Sunday, January 23, 2011

PAS tidak bimbang jika BN guna isu negara Islam

Salahuddin Ayub ketika ditemu bual pada hari kedua kempen pilihan raya kecil DUN Tenang hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
LABIS, 23 Jan — PAS tidak bimbang sekiranya Barisan Nasional (BN) terus menggunakan isu negara Islam untuk meraih sokongan pengundi-pengundi di Tenang, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub hari ini. Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang berkata, parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan membantu menjelaskan perkara tersebut kepada pengundi bukan Melayu di kawasan itu.
“Kita tidak bimbang tentang itu (negara Islam) kerana kita dah ada satu pendekatan bahawa majoriti pendekatan dan kempen akan dihasilkan oleh PKR dan DAP.
“Jadi kita tak perlu risau... kita tidak bimbang, PKR dan DAP akan bantu jelaskan,” kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider hari ini.
Ini bukan kali pertama BN menggunakan isu negara Islam ketika berhadapan dengan saingan pilihan raya kecil.
BN melalui parti komponennya, MCA berkata akan membawa isu-isu seperti negara Islam dan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS sejak pilihan raya umum lalu.
Ini sedikit sebanyak menyebabkan Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan defensif.
Malah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut menimbulkan isu tidak bersalam terhadap calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman sebelum ini.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.
Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.
Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.
Menurut Salahuddin, Pakatan Rakyat akan memberi tumpuan terhadap isu-isu rakyat terutamanya dari aspek permasalahan rakyat di kawasan Tenang.
Selain itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, Pakatan Rakyat juga akan menjelaskan matlamat dan fokus sekiranya gabungan tiga parti itu memerintah negara.
“Isu yang melibatkan masyarakat Melayu adalah isu-isu nasional tapi kerana kita ada tiga tanah rancangan (Felda) besar di sini, isu yang difokuskan adalah isu peneroka dan soal tanah mereka.
“Seterusnya kita juga fokus kepada teras orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, ia harus dijelaskan kepada orang Melayu bahawa Pakatan Rakyat bukannya mahu mengurangkan teras orang Melayu.
“Ia harus dijelaskan... ini merupakan komitmen Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama. Itu adalah perkara-perkara yang melibatkan Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan Raja-raja Melayu tidak akan terusik, malah akan dijamin oleh Pakatan Rakyat,” katanya.
Beliau juga menegaskan, undi penentu kemenangan bagi pilihan raya kecil itu bukan undi daripada warga Felda, tetapi adalah undi orang bukan Melayu.
“Medan sebenar bukan di Felda, medan sebenar adalah 39 peratus pengundi Cina dan India.
“Bagi saya Umno-BN dah terlalu selamat di Felda dan fokus ialah kepada pengundi orang bukan Melayu.
“Bagi PAS, kita harus kekalkan komitmen dan janji kita, kita harapkan anjakan yang mungkin 10 peratus lagi untuk kita capai satu kemenangan,” katanya.
Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).
Dalam temu bual hari ini, Salahuddin turut mendakwa Mohd Azahar agak “keberatan” untuk bertanding bagi mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.
“Menurut maklumat yang saya terima, beliau (Mohd Azahar) meletakkan jawatan sebagai ADO (Penolong Pentadbir Tanah) pada Jumaat lalu.
“Parti politik seharusnya memilih dari kedudukan ini (pimpinan bahagian) dan dia (Mohd Azahar) sebagai ADO bukan orang yang begitu berkehendakkan untuk bertanding.
“Tapi bila dalam pimpinan bahagian tiada berkelayakan, jadi dia diminta untuk bertanding. Sebenarnya dia keberatan (mahu bertanding),” kata beliau sambil menyifatkan pemilihan Normala sebagai calon PAS-Pakatan Rakyat sebagai satu keputusan bijak.
Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

PRK Tenang : Isu Zina...Saya Berlindumg Kepada Allah

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman menegaskan bahawa dakwaan zina yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas sama sekali. “Bukan satu perkara yang menghairankan kerana isu fitnah dan provokosi merupakan perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana PRK.
“Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan sedangkan hakikatnya mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS pada Sabtu.
Normala berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook yang menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.
Penulis yang dikenali sebagai ‘Suara Dari Bumi’ mendakwa bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan penulis blog itu, Normala yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Labis berkata perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya dan beliau percaya Allah akan memberinya perlindungan daripada fitnah tersebut.
“Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah SWT dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata isu fitnah ‘zina’ itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS.
“Saya sangat terkejut dengan fitnah tersebut yang digunakan pihak tertentu untuk perang psikologi kalangan pengundi di sini.
“Justeru itu persiapan mental dan fizikal telah dipersiapkan untuk menghadapi segala kemungkinan serta tidak tergugat dengan fitnah tersebut,” katanya.
Tegasnya, peribadi dan keterampilannya sebagai calon akan sentiasa dititik beratkan dalam memastikan imejnya sebagai wanita muslimah tidak terjejas.
Normala turut menggesa mereka yang terlibat dalam fitnah segera meminta maaf kepadanya kerana telah membuat tuduhan palsu tanpa bukti kukuh.

