sentiasa terkawal dan beradab.

"Kepimpinan Umno lebih nampak dosa dari pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT di bulan Ramadhan. Sepatutnya mereka tidak bertindak begitu seandainya mereka bijak," tegasnya ketika berucap di majlis Ihya Ramadhan Perdana anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Ujar beliau lagi, pemimpin Umno memang ketandusan idea sehingga melakukan kesalahan yqang disifatkan memberikan bola tanggung untuk pembangkang membidas dengan sepakan kuda sepertimana aksi pemain sepak takraw Thailand.

Katanya, segala tuduhan terhadap dua isu terbaru itu jelas menunjukkan kejahilan para pemimpin Umno sendiri malahan menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian ahli Umno yang bijak menggunakan fikiran.

Sebenarnya, kata beliau tindakan itu yang dianggap Umno boleh memerangkap PAS dan Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya menjatuhkan maruah parti asobiah itu sendiri yang kononnya mewakili serta mementingkan orang Melayu selama memerintah melebihi 53 tahun setelah negara mencapai kemerdekaan.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendesak Umno supaya berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' dalam gelanggang politik dengan tidak mencampuradukkan isu perkauman dan agama untuk meraih simpati orang Melayu.

"Persilakan jika Umno 'anak jantan' berada dalam gelanggang sebenar, jangan pula kerana terlalu terdesak mereka gunakan orang luar untuk menyerang dan memukul Pakatan Rakyat," ujarnya.

Turut berceramah pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik.

Strategi Khatib Pak Ya Mat Mengena!


SUKAR untuk saya mengesahkan apakah khatib bernama Zakaria Ahmad (Pak Ya Mat) yang kini berjaya meneggelamkan Mat Maslan yang cuba memberi tahu rakyat bahawa Felda adalah sebuah institiusi kerajaan yang berjaya dan banyak membantu orang Melayu, ada strategi politik ataupun tidak apabila beliau membaca doa untuk kesejahteraan dan kemakmuran kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guang Eng.

Sekiranya Pak Ya Mat ada strategi tersendiri dan mahu menenggelamkan populariti Mat Maslan, semisalnya, ternyata strategi itu berjaya dan mengena.

Sejak Pengerusi Umno Pulau Pinang, Ahmad Zaid Hamidi cuba memberi imej buruk kepada Pak Yat Mat dan kerajaan Pulau Pinang, nama Pak Yat Mat menjadi sebutan di mana-mana. Gara-gara tindakan Zahid itu juga menyebabkan rakyat Malaysia tidak tahu kewujudan Pak Ya Mat di dunia ini, menjadi tahu dan kenal padanya.

Nama Pak Ya Mat disebut sepanajng masa sehari dua ini dan tindakannya itu dilihat dengan berbagai tafsiran. Yang nyatanya dia popular. Bukan saja Pak Ya Mat boleh menimbuskan kehebatan dan populariti ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sering muncul dengan isu-isu kontroversi entah-entah yang menyerabutkan kepala, tetapi nama Mufti Perak, Harussani Zakaria juga terpinggir. Untuk kembali menjadi popular Harussani nampaknya kena cari idea baru dan merekasakan macam-macam lagi untuk mengejutkan orang ramai.

Orang melihat tindakan Pak Ya Mat itu sebagai berani dan sihat. Ia lebih sihat daripada tindakan Mutfi Perak yang cuba meletakkan kesalahan atas kelemahan Melayu kini kepada Pas dan PKR. Bahkan, kehebatan Pak Ya Mat itu juga mengatasi presiden Pas sendiri, Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Amnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana mungkin mereka tidak akan tergamak mendoakan kesejahteraana untuk kerajaan Pulau Pinang tetapi dilakukan Pak Ya Mat. Saya berani berkata kalau Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz diundang membaca khutbah di Pulau Pinang mereka tidak berani melakukan apa yang Pak Ya Mat lakukan itu, mendoakan kesejahtraan kerajaan Lim Guan Eng.

Justeru apa yang Pak Ya Mat lakukan itu, menunjukkan dia berani. Beliau telah menambahkan nota baru dalam kitab-kitab siasah politik negara. Mengharuskan yang dirasakan haram sebelum ini. Tindakan ini sebagai hebat. Seseorang ustaz atau ulama seharusnya sedia membuka minda dan membawa pemikiran baru dalam usaha menyemarakkan agama.

