Tuesday, June 29, 2010

Deyyyy..K’jaan akan kerugian RM500 juta lagi ...

Mengapa Kementerian Pengangkutan membeli 38 tren elektrik enam gerabak (EMU) dari syarikat Zhu Zhou Electric Locomotive Co. Ltd (China) dengan harga RM1,824 bilion secara runding langsung atau RM500 juta lebih mahal dari asal tender sebelumnya.

Jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan (MOT) kepada soalan tambahan YB Tumpat tentang ‘refurbishment’ atau menaiktaraf koc lama Eletric Multiple Unit (EMU) milik KTMB tidak dijawab oleh Timbalan Menteri. Menariknya, Timbalan Menteri terus menerangkan tentang pembelian 38 EMU 6 gerabak dari sebuah consortium katanya dari negara China (tidak disebut namanya) dengan harga RM1.8 bilion.

Saya gagal untuk mendapatkan soalan tambahan kedua dari Speaker, setelah YB Parit Sulong diberikan laluan tersebut. Saya ingin mempertikaikan jawapan kementerian, sekaligus mendedahkan bagaimana dengan pembelian rundingan langsung ini, kerajaan akan membayar pembelian ini dengan bayaran sehingga RM500 juta lebih tinggi dari sepatutnya.

Ringkasan cerita:
  • Perkara ini berbeza dengan isu ‘refurbishment’ atau naiktaraf taraf koc lama. Pada 3 Januari 2009, Presiden KTMB menyebutkan tentang hasrat pihak mereka untuk membuka tender bagi pembelian 38 set tren 6 gerabak (EMU). Dikatakan bahawa penawaran tender akan dibuat secepat mungkin kerana EMU perlu siap pada 2012. Kepentingan pengangkutan adalah sebahagian dari penambahbaikan perkhidmatan KTM Komuter dalam NKRA PM Najib menjelang 2012.
  • Terdahulu tender bagi membekalkan 8 set tren 3 gerabak (EMU) telah dipanggil pada 7 Mei 2008, sebelum NKRA diperkenalkan lagi pada 11 Julai 2009. Tender tutup pada 3 September 2008 tetapi tempoh sahlaku tender (tender validity) diperbaharui 5 kali sehingga terakhir pada 26 Mei 2010.
  • Membaca dari laporan terdahulu (cnth 2 Jun, UM), sumber industri telah pun melaporkan bahawa syarikat pengeluar Zhu Zhou dari China yang dilantik menjadi pembekal EMU enam gerabak sebelum ini, telah pun berjaya memenangi satu tender membekalkan 8 EMU 3 gerabak.
  • Syarikat Zhu Zhou adalah merupakan antara 3 syarikat dari China yang menawarkan harga yang rendah dari 8 pembida. Zhu Zhou menawarkan harga Euro 2.745 juta setiap set EMU 3 gerabak atau RM13.725 juta. Zhu Zhou juga menawarkan penguruangan harga bagi opsyen 5 set EMU tambahan ketika itu.
  • Jelasnya tender lama berbeda dengan tender keperluan NKRA di segi set EMU 3 gerabak ditukar kepada set EMU 6 gerabak. Dengan kata lain, keperluan KTMB melalui ’Satements of Needs’ atau ’Pernyataan Keperluan’ mereka ialah konfigurasinya. Namum hakikatnya set 6 gerabak sebenarnya adalah mengandungi dua (2) set EMU 3 gerabak.
  • Mengambil kira perbezaan spesifikasi yang ketara khususnya keperluan permasangan CCTV dan Slide Destination Panel, maka adalah menasabah mengandaikan ketika satu set EMU 3 gerabak bernilai RM13,725 juta, maka satu set EMU 6 gerabak ialah RM27,450 juta.
  • Berdasarkan keperluan untuk memenuhi ketetapan NKRA dengan kadar segera, Kementerian telah mendapat kelulusan untuk mengadakan rundingan terus kerana dikatakan juga akan mendapat penjimatan sekiranya membeli dengan kuantiti yang banyak atas faktor ’economy of scales’.
  • Amat malang bagi rakyat dan negara, apa yang diperolehi oleh Kerajaan ialah ’Harga Tawaran” yang jauh lebih mahal dari harga yang dipersetujui Kementerian ketika memulakan tender terbuka membekal 8 set EMU 3 gerabak dahulu. Sementara itu tender membekal 8 set EMU 3 gerabak telah dibatalkan padaa 27 April 2010.
  • Rakyat kini ingin tahu, mengapa ketika berlaku rundingan terus, syarikat ZhuZhou yang dulu menawarkan harga RM13.725 juta satu unit EMU 3 gerabak dan RM30 juta untuk satu set EMU 6 gerabak bagi membekalkan 5 set EMU 6 gerabak pada November 2007, telah mengambil kesempatan menawarkan harga setinggi RM48 juta satu unit EMU 6 gerabak atau RM1.824 bilion bagi 38 unit EMU 6 gerabak (Mei 2010). Harga ini, untuk pengetahuan umum, tidak termasuk maintenance, repair dan overhaul.
Sehubungan dengan perkembangan ini, kerajaan digesa membatalkan segera LOA yang dikeluarkan kepada Zhu Zhou dan menyenaraikanhitamk an syarikat Zhu Zhou .tersebut. Negara bakal kerugian sehingga RM500 juta sekiranya meneruskan pembelian 38 set EMU 6 gerabak dari syarikat Zhu Zhou ini.

Saya juga ingin menyarankan supaya pihak Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengambil tindakan supaya Menteri, Kementerian dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dipertanggungjawabk an atas perolehan ini kerana jelas akan melibatkan kerugian kepada kerajaan sehingga RM500 juta.

Kerajaan boleh sahaja meneruskan pembelian EMU 6 gerabak ini dari China bagi mempastikan hubungan baik antara negara dan masih memenuhi tuntutan NKRA yang telah ditetapkan oleh YAB PM.

28 Jun 2010.

No comments:

Post a Comment