Thursday, August 11, 2011

MB Terengganu buktikan rakyat di bawah pimpinan BN dipinggir kerajaan pusat

WarkahDaily – Ketika penggal pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004, segala bentuk curahan wang, projek dan bantuan dilaburkan di negeri Terengganu.

Wang royalti minyak yang sepatutnya disalurkan melalui kerajaan negeri dirampas kerajaan pusat dengan diubah sesuka hati menjadi ‘wang ihsan’kerana ianya mahu dijadikan umpan suapan rasuah pilihanraya bagi merampas kembali Terengganu dari PAS.

Ketika itu, walaupun rakyat sekadar mendapat sedikit sahaja daripada hasil royalti minyak yang ditukar menjadi ‘wang ihsan’, namun rakyat Terengganu bagaikan mendapat ‘keuntungan dari langit’ apabila begitu mudah untuk dapatkan wang.

Yang untung besar, sanak-saudara, kroni pemimpin Umno Terengganu yang khianat terhadap rakyat kerana meminta kerajaan pusat merampas hasil royalti yang sepatutnya disalurkan melalui kerajaan negeri.

Kini di zaman BN, Terengganu tidak lagi dihirau

Walaupun ada sedikit pembangunan yang dapat dilihat sedang sibuk dibina di Terengganu, namun ia sekadar memberi keuntungan di sebelah pihak sahaja. Bukan semua rakyat dapat merasainya.

Apa yang menyedihkan, keperluan rakyat yang berhak untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik dan lengkap tidak diambil peduli oleh kerajaan.

Sekarang jelas terbukti apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terpaksa merayu kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan hospital baru Dungun kerana ia begitu kritikal memandangkan hospital yang ada tidak lagi dapat menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah dan kedudukan di satu lokasi yang tidak sesuai.

Kerajaan BN dipinggir kerajaan BN

Rakyat menjadi mangsa kerana pemimpin kerajaan BN bermain politik sehingga lupa kebajikan rakyat sendiri. Rintihan rakyat hanya didengar ketika musim pilihanraya sahaja. Jika kuasa sudah dalam genggaman, masing-masing tidak lagi peduli dengan nasib rakyat.

Menurut laporan Bernama, dua hospital di Terengganu berada dalam keadaan kritikal dan mengundang pelbagai masalah seperti yang didakwa Ahmad Said.

Ahmad Said berkata, keadaan Hospital Dungun yang rendah, sering dinaiki air apabila berlaku hujan lebat.

“Beberapa tahun lalu, pesakit hospital itu pernah dipindahkan ke tempat selamat akibat berlaku banjir kilat dan ia amat menyusahkan pesakit serta kakitangan hospital itu sendiri.

“Jadi kita haraplah agar Kementerian Kesihatan mempercepatkan pembinaan Hospital Dungun agar perkhidmatan yang lebih baik dapat disediakan kepada rakyat di sini,” katanya dipetik dari Bernama Online ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Dungun semalam.

Padahal menurut Ahmad Said, cadangan pembinaan Hospital di Dungun itu telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan lagi tetapi sehingga kini ia belum terlaksana. Sekarang dah masuk Rancangan Malaysia ke-10 dah. 

Trio Dato T muka tak malu - masih mahu pegang jawatan di SPR dan Menteri


Berikut adalan insan-insan yang mukanya tidak malu. 1) Hishamuddin Hussein 2) Aziz Yusof 3) Wan Ahmad Wan Omar.

Kalaulah mereka ini ada maruah dan harga diri saya pasti mereka sudah lama meletakkan jawatan lantaran pendedahan demi pendedahan dibuat oleh rakyat Malaysia tentang kepincangan dan penyelewengan serta kesilapan tidak sepatutnya yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Mengapa mereka ini masih mahu duduk di kerusi empuk mengetuai kementerian dan Suruhanjaya yang menjadi harapan rakyat sedangkan segalanya telah terbukti berlaku kebobrokan dan penggadaian maruah dan keselamatan negara.