Saya tidak sedia untuk mempertahankan tindakan Pak Ya Mat itu dengan turut mengcari hadith atau ayat Quran yang sewajarnya. Cuma saya nak katakan kalau Pak Ya Mat mendoakan untuk kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang di dalam masjid ia tidak akan menjadi persoalan. Sudah tentu bukan saja Zahid dan Mat Maslan menyokongnya tetapi, Najib dan Rosmah juga bersetuju.

Apa juga yang saya suka dan syoknya bila mana Pak Ya Mat tidak mudah mengaku kalah. Dia tidak gentar dengan gertakaan Zahid. Dia mengakui apa yang dituduhkan ke atasnya dan mempertahankan sebagai tidak salah, cuma tempat saja tidak sesuai. Itupun dijawabnya selamba saja seperti orang memamah sireh. Inilah agamawan yang kita mahu, tegas dan tidak mengubah setiap apa yang diijtihadkan. Bila kita sudah yakin dengan ilmu yang kita pegang maka ia hendaklah diyakini sampai ke peringkat kul haqku yakin.

Pak Ya Mat juga juga tidak gentar bila Zahid terus cuba memanipulasikan kejadian itu dengan meminta Pak Ya Mat memohon kepada Yang Dipertua Agung. Kata Zahid siasatan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ke atas Pak Ya Mat tidak cukup. Ia terlalu ringkas saja. Bila Zahid berkata begitu ia seakan mahu membuka semula balutan pekung di dadanya. Saya setuju kalau Zahid mendesak MAIPP buat siasatan semula, tetapi beliau juga harus meminta polis membuat siasatan semula ke atas laporan motoris bernama Amir Badzli yang didakwa dipukul oleh menteri itu.

Pak Yat Mat tidak pun takut dengan ugutan Zahid itu. Sebaliknya dengan tegas dia bertanya untuk apa dia memohon maaf kepada Yang Dipertua Agong kerana dia tidak bersalah. Iya tak iya juga macam mana Zahid nak suruh orang melahirkan anak daripada orang yang tak mengandung? Mat Maslan pun ketawa ayat ini, he he he...

Pernyataan Pak Ya Mat itu itu menempelak Zahid. Khatib itu tidak takut pun kepada menteri pertahanaan itu. Nampaknya Zahid bukan saja tampil untuk mempertahankan keselamatan negara, tetapi telah obius mempertahankan partinya Umno. Mungkin Zahid sedar selepas keris lucah Umno tidak mampu mempertahankan Umno, selepas C4, bom M 16, sterling dan sebagainya tidak boleh diguankan untuk mempertahankan Umno maka beliau cuba mengheret sultan agar memancung Pak Ya Mat.

Keberanian dan ketegasan Pak Ya Mat itu saya tegok bukan berhenti di situ saja. Orang seperti beliau diperlukan dalam membangunkan negara ini. Kerana itu saya rasa Pas atau PKR wajar kalau menyediakan kerusi untuk Pak Ya Mat dalam pilihan raya akan datang. Saya rasa kalau dia menentang Abdullah Badawi di Kepala Batas pun boleh menang. DAP tentu akan menyokong penuh Pak Ya Mat yang mendoakan kesejahteraan ke atas kerajaannya. Dan kalau ini berlaku maka satu lagi keajiaban politik Malaysia yang mana keajaiban ini menyebabkan Umno akan tumbang.

Pak Ya Mat adalah lambang kepada ustaz, ulama, saik, pemukul beduk, khatib dan para imam yang menentang Umno. http://msomelayu.blogspot.com/

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0y03RQK2u

Kaitkan PAS, Utusan berdepan saman


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada mesyuarat mereka siang tadi.

"Utusan menyiarkan laporan bahawa beliau (Nie Ching) hadir untuk memberi sumbangan kepada Ahli PAS, sedangkan sumbangan tersebut untuk membaiki pagar surau.

