Saturday, August 20, 2011

Hacker Wanita Berjaya Musnahkan Laman Web Hina Nabi!!





DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin.


Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.


Gadis itu berkata beliau turut memusnahkan sejumlah laman web lucah dan menggodam sistem komputer lelaki muda yang cuba menggugut gadis dengan mengancam menyiarkan gambar peribadi mereka.


Akhbar Arabnews melaporkan gadis berkenaan mendapat kemahirannya dalam bidang itu kerana minatnya mempelajari perkara baru dalam lapangan teknologi maklumat.


Nouf berkata beliau menceburi dunia penggodam untuk menyelamatkan gadis yang diugut lelaki yang mahu berkahwin dengannya dan memperoleh gambar peribadi gadis itu. Rakan mangsa meminta Nouf mencari penggodam di Amerika bagi menyelamatkan gadis itu.


“Malah, saya menghubungi beberapa rakan penggodam di universiti dan belajar seni menggodam,/SiasahKini

PAS PERAK SIAP SEDIA TAWAN SEMULA PERAK


Taiping, 18 Ogos: Bertempat di Markaz Air Kuning semalam PAS Perak telah menganjurkan Seminar Pemerkasan Parti telah dihadiri oleh Naib Presiden PAS Datuk Paduka Hussam Musa Exco Kanan Kerajaan PAS Kelantan. Program yang bermula jam 8.30 pagi di dahului dengan pengisian taujihad yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin.
Ustaz Misbah, Pengerusi Lujnah Pemerkasaan Parti/Tim. Pesuruhjaya PAS Perak.

Selain Seminar Pemerkasaan Parti yang disampaikan oleh Datuk Hussam, satu perbentangan sistem pengursan parti yang sistematik juga disampaikan oleh Penolong Setiausaha PAS Pusat.

Dalam Seminar yang disampaikan oleh Datuk Hussam, beliau membahaskan petikan Alquran dari surah An'nisa yang menjelaskan mentaliti manusia yang takut, kerugian serta ego dengan meletakkan sandaran kepada diri sendiri. Beliau juga menyakan PAS Perak mempunyai kekuatan sendiri yang perlu di teruskan serta dibuat penambahbaikan menjelang PRU 13 nanti.
Dialog peserta dengan Naib Presiden PAS.
Pen. Setiausaha Agung PAS Pusat, Sdr. Sabki Yusuf turut membentang kertas kerja.

Antara contoh yang di ambil ialah strategi Sultan Muahammad Al Fatih yang berjaya menakluk Kota Konstinapel dengan strategi yang begitu teliti dengan melihat kelemahan yang ada serta menerima pandangan dari akar umbi untuk mencari formula kemenangan.

Dengan nilaian angka kekalahan dibeberapa DUN yang ditandingi, maka beliau yakin bahawa PAS Perak bersedia untuk kembali menarik pengundi agar memberi sokongan kepada PAS dengan menyelesaikan beberapa isu yang perlu ditanggani dengan baik dan bijak bersama Pakatan Rakyat. Beliau juga menyatakan sekirannya PAS perak dapat menawan kembali Perak, InsyaAllah Putrajaya juga bersama-sama kita.

Amaran Keras Timbalan Presiden PAS Buat Zulkefli Mohd Zin


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi amaran kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin agar tidak dijadikan alat politik, sambil mengingatkan beliau bahawa pasukan pertahanan berkhidmat atas perintah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berhenti daripada mengheret angkatan tentera ke dalam politik.

Kelmarin, Zulkifeli, Panglima Angkatan Tentera Malaysia menyangkal dakwaan empat bekas tentera baru-baru ini bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera.

Zulkifeli berkata, dakwaan itu ditafsirkan sebagai pengkhianatan dan terdapat pihak tertentu cuba untuk memecahbelahkan ATM sebagai satu-satunya badan ketenteraan bersenjata di negara ini.