Rakyat Malaysia mahu mereka ini meletakkan jawatan serta merta sebelum mereka dimalukan dengan dilucutkan jawatan oleh pihak berwajib dan berkuasa. Selain itu rakyat Malaysia menuntut daftar pemilih dan pangkalan data Jabatan Pilihanraya digantung sementara supaya ianya boleh disiasat dan diperiksa serta diBERSIHkan.

Gempar!!Gambar Penganjur Majlis Dalam Gereja Didedahkan!!!


Baru-baru ni heboh satu Malaya tentang serbuan JAIS keatas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya atas dakwaan cuba menyebarkan agama Kristian ke atas penganut Islam malam Rabu lalu.Lepastu pakat-pakat tak puas hati sesama sendiri.Dato hassan ali sokong Jais,Khalid samad tak sokong dan beberapa lagi yang tak sokong.itu pendirian masing-masing la...Pendirian Sk tentang ke ni Rujuk SINI

Baiklah mari kita dedahkan siapa penganjur dalam program didakwa oleh sesetengah orang mahu  memurtadkan orang Islam di Damansara Utama Methodist Centre baru ni, Ini gambar antara penganjur yang namanya islam tetapi agamanya wallahua'lam.dia saja yang tau..Nama dia ni Sophia @ Nadea Mohd Salleh. Dialah yang menahan pihak JAIS dari masuk terus dan pihak Jais perlu negotiate selama satu jam baru dapat kebenaran masuk.

Ketika ditanya samada dia berugama Islam, Sophia yang berbangsa Melayu dan IC masih meletakkan ugama sebagai Islam hanya menjawab Saya Percaya Pada Tuhan.Awat tak jawab Saya orang islam dan saya bersaksi allah taala tuhan saya.Status agamanya masih diragui tapi kita jangan terus menghukum!!


Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh Nadeane @ Sophia BT Mohd Salleh dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-609.

Laporan Polis Kali Ke-3, Untuk Bela Kematian 3 Das Tembakkan!!


Kes Polis Tembak Tiga Remaja, Keluarga Buat Laporan Kali Ketiga

PETALING JAYA, 11 OGOS: Tiga keluarga remaja yang mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam pada November tahun lalu, membuat satu lagi laporan polis hari ini bagi menyatakan bahawa kesemua anak mereka ditembak mati oleh pasukan keselamatan itu.

Malah, ketiga-tiga keluarga mangsa menegaskan bahawa pendirian itu dibuat berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima baru-baru ini.

Sejak kejadian itu berlaku pada November lalu keluarga mangsa telah membuat dua laporan polis dan laporan hari ini merupakan yang ketiga.

Terkini laporan bedah siasat yang melibatkan Muhamad Hanafi Omar menunjukkan remaja berusia 22 tahun itu ditembak tiga kali iaitu di pipi, di bawah cuping teling dan dada.

Berdasarkan laporan bedah siasat dua lagi remaja, Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah sebelum ini juga menunjukkan mereka menerima tembakan di kepala dan dada.

Dalam kejadian pada 13 November lalu, kesemua mereka mati di tempat kejadian, namun polis menegaskan ketiga-tiga remaja itu ditembak kerana cuba menyerang dengan parang.

Ketiga-tiga keluarga itu membuat laporan polis hari ini kerana mahu polis membuka semula kertas siasatan dan mendakwa kesemua pegawai yang terlibat dalam kes tersebut.

“Laporan-laporan bedah siasat ini menunjukkan bahawa peluru telah memasuki badan mangsa pada sudut 45 darjah ke belakang, kami percaya ini adalah kerana mereka ditembak oleh penembak yang berada di kedudukan atas mereka iaitu mereka mungkin dipaksa melutut sebelum ditembak mati.

“Soalnya juga kenapa perlu dua das tembakan ke kepala dan dada jika tujuannya kononnya hanya untuk menghalang mereka daripada menyerang polis, kesemua mereka menerima dua tembakan kecuali Hanafi (tiga tembakan),” kata ketiga-tiga keluarga mangsa.

