Saturday, April 23, 2011

UMNO Yang Beri Tuba Kepada Melayu

"Sejak peristiwa Malayan Union, Melayu memberi sokongan padu kepada UMNO semata-mata kerana memperjuangkan hak mereka. Sokongan Melayulah yang membolehkan UMNO berkuasa di Malaysia sehingga kini. Dari tahun 1946 hingga 2011, di manakah Melayu diletakkan oleh UMNO? Adakah Melayu menjadi bangsa yang menguasai ekonomi di tanah tumpah darah datuk nenek mereka?

Melayu terkebelakang jika dibandingkan dengan orang Cina walaupun UMNO menjadi teras kepada Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Mengapa? UMNO tidak tolong naikkan Melayu. Mereka hanya naikkan Melayu di sekeliling mereka dan diri mereka sendiri. Adakah pemimpin UMNO yang miskin? Tiada. Jadi wakil rakyat satu penggal pun dah kaya. Jadi ketua bahagian pun kaya-raya.

Semua orang tahu bagaimana mereka kebas peruntukan dalam Dasar Ekonomi Baru. Akibatnya Melayu hanya dapat kumpul 18% ekuiti sepanjang dasar itu. Ada RM54 bilion saham. RM52 bilion disapu datuk-datuk dan tan sri- tan sri dalam UMNO dan di sekeliling pemimpin UMNO. Yang tinggal apa? RM2 bilion. Yang lain-lain tu sudah pun berpindah tangan kepada bukan Bumiputera.

Tanah Simpanan Melayu pun kena kebas. Dari 3 juta hektar yang ditinggal British, kini hanya ada 1.7 juta hektar. Semuanya dirompak oleh UMNO kononnya atas nama pembangunan. Janji nak ganti, tetapi tak ganti-ganti sampai la ni.

Kalau dicampur dengan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, dan entah apa-apa lagi, tak tahulah berapa laksa. Macam mana Melayu nak bangun kalau macam tu? Pengaliran wang secara haram ke luar negara ratus-ratus juta. Tanggung kerugian pun ratus-ratus juta. Beri barang mahal nak mampus. Janji komisyen masuk. Mungkin juga untuk isi tabung UMNO!

Melayu beri susu kepada UMNO. UMNO beri tuba kepada Melayu. Kelih tak kelih depa tuduh Cina balas susu dengan tuba. Sendiri bagi tuba kepada bangsa sendiri buat-buat tak nampak. Itulah UMNO. Kalau Cina tak sokong BN kerana mereka meluat dengan kelaku pemimpin BN apa salahnya? Baguslah begitu.

Melayu yang tak sedar-sedar kena tuba tu apa hal pula? Sepatutnya Melayu kena ikut macam Cina. Bagi tuba kepada BN. Biar mereka mati beragan. Naikkan Pakatan Rakyat!!! Kalau Pakatan pun buat perangai yang sama, kasi punah sampai akar umbi. Ganti pula dengan yang lain. Apa susahnya?

Apabila Cina bagi tuba kepada BN, orang Melayu yang kena tuba masih terhegeh-hegeh sokong UMNO. Tak mau bagi hilang hak Melayu konon. Dah hilang entah banyak mana tak sedar-sedar. Nak tunggu sampai tak dak apa-apa lagikah? Bangunlah Melayu. Kita pun kena bagi tuba kepada UMNO dan BN. Kuasa itu di tangan kita dalam sistem demokrasi. Nak takut apa. Apa UMNO boleh buat kalau Melayu tak sokong depa? UMNO dah hanyut dalam Laut Qalzum, habih lemaih. Nak buat apa lagi?

No comments:

Post a Comment