Katanya, proses pengundian dilaksanakan ATM adalah bersih, telus dan profesional tanpa ada unsur campurtangan kepimpinan ATM.

“Sehubungan itu, ATM bersetuju melaksanakan proses pengundian awal, proses pengundian itu sama seperti pengundi awam tapi ia akan dilaksanakan di dalam kem dan lebih awal dari tarikh pilihan raya umum.

“Proses pengundian dan pengendalian peti undi turut disaksikan wakil parti yang bertanding serta pemerhati bebas,” kata beliau.

Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini, empat bekas anggota tentera membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan.

Kesemua mereka mengaku telah diarahkan mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera.

Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tidak wajar bagi sebarang penjelasan, jika pun diperlukan, datang daripada jeneral-jeneral secara terus.

“Ia seharusnya datang daripada Menteri Pertahanan, seharusnya Menteri Pertahanan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Menteri Pertahanan.

“Atau SPR,” kata beliau.

“Jika angkatan tentera terlibat, ia boleh membawa kepada perkara buruk, pasukan tentera akan mengambil pendirian memihak,” kata Mohamad lagi

Komen Terpilih: Sampai Bila Rakyat Sarawak Diperbodohkan Oleh UMNO?


Apai Awang said...

Parti Politik dari sarawak seharusnya tidak bersekongkol dengan UMNO untuk mendapatkan kuasa. UMNO hanya memperalatkan undi dan kekayaan rakyat negeri Sarawak. Dari selepas Merdeka lagi kita boleh dapati sangat kurang usaha parti BN yang diterajui oleh UMNO berusaha untuk memajukan Sarawak.
Oleh itu barang siapa yang merasakan diri mereka ditindas oleh UMNO janganlah bersekongkol dengan UMNO. Parti politik dari sarawak harus menjauhkan diri dan jangan terlalu mengikut telunjuk UMNO jika ingin memenangi hati dan undi rakyat Sarawak. Orang Melayu UMNO dan Islam UMNO adalah terlalu ego dan merasa bahawa hanya mereka sahaja yang berhak terhadap agama,ekonomi, politik dan pelbagai kesitemewaan lagi. Bila terlalu lama dalam keadaan selesa mereka takut untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Rakyat inginkan perubahan dan bukannya Propaganda 1Malaysia yang tidak membawa apa apa erti.
Bagi negeri Sarawak,Sial buat jalan raya, bekalan air dan eletrik itu yang dituntut oleh rayat luar bandar. Jalan tiada, eletrik tiada, air bersih tiada, Kemana hasil minyak, balak dan pelbagai kekayaan negeri sarawak.
BN Sarawak harus menuntut hasil kekayaan negeri sarawak untuk memajukan negeri Sarawak. Hasil kekayaan Sarawak harus diberi kepada Sarawak untuk memajukan negeri sarawak agar iyanya sama maju dengan negeri di Tanah melayu. Selepas negeri sarawak maju setaraf dengan negeri lain barulah hasil dari negeri sarawak boleh dibahagikan denga negeri lain yang memerlukannya.
Orang Iban, Melanau, Bidayuh, Melayu, Orang Ulu, Cina dan pelbagai suku kaum di Sarawak telah diperbodohkan oleh UMNO. Bebaskan Sarawak dari Cengkaman UMNO.

Terkejut Dengan Kenyataan Panglima Angkatan Tentera

Oleh MOHD ADRAM BIN MUSA
Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat semalam.

Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Bin Omar, En. Mohamed Nasir Bin Hj Ahmad dan En. Kamarulzaman Bin Ibrahim. Sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa En. Abu Bin Kassim dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos. Tan Sri Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda PAS megambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.

Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan. Mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela. Mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan displin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut. Saya penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil kehadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang. Pemuda PAS memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.

Sepatutnya selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tertera terbabit. Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan. Menyalahkan pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.