Sehubungan itu, keluarga mangsa mendakwa polis cuba menutup penyalahgunaan kuasa oleh pegawai mereka dengan mengatakan kesemua remaja itu cuba menyerang dengan parang dan terpaksa dihalang dengan tembakan.

“Kami menuntut supaya satu penyiasatan dimulakan segera ke atas anggota-anggota polis yang terlibat atas kesalahan membunuh.

“Kami juga mahu pegawai atasan yang mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini disiasat kerana memberikan maklumat palsu, kami menuntut keadilan atas kematian anak-anak kami,” katanya.

Ketika membuat laporan hari ini ketiga-tiga keluarga remaja itu diwakili oleh Hamidah Kadar, 51, iaitu ibu Mohd Khairul Nizam, Norhafizah Mad Razali, 37, yang merupakan ibu Mohd Shamil dan bapa Mohamad Hanafi, Omar Abu Bakar, 58.

Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Sementara itu Peguam hak asasi N. Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty menegaskan, laporan bedah siasat terbaru yang diterima beberapa hari lalu menunjukkan ia bercanggah dengan maklumat polis.

“Kami telah menerima laporan bedah siasat Muhamad Hanafi dan ia jelas menunjukkan kesemua mereka telah ditembak dalam jarak dekat.

“Mohd Shamil ditembak di tengah-tengah dahi dan dada, (Mohd) Hairul Nizam di tepi kepala dan dada, dan Mohamad Hanafi menerima dua tembakan di kepala iaitu di sisi pipi dan di bawah cuping telinga selain turut ditembak di dada,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini.

Tegasnya lagi, laporan bedah siasat secara jelas membuktikan kesemua remaja itu ditembak dengan tujuan “membunuh.”

“Jika polis nak hentikan (serangan) mengapa tidak tembak di tangan atau kaki? Mengapa mesti di kepala dan dada?

“Tembakan ini bukan bertujuan untuk menghentikan (serangan) tapi bertujuan untuk membunuh,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut bersama keluarga mangsa membuat laporan polis berkata, beliau mahu Putrajaya memberikan penjelasan berhubung kes tembakan tiga remaja itu .
Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan penjelasan berhubung peningkatan kes tembakan mati yang melibatkan polis.

“Sudah tentu kita akan bawa perkara ini Parlimen tapi terlebih dahulu kita mahu penjelasan perdana menteri, menteri dalam negeri dan ketua polis negara dalam isu ini,” kata Nurul Izzah. -tvsnews-


EDYES Wrote:

Bayangkan jika anak kita, adik-beradik kita, atau saudara-mara kita, mengambil tempat anak muda yang kepala dan badannya ditembusi tiga das tembakkan dari polis. Cerita di sebalik cerita, siapa yang boleh merungkainya kerana ketiga-tiga remaja terbabit telah dipastikan mati apabila ditembak berkali-kali dan dikatakan ditembak di paras dekat ?

Jika dalam kes arwah Amirul Rashid, parang cuba diseludup masuk ke dalam bonet dengan cubaan menuduh anak muda kaki masjid ini sebagai penjenayah. Siapa yang boleh terima kelaku macam nie? Mungkin orang awam masih boleh terima andainya kejadian itu benar berlaku kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak polis, tetapi seperti yang kita sedia maklum pihak berkuasa itu sentiasa betul.

Lebih malang, sudahlah ibu bapa Amirul kehilangan anak yang disayangi, dituduh pula sebagai penjenayah. Ini sebenarnya fenamena yang sememangnya menimbulkan kemarahan rakyat.

Dalam kejadian 3 remaja mati ditembak polis di Glenmerie November lalu, apakah yang sebenarnya berlaku apabila ketiga-tiga remaja itu ditembak bukan untuk menghentikan serangan tetapi bagaikan untuk dibunuh. Dua daripada tiga remaja itu ditembak sebanyak 2 das setiap seorang manakala seorang lagi ditembusi 3 das tembakkan termasuk di kepala.

