Friday, May 14, 2010

Fuhhh ..Inilah Sebabnya Mengapa Judi Halal Di Malaysia..


Sebab-sebab mengapa judi dibenarkan Di Malaysia..

1- Mereka yang mengambil nombor ekor ini terdiri
daripada rakyat Malaysia yang sopan dan tertib dengan
beratur dan tiada pernah berlaku pergaduhan yang
menyebabkan mengganggu keselamatan negara.

2- Pakaian mereka yang dianggap sopan dengan
berpakaian Baju Melayu dan Bersamping
menggambarkan ciri-ciri kesopanan dan adat budaya
Melayu semasa membeli nombor ekor...kuah3


Ahli UMNO keluar Parti beramai-ramai menyertai PKR Tenom

Hari ini sekali lagi Pekan Tenom menjadi hebat kerana sikap rakyat Ulu Tomani dengan berani beramai ramai keluar dari menjadi ahli ahli UMNO dan menyertai PKR Cabang Tenom. Pada mulanya dijangka hanya seorang dua sahaja yang berminat untuk menyertai PKR akan tetapi sangkaan tersebut meleset jauh apabila melihat sejumlah besar penduduk-penduduk Ulu Tomani yang hadir di Perkasa Hotel berminat menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua Cabang PKR Tenom Gosibin Yasundang..

Reformasi !! Refomasi !! Reformasi !!
Selamat Tinggal UMNO.

Kehadiran yang begitu menggalakkan memperlihatkan keberanian orang-orang kampung Ulu Tomani Tenom untuk berubah dan menukar pentadbiran Kerajaan. Selama ini mereka hanya bersabar dan cuba bertahan dengan karenah dan tingkah-laku wakil rakyat BN yang mewakili mereka selama ini, namun kesabaran mereka telah tiba ke penghujung apabila mereka terus-menerus di pinggirkan dan di 'anak-tirikan' oleh wakil-wakil rakyat BN.

Jampin Kalasang yang mewakili penduduk kampung yang hadir, menyatakan pendirian mereka untuk memberikan sokongan dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Halik: Jangan kelamkabut bah, saya bisa jadi bingung ni, Kayamm.
Kerusi dibelakang penuh sesak. Queue kebelakang panjang.

Beliau memberitahu bahawa sudah terlalu banyak kepincangan yang di lakukan oleh kepimpinan UMNO/BN di daerah Tenom. Menurut beliau, mentang-mentanglah lokasi geografi mereka terletak di kawasan luarbandar dan pedalaman, maka kepimpinan BN sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan kebajikan mereka di Tenom.

Menurut Jampin lagi, kesemua projek-projek kampung di agihkan hanya kepada kroni-kroni wakil-wakil rakyat UMNO/BN sahaja. Penduduk kampung lain hanya mampu melihat tanpa di berikan apa-apa peluang untuk menjayakan apa-apa projek. Ketidak-adilan inilah salah satu pemangkin keinginan untuk berubah dengan memberikan sokongan tidak berbelah-bagi kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Walaupun penduduk kampung sedar, PKR bukanlah badan yang memerintah, namun sokongan padu tetap di peruntukkan kepada PKR oleh penduduk daerah Tenom. Walaupun juga mereka akur akan bakal adanya 'gangguan' dari pihak-pihak tertentu, namun mereka telah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal mereka hadapi.

Kami datang dari jauh dari hulu Tomani, walau malam pun kami
datang untuk masuk PKR, kami tidak kisah.

Azam dan tekad penduduk kampung ini telah bulat untuk merakyatkan perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. Di akhir pertemuan ini, sorakan reformasi bergema di perkarangan Hotel Perkasa menyerlahkan tekad mereka untuk melakarkan suatu perubahan yang selama ini telah lama mereka impikan,

Kata Jampin, " Kami tahu dalam PKR/Pakatan Rakyat tidak ada kroni, kami benci kroni kroni wakil rakyat BN sahaja yang selama ini didodoi oleh semua wakil rakyat BN didaerah Tenom ini, kami ini siapa? Kami adalah pengundi yang menentukan Kerajaan, kami bukan boneka yang hanya perlu semasa PRU sahaja."

Jampin dengan marah berkata, "Walau apapun keputusan PRK Hulu Selangor dan Sibu Sarawak ia tidak akan mengubah keputusan kami untuk keluar dari UMNO dan walau apapun propaganda dalam TV UMNO/BN kami tetap menganggap itu semua Dato Najib main wayang sahaja, kami cukup tahu taktik kotor UMNO, bila ada sahaja pilihanraya maka baru lah ada lawatan Menteri Menteri dan barulah ada projek, itupun kroni yang dapat kontrak."

