Friday, December 9, 2011

Khas Buat Ibrahim Ali - Hukum Pakai Indelible Ink Dalam PRU

Ibrahim Ali baru-baru ini membantah penggunaan dakwat kekal dalam proses mengundi di negara kita atas alasan bahawa takut nanti dia tak sah ambil wuduk. Nampaknya dia tak tahu bahawa majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa membenarkannya pada tahun 2007.
Mungkin juga dia tak tahu dan ramai yang tak tahu bahawa negara kita ada porta khas untuk menyampaikan koleksi-koleksi fatwa yang telah dikeluarkan oleh mereka. Anda boleh lihat portal tersebut di sini.
Suruhanjaya Pilihanraya juga tak perlulah nak tinggu majlis fatwa bersidang sekali lagi untuk memberikan fatwa terbaru samada boleh atau tidak boleh menggunakan dakwat tersebut. Melainkan jika mereka mahu mendesak majlis fatwa mengeluarkan fatwa baru tidak membenarkannya agar mudah mereka berpusing keputusan untuk membatalkannya pada PRU13 nanti.
Anda boleh membaca keputusan majlis fatwa tentang perkara indelible ink tersebut di sini

No comments:

Post a Comment