Sunday, February 14, 2010

3,000 bantah karikatur hina Nabi

ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI
T-Shirt Fabrik berkualiti untuk tempahan

3,000 bantah karikatur hina Nabi
Posted on Sunday, February 14 @ 01:36:41 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Luar Negara Sumber: HermanSamsudeen

OSLO – Kira-kira 3,000 penganut Islam mengadakan demonstrasi di bandar raya Oslo, Norway untuk membantah penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad dalam akhbar The Dagbladet.

Penunjuk perasaan berhimpun sambil menaikkan sepanduk mengecam tindakan biadab akhbar berkenaan.



Muhammad cartoon protest Oslo 248079 Muhammad cartoon protest Oslo 248081
Muhammad cartoon protest Oslo 248083 Muhammad cartoon protest Oslo 248086
  

PAS: PERARAKAN MAULIDUR RASUL BUKAN WAJIB! - UMNO POLITIKAN ISU



Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, Feb 14 – Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, perarakan sambutan Maulidur Rasul bukan perkara berwajib bahkan boleh dianggap sebagai perbuatan bidaah jika acara itu sahaja diutamakan.

Demikian reaksi Abdul Latif berhubung tuduhan pemimpin Umno yang cuba mengeksploitasikan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan melabelkan beliau sebagai anti-Islam kerana dikatakan memutuskan untuk membatalkan perarakan kali ini.

“Tuduhan pentadbiran Lim Guan Eng sebagai anti-Islam itu saya tidak tahu, apa yang menarik perhatian saya di sebalik haru-biru situasi di Pulau Pinang dalam persoalan ini ialah Umno seolah-olah dilihat cuba mengutamakan perarakan.

“Besarnya sambutan hari Maulidur Rasul bukan pada perarakan. Nabi sendiri tidak pernah menuntut umatnya supaya berbuat begitu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang juga selaku pelapis kepada golongan ulama PAS Kelantan memberitahu manfaat sebenar lagi mendalam akan diterima umat Islam menerusi penghayatan sejarah Maulidur Rasul itu sendiri dan ia sebenarnya yang menjadi tuntutan Islam, bukannya perarakan semata-mata.

The Malaysian Insider.

http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/2010/02/pas-perarakan-maulidur-rasul-bukan.html

Akhbar Norway Hina Islam, Di M'sia Tak Rasa Ke?

Sebahgian penunjuk perasaan menunaikan sembahyang Jumaat di Dataran Universiti, Oslo, kelmarin sebelum menyambung bantahan penerbitan karikatur Nabi Muhammad. - AP
OSLO 13 Feb. - Kira-kira 2,500 rakyat Norway beragama Islam, berarak di jalan-jalan dekat pusat bandar Oslo dalam satu tunjuk perasaan semalam bagi membantah tindakan sebuah akhbar Norway yang menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkannya sebagai babi.

Penunjuk perasaan turut melaungkan 'Allahuakbar' selain mengibarkan sepanduk yang meminta akhbar harian Dagbladet diboikot.

Akhbar tersebut pada 3 Februari lalu menyiarkan sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai babi.

Gambar tersebut turut disertakan dengan satu artikel yang mengatakan pengguna internet menyiarkan kenyataan menyakitkan hati tentang Islam dan Yahudi di halaman Facebook milik polis keselamatan Norway.

Ketua editor Dagbladet, Lars Helle memberitahu The Associated Press, dia tidak kesal kerana mencetak gambar yang menyinggung perasaan itu, malah mengalu-alukan tunjuk perasaan yang diadakan semalam.

"Ia adalah satu ujian untuk masyarakat Norway sama ada ia akan jadi satu bantahan aman atau sebaliknya," katanya lagi.

Ujar Helle, Dagbladet juga tidak menerima sebarang ancaman secara langsung sejak ia menerbitkan karikatur tersebut.

Katanya, seorang penggodam dari Turki telah mengakibatkan laman web akhbar tersebut terganggu selama dua jam pada malam Rabu lalu, namun dia tidak pasti adakah pencerobohan itu mempunyai kaitan dengan penyiaran karikatur berkenaan.

Penunjuk perasaan berkata, mereka mahu menunjukkan kepada media Norway bahawa umat Islam sangat-sangat tersinggung dengan penyebaran gambar seumpama itu.

Islam mengharamkan sebarang imej yang menggambarkan Nabi Muhammad walaupun ia memaparkan sisi baik baginda kerana bimbang ia boleh membawa kepada pemujaan. - AP

http://www.ibnuhasyim.com/2010/02/akhbar-norway-h-ina-islam-di-msia-tak.html