Wednesday, July 27, 2011

PAS patut gunakan sungguh peluru "pengundi klon" tekan SPR

Malaysiakini melaporkan:
PAS hari ini mendakwa parti itu memiliki senarai pengundi 'klon' dan ini melibatkan angka yang besar dan "mengejutkan".

Naib presidennya Datuk Husam Musa (bawah, baju hijau) berkata pendedahan akan dibuat secara berperingkat selepas penyerahan senarai 500 orang pertama kepada SPR baru-baru ini.

"Kita akan buat (majlis seperti) persidangan. Kita pamer pada semua orang dan media boleh semak," katanya.

Diminta menjelaskan anggaran jumlah terbabit, Husam bagaimanapun enggan berbuat demikian buat masa ini.

Bagaimanapun, katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan PAS selepas ini, pihak media akan dibekalkan dengan senarai berkenaan. - Mkini.
Mungkin ada yang akan memperlekeh kalau aku katakan PAS ada tenaga pakar IT antara yang terbaik yang ada di Malaysia. Bukan maksud aku depa-depa ni makan gaji dengan PAS malah depa-depa ni sanggup buat kerja untuk PAS tanpa imbuhan.

Jadinya aku tak terkejut langsung bila didedahkan PAS berjaya kesan angka pengundi klon yang mengejutkan.

Bukan kerja parti politik nak tolong SPR bersihkan daftar pemilih macam yang Timbalan Pengerusi SPR minta sebelum ni. Anggota dan kakitangan SPR dibayar untuk buat kerja, dan antara kerja utama depa adalah untuk menyediakan Daftar Pemilih yang bersih dan telus.

Apa pun aku harap PAS gunakan peluru 'pengundi klon' ni untuk sungguh-sungguh tekan SPR. Kita tekan sungguh-sungguh sampai SPR setuju jugak guna kaedah celup jari tu.

Aku jugak harap PAS gunakan senjata ni untuk tekan SPR supaya bersihkan Daftar Pemilih dengan cara laksanakan pendaftaran automatik yang guna terus data dari database JPN.

Memang aku pun tak yakin SPR akan tunduk kepada tekanan PAS, pasai kalau SPR tunduk kepada tekanan tu dan laksanakan 8 tuntutan BERSIH2.0 termasuk gunakan dakwat kekal dan bersihkan daftar pemilih, Umno BN akan hilang 5% undi yang senang-senang depa boleh dapat dengan cara menipu. Umno BN tentu punya takkan benarkan SPR terima dan laksanaka 8 tuntutan BERSIH 2.0 tu.

Jadinya semua pendedahan tu kita kena pastikan sampai kepada semua rakyat Malaysia. Biar semua rakyat Malaysia nampak macamana sebenarnya rupa Daftar pemilih yang SPR bermati-matian kata bersih dan telus.

Seluruh rakyat Malaysia kena diyakinkan yang Umno BN melalui SPR memang menipu dalam pilihanraya dan takdak cara lain untuk ujudkan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ni melainkan dengan menumbangkan Umno BN pada PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment