Thursday, February 11, 2010

10,000 hadiri Ceramah Selamatkan Malaysia

Full View
[PerisikRakyat] [sya~reformis] 10,000 hadiri Ceramah Selamatkan Malaysia
...
From:
sya
...
Add to Contacts
To:perisikrakyat@yahoogroups.com

 









11.02.2010 Batu Caves :Satu ceramah perdana bertajuk Selamatkan Malaysia telah di adakan di Dewan sri siantan Batu Caves,selayang. Ia menghimpunkan Pemimpin-Pemimpin Utama Pkatan Rakyat Malaysia.Antara yang hadir ialah Dato Seri Anwar Ibrahim,Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin,Yb Azmin ali,Yb Gobind,Yb Abdullah Sani,Yb Xavier dan beberapa Pimpinan yang lain.

Untuk pengetahuan semua Permit Ceramah ini telah ditarik balik pada jam 2 petang tadi dan sewaktu program ini berjalan pihak polis memenuhi ruang Dewan namun ia berjalan lancar sehingga tamat program.

DSN dalam ucapannya menceritakan mengenai apa yang berlaku di Negeri Perak sekarang setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan 2 hari yang lalu./Beliau juga menyatakan kepada Rakyat untuk terus meyakini Pakatan Rakyat dan beliau menyatakan bahawa Pakatan Rakyat di Negeri Peraka akan tetap terus berjuang bagi menjaga Hak dan Keutamaan Rakyat dan seterusnya meneruskan kerja baik dalam menumbangkan UBN dalam PRU ke 13 nanti.

Ceramah bertambah panas dengan penceramah terakir yang ditunggu tunggu oleh Rakyat ialah dari DSAI yang mana beliau menceritakan mengenai kes mahkamah beliau dan menyatakan tentang beberapa isu-isu semasa yang melibatkan kepincangan dan kezaliman UBN.Beliau turut menytakan bahawa apa jua keputusan kes yang melibatkan beliau nanti DSAi akan terus Lawan Tetap Lawan...!

--
Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 2/12/2010 02:06:00 AM

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membebaskan 27 peserta perhimpunan haram berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau diracun dengan arsenik pada lewat 1999. Antara yang didakwa itu termasuk lima ahli parlimen Pakatan Rakyat: Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Azmin Ali (PKR-Gombak) , R Sivarasa (PKR-Subang) , Tian Chua (PKR-Batu) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai). Peserta lain yang dituduh termasuk mereka yang kini menjadi ahli Umno seperti Ezam Mohamed Noor, Ruslan Kassim, Lokman Noor Adam and Hanafiah Man. Bagaimanapun Ezam dan Lokman tidak menghadiri perbicaraan hari ini. Begitu juga dengan Gobalakrishnan, Sivarasa and Azmin. Sesetengah mereka seperti Dr Hatta dan Dr Badrul Amin Bahron mendedahkan mereka direman enam hari selepas menyerah diri kepada polis. Turut hadir di mahkamah hari ini ialah bekas setiausaha PRM Dr Sanusi Osman dan bekas kolumnis Malaysiakini Hishamuddin Rais. Semua 27 mereka didakwa mengadakan perhimpunan haram di Masjid Negara antara jam 1.30 petang hingga 5.13 petang pada 19 Sept 1999. Keputusan hari ini diperolehi selepas hampir 11 tahun perbicaraan. Majistret Hafizza Sauni membebaskan semua mereka berikutan kegagalan OCPD Dang Wangi ketika itu, Datuk Bakri Zinin yang gagal menghadiri perbicaraan sebagai saksi utama dan juga tujuh saksi yang lain. Bakri kini adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. Kes berkenaan pernah dibicarakan oleh enam majistret yang berlainan, termasuk lima pendakwa raya. Pada asalnya, 30 orang ditahan. Dua daripada mereka telah meninggal dunia manakala seorang lagi mengaku bersalah.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membebaskan 27 peserta perhimpunan haram berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau diracun dengan arsenik pada lewat 1999.

Antara yang didakwa itu termasuk lima ahli parlimen Pakatan Rakyat: Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Azmin Ali (PKR-Gombak) , R Sivarasa (PKR-Subang) , Tian Chua (PKR-Batu) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai). Peserta lain yang dituduh termasuk mereka yang kini menjadi ahli Umno seperti Ezam Mohamed Noor, Ruslan Kassim, Lokman Noor Adam and Hanafiah Man.
Bagaimanapun Ezam dan Lokman tidak menghadiri perbicaraan hari ini. Begitu juga dengan Gobalakrishnan, Sivarasa and Azmin.

Sesetengah mereka seperti Dr Hatta dan Dr Badrul Amin Bahron mendedahkan mereka direman enam hari selepas menyerah diri kepada polis.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah bekas setiausaha PRM Dr Sanusi Osman dan bekas kolumnis Malaysiakini Hishamuddin Rais.

Semua 27 mereka didakwa mengadakan perhimpunan haram di Masjid Negara antara jam 1.30 petang hingga 5.13 petang pada 19 Sept 1999.

