Tuesday, May 25, 2010

TGNA Setaraf Dengan Pemimpin Islam Dunia - Dato' Haji Husam musa

EXCO Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Husam Musa menganggap ketokohan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hampir sebaris atau setaraf dengan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad, pengasas Hammas Asy-Syahid Sheikh Ahmad Yassin dan juga lain-lain pemimpin Islam dunia dalam mempertahankan dan memperjuangkan cita-cita Islam.

Beliau menganggap sedemikian kerana Tuan Guru Nik Abdul Aziz walaupun bertubuh kecil, namun pengaruh ucapannya begitu digeruni oleh seteru politiknya sebagaimana Amerika Syarikat dan Israel begitu gerun terhadap pengaruh ucapan Mahmood, Ahmad dan lain-lain pimpinan Islam dunia.

"Bagi saya, Tok Guru semacam Ahmadinejad (kerana) tubuh sahaja yang kecil, beliau bukan jenis yang gagah perkasa, berbadan sasa atau ada lain-lain kelebihan fizikal tapi bila Tok Guru bersuara, ia begitu menakutkan seteru-seteru politiknya (seperti) UMNO," ujar beliau kelmarin dalam Ceramah Cakna yang telah diadakan Dun Kijang, Kelantan.
"Sheikh Ahmad Yaasin juga berumur orangnya, saya kira seperti Tok Guru, tetapi Sheikh Ahmad Yasin menakutkan Zionis Israel manakala ucapan Nik Aziz pula menakutkan proksi Zionis Israel di Malaysia." ujar beliau lagi kepada para hadirin yang hadir. beliau (Dato' Haji Husam Musa sebelum ini adalah ADUN Kijang sebelum bertanding dan menang di DUNSalor)

Sehubungan itu, Husam yang juga AJK PAS Pusat berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai simbol perjuangan rakyat serta pemimpin spiritual oleh rakyat dan sebilangan besar pemimpin Pakatan Rakyat belakangan ini.

"Tok Guru amat disenangi oleh hampir semua masyarakat berbagai bangsa di Malaysia, sebut saja nama Tok Guru, baik cina, india, melayu, orang asli atau apa-apa bangsa pasti kenal dan teringin untuk berjumpa dengan Tok Guru secara berdepan. dapat tengok dari jauh pun sudah cukup, sudah mendapat kepuasan dalam diri".

Disebabkan itu juga, beliau berharap Nik Aziz supaya tidak mengendahkan desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar
Kelantan oleh seteru-seteru politik Nik Aziz.

"Kenapa nak suruh Tok Guru berhenti (melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar)? Tok Guru adalah simbol besar kalau tidak pada PAS pun, rakyat anggap Tok Guru sebagai simbol perjuangan menolak politik perkauman yang dicanangkan oleh rejim UMNO," ujarnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, beliau yang juga Adun Salor mencadangkan Nik Aziz supaya bertanding untuk kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, selain terus kekal bertanding di kerusi Dun Chempaka.

"(Pada) PRU13, saya cadang Tok Guru bukan setakat dikekalkan bertanding (di peringkat) Dun, kalau boleh bertanding (di peringkat) Parlimen, saya akan memberikan sokongan penuh" beliau menambah.

Menurut beliau, dengan ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Dewan Rakyat kelak, tidak mustahil ianya bakal menggugat kepemimpinan UMNO BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana yang terjadi di Dun Kelantan sebelum ini.

Turut berucap dalam Ceramah Cakna di Karnival Rakyat dan EXPO Pertanian DUN Kijang pada malam itu ialah, ADUN Kijang Wan Ubaidah binti Omar yang juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Dato' Haji Husam Musa dan YB Ubaidah juga sempat menyampaikan hadiah bagi cabutan bertuah kepada para pemenang yang berupa Basikal, Hamper, seekor kambing dan juga seekor lembu sumbangan beberapa individu dan Syarikat Swasta dalam majlis tersebut.

Serah lagi wilayah Malaysia

Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura
Mei 24, 10 5:28pm
Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.

Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tana
h KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. Bernama


Maaf saya tidak dapat berkata apa-apa lagi. Inilah bahananya melantik pemimpin berotak udang. Cakap dan akal letaknya di kepala lutut. Sudahlah Penderhaka Abdullah Badawi serahkan wilayah maritim kepada Brunei. Penderhaka Abdul Najib anak Abdul Razak menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura. Tanah KTMB seluas 271 hektar adalah kedaulatan negara ini. Begitu murah harga kedaulatan negara ini iaitu 60%. Bagaimana pula harga jual air Malaysia-Singapura? Tidakah ianya juga isu yang memerlukan PoA. Wahai orang UMNO dan penyokong BN termasuk yang pangkah BN, semoga Allah swt mencampak anda semua dalam kehinaan di dunia dan di akhirat nanti. Apakah yang dimaksudkan tanah-tanah dimajukan boleh ditukar? Adakah pegangan 60% itu akan kekal selama-lamanya atau juga boleh ditukar? Warga Singapura sudah boleh tersenyum panjang. Mungkin selepas ini Indonesia pula akan tersenyum. Ambalat telah terlalu hampir dalam dakapan Indonesia. Yang merana orang Malaysia terutama orang melayu yang dok bangga dengan kebangsaannya. Kita tidak perlu bangsa Yahudi untuk menjajah wilayah kita, cuma hanya insan bernama Abdullah dan Abdul Najib. maka terjajahlah wilayah kita. Syabas untuk pendokong UMNO.

Saturday, May 22, 2010

Judi Bola: Umno mungkin dianggap tiada agama

"Tidak keterlaluan jika ada orang kata lepas pada ini, Umno tidak ada ugama, sebab semua agama tidak bersetuju dengan judi ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.



KUALA LUMPUR, 22 Mei: Umno tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka dilihat sebuah parti tiada agama kerana kerajaan pimpinan mereka meluluskan lesen judi disaat semua agama di negara ini membantah tindakan tersebut.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, tanggapan itu tidak mustahil akan wujud dalam pemikiran rakyat ekoran tindakan kerajaan Umno BN melulusakan lesen judi sempena bolasepak Piala Dunia kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

"Agama apa sebenarnya dianut oleh Umno dan Barisan Nasional?

"Apabila semua agama menafikan dan tidak membenarakan judi, tiba-tiba kerajaan Umno Baraisan nasional melulusakan lesen judi.

"Tidak keterlaluan jika ada orang kata lepas pada ini, Umno tidak ada ugama, sebab semua agama tidak bersetuju dengan judi ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.

Turut serta pada sidang media itu, Timbalan Ketua Pemuda, Azman Shapawi dan Setiausaha, Kamaruzzaman Mohamad.

Sikap membisu tokoh-tokoh agama Umno, menteri agama dan mufti juga katanya bakal mengukuhkan lagi tanggapan tersebut.

"Paling sedih bagi kita, kemana perginya tokoh agama dalam Umno dan Bariosan Nasional, menteri agamanya di mana, ulamak-ulamak mereka di mana, mufti-mufti kenapa tidak bersuara? soalnya lagi.

Dalam pada itu, Pemuda PAS katanya tidak menolak kemungkinan pemberian lesen judi kepada kumpulan Berjaya secara tergesa-gesa adalah kerana membalas jasa Vincent Tan.

Ini kerana menurutnya, Vincen Tan adalah tokoh yang banyak membiayai Barisan Nasional khususnya dalam pembelian wakil rakyat dan dana pilihan raya.

"Kita mengesyaki bahawa tindakan cepat dan tergesa-gesa kerajaan meluluskan lesen judi kepada Berjaya Group ini sebagai membalas budi.

"Ini jelas menunjukkan Umno terdesak mendapatkan dana dati tauke judi ini seperti mana kita didedahkan sebelum ini," tambahnya lagi.

Mengulas bantahan Pemuda PAS di seluruh negeri, beliau memberitahu lima lagi himpunan bantahan serupa akan berlangsung Jumaat, 28 Mei ini.

Himpunan tersebut akan di adakan di semua masjid negeri di Selangor, Melaka, Pahang dan Pelis.

Manakala kemuncak bantahan zon pantai timur akan diadakan di Kelantan pada tarikh yang sama.

Ianya akan dibuat di Masjid Kampung Repek, Bachok iaitu kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein yang membuat pengumuman meluluskan jesen judi tersebut baru-baru ini.

Kemuncak kepada bantahan itu, himpunan 100 ribu rakyat bantah judi akan diadakan di ibu negara 3 Julai ini bermula di Perkarangan Masjid Negara dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Di Pertuan Agong.

