Friday, February 26, 2010

PERSIAPAN TERAKHIR JAMUAN MAKAN MALAM BERSAMA HJ. NIZAR SEMAKIN RANCAK



YB Haji Anuar dan isteri meninjau tapak program.

Malam tadi telah diadakan majlis solat hajat memohon ke hadrat Allah swt agar diberikan kelancaran dan kemudahan di dalam menjayakan Majlis Makan Malam Bersama Dato' Seri Hj.Nizar. Solat hajat telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan iaitu tempat di mana majlis diadakan. Solat hajat telah diimami oleh Ketua Urusan Ulama Kawasan Teluk Intan.

Petang tadi, YB Hj. Anuar, isteri dan AJK jamuan telah meninjau tapak program di mana khemah-khemah telah dipasang. Sebanyak 27 buah khemah telah dipasang.

Bersama-samalah kita memohon kepada Allah agar majlis dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Selain tetamu utama Dato' Seri Haji Nizar turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalan PJ Perak Ustaz Mustafa Shaari, Ustaz Misbahul Munir, YB Kesavan ADUN Hutan Melintang, dan Ketua Bahagian PKR Teluk Intan.

Majlis bermula jam 8.00 malam. Orang ramai yang telah membeli kupon makan malam bolehlah datang pada masa yang dijadualkan. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.


Muslimat turut sibuk mengisi juadah ringan.

Khemah-khemah sudah siap didirikan.

Sdr. Faisaluddin dan YDP Ustaz Ismail memeriksa generator.

Pemandangan dari atas.

Suasana nampak meriah pada waktu malam.



YB dan isteri berbual dengan Haji Zainun, siak markaz.

No comments:

Post a Comment