Thursday, January 28, 2010

GAMBAR PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT DI KELANTAN

KU LI: KELANTAN BERHAK DAPAT ROYALTI


(Gambar: Puluhan ribu hadir mendengar penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan mendapat royalti minyak)


KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Najib 1 Malaysia tak sanggup tengok gambar ni..

(foto: Bernama)


(foto: Harakahdaily)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg46rJ_gRB0ouFgUiEdBvDo0B0iVTL6l1QQZIhxvqL7KTpMV1PgT3tTGffzkO4wUITXRiuBHc7RMS7ebMUYuF2pi591Ddj_7e7wQjo7D5C5ZTK4ZNtLuP_Kveg55bJAvVOnyeZ-U-MsaXf9/s400/nikaziz.jpg

Foto-foto di atas menggambarkan kemesraan di antara TG Nik Aziz yang beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir dalam majlis perjumpaan dengan ketua-ketua penganut agama di Kota Bharu sebentar tadi. Perjumpaan itu turut dihadiri ketua-ketua Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia, K. Kamalanathan dan Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing.

Perdana Menteri 1Malaysia yang ingin menonjolkan dirinya sebagai jaguh perpaduan kaum di sebalik kebakaran gereja dan surau serta pembuangan kepala babi hutan di masjid tentu tidak berapa senang melihat gambar kemesraan pelbagai kaum sebegini.

Ceramah DS Nizar di Batu Gajah dihadiri berbilang kaum

emel Cetak PDF
Ceramah umum Pakatan Rakyat di Tokong Cina Batu Gajah telah dihadiri oleh ramai rakyat yang terdiri dari lapisan kaum. Walaupun ceramah itu diadakan di tokong, itu bukanlah menjadi masalah untuk rakyat berbangsa lain khususnya orang Islam bagi menghadiri ceramah yang telah di sampaikan oleh Ikon Rakyat Perak iaitu Dato' Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin. Antara penceramah lain ialah MP Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Adun Tronoh yang juga Speaker Perak yang sah YB V. Sivakumar.

Walaupun ceramah itu diadakan tanpa perbincangan namun program itu dapat diadakan dengan jayanya. Ramai rakyat yang hadir. Ceramah ini anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Tronoh dan banyak dibantu oleh PAS Kawasan Batu Gajah.
V Sivakumar menyampaikan ceramah. Beliau telah menceritakan tentang masalah- masalah yang dihadapi di Negeri Perak khususnya di Dun Tronoh.
YB Lee Boon Chye sedang menyampaikan ceramah. Beliau telah menerangkan isu-isu semasa kepada rakyat dengan fakta yang jelas.

Isu tanah Kuala Sepetang dituntut sejak Pakatan Rakyat

Kota Sepetang nama asalnya Port Weld adalah sejarah pertama keretapi di Tanah Melayu yang menghubungi pelabuhan itu dengan bandar Taiping, Perak. Kini perkhidmatan keretapi ini telah lama ditamatkan manakala tanah milik KTMB ini telah diduduki sebilangan 643 keluarga setinggan kebanyakannya berbangsa Cina.

Semasa kerajaan Pakatan Rakyat dipimpin Menteri Besar Negeri Perak, Dato Seri Ir Nizar Jamaludin telah meluluskan pemberian hak milik Kampung Baru, Kampung Tersusun termasuk masalah pemilikan tanah penduduk di penempatan KTMB di Kuala Sepetang.

Usaha ini telah dijadikan isu oleh UMNO hinggakan Nizar dituduh menggadaikan tanah-tanah Negeri Perak untuk kaum Cina. Isu pengkhianatan ditimbulkan bagi menyisihkan Nizar dengan orang Melayu. Kesannya dapat dilihat semasa pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Dun Kuala Sepetang memberikan kepercayaan kepada Nizar dengan peningkatan undi manakala dikawasan pengundi Melayu kemerosotan ketara.

Sedangkan penempatan yang diberi hak milik ini yang diduduki lebih 70 tahun dan memberi masalah kepada tuntutan keluarga pewaris. Dengan cara menukar status tanah bergeran ini, kerajaan Negeri Perak mendapat keuntungan berjuta ringgit setahun dari hasil cukai tanah dan cukai perbandaran.

Hari ini apa yang diusahakan Pakatan Rakyat Negeri Perak di bawah pimpinan Nizar telah dilaksanakan oleh kerajaan BN dengan kelulusan ini. Isu pengkhianat bangsa yang dilaungkan UMNO hilang entah ke mana.

PUTRAJAYA 28 Jan 2010, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan Kabinet telah bersetuju menggugur milik tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di bawah Kementerian dengan nilai RM38 juta kepada Kerajaan Negeri.



Katanya permulaannya Kerajaan merancang menggantikan tanah berkenaan di tempat lain tetapi menghadapi kesukaran mencari nilai yang sama tanah seluas 94.5 ha penempatan kaum Cina ini. Jadi tanah ini ditawarkan dengan harga berpatutan kerana tidak lagi digunakan keretapi semenjak 1941.

“Bagi mengutamakan rakyat dan konsep 1Malaysia tanpa mengira kaum kerajaan menunaikan janjinya kepada penduduk Kuala Sepetang” kata Ong yang juga Presiden MCA kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet di sini.

