Tuesday, August 9, 2011

Mengapa Sesetengah Gadis Kita Terlalu Pemurah ?


Kosmo] AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.


Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.

Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.

Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.

Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.

Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.

Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.

Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi

p/s dara pun ada yang nak dilelong , walaupun ia adalah mahkota bagi wanita....namun begitu minah belanda ni menjualnya dengan harga yang tinggi juga , yang menghairankan aku ada segelintir gadis melayu yang bagi secara percuma. bukan aku nak sokong minah belanda tu dan memberi semangat kepada gadis yang masih dara , cumanya aku nak minta gadis-gadis di negara kita ni pikiyaq dulu sebelum buat dosa. minah belanda tadi bagi dara dapat duit , gadis kita yang beri dara tu dapat apa ? tak dapat apa melainkan dosa dan janji manis dari pakwenye yang menhancurkan mahkotanya , fikir - fikir lah

No comments:

Post a Comment