Keputusan hari ini diperolehi selepas hampir 11 tahun perbicaraan.

Majistret Hafizza Sauni membebaskan semua mereka berikutan kegagalan OCPD Dang Wangi ketika itu, Datuk Bakri Zinin yang gagal menghadiri perbicaraan sebagai saksi utama dan juga tujuh saksi yang lain.
Bakri kini adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.
Kes berkenaan pernah dibicarakan oleh enam majistret yang berlainan, termasuk lima pendakwa raya.
Pada asalnya, 30 orang ditahan. Dua daripada mereka telah meninggal dunia manakala seorang lagi mengaku bersalah.

Buku Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya

Buku Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya telah siap. Cetakan pertama hanya 3,000 naskah sahaja. Buku ini diterbitkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Bagi 100 pertama yang membuat pembelian secara pos akan mendapat buku ini bersama VCD khas percuma juga terbitan SAMM. Buku dan VCD khas percuma akan dihantar kepada pemesan dengan harga RM15 termasuk kos pos. Di pasaran biasa buku tanpa VCD dijual dengan harga RM 15.00

Cara pembelian melalui pos: Hantar wang pos / cek RM15 atas nama BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN dan hantar ke No. 338, Jln.
Kenanga 3, Taman Bukit Chedang, 70300 Seremban. (Rujuk di sini)
P/s: Baik beli cepat sebelum buku ini kemungkinan 'diharamkan' oleh pihak-pihak yang terkena pedas cili yang berdesing.

Berkaitan:
Buku Where is Justice? Death and Brutality in Custody dirampas
Laporan laman The Malaysian Insider
PETALING JAYA: Buku berjudul "Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya" — wanita Mongolia Altantuya Shariibuu yang dibunuh kira-kira empat tahun lalu secara senyap-senyap — mula diedarkan di seluruh negara.
Sebanyak 3,000 naskhah dikeluarkan sebagai cetakan pertama, tetapi ia tidak boleh diperoleh di kedai-kedai buku yang normal. Sebaliknya, ia diedarkan menerusi pos atas pendekatan kenalan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah gerakan muda bukan berstruktur yang menghimpunkan anak-anak muda Malaysia dari pelbagai latar, yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan.
Salah seorang anggota SAMM, Badrul Hisham Saharin memberitahu buku ini dikeluarkan kerana tidak mahu menganggap kes Altantuya sebagai kes pembunuhan biasa dan sudah berakhir.
"Ia perlu dirungkai kerana ia menggambarkan isu krisis kehakiman, persenjataan dan keselamatan negara, rasuah, kronisme dan seumpamanya yang semakin bejat dalam menghimpit hidup rakyat yang smemangnya terhimpit," kata beliau.
Buku setebal 80 halaman ini menghimpunkan ringkasan peristiwa pembunuhan Altantuya dengan menyatakan latar belakang kes, terjemahan laporan akhbar Perancis, kenyataan penyiasat persendirian dan temu bual dengan P. Balasubramaniam. Ia diakhiri dengan surat terbuka SAMM.
Muka depan dihiasi dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Balasubramaniam dan kenyataan tertuduh-tertuduh kes pembunuhan Altantuya.
"Kes Altantuya belum tamat selagi mereka yang terbabit selain dari mereka yang membunuh dihumban ke penjara dan menerima hukuman setimbal," kata Badrul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat ketika ditemui di Rembau baru-baru ini.
Kata beliau, rancangan untuk menerbitkan buku itu sudah lama dimulakan tetapi tertangguh beberapa kali disebabkan masalah kewangan. Urusan percetakan selesai fasa pertama akhir bulan lalu.
"Sehingga kini kami telah mengedarkan hampir 1,000 buku... sasaran kami ialah mereka bukan kalangan ahli PKR semata-mata, tetapi di luar lingkungan penyokong PKR," katanya.
Menjawab soalan sebab perlunya mengeluarkan buku sedemikian, Badrul yang juga editor buku memberitahu, "ramai tertanya kenapa isu Altantuya menjadi pilihan kerana ia menjadi isu besar yang penuh misteri".
Dalam kata-kata aluannya Badrul atau dikenali sebagai Che'guBard berkata, isu itu melibatkan imej negara.
"Isunya terkait sehingga perdana menteri dan persoalan keselamatan negara. Ramai yang masih tidak faham. Ketika beberapa teman dari SAMM ditahan kerana terlibat membangkitkan isu ini ada yang memandang sinis dengan persoalan kenapa perlu membela pelacur.
"Ada yang menyokong pula sehingga melihat isu ini isu skandal seks semata-mata. Namun ia jauh dari itu...," kata beliau sambil menambah, ia dihasilkan semudah mungkin bagi pemahaman rakyat biasa. - Buana Dunia...
* - juga ada artikel menarik rentetan sejak 'femesnya' buku nukilan Che'gu Bard ini kat [SINI]

--
Ahakksss.... ..