Menjelaskan kenapa ianya diadakan agak lewat Nasruddin berkata, lesen yang diluluskan kepada Kumpulan Berjaya itu bukan hanya untuk Piala Dunia Jun ini, malah juga kepada Liga Inggeris, La Liga, Serie A Italy, Liga Jerman dan beberapa sukan lain.-Harakahdaily

Friday, May 21, 2010

1000 sertai himpunan bantah judi di Perak

IPOH, 21 Mei: Sekurang-kurangnya 1000 Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tengahari tadi.

Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dan turut disokong beberpa badan bukan kerajaan NGO lain..

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut.

Bagaimanapun pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir beiarpun jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak dibuat sebelum ini.

Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan.

Beberpa pergelutan juga dilaporkan berlakusewaktu pihak polis cuba menyuraikan peserta himpunan.

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 2.30 tadi tanpa sebarang tangkapan dibuat. -Hrkh

Usah takutkan pelajar untuk berpidato: Saifudd


Kementerian Pengajian Tinggi meminta institusi pengajian tinggi awam supaya tidak terlalu cepat mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yang meluahkan pandangan berbeza dengan arus perdana dan dasar kerajaan ketika berdebat di Sudut Pidato.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata tindakan sedemikian hanya akan menimbulkan rasa takut dan bimbang di kalangan pelajar untuk berpidato.

Beliau berkata, IPTA sebaliknya harus mewujudkan suasana yang lebih kondusif supaya pelajar tidak takut untuk menyuarakan apa saja pendapat mereka termasuk mengenai politik, bagi menyemarakkan budaya berfikir secara kritis di kalangan mereka.

"Saya nak ingatkan supaya sekiranya dalam Sudut Pidato itu pelajar menyuarakan sesuatu yang dianggap bertentangan atau berlainan jangan hukum. Kalau dia salah betulkan dengan cara yang bijaksana.

"Kalau kita mula menghukum siapa pun tak nak pergi ke Sudut Pidato, menghukum itu harus menjadi tindakan yang akhir," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-2 Kolej Antarabangsa Taj, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Saifuddin sebelum ini menyuarakan kekecewaan apabila Sudut Pidato yang disediakan di IPTA tidak mendapat sambutan.

Antara sebab yang dikenal pasti ialah kebimbangan dikenakan hukuman sekiranya meluahkan pendapat berbeza dengan arus perdana. -GB

ROSMAH MANSOR AKTIF DALAM POLITIK UMNO ? ,


Rosmah Mansor begitu aktif dalam arena politik. Semua peranan Kementerian Wanita yang ditarajui oleh Sharizat Jalil diambil peranan oleh Rosman seolah olah Sharizat seorang Menteri Tanpa Portfolio ?

Hampir tiap malam TV3 membuat liputan penting kepada Rosman dan semua kegiatan Rosmah di expose oleh TV3. Tidak pernah semua isteri mantan Perdana Menteri yang sudah sudah pernah lakukan peranan yang dilakukan oleh Rosman Mansor.

Ada khabar angin yang tidak rasmi mengatakan bahawa PRU13 Rosmah Mansor akan bertanding sebagai Ahli Parlimen Rembau Negeri Sembilan. Kalau berita ini benar maka KJ akan tersingkir kerana beliau bukan favourite kabinet DS Najib.

Kebetulan Rosmah juga adalah berasal dari Rembau Negeri Sembilan, kalau berita angin ini betul maka Rosmah jika menang akan menjawat jawatan Menteri Penuh dalam kabinet DS Najib. Kesian KJ tanpa Pak Lah.

KATAK SEDANG BERDEMO MEMBANTAH LESEN JUDI BOLA.

Mesti Tonton...Tiada di TV

Inilah pejuang melayu tulen!

Inilah pembela islam terunggul!

Ooooonngg!!Ooooonngggg!OOooooonnngggggg!!



KATAK SEDANG BERDEMO MEMBANTAH
LESEN JUDI BOLA.

