Saturday, January 29, 2011

Puteri Umno-APCO RASUAH Pengundi Luar!!

Ini berita dan bukti bergambar yang diterima!!

Dari soseh-soseh di dalam kedai kopi (lokasi dirahsiakan), Puteri Umno-APCO yang sedang minum-minum bersama Pemuda Umno-APCO sedang galak menelefon pengundi luar DUN Tenang!

Dari soseh mereka, setiap dari mereka yang berjaya dirayu untuk pulang mengundi di kawasan masing-masing terutamanya FELDA, akan diberikan WANG SEBANYAK RM300 SEORANG!!

Puteri Umno-APCO ini akan meminta mereka yang berjaya supaya pulang dengan menaiki bas dan mereka akan menunggu di MEDAN SELERA SUSUR KELUAR TOL YONG PENG (sebelah kiri hala ke pekan Yong Peng) atau mana-mana lokasi yang diminta untuk di bawa pulang ke rumah masing-masing!

Dan keesokkannya bila hari mengundi, Puteri Umno-APCO (gambar macam bik mama - kah kah kah...) ini akan mengambil mereka dari rumah untuk dibawa ke tempat membuang undi masing-masing.

Dan selepas mereka "memangkah Barisan Najis", mereka akan dibayar tiap seorang RM300!!

Daripada rayuan mereka (Puteri Umno-APCO), mereka meminta pengundi luar ini pulang petang ini atau esok pagi (Sabtu) atau malam Ahad!

Diminta semua jentera kempen Pakatan Rakyat supaya "alert" dengan keadaan ini di samping pengundi hantu yang khabarnya akan 'menyerang" bila-bila masa saja dari sekarang!!
Jalan Pulang akan memantau keadaan ini dari semasa ke semasa!!

No comments:

Post a Comment