Siri tembakkan semuanya mengenai kepala, pipi dan juga dada. Apa yang menjadi persoalan, tidakkah pihak polis mempunyai kemahiran untuk menumbangkan penjenayah (sekiranya 3 remaja ini penjenayah) dengan menembak ke arah kaki ataupun tangan?

Seorang remaja yang umurnya hanya menjangkau 22 tahun dan dua lagi remaja berumur sekitar 16 tahun. Bukankah beberapa das tembakkan amaran ke langit akan membuatkan mereka semua meletakkan parang yang mereka miliki di tangan (jika benarpun parang itu adalah milik mereka) ?

Kesangsian seperti ini mewajarkan tindakkan ibu-bapa mangsa membuat laporan polis kali ketiga, hari ini.

PANAS!! Najib Altantuya Terpaksa "Ikut Cakap" Mahathir Untuk Terus Berkuasa!!


Mahathir mula ugut Najib Altantuya supaya bebaskan kroni-kroninya
atau berdepan dengan desakan supaya meletak jawatan di tengah-tengah
krisis politik dan ekonomi yang melanda Malaysia kah kah kah...

Putrajaya telah mengarahkan kesemua syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) termasuk Malaysia Airlines (MAS) dan Danaharta agar menarik balik kesemua kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli yang merupakan bekas pengerusi penerbangan nasional itu dan ‘orang kepercayaan’ Daim Zainuddin.

The Malaysian Insider difahamkan surat yang dihantar kepada kesemua GLC dan Danaharta oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, entiti-entiti terbabit telah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua kes saman ke atas Tajuddin — salah seorang daripada beberapa pihak yang mendapat perhatian dalam pelan melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah,” kata surat itu.


“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.

Sekurang-kurangnya satu agensi kerajaan dijangka akan menarik balik tuntutan ke atas Tajudin hari ini.

Surat Nazri juga mengarahkan peguam-peguam yang bertindak bagi pihak GLC dan Danaharta agar menyerahkan kes mereka kepada firma Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak, peguam pihak Umno.

Bagaimanapun menteri itu tidak menyebut rujukan penyelesaian dengan Tajudin dalam surat itu.

Daim merupakan bekas menteri kewangan dan bekas bendahari Umno ketika era kepimpinan Dr Mahathir.

Sekumpulan personaliti seperti Tajuddin dan Tan Sri Halim Saad merupakan antara mereka yang mendapat perhatian dalam dunia perniagaan pada 1990-an dan memperoleh banyak projek kerajaan khususnya yang dilaksanakan menerusi dasar penswastaan dan pensyarikatan dibawa Dr Mahathir.

Keupayaan mereka teruji ketika krisis kewangan 1997/98.

MAS membuat laporan pertama terhadap Tajuddin pada 2002 berhubung kerugian RM8 bilion dialami.

Tajudin merupakan pengerusi eksekutif MAS dari 1994 hingga 2001.

Pertengahan Disember lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata dakwaan bahawa siasatan kes itu telah dihentikan adalah tidak benar dan hasil siasatan dibuat sejak 2002 itu, berhubung kerugian RM8 bilion yang dialami MAS ketika syarikat itu diterajui Tajuddin antara 1994 dan 2001, akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.

Pada 1998, Danaharta menuntut NPL daripada pihak-pihak yang meminjam tetapi Tajuddin juga telah gagal untuk menyelesaikan pinjamannya, dianggarkan RM1.41 bilion setakat 8 Oktober 2001.

Sebahagian daripada urusan penyelesaian, Tajuddin telah bersetuju membayar RM942 juta dalam empat ansuran dalam tiga tahun.

Bagaimanapun Tajuddin gagal dan plaintif telah menuntut RM1.61 bilion daripada beliau.

Pada 29 April 2002, Danaharta bersama anak syarikatnya Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd telah menjual sebahagian saham dipegangnya, keseluruhan saham dalam Technology Resources Industries (TRI) pada harga pasaran RM2.75 sesaham untuk memperoleh pulangan RM717.39 juta.

Setakat 31 Disember 2005 baki bayaran yang perlu dijelaskan ialah RM589.14 juta dan pada 11 Mei 2006, Danaharta dan anak syarikatnya memulakan tindakan mahkamah untuk mendapatkan balik kesemua wang.