Sebagai sayap kepada sebuah parti politik, Pemuda PAS bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman kami dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Sibu yang melibatkan undi pos. Saya penuh yakin Panglima Angkatan Tentera tidak mendapat maklumat yang sebenar berhubung ruang manipulasi undi pos. Dewan Pemuda PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjelaskan ruang manipulasi dalam undi pos kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Kami bukan pengkhianat. Kalau kami pengkhinat maka kami tidak perlu membuka ruang diskusi kepada pihak Panglima Angkatan Tentera.

Dewan Pemuda PAS mengharapkan semua pihak terutamanya JPN, SPR dan ATM agar mengambil tindakan yang pro aktif bagi menjayakan satu reformasi dalam pilihanraya di negara kita. Semoga usaha semua pihak ini akan menutup semua ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya.

Adakah Nanu Baharuddin Membela Anjing ?




Gambar di ambil dari Facebook Album Nanu Baharuddin

Panas telinga dengan tazkirah Azmil, Pemuda UMNO Subang buat laporan polis


SUBANG: Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Subang dan penduduk Kampung Melayu Subang, semalam membuat laporan polis terhadap penceramah bebas, Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ yang didakwa menyampaikan ceramah menghasut penduduk membenci kerajaan di Masjid An Nur, di sini, malam kelmarin.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Baru Subang kira-kira jam 12 tengah hari semalam oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Zulfakar Ali dan salah seorang penduduk yang mendengar ceramah berkenaan, Mohd Shafie Nasip.

Dalam ceramah yang berlangsung hampir satu jam sebelum solat tarawih di hadapan kira-kira 300 jemaah masjid, Azmil dikatakan menuduh kerajaan tidak beragama serta sistem pendidikan yang sedia ada kini mengikut acuan kafir.

Malah, Azmil turut mengeluarkan kata-kata kesat iaitu ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’ berulang kali menyebabkan lebih 30 jemaah bertindak keluar daripada masjid berkenaan tanpa sempat menunaikan solat tarawih.

Mohd Shafie, 48, berkata tujuan Azmil dijemput ke masjid berkenaan untuk memberi tazkirah selepas majlis tahlil diadakan, bagaimanapun beliau mengambil kesempatan itu dengan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap pentadbiran negara.

“Lebih mengejutkan, Azmil menjelaskan kepada jemaah supaya tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya patuh kepada ajaran Allah. Malah, dia juga mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri dengan Paderi Kristian, Paul Pope serta mendakwa Dasar Ekonomi Baru itu sebagai dasar ekonomi bodoh.

“Selepas hampir 20 minit berceramah, salah seorang jemaah yang tidak berpuas hati bangun bertanyakan sama ada Azmil mahu menyampaikan ceramah politik atau agama, namun pertanyaan jemaah itu tidak dipedulikan sebaliknya terus melemparkan tuduhan sebelum jemaah terbabit bertindak keluar.

“Sebaik melihat jemaah berkenaan meninggalkan masjid itu, Azmil terus melaungkan kepada jemaah lain bahawa segala ibadat menunaikan haji, membayar zakat yang dilakukan jemaah terbabit adalah sia-sia,” katanya selepas membuat laporan polis di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohd Shafie meminta polis menjalankan siasatan terhadap penceramah bebas itu kerana menggunakan tempat ibadat untuk menyampaikan ceramah politik.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, turut meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat perkara itu kerana tindakan seperti itu amat berbahaya dan boleh memecah-belah masyarakat.

Sementara itu, Azmil ketika dihubungi berkata, beliau tidak berniat langsung untuk memberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik di negara ini.

“Setiap kenyataan yang saya keluarkan disertakan dengan hadis dan semua yang dibangkitkan itu terkandung dalam al-Quran. Malah, saya dibenarkan JAIS untuk mengadakan ceramah sepanjang Ramadan,” katanya sambil menyifatkan laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan penduduk kampung yang mendakwa beliau menghasut itu tidak berasas sama sekali.