Gambar Demo Bantah Judi : 1 Ditahan, Polis Sokong Judi? ,





Pihak Polis melalui ketuanya pun satu, apa salahnya beri 10 atau 15 minit untuk rakyat bantah perjudian yang diluluskan oleh Timbalan Menteri Kewangan dan Konsert tanpa henti yang akan merosakkan pemuda-pemudi yang akhirnya meramaikan anak haram.

KUALA LUMPUR 14 MEI: Lebih 1,000 orang menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia yang diluluskan Kementerian Kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Perhimpunan yang turut disertai masyarakat bukan Islam berlangsung kira-kira lima minit berikutan arahan polis yang melarang, bahkan mengarah mereka segera bersurai seusai solat Jumaat.

Seorang petugas perhimpunan dipercayai ahli Pas mendakwa dikasari polis tetapi dilepaskan selepas perbincangan polis dengan Setiausaha Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

Pada perhimpunan itu, Kamaruzzaman mendesak kerajaan Umno Barisan Nasional menarik semula lesen judi bola kerana ia bakal memberi kesan negatif kepada bangsa dan negara.

Thursday, May 13, 2010

PRK Sibu: 9hb. Mei, 2010

Kempen Sambutan Hari Ibu telah diadakan serentak dengan kempen Pilihanraya Kecil Sibu dan semua ibu-ibu di Sekitar Bandar Sibu diraikan di rumah masing-masing. setiap rumah menerima sekuntum bunga mawar sebagai simbolik dan penghargaan dari Pakatan Rakyat.
Selesai berkempen, majlis makan-makan telah diadakan di Bilik Gerakan Angkatan Muda KeADILan Sibu. Dato' Haji Mahfuz sempat buat Re-Union "X" ISA. yang pakai baju biru muda tu bekas Senior Dato' Haji Mahfuz masa dalam tahanan ISA.
Mustafa Kamil Ayub dalam sessi panas-panas badan membantai ejen APCO di Bandung.
Wakil PKR Sarawak... banyak sangat yang orang Sarawak tak tau paal penipuan ejen APCO. tanah rege RM30.000 sekaki persegi ejen APCO bayar tak sampai RM30 hengget... betul-betul Zionis..!
Go..! Go..! Mahfuz..!
Lim Guan Eng... Pakatan Rakyat dah buktikan di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor... sebab tu ejen APCO semakin takut dengan Pakatan Rakyat..!
Vote For DAP..! Sibu for change..!

PRK Sibu: Beginilah Caranya Kekayaan Negeri Sarawak Dibelan...

Pagi 12hb. Mei, 2010 jam 8:00 lagi YB Dr.Dzul (Ahli Parlimen Kuala Selangor) dah call aku ajak ikut dia kempen di Kampung Jeriah. Kampung Jeriah terletak lebih kurang 10km dari Bandar Sibu. nak masuk ke Kampung Jeriah, tersergam indah sebuah pintu gerbang.

Dekat situ dah tergantung banner ejen APCO dengan slogan "Terus Berjuang Untuk Pembangunan Sibu". mampuih APCO... 1 lagi projek tipu MeLAYU oleh ejen APCO.
Dekat sebelah pintu gerbang tu ada 2 orang anak muda tempatan dok meniaga air tebu. aku tegur lebih kurang... macam mana keadaan dalam kampung ni..? begus ke tak..?

"Ala... abang masuk tengok sendiri la... kami pun dah bosan cerita... dari dulu sampai sekarang macam ni jugak..." budak tu cakap... macam best je tu...
Sampai dekat dalam kampung, dah ramai dah sampai... Calon Pakatan Rakyat, Lim Kit Siang, Dr.Mariah dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat dah mula kempen dari rumah ke rumah...
Untuk sessi hari ni, aku semangat untuk ikut kempen dekat 3 bijik rumah je sebab ada banyak benda yang lagi menarik dekat situ yang orang tak tau... penduduk kampung ni je yang tau, MUSTAHIL KERAjaan Pusat tak tau tapi ramai lagi penyokong ejen APCO tak tau sebab benda ni disembunyikan dari pengetahuan umum.

Cover jubur taik beb... ejen APCO memang pakar la dalam hal ni... parti lain semua tak bagus, parti ejen APCO je yang bagus, ejen APCO je yang bawak kemajuan... kemajuan lubang jubur Saiful la woi...!!!