Amanat Mursyidul Am Parti Gerakan Yang Baru


http://2.bp.blogspot.com/-N63hTVpdZ0o/TXEsI2kfmjI/AAAAAAAAG64/VAKV7rP3u-k/s1600/ali%2Bketam%2Bbiawak.jpg 

Gerakan perlu pemimpin baru jika mahu rampas P. Pinang - Zahrain

PETALING JAYA 11 Ogos - Parti Gerakan perlu menukar kepimpinannya dengan menonjolkan muka baru jika mereka serius mahu merampas kembali Pulau Pinang daripada pihak pembangkang, kata seorang Anggota Parlimen bebas negeri itu.

Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim berkata, jika Barisan Nasional (BN) mahu mengambil balik Pulau Pinang, Gerakan perlu tonjolkan seorang pemimpin baru yang boleh diterima oleh rakyat dan pemimpin berkaliber bagi mencabar kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Mungkin pemimpin seperti (Presiden Gerakan) Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sudah tidak relevan lagi untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang memandangkan rakyat sudah menolak beliau sejak (pilihan raya umum) 2008,” katanya kepada pada sidang berita di sini hari ini.

"(Bahkan) ramai pemimpin di akar umbi sendiri menolak kepimpinan Dr. Koh dan menganggap beliau sudah tidak boleh memimpin, ibarat kata orang putih ‘he has overstayed’,” katanya. - Bernama 

Murtad: Pahang Catat Kelulusan Murtad hampir 100%

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sinisini &sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Ni kali ke 3 gua menulis bab Murtad... Lepas ni gua malas dah nak tulis... Tulis banyak kali pun, bukannya puak-puak UMNO paham. Cerita bab Murtad, gua tak berapa paham kes Gereja DUMC jadi gua tak nak komen apa-apa.

Baik Hassan Ali, baik Kerajaan Negeri Selangor bagi gua adalah mangsa pihak yang berkepentingan. Secara automatiknya, isu JPN dan SPR jual Negara pada Pendatang Haram dah tertutup dengan isu yang sebenarnya bukan isu.

Baik...kita sembang bab Murtad. Gua pergi direct dari apa yang gua tengok di Malaysia. Tanpa prejudis, gua nyatakan dengan jelas bahawa pada gua, KERAjaan Pusat dibawah UMNO/BN tak pernah serius dalam menangani gejala Murtad di Malaysia.

Tapi bila timbul apa-apa isu, menatang beruk KERAjaan UMNO ni lah yang sebok nak jadi juara "kununnya" membela Agama Islam. Yang peliknya pembela Agama Islam ni yang mempunyai kuasa Mutlak dan kelebihan dalam Parlimen tak pernah berusaha untuk menggubal 1 Undang-Undang yang membolehkan orang Islam yang Murtad dihukum mengikut hukum Islam atau sekurang-kurangnya hukum manusia mengikut kaedah Islam.

Apa yang UMNO buat selama ini ialah sekadar menjadi ayam jantan. waktu subuh berkokok habis waktu subuh sampai waktu maghrib kerja UMNO lebih kurang Bapak Ayam... mencakar-cakar tanah sana-sini, bila nampak ayam betina, mula berketak macam nak bagi makanan... padahal apa yang dicakar, bapak ayam tu pun tak tau.

Usul untuk membincangan gejala Murtad setakat hari ni dah lebih dari 5 kali dibawa ke Sidang Parlimen untuk dibahas tapi ditolak mentah-mentah oleh UMNO, korang baca je kenyataan Salahuddin Ayub dekat Bawah:

Murtad: Umno tolak mentah-mentah usul PAS

Lakonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.

"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.

Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno," katanya.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

Menurut Salahuddin, usaha yang dibawa oleh pihak PAS mengenai perkara itu dibuat berkali-kali selepas Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul dan rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.

Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Penolakan usul dan rang undang-undang persendirian mengenai murtad yang berlaku berkali-kali itu membuktikan Umno langsung tidak berminat untuk mencegah jenayah syariah paling serius itu.