Gambar-gambar sekitar himpunan membantah lesen judi bolasepak yang sebenar

Bantahan daripada pelbagai kaum dan umur

Replika Piala Dunia bersama mesin judi

Ucapan oleh wakil GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia)

Sepanduk yang dibawa orang ramai

Keadaan berhimpit-himpit dengan orang ramai

YB Yunus Jamhari berucap

Ucapan oleh YB Dr Lee Boon Chye

Masyarakat Cina juga membantah lesen judi bolasepak yang diberikan oleh kerajaan Malaysia

Sepanduk besar yang juga membawa makna yang BESAR
Ust Suhaimi Latip, YDP ABIM Perak turut berucap

Polis memberikan arahan agar ucapan diberhentikan

Ucapan tetap diteruskan

Lagi ucapan bersemangat daripada Ust Akmal

Orang ramai masih ingin terus mendengar ucapan

Tiba giliran Ketua Pemuda Pas Perak, Ust Zawawi Hassan

Penuh semangat melaungkan bantahan

Ust Zawawi membacakan doa sambil pihak penganjur
berunding dengan pihak polis

Doa dipanjatkan memohon agar Allah Taala
menyelamatkan negara Malaysia

Replika mesin judi yang mula dikerumuni orang ramai.
Benci mereka terhadap judi bertumpu kepada replika tersebut

Sebagai tanda bantahan kepada judi, replika tersebut dimusnahkan
oleh orang ramai yang bertindak bagaikan pemain bolasepak.

Orang ramai mula mengerumuni pihak polis yang kini
bertindak agresif

Keadaan semakin tegang dan panas

Inspektor Glenn memberikan arahan agar semua orang bersurai

Pihak polis masih memberikan arahan

Sekumpulan pasukan polis dikerahkan ketempat perhimpunan
Berkawal diperkarangan masjid

Orang ramai hanya memerhatikan gelagat pasukan polis
yang berkawal disekitar perkarangan masjid. Apakah
jemaah-jemaah ini memberikan apa-apa ancaman kepada
keselamatan awam?

Perhimpunan aman membantah lesen judi bola sepaK...


Sd Azrizal memulakan ucapan


Antara baner dan sepanduk yang mengutuk lesen judi
Rata-rata anak muda yang menentang pemberian lesen judi
Sd Amizudin sedang berucap

Wakil dari SUARAM turut berucap

Perhimpunan aman membantah kerajaan BN mengeluarkan lesen judi untuk perlawanan bola sepak piala dunia telah berjalan dengan aman tanpa ganguan pihak polis di masjid Sg Nibung petang tadi.

Perhimpunan yang dihadiri oleh sahabat-sahabat dari PKR,PAS dang juga NGO telah dimulakan dengan ucapan Ketua Angkatan Muda Cabang Bayan Baru Sd Azrizal Tahir yang mengutuk tindakan kerajaan yang telah mengeluarkan lesen judi untuk perlawanan bola sepak piala dunia. Tegas beliau yang anak muda menentang tindakan tersebut yang mana kita sebagai umat Islam sudah sedia maklum judi itu haram di sisi ISLAM.

Sementara itu Sr Amizudin Ahmad selaku Exco Angkatan Muda Malaysia mendesak supaya kerajaan menarik balik pengeluaran lesen tersebut. Judi juga boleh mengakibatkab peningkatan jenayah di negara kita.

Yb Sim ( ADUN Pantai Jerjak ) turut hadir bagi membantah lesen judi itu.

ORANG KAFIR SEMAKIN BIADAP - RASULULLAH

Molly Norris, seorang kartunis di Seattle telah membuat deklarasi bahawa 20hb Mei adalah hari ‘Everybody draw Mohamed Day’ (Hari untuk semua orang melukis Mohamed). Begitu biadab sekali tindakan si kafir ini. Kini, ‘Facebook’, laman web sosial yang berpengkalan di AS pula menyokong tindakan tersebut. Persoalannya sekarang, apakah tindakan kita umat Islam terhadap kebiadaban ini? Apakah kita masih lagi mengharapkan para pemimpin umat Islam yang dayus dan khianat untk berbuat sesuatu? Kaum kuffar akan terus menerus menghina, membunuh dan merampas hak kaum Muslimin kerana kita hidup berpecah-pecah, tanpa kesatuan politik dan intelektual. Realitinya, kaum kuffar masih terus berani melakukan semua ini kerana ia masih dibenarkan oleh para pemimpin umat Islam yang khianat.

 http://hembusan- amal.blogspot. com

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.