Panglima Angkatan Tentera : Isu 4 Ex-Tentera


JANGAN PUTAR BELITKAN KENYATAAN PAT

Sidang media 18 ogos 2011, PAT jelas cuba menerangkan kepada umum berkenaan isu 4 ex tentera yang mendedahkan penglibatan mereka dalam memangkah pengudian pos tentera. namun kenyataan dan penjelasan tersebut telah dieksploitasi oleh golongan yang suka memecah belahkan ATM terutamanya parti politik yang berfikiran sempit. kalau dilihat dari sudut 4 orang yang mewakili lebih kurang 90000 pegawai dan anggota ATM adakah satu nisbah yang boleh mengambarkan keputusan secara kolektif. 0.000044 % tak menggambarkan ape2, sekiranya dikatakan ATM mengamalkan amalan tersebut sejak sekian lama, saya berpendapat mungkin pendedahan yang sama berkenaan pencabulan undi pos tentera akan lebih ramai sekurang2nya berpuluh-puluh atau beratus yang buat kenyataan berkenaan rasa tidak puas hati atau sebagainya. yang menjadi persoalan kenapa 4 org sahaja..cuba fikir2 kn. sepatutnya selepas 4 org buat pengakuan, akan ade follower yang mengiakannya yang menyokong dan pendedahan demi pendedahan akan berlaku,,ini hanya 4 tu je la...

sebenarnya keputusan undian pos tentera tidak menggambarkan ape2..jumlah undi pos secara kolektif tidak mampu merobah keputusan pilihanraya secara keseluruhannya kerana jumlah nya sedikit..so sekiranya ada parti politik menuduh mereka tidak dapat memenagi pilihanraya disebabkan undi pos tentera yang dimanipulasi adalah tuduhan yang kurang sioman,cuba fikir2kan. memangla, setiap undi adalah penting ibarat 1 undi akan menggegarkan dunia. namun peratusan yang kecil tidak akan mempegaruhi keputusan keseluruhannya.

klau dilihat, setiap kali pengundian pos dijalankan, wakil SPR dan parti2 ade sekali memerhatikan setiap proses pengundian berlangsung,,,so sekiranya pihak parti politik nampak atau curiga berkenaan pengundian, tempat simpanan, proses penghantaran dan sebagainya perlu memaklumkan terus kepada SPR. mungkin selepas ini perlu di letakkan wakil parti bertanding semasa proses penghantaran dan semasa peti undi disimpan tak kirala kat mana, dimana dan berapa lama disimpan sebelum proses pengiraan,,,so fikir-fikiran la....

diharap agar fitnah dan tomahan kepada pewira negara dihentikan bagi kepentingan bersama, tomahan dan dakyah negatif akan meruntuhkan moral wagra ATM sendiri,,kita nak tgok ke perpecahan dalam ATM, tentu tak kan so sama2 samala kita pelihara negara ini bagi mengekalkan keamanan dan kedaulatannya..sekira ada dakwaan perlu la dibuat ikut saluran yang betul, buat laporan dan disertakan bukti2 nya sekali sekian tq

SAH!! Undi Pos Bantu Kemenangan BN!!

Mengapa SPR terus berdiam? Difahamkan, ada lagi 4 pengakuan 'mengundi DUN dan Parlimen bagi pihak'. Maka tidak hairanlah mengapa undi pos sangat penting bagi kerajaan hingga tidak sanggup mereformasikannya sepertimana tuntutan BERSIH.

Andainya undi tersebut dihabagi 2, separuh untuk BN dan separuh untuk PR, itu sedikit baik. Tetapi malangnya kita mendapati, hampir keseluruhan undi pos jatuh ke tangan BN dengan alasan - polis dan askar taat mengundi kerajaan. Sedangkan sebenarnya, polis dan askar juga ramai yang telah benci kepada kerajaan korup penindas rakyat.

Berikut adalah laporan Malaysiakini:

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah."

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera. -mkini