"Sebab itulah umat Islam tidak seharusnya tertipu dengan gelagat gerombolan kuda tunggangan Umno yang kini nampak benar menunjuk-nunjuk kononnya mereka mahu mencegah murtad," tegas Salahuddin.

Beliau juga berharap rakyat menolak lakonan dan permainan gerombolan kuda tunggangan Umno itu kerana mereka adalah hipokrit sebenar.

"Amat hipokrit apabila bercakap hendak menentang gejala murtad tetapi pada masa yang sama menjadi kuda tunggangan Umno yang berkali-kali menolak usaha untuk mencegah murtad.

"Menolak inisiatif dan usaha untuk menentang murtad melalui peruntukan undang-undang dan perlembagaan hakikatnya menentang dan memusuhi usaha mencegah jenayah syariah paling serius itu," kata Salahuddin.

Beliau juga mempersoalkan di mana suara Umno ketika umat Islam bangkit menentang kes-kes murtad seperti kes Aishah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan Lina Joy.

"Malah Umno juga berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah," katanya.

Dengan sejarah sedemikian, Salahuddin sekali lagi meminta umat Islam menolak hipokrit yang cuba berlagak hero yang kononnya memperjuangkan Islam dan kepentingan umat Islam.
Nak cakap UMNO pertahankan Islam dan Juara dalam kes Murtad..? jangan lupa Laporan dari Malaysiakini:
Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

NONEBeliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

azlanMengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.
Gua tak pasti puak-puak UMNO ni sedar atau tidak siapa Jamil Khir dan gua jugak tak pasti adakah puak-puak UMNO tahu atau tidak Jamil Khir ni ahli Parti apa.

Kita tengok pada statistik dekat atas.

Sabah mendahului senarai pemohon Murtad teramai di Malaysia tapi bagi gua Sabah tak sehebat Negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia. Pahang mencatat jumlah permohonan untuk Murtad sebanyak 8 KALI SAHAJA dan kalau korang tak perasan, gua nak jelaskan dekat sini.

Dari 8 permohonan untuk Murtad di Negeri Pahang, HANYA 1 SAHAJA YANG TAK LULUS, yang lain semua lulus..! Pahang ni Negeri kelahiran Najib Razak Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Parti Melayu yang katanya "Memperjuangkan Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir..!".

Gua tak nampak Islam diperjuangkan. Yang gua nampak, Negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia mencatat rekod 8 permohonan Murtad dan yang tak lulus cuma 1 sahaja. Bela Islam..? Pergi mampos la dengan slogan.

Lagi 1 bila sembang bab Murtad, UMNO seboleh-bolehnya cuba nak jadi juara dan selalunya akan dinyanyikan lagu kes Lina Joy. Perdana Menteri Najib Razak pun masa buat lawatan ke Kelantan bulan lepas gunakan isu kes Lina Joy "kunun" untuk menunjukkan betapa puak-puak Khawarij ni lah yang membela Agama Islam.

Dekat sini jugak gua nak bagitau dekat puak-puak Khawarij yang kononnya selama ni mempertahankan Lina Joy... Lina Joy tak pernah ambik Ambiga jadi peguambela dan Ambiga jugak tak pernah membela Lina Joy dalam kes Lina Joy Murtad dulu.

Korang Google sendiri siapa 4 peguam bela Lina Joy.

Hujah Ambiga adalah peguam Lina Joy dalam kes Murtad ni pun dah menampakkan kedangkalan UMNO dalam mempertahankan Islam di Malaysia. Kalau betul UMNO ambik berat dalam hal Murtad, tak mungkin puak-puak Khawarij UMNO termasuk Presiden UMNO yang jugak Perdana Menteri Malaysia boleh tersilap fakta dalam hal ni..?