Sebelum tu cuba korang perhatikan gambar dekat atas tu... nak masuk rumah penduduk, ada jambatan kayu usang kecik, semak-samun (sebenarnya tu lopak air aka longkang).

Longkang

Sistem longkang zaman batu masih diguna-pakai di Kampung ni, bukan setakat kampung ni je, sepanjang aku duduk dekat Sibu ni, aku perhatikan dekat bandar Sibu pun pakai sistem longkang macam ni jugak, gali parit lebih kurang, lepas tu setel.

Air yang bertakung tak tau keluar kemana, kalau hujan memang dah biasa air longkang melimpah atas jalan, luar biasa kalau tak melimpah. aku rasa macam kawasan loji kumbahan pulak.

Kalau ikut cakap penduduk tempatan, masalah ni dah beribu kali diajukan dekat pihak berkenaan, tapi sebab kami miskin, aduan kami masuk bakul sampah je... standard ejen APCO.

Masjid

Masjid dengan selambanya dibina diatas tanah paya, senang cerita atas lopak air... usang tak payah nak cakap, kayu dah reput sana-sini, masjid pun dah senget... harap cat je baru... takat tu je lah ejen APCO hormat rumah Allah...

Rumah Penduduk

Standard rumah untuk kawasan maju yang sentiasa disuntik dengan kemajuan dan semakin hari semakin maju ialah seperti diatas dan juga dibawah...
Yang ni antara kemajuan yang dibawa oleh ejen APCO... semaju-maju Kolumpo mana ada orang mampu buat rumah macam ni beb... BN Sarawak je yang mampu...
Harga rumah mewah ni lagi mahal dari Banglo Mat Taib KM Sarawak...
Sebab rumah ni letak bendera BN, lepas PRK kalau BN menang, rumah ni tak akan berubah dan akan terus macam ni sebab ternyata tuan rumah ni seronok dengan keadaan macam ni... Hidup APCO...!!!
Beb... aku tengok rumah kongsi Mat Indon yang datang cara haram pun tak de la daif macam ni...

Sepanjang aku di Sibu, aku tak berapa nampak geng-geng UMNO/BN Semenanjung turun dekat sini, budak-budak Blogger pencacai pun sekor pun tak de... mungkin tak de yang sudi nak sponsor...

Silap sponsor, semua yang selama ni UMNO/BN dok sorok dari pengetahuan orang Semenanjung akan terbongkar.. . sikit sebanyak aku do pikir, dengan tahap kehidupan orang Sarawak macam ni, Blogger UMNO/BN pun reti jugak terbukak bijik mata... kalau nak menipu pun, tipulah anak babi baru beranak sebab dia akan sondol sesondol-sondolnya sampai bila-bila...

Tak tau la pulak aku kot-kot Blogger UMNO/BN ejen APCO pun spisis anak babi baru beranak jugak... seronok la ejen APCO macam tu... bela babi kos tak tinggi... bagi sampah je tiap-tiap hari... janji dapat sondol...

Saturday, May 8, 2010

Malaysia lebih baik di bawah Pakatan

Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 9 Mei: Pemuda PAS digesa memberi tumpuan kepada pembentukan pemikiran politik Malaysia iaitu menyedarkan masyarakat khususnya golongan belia, bahawa Malaysia akan lebih baik di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemuda PAS di semua peringkat perlu mengambil peluang yang sedang terbuka luas pada hari ini, dikala Umno BN sedang berdepan penolakan rakyat.

"Ini yang harus diberikan keyakinan kepada masyarakat.
"Kita harus menghapuskan terus khurafat yang berakar umbi lebih daripada 50 tahun iaitu ‘khurafat’ yang berada dalam pemikiran masyarakat Islam khususnya di kalangan pengundi-pengundi bahawa seolah-olah mereka menganggap tanpa Umno-BN, negara kita ini akan mundur dan akan menjadi huru-hara," katanya.

Beliau berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Kali Ke-51 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan dekat sini kelmarin.

