Wednesday, August 29, 2012

Tudiaaa!!! Mantan Mufti Perlis, Dr Asri pun Abby Abadi bantai!


Oh kenapalah Abby Abadi sebegitu lantang di Twitter. Bukan sekali dua kenyataan selebriti ini menjadi bahan kontroversi dan kali ini melibatkan seorang bekas mufti.

Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA berkongsi pandangan beliau tentang pelaksanaan hukum hudud menurut Islam.

“Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian — seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi di’penjara kerana berbeza agama?” tulis Dr Asri.

Kenyataan Dr Asri itu lantas disambut oleh Abby Abadi yang berbunyi “Maafkan saya. hudud itu kan hukum Allah. Dr (Asri) belajar tinggi kenapa masih persoalkan?”

Kenyataan balas Abby Abadi itu turut mendapat sokongan beberapa orang peminat beliau tetapi ramai yang menegur cara beliau mempertikai kenyataan seorang bekas mufti.

Dr. Asri kemudian memberikan komen balas terhadap kenyataan Abby Abadi dengan mengatakan “Seseorang yang kembali kepada agama & juga dijemput ceramah tidak bererti dia telah benar benar faham Islam. Teliti sebelum komen.

Gambar Di Majlis Pernikahan Ustaz Don Daniyal Dan Husna


Gambar Di Majlis Pernikahan Ustaz Don Daniyal Dan Husna
Tahniah MyGosip ucapkan buat Ustaz Don Daniyal yang popular melalui rancangan ’30 minit bersama Ustaz Don’ di TV Al-Hijrah kerana telah selamat bernikah dengan pasangan pilihan beliau yang bernama Husna Zahry Rafie.. Ustaz Don telah selamat dinikahkan dengan Husna yang juga merupakan seorang pelajar perubatan di Mesir semalam.. Majlis pernikahan telah berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah tanpa liputan besar-besaran..
Selepas majlis pernikahan ini, majlis resepsi Ustaz Don dan Husna pula akan menyusul bagi meraikan kedua-dua pengantin baru ni.. Majlis resepsi dikatakan akan diadakan esok (25 Ogos) di Penang dan 1 September ni pula di Kajang..
Jutaan Tahniah daripada MyGosip, semoga perkahwinan Ustaz Don dan Husna ni akan berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar disekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal kat bawah ni..

Gambar Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Dan Husna


Gambar Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Dan Husna
Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi Ustaz Don Daniyal dan juga pasangannya, Husna Zahry Rafie.. Majlis perkahwinan bagi meraikan kedua-dua pengantin baru itu telah berlangsung di Penang bagi belah pihak pegantin perempuan, Hampir 3’000 orang tetamu telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna semalam.
Ustaz Don yang bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar masih lagi belum memikirkan lokasi berbulan madu mereka berdua selepas ini.. Namun Ustaz Don berharap dengan perkahwinannya ini akan melengkapkan imannya dan keenam-enam rukunnya.
Majlis perkahwinan bagi belah pihak perempuan sudahpun selesai, Kini tinggal Majlis perkahwinan bagi belah pihak lelaki pula yang dikatakan akan berlangsung pada 1 September ni di Kajang.. Apa-apa pun sebelum tu, jom kita layan dulu beberapa keping gambar disekitar majlis resepsi Ustaz Don kat bawah ni…