Sudah-sudahlah berlakon dalam hal Murtad ni wahai puak-puak UMNO Khawarij. Banyak Fakta dekat atas yang kita nak kena ambik kira.
  1. Rang Undang-Undang Murtad pernah dikemukakan dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006 tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh UMNO tanpa dibahaskan.
  2. Usul meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam pernah dikemukakan dalam sidang Parlimen tetapi juga telah ditolak mentah-mentah tanpa dibahaskan oleh UMNO.
  3. Sebelum itu, pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad telah ditolakjuga tanpa dibahas.
  4. 2 November 1999, Tuan Guru tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.
  5. Umno berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah.
  6. Negeri kelahiran PM sendiri pencatat statistik hampir 100% kelulusan atas permohonan untuk Murtad.
  7. UMNO mengaitkan Ambiga dalam kes Lina Joy padahal Ambiga tidak pernah menjadi peguam Lina Joy dan ini jelas menunjukkan bahawa UMNO langsung tak apa-apa dalam kes Lina Joy.
Sekian terima kasih... UMNO boleh pergi mampos... 

Kopitiam Hot Coffee Hot Girl ... hampa jangan pi siang nanti batal puasa na ...hahaha


Ada Kopitiam di KL ni - cawangan Bandar Perdana (?)
Harga kopi, teh, milo , nasi goreng, nasi lemak, nasi ulam, mi goreng , seafood, koew teow adalah dua kali ganda dari lain-lain kopitiam.

Sebabnya  ..... Pelayannya adalah wanita muda yang comel dan sexy.

Pelayan-pelayan ini akan duduk bersama sambang-sambang, tengok TV dengan hampa.

Jangan terkejut pemilik Kopitiam ini adalah sekumpulan wanita-wanita. Mereka hanya akan mengambil pekerja-pekerja yang seksi. Gajinya pula dikatakan menyamai pekerja-pekerja di pejabat.

Lihat saja di bawah ini ;



Lagi gambar-gambar di sini

TV9 TERUS MAIN IKLAN HINA SAHUR...


Nampaknya TV9 masih lagi menayangkan iklan yang menghina sendiri konsep dan fungsi sahur itu sendiri di dalam menjalani ibadah puasa. Bantahan telah dilakukan sebelum ini namun mereka masih berdegil, antara dakwaan yang dikemukakan:
  • Mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam sehingga menjadi bahan tertawa masyarakat 
  • Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan Ramadhan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan mentertawakan jiran apabila jiran tetangganya tidak dapat bersahur seterusnya menunaikan ibadah puasa
Ini video iklan Ramadhan 2011 TV9 yang dimaksukan itu…saksikan

GAMBAR : MESTI LIHAT !!! INDAHNYA MALAM RAMADAN DI KELANTAN

























Di negeri-negeri lain kempen kibar Jalur Gemilang sedang rancak dijalankan, sebaliknya di Kelantan kemeriahan Ramadan pula dirasai sekarang.
Kelainan Ramadan sejak 20 tahun lalu dirasai apabila ada khemah khas tempat solat Tarawih disediakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di tengah pusat bandar.
Bermula khemah Tarawih di Dataran MPKB kemudian dipindahkan ke lokasi sekarang yang lebih selesa dan strategik.
Solat Tarawih berimamkan qari dari Mesir sejak beberapa tahun lalu begitu mengasyikkan ribuan jemaah yang hadir.
Tambahan pula tempat solat di Qaryah Ramadan disediakan penghawa dingin. Selain itu di beberapa masjid utama di sekitar Kota Bharu juga disedia penghawa dingin termasuk Masjid Muhammadi, Masjid Telipot, Masjid Lundang dan Masjid Kota Darulnaim.
Di Qaryah Ramadan pelbagai program disusun khas seperti tahun-tahun sebelumnya. Antaranya iftar dan sahur jama’i, kelas pengijazahan al Quran, tazkirah selepas dua salam Tarawih, relay bacaan al Quran selepas jam 12 malam.
Selain itu tadarus al Quran setengah jam sebelum berbuka, qiamulai mulai jam 4 pagi, program sepetang di ambang iftar, interaktif bersama imam dari Mesir, kelas al Quran selepas solat Zohor dan Asar, pameran Palestin serta cafe mubarak.