"Kita akan ambil tindakan mahkamah, dan saya telah berbincang dengan pengerusi surau tersebut, kita akan saman mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Utusan dalam laporanya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada "ahli-ahli PAS".

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena begaimanapun mendakwa, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS.

Beliau tidak menolak kemungkinan, akhbar terebut cuba mewujudkan persepsi bahawa kehadiran Nie Ching tersebut untuk berpolitik dalam masjid.

Sementara itu, beliau juga mendakwa Umno telah mendalangi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan memberi maklumat salah kepada Sultan Selangor sehingga Tuanku dudakwa murka.

Ini kerana, tiada sebarang tazkirah yang disampaikan Nie Ching seperti yang didakwa melainkan sekadar ucapan lima minit selepas dijemput berucap oleh jawatankuasa surau.

Selain itu, ucapan ahli parlimen Serdang itu juga jelasnya langsung tidak menyentuh soal politik kepartian melainkan menjelaskan program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.

"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegasnya.

Tambahnya, tindakan Umno tersebut telah merugikan Islam apabila masyarakat mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.

Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.

"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada ahli parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0y03FxPNB

Media Umno takkan siar foto ni

Orang Bukan Islam masuk masjid

Oleh: albangi
"UMNO dan media BN menipu rakyat dan Sultan Selangor siang dan malam kerana nak rampas kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat. Paling terbaru tentang YB DAP masuk Surau Al-Huda di Kajang. Heboh macam ayam bertelor sebiji riuh sekampung. Cuba tengok foto di atas ini, berapa banyak orang bukan Islam masuk surau dan tidak tutup aurat termasuk penceramahnya. The photo speaks for itself. The photos is better than 1000 words. Media BN tak akan siar photo ini.

Rakyat jangan lupa, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Apakah media BN buat-buat lupa? Memang UMNO anti-dakwah Islam, anti-orang suka Islam, anti-orang Islam dekati bukan Islam.

Muzakarah ini telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Orang bukan Islam masuk masjid/surau ni sebenarnaya bergantung kepada jawatankuasanya.

Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan banyak masjid2 lain, orang bukan Islam, yang lelaki perempuan bukan Islam pun masuk, dibenarkan masuk, bukan suka-suka boleh keluar masuk. Di Surau Huda tu, YB tu dibenarkan masuk. Dia masuk pakai baju kebaya, ada muslimat bersama hari tu.

Tapi isu ini bukan isu agama, jelasnya ia isu politik. UMNO tengah lemas sekarang. Macam-macam kurap dan sopak dah nampak kat kulit tubuh badan UMNO-BN. Duit billion-billion hilang. Injin jet hilang. Harga barang naik.Kapal selam tak boleh selam. Duit saman nak kutip juga dari rakyat sebab duit negara dah kering. Subsisidi nak tarik sebab duit kerajaan dah kering. Macam-macam hancur. Sime Darby hancur. Maka nak elak rakyat terus tengok kurap dan sopak tu, maka UMNO carilah jalan untuk untuk kalih pandangan rakyat terhadap kurap dan sopak UMNO-BN.

Meskipun begitu, orang PAS-PKR pun satu, hati-hatilah sikit dalam bab yang sensitif pada setengah orang Melayu yang tak faham agama Islam dan tak faham tasawwur Islam secara menyeluruh. Janganlah buat benda-benda yang sensitif walaupun benda tu tidak salah pada sisi agama, berpada-padalah. Bila kita bawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid atau surau, jaga batas-batasnya; tak perlu buat dalam tempat atau ruang solat. Buatlah kemah di luar supaya dapat mengelak fitnah. Fitnah yang akan dibuat oleh orang Melayu Islam yang tidak faham Islam dan musuh dalaman umat Islam yang mengaku Islam. Jadi orang Melayu Islam yang tidak reti bab agama Islami ni tidaklah melenting sangat. Mereka itu jahil, mereka melenting sebab mereka jahil, kalau mereka faham mereka tidak melenting. Kita yang faham Islam janganlah bergaduh dengan orang jahil, jangan melayan bangat dengan orang jahil atau bodoh, nanti kita jadi bodoh.

Kesimpulannya hati2 dan waspada selalu tindakan kita kerana ada orang tak faham tasawwur Islam yang menyeluruh