Makkal Sakthi sokong Normala

LABIS: Presiden Makkal Sakthi, Kannan Ramasamy menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat pada kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang.
“Kita sokong Pakatan Rakyat. Tenang adalah platform untuk kita melakukan perubahan. Sebelum ini, kita ambil sikap berkecuali tetapi memikirkan negara akan menghadapi pilihan raya umum ke-13, kita perlu mengambil pendirian.
“Berdasarkan maklum balas akar umbi parti, kita selesa dan mesra untuk bekerja bersama Pakatan Rakyat,” katanya kepada KeadilanDaily.com selepas program jamuan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan masyarakat India Tenang di Pekan Labis.
Kannan turut mengakui Makkal Sakthi menghadapi pergolakan dalaman sebelum ini, apabila bekas Presidennya, R S Thamendran didakwa ‘menjual’ parti itu kepada Barisan Nasional (BN).
Justeru, katanya, jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada tujuh anggota sudah membatal keahlian Thamendran.
Kannan mendakwa BN melalui pengaruh Thamendran hanya berminat untuk mengambil alih kuasa dan kepimpinan tetapi mengabaikan perjuangan parti.
Beliau berkata,  Tenang adalah kerusi DUN yang signifikan memandangkan komposisi masyarakat India berjumlah 12 peratus dan banyak isu masyarakat belum diselesaikan.
“Pada pilihan raya umum ke-12, kira-kira 55 peratus kaum India Tenang menyokong BN kerana ‘tsunami politik’ belum sampai. Tetapi selepas itu, barulah mereka menyedari keperluan untuk berubah,” katanya.
“Bila kita (Makkal Sakthi) kembali ke sini, sambutan orang India cukup memberangsangkan ,” katanya yang memaklumkan, antara isu pokok yang dihadapi kaum India ialah isu pekerjaan.
Mengikut statistik yang diperolehinya, beliau berkata, 20 peratus daripada mereka terpaksa berhijrah termasuk ke Singapura dan Johor Bahru akibat dari kekurangan peluang pekerjaan.
“Mereka tidak lagi bekerja di ladang dan estet kerana ia diusahakan syarikat besar dengan mengambil pekerja India, Bangladesh dan Indonesia. Jadi, generasi kedua tiada peluang pekerjaan,” katanya.

BUKTI KETUANAN MELAYU - JANGAN MENAFIKAN KEBENARANYA.!!!


Inilah hasil dari keiklasan memperjuangkan Islam dan ketuanan melayu. Inilah bakal menjadi pemimpin ketuanan melayu di Malaysia.

Kazim Elias dengan Lebai Jamil tentu boleh keluar fatwa pasai anak pemimpin ketuanan melayu ni. Kazim elias benci kat cina. Ini tentu cina punya kerja yang ajar anak ketuanan melayu ni jadi macam ni. Lepas ni Kazim elias boleh la bawak cerita cina ajaq orang melayu telanjang dalam kuliah dia.Pakcik dan makcik boleh pakat sama2 maki cina dengan ustad kesayangan depa tu.

Atau ini mungkin juga puak syiah yang ajar. Syiah ni memang jahat sebab suka lawan amerika. lawan amerika hukumnya haram sebab Amerika kawan dengan parti Lebai Jamil.

























































Mungkin bagi sesetengah penyokong ketuanan Melayu Umno, tiada apa2 kesalahan gambar2 ini..tidak salah berpesta dengan cara sebegini, bercampur perempuan lelaki, mendedahkan aurat dan berpakaian seksi..

Yang penting, KETUANAN MELAYU terjaga..itu yg mesti dijaga dan dipertahankan...yg lain, tak penting..!

Akhir kalam...hidup Ketuanan Melayu!!!!..Hidup Umno!!!!



nota:
kalau lu nk tahu anak sapa kt atas tu..lu msj gua je..
identiti  pemilik gmbar tidk boleh didedahkan secara umum..
bak kata haramsani...
mengaibkan insan lain adalah dosa besar..
nescaya tempatnya bersama ahli barisan neraka (BN).. kahkahkah