Mengakui ianya satu tugas yang sukar, Mahfuz berkata seluruh tenaga pemuda perlu dikerahkan semaksima mungkin lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka 2011 nanti.
Pemuda PAS juga perlu mempersiapkan diri khususnya dengan kemahiran-kemahiran terkini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dunia.
Ianya bagi memastikan golongan sasaran iaitu anak-anak muda dapat didekati sebaik mungkin menerusi kaedah yang tepat.
"Inilah yang harus dilihat oleh golongan muda yang harus memahami persoalan politik anak-anak muda, persoalan keperluan anak-anak muda serta memahami gaya hidup mereka.
"Dan saya yakin bahawa ia memerlukan kepada kemampuan dan keupayaan untuk memberikan satu keyakinan yang tinggi kepada masyarakat dan rakyat khususnya generasi muda di negara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Tambahnya lagi, pemuda PAS juga bukan sekadar berdepan Umno BN, malah sedang berdepan strategi pihak asing yang dilantik kerajaan seperti Apco Worldwide.
"Umno-BN tidak terus membiarkan dirinya lemah, cuba mencari ubat dan tempat kebergantungan bagi mempastikan kelangsungan kuasa politiknya, tambahnya.
Turut hadir Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ahmad Subki Yusoff, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan Mohd Zaki Ibrahim (Timbalan Speaker Negeri Kelantan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran).
Hadir sama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Abdul Latiff Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Ahmad Baihaki Atiqullah (Adun Pasir Tumboh) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Abdul Fattah Mahmood (Adun Bukit Panau).

Kabinet Tun Abdullah Perlu Disiasat

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya Kabinet yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disiasat, berhubung penjualan dua telaga minyak negara kepada Brunei.

Katanya, negara bukan sahaja kehilangan sumber hasil bernilai lebih RM320 bilion, tetapi turut menjejaskan maruah.

:“Saya cadangkan satu siasatan ke atas Kabinet Tun Abdullah untuk menilai sejauh mana kewajaran untuk menjual telaga minyak itu kepada Brunei. Semua anggota Kabinet ketika itu juga harus disiasat, termasuk Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau yakin sebahagian besar anggota Kabinet ketika itu menjadi ‘pak angguk’ dan meluluskan usul terbabit, tanpa usul periksa.

Menurutnya, pendedahan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu amat wajar dan berharap lebih banyak pendedahan dibuat untuk mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran negara.

“Ini antara kesilapan terbesar Tun Abdullah, yang menyebabkan negara menanggung kerugian besar kerana hilang sumber pendapatan untuk membangunkan negara,” katanya.

Mahfuz berkata, beliau mahu Najib atau Timbalannya campur tangan dalam isu ini dan memberi maklum balas segera, dan tidak menutup kes ini daripada pengetahuan umum.

“Saya tidak pasti sama ada ini adalah sebahagian komplot yang dibuat untuk menjatuhkan Tun Abdullah, seperti yang didakwa penulis blog, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz. Atau mungkin kempen untuk menjatuhkan Najib yang didakwa bersekongkol dengan Tun Abdullah dalam isu penjualan telaga minyak itu,” katanya. -SH

