Saturday, October 9, 2010

Umno keseorangan: MCA pula gesa pinda AUKU, benarkan mahasiswa berpolitik!



MCA: Pinda AUKU bolehkan mahasiswa sertai politik

KUALA LUMPUR, 9 Ok – Pemuda MCA hari ini meminta agar kerajaan mempertimbang agar beberapa klausa dalam Akta Kolej Universiti dan Universiti (AUKU) 1971 dipinda bagi membenarkan mahsiswa mengambil bahagain dalam politk.

Ketuanya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kerajaan boleh menetapkan hala tuju bagi perjuangan dalam politik dan menggalakkan budaya berpolitik yang sihat daripada menghalang mereka mengambil bahagian agar dengan itu ia dapat menarik sokongan mereka.

“Jika kita bimbang penyertaan mahasiswa dalam politik boleh menjejaskan pengajian dan suasana aman dalam kehidupan mereka di universiti, kita boleh sediakan garis panduan untuk mereka ikuti dan mendidik mereka untuk mendisiplinkan diri sendiri dan bertanggungjawab menjaga kata-kata dan tingkah laku mereka, katanya semasa berucap pada perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA ke-46 di Wisma MCA di sini.



Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata mengikut Perlembagan Persekutuan, ia juga merupakan hak generasi muda dengan usia yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam politik.

“Tetapi Akta Kolej Universiti dan Universiti 1971 telah menghalang mereka mengambil bahagian dalam politik, dan keadaan ini tidak munasabah.

“Kita tidak boleh menganggap mereka sebagai musuh seolah-olah mereka sudah pasti menentang kita. Ini sudah keterlaluan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu telah membawa perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Kita telah memaklumkan kepadanya dan beliau besetuju untuk menelitinya,” katanya. – Bernama

p/s: Lihat bagaimana pensyarah Umno ini dimalukan semalu2nya gara-gara terpengaruh dgn dokrin Umno, 'Mahasiswa tidak boleh berpolitik sbb tak matang'...

No comments:

Post a Comment