Saturday, July 30, 2011

Pimpinan Tertinggi SPRM Mesti Dikenakan Tindakan

 26 Melayu Di-Raja 

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG melahirkan kekesalan tentang laporan Suruhanjaya siasatan Teoh Beng Hock yang membuat kesimpulan bahawa Teoh Beng Hock "di-bunuh diri".

Analisis psikologi suruhanjaya siasatan bahawa Teoh berubah daripada kumpulan risiko rendah kepada kumpulan risiko tinggi untuk membunuh diri selepas sesi soal siasat SPRM cuma suatu andaian, kesimpulan bunuh diri tersebut dibuat tanpa sebarang bukti fizikal adalah dangkal dan terburu-buru, melanggar prinsip-prinsip undang-undang yang memerlukan bukti kukuh.

Kesimpulan yang tidak professional ini dibuat oleh lima orang pesuruhjaya yang mempunyai latar belakang professional telah mengecewakan rakyat.

Sebenarnya, bagi kes kematian Teoh Beng Hock, rakyat telah ada jawapan di dalam hati, jika kesimpulan suruhanjaya siasatan dan kerajaan terpesong jauh dari persepsi umum rakyat, ia hanya akan merosakkan keseluruhan integriti kerajaan, tidak memanfaatkan usaha transformasi kerajaan.

Kami menyeru kerajaan mengambiltindakan keras terhadap pimpinan tertinggi SPRM. Dua tahun yang lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Ahmad Said mengatakan Teoh bunuh diri sebelum pihak polis menyempurnakan siasatan. Dia berkata SPRM tidak perlu bertanggungjawab ke atas kematian Teoh kerana ketika itu Teoh tidak lagi di bawah jagaan SPRM. Sekarang, laporan suruhanjaya siasatan telah membuktikan, Teoh belum dibebaskan oleh SPRM pada masa kematiannya.

Jelasnya Ahmad Said telah berbohong dua tahun yang lalu, dia tidak ada sedikit pun perasaan kesal terhadap kematian Teoh, ini membangkitkan kemarahan rakyat! Kami meminta kerajaan mengambil kira tanggungjawab Ahmad Said, merampas segala pencen dan kebajikan penjawat awamnya. Kerajaan mesti menghukum Ahmad Said.

Ketua Pesuruhjaya SPRM kini Abu Kassim pernah mengemukakan surat terbuka kepada keluarga Teoh bahawa SPRM tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dalam kematian Teoh. Tetapi,bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim yang mengakibatkan kematian Teoh, telah dinaik-pangkat ke pengarah SPRM Negeri Sembilan semasa Abu Kassim memegang jawatan ketua pesuruhjaya.Hishamuddin juga hanya digantung sementara selepas laporan suruhanjaya siasatan diumumkan.

Ini menunjukkan Abu Kassim cakap tak serupa bikin, tidak benar-benar mengkaji semula kaedah-kaedah soal-siasat SPRM yang mencabuli hak asasi manusia, SPRM tidak ada sebarang tindakan boleh dikatakan ikhlas dalam tragedi Teoh. Kes kematian kedua pula terjadi dalam tempoh Abu Kassim sebagai Ketua Pesuruhjaya. Kami menggesa Abu Kassim segera meletakkan jawatan atas kematian Teoh dan kes-kes penyelewengan kuasa lain. Jikalau tidak ada seorang pun bertanggungjawab ke atas kematian Teoh dan dikenakan hukuman, kematian di bawah tahanan agensi kerajaan tidak akan dipandang serius, reputasi kerajaan akan dicemarkan. -MR

No comments:

Post a Comment