Perkeso, Batalkan Pelaburan Carlsberg -DPP

KL, 9 Mei 10: Dewan Pemuda PAS mendesak Perkeso, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan 5.5 juta pencarum supaya menarik balik pelaburannya dalam syarikat minuman keras Carlsberg selaras dengan pematuhan prinsip syariah. Sayap pemuda PAS itu mahu Perkeso membuat keputusan segera dengan membatalkan pelaburannya memandangkan 90 peratus kakitangannya dan sebahagian besar pencarum merupakan penganut agama Islam.
Oleh itu Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi mendakwa hasil keuntungan diperoleh Perkeso sebagai pemegang saham dalam syarikat pengeluar miniman keras tersebut amat diragui.
Kata beliau, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia supaya tidak mengekalkan Perkeso sebagai pemegang saham dalam syarikat berkenaan.
“Kalau hendak melabur cari syarikat lain, banyak lagi syarikat di Malaysia... mengapa mesti pilih syarikat arak?” katanya lagi.
“Ini kerana 90 peratus kakitangan Perkeso terdiri daripada orang Islam dan duit potongan daripada pekerja juga turut melibatkan orang Islam dan dilaburkan ke dalam syarikat arak tersebut.
“Kemudian hasil keuntungan saham tersebut diberikan kepada kakitangan Perkeso sebagai gaji dan kita tidak tahu sama ada wang tersebut halal ataupun tidak,” katanya ketika dihubungi.
Perkeso dianggarkan kini mempunyai 5.5 juta pencarum melibatkan 380,000 majikan.
Beliau berkata, Perkeso membuat keuntungan dengan syarikat arak tersebut hasil caruman pekerja setiap bulan.
“Perkeso potong dari wang pekerja (pendapatan) dan ia menjadi harta Perkeso dan kemudiannya dilaburkan ke syarikat arak (pemegang saham), hasil keuntungan tersebut diagihkan semula kepada kakitangan mereka yang majoritinya adalah orang Islam.
“Jadi di sini kita boleh lihat bahawa pelaburan yang dibuat Perkeso diragui kerana mereka buat untung dengan perniagaan yang haram,” katanya.
Nasrudin berkata perkara ini melibatkan maruah dan kebajikan orang Islam juga berkaitan dengan isu halal dan haram.
“Bagaimana sumber yang diragui halal dan haram diberikan kepada kakitangan mereka?
“Jika halal itu tidak mengapa tetapi jika haram bagaimana? Ia akan menjadi sebahagian daripada darah daging mereka nanti,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, perkara tersebut sukar untuk dijelaskan kerana tidak tahu sama ada pelaburan yang dibuat itu benar ataupun tidak.
“Saya tidak berapa jelas mengenai perkara ini dan ia sepatutnya dirujuk kepada pihak Perkeso.
“Tetapi saya juga berharap supaya satu penjelasan dibuat mengenai perkara ini oleh Perkeso,” kata beliau. MTUC mempunyai wakil dalam Perkeso.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Fikir tutup saja kilang arak itu, samada jangka pendek atau jangka panjang. Dalam Islam, sudah jelas larangan kepada 8 golongan termasuk peminum, pemerah atau pekerja yang melibatkan penghasilan, termasuk Menteri yang meluluskan dan parti yang menghalalkan dalam bentuk tindakan.
Bagaimana pula arak dalam agama Kristian? Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai perbuatan minum arak/wain? Adakah seorang Kristian berdosa jika dia minum arak/wain?
Beberapa ayat suci menggalakkan manusia supaya jangan minum arak (Imamat 10:9; Bilangan 6:3; Ulangan 14:26; 29:6; Hakim-hakim 13:4,7,14; 1 Samuel 1:15; Amsal 20:1; 31:4,6; Yesaya 5:11,22; 24:9; 28:7; 29:9; 56:12; Mikha 2:11; Lukas 1:15). Walau bagaimanapun, Kitab Injil tidak sepenuhnya menghalang Kristian daripada minum bir, wain atau sebarang minuman yang mengandungi alkohol.
Kristian diarah supaya jangan menjadi mabuk (Efesus 5:18). Kitab Injil menyalahkan perbuatan mabuk dan kesan buruknya (Amsal 23:29-35). Kristian juga diarahkan supaya tidak membenarkan badan mereka dikawal oleh sesuatu yang bukan daripada Tuhan (1 Korintus 6:12; 2 Petrus 2:19). Kitab juga menghalang seorang Kristian melakukan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan Kristian yang lain atau menyebabkan mereka berdosa (1 Korintus 8:9-13).
Mengikut prinsip-prinsip ini, maka adalah susah untuk menyatakan bahawa Kristian minum arak untuk memuliakan nama Tuhan (1 Korintus 10:31). Yesus menukar air kepada wain. Nampaknya Yesus juga minum wain semasa kenduri (Yohanes 2:1-11, Matius 26:29). Dalam Perjanjian Baru, air tidak bersih. Tanpa kaedah sanitasi moden, air dicemari oleh bakteria, virus dan bahan-bahan lain. Keadaannya sama seperti yang berlaku di dunia ketiga sekarang.
Oleh itu, ramai orang minum lebih banyak wain daripada air pada zaman Yesus memandangkan wain adalah lebih bersih dan sihat. Dalam 1 Timotius 5:23, Paulus menyuruh Timotius supaya jangan minum air sahaja (yang menyebabkan sakit perut) dan minum sedikit wain. Pada masa itu, wain diawet, tetapi tahapnya tidak seperti sekarang. Wain bukannya jus anggur tetapi juga tidak serupa dengan wain hari ini.
Sekali lagi, Kitab juga tidak menghalang Kristian daripada minum bir, wain atau sebarang minuman yang mengadungi alkohol. Perbuatan minum alkohol itu bukan dosa. Apa yang salah ialah perbuatan mabuk dan ketagih arak yang patut dielakkan oleh Kristian (Efesus 5:18, 1 Korintus 6:12). Mengikut prinsip dalam Kitab Injil, adalah susah untuk berdebat dan mengatakan bahawa Kristian yang minum arak boleh menggembirakan Tuhan. (AK)

PRK Sibu: Gambar-Gambar Sekitar Hari Penamaan Calon
















Buat masa ni aku tak de nak taip apa-apa lagi... tengah edit gambar-gambar siang tadi... kejap lagi aku upload lagi sekali dengan berita... rajin-rajin la korang refresh...