Saturday, May 15, 2010

Bila Judi Menjadi Matlamat Orang Islam.....

Kenyataan saya adalah merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Rahman Dahlan yang dipaparkan oleh Malaysiakini.

Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.

Ka
tanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.
Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.
"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

“Kenapa mes
ti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan.

Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.

“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya.

Rahman
berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.

Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

“Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

Pandangan saya:

Terlebih dahulu saya memohon saudara Abdul Rahman Dahlan (AP Kota Belut) bertaubat itupun sekirnya ia beragama Islam. Daripada kenyataan beliau yang meyokong ketuanya meluluskan lesen judi baru, ianya menunjukkan beliau tidak pernah membaca dan memahami isi Al-Quran yang mengatakan judi itu haram sehingga ke hari kiamat. Beliau juga bukan insan Allah swt yang mengikuti kelas agama sepanjang kehidupan beliau. Jika beliau mengikuti kuliah-kuliah agama pastinya beliau berfikir matang sebelum membuat kenyataan tersebut. Adakah beliau ini masih lagi beriman kepada Allah swt. Mari kita merujuk apa yang dikatakan dalam Rukun Iman.
1. Percaya Kepada Allah swt
2. Percaya Kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Percaya Kepada Malaikat-Malaikat
4. Percaya Kepada Kitab-Kitab
5. Percaya Kepada Qada dan Qadar

Judi adalah haram yang mana ianya dinyatakan oleh Allah swt melalui Rasulnya dan tercatat dalam al-Quran yang merupakan kitab Allah swt dan disampaikan oleh Malaikat. Jika kita meng'halal'kan judi tidak kita melakukan syak ke atas Kitab Allah, Rasulullah saw, Malaikat dan akhirnya kepada Allah swt itu sendiri. Setahu saya bila kita berlaku syak maka hilanglah keimanan kita. Adalah Abdul Rahman Dahlan masih percaya kepada Allah swt, Nabi dan Rasul, Kitab Allah swt dan Malaikat? Adakah Abdul Rahman Dahlan membaca al-Quran berversi UMNO? Di dalam Al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw mengatakan dengan jelas judi itu haram tetapi kenapa Abdul Rahman Dahlan masih meyokong pemberian lesen judi yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak? Ada dua kemungkinan yang menyebabkan Abdul Rahman Dahlan bertindak begitu:
1. Beliau membaca dan memahami Al-Quran versi UMNO iaitu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Al-Quran ini adalah taksiran Mahathir Mohamad. Jangan kita lupa dulu Mahathir Mohamad yang berkuasa mengarahkan Al-Quran ditaksir semula mengikut perubahan zaman.
2. Berkemungkinan besar beliau ber'tuhan'kan Najib kerana Rasulullah saw mengajar kita jangan kita takut selain kepada Allah swt. Beliau sepatutnya tidak takut menentang Najib Abdul Razak sekiranya beliau betul-betul insan yang beriman. Ini menunjukkan beliau takut kepada Najib Abdul Razak mungkin kerana takut kehilangan pangkat dan kuasa serta kekayaan. Beliau meletakan Najib Abdul Razak sebagai 'tuhan'.
Abdul Rahman Dahlan juga tidak percaya kepada Qada dan Qadar kerana beliau mengatakan sekiranya lesen judi tersebut tidak diluluskan akan berlaku judi haram yang dikuasai oleh kongsi gelap dan penipuan. Saya tidak faham adakah beliau ini berfikiran matang atau tahap minda beliau sama taraf budak sekolah darjah 1. Jika lesen judi ini diharamkan, sesiapa yang terlibat adalah bertanggungjawab sendiri dan sekirany mereka membuat laporan polis berkaitan penipuan judi haram, mereka ini boleh didakwa kerana terlibat dengan judi tanpa lesen dan untuk orang Islam mereka boleh dibicarakan melalui undang-undang syariah. Adakah Adbul Rahman Dahlan telah menjadi 'tuhan' yang mengetahui sesuatu sebelum waktunya? Saya cabar Abdul Rahman Dahlan agar beliau;
1. Mengatakan keimanannya secara bersumpah dengan kekuasaan Allah swt di dalam masjid yang beliau takutkan Allah swt daripada Najib Abdul Razak.
2. Mengatakan pendirian beliau tentang judi mengikut arahan Allah swt dan kelulusan menghalalkan yang haram oleh kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO.
3. Mengatakan pendirian beliau tentang judi dalam kerajaan BN dan adakah beliau masih mahu tinggal dalam rumah BN yang penuh kemaksiatan.

Selain itu Najib Abdul Razak juga perlu taubat sebelum nyawa beliau dicabut dari badan. Ingat bapa beliau meninggal pada usia muda dan beliau juga boleh dimatikan oleh Allah swt pada bila-bila masa kecualilah kalau beliau mengaku yang beliau adalah 'tuhan' yang tahu bila beliau akan dimatikan. Ingatlah balasan untuk penjudi bukan sahaja kepada penjudi tetapi syarikat judi tersebut, kakitangan syarikat judi dan pemerintah yang meluluskan lesen judi. Saya amat berharap komen para peyokong UMNO dan juga maklumbalas dari Abdul Rahman Dahlan. Untuk penyokong UMNO dan BN anda juga mempunyai saham dosa judi kerana memilih mereka yang keimanannya boleh dipertikaikan. Itu baru judi dan ada banyak lagi dosa-dosa UMNO yang ditanggung oleh peyokongnya. Insaflah, ingat Allah swt satu-satunya tuhan dan takutlah kepadaNya. Untuk pengetahuan semua tidak ada negara OIC yang ada kedai-kedai judi kecuali Malaysia bahkan Thailand juga tidak mempunyai kedai judi. Adakah Thailand lebih baik dari Malaysia.
Fikirkan ya.

No comments:

Post a Comment