KERAJAAN HARAM DI PERAK SEMAKIN GELISAH MENUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH 9 FEB 2010


Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, pihak yang bermain dengan perang saraf (mind games) sebenarnya adalah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

"Dia bukan sahaja bermain dengan mind games (perang saraf) bahkan juga perang haram (illegal games)," kata Nizar kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seruan Datuk Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar BN Perak, agar Pakatan Rakyat di Perak menghentikan perang saraf dengan kenyataan mengatakan ‘Don’t Play Mind Games’.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Nizar berkata bahawa yang bermain ‘mind games’ ialah Datuk Zambry. Bukan setakat itu, dia yang juga sedang bermain ‘illegal games’.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat yang sah digulingkan oleh BN pada 5hb Februari 2009 sehinggalah tarikh keputusan Mahkamah pada 9hb Februari 2010 nanti, jawatan Menteri Besar Negeri Perak telah dikosongkan iaitu tiada siapa pun yang memegang jawatan ini.

“Yang bermain ‘mind games’ sebenarnya ialah Datuk Zambry Abdul Kadir dan EXCOnya yang haram itu,” kata Nizar dengan sinisnya.

Chang Lih Kang, ADUN Teja pula berasa hairan dengan kenyataan Zambry dan berpendapat mungkin Zambry dengan tiba-tiba telah berasa gelisah menunggu keputusan mahkamah pada 9 Februari nanti.

Chang berpendapat bahawa jika perkara ini sudah jelas dan berpihak kepada Datuk Zambry, maka keputusan Mahkamah akan sudah diberi pada 5hb November 2009 yang lalu iaitu ketika mahkamah itu bersidang.
Oleh itu, beliau berasa mungkin keputusan akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar. Namun ini adalah jangkaan beliau sahaja.

“Kami tidak bermain apa-apa game pun, mungkin Datuk Zambry berasa bimbang dan resah akan keputusan yang diberi oleh mahkamah nanti, oleh itu beliau membuat kenyataan sedemikian,” ujar Chang lagi.

Menurutnya, Pakatan telah bersiap sedia untuk Pilihanraya di negeri Perak sejak rampasan kuasa oleh BN pada Februari tahun lalu.

Namun demikian, kami berasa tidaklah senang untuk mendapat kemenangan disebabkan oleh tambahan banyak nama dalam senarai Daftar Pengundi yang disemak oleh pihak Pakatan Rakyat pada September 2009. Kami akan menyemak dengan teliti nama-nama yang baru ini," kata Chang lagi.

Menurut Chang, mungkin nama-nama yang baru ini adalah yang mungkin akan menyokong dan mengundi BN.

Jika begitu BN mungkin boleh menang di kawasan dimana Adun Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dengan majoriti yang tipis dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu, katanya.

"Bukan senang untuk Pakatan Rakyat memenangi kembali Negeri Perak. Pertempuran dijangka sengit dan 50% peluang kemenangan sebelum September 2009 telah turun,” sambungnya lagi.

Sementara itu, Lim Kit Siang, anggota Parlimen Ipoh Timur, ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semakin dekat dengan tarikh keputusan, maka semakin hangatlah perang saikologi (psychological warfare) yang dilancarkan oleh pihak BN.

Penyamar ‘Pewagai Khas Nizar’ Ditahan?

KUALA LUMPUR : Seorang individu yang didakwa sebuah stesen televisyen swasta pro Barisan Nasional (BN) yang dilaporkan sebagai 'Pegawai Khas Nizar' yang kononnya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sebagai penyamar. 
"Saudara Amran Harun adalah Pegawai Khas kepada Datuk Seri Nizar dan sampai semalam saya bersama beliau dan maklumat yang diberikan kepada saya ialah dalam salah seorang yang ditangkap oleh SPRM, individu tersebut memiliki kad nama yang memperkenalkan dirinya adalah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen  Bukit Gantang," jelas Khalil Idham Lim kepada Era Pakatan.com.
Menurut beliau, setelah diadakan pemeriksaan kembali kepada nama yang terlibat, ianya adalah seseorang yang tidak dikenali oleh mereka.
"Semacam satu penyamaran dan suatu yang serius yang saya kira akan disusuli oleh Datuk Seri Nizar sendiri untuk membuat penafian secara tegas dalam kes ini.
"Penyamaran adalah sesuatu yang salah dan melanggar hukum negara. Dalam Islam menyamar menjadi adalah salah apalagi dengan tujuan untuk menfitnah orang lain. Kerja menyamar adalah kerja Iblis dan Syaitan dan dia boleh menyamar menjadi siapa sahaja selagi diizinkan oleh Allah. Tetapi hanya satu sahaja yang tidak boleh ditiru oleh Iblis iaitu menyamar menjadi Rasulullah ,suara atau batang tubuh Nabi," tegas beliau.
Beliau berkata, kerana itu beliau mengambil sikap sangat berhati-hati dalam soal penyamaran ini dan beliau menasihatkan kepada semua rakan Adun Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya berjaga-jaga dan berhati-hati dengan usaha sedemikian yang ada kaitan dengan penyamaran di atas.
"Kalau ianya adalah provokasi dan konspirasi pihak tertentu dan satu agenda yang terancang, ianya adalah sesuatu yang malang kerana mereka yang bukan menyamar, malah terang lagi bersuluh melakukan rasuah tidak disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM," jelas beliau lagi.
KUALA LUMPUR : Seorang individu yang didakwa sebuah stesen televisyen swasta pro Barisan Nasional (BN) yang dilaporkan sebagai 'Pegawai Khas Nizar' yang kononnya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sebagai penyamar.
"Saudara Amran Harun adalah Pegawai Khas kepada Datuk Seri Nizar dan sampai semalam saya bersama beliau dan maklumat yang diberikan kