Sunday, March 2, 2014

Calon BN PRK Kajang Chew Mei Fun Telah Melakukan Kesalahan Yang Boleh Di Hukum..



Calon BN PRK Kajang Chew Mei Fun telah melakukan kesalahan yang boleh di hukum denda RM2,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali???


Calon BN PRK Kajang, Chew Mei Fun semasa menyertai gotong-royong anjuran MCA di Gereja Methodist Sg Chua, Kajang pada pagi tadi 02/03/2014 telah dirakam sedang membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar keselamatan begitu juga dengan penunggangnya.

Mengikut undang-udang penunggang atau pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan boleh dikenakan saman mengikut Kaedah 4 motosikal (Topi Keledar) 1973 dan boleh di hukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87).

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.... Boleh dikompaun RM300.

Telah menjadi pengetahuan umum betapa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bahagian Trafik, amat memandang cukup serius akan pelaku kesalahan ini sehingga sering melakukan operasi khusus bagi mencekup pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan ini.

Kalau invidu seperti ini dengan tanpa rasa malu dan bersalah selamba batu sanggup melakukan kesalahan yang di pandang seius oleh JPJ dan PDRM .. tidak boleh bayangkan apa lagi dia sanggup lakukan .. itu jika di ikutkan akan hukum akal logik.

Perlukan orang seperti ini diberikan undi??????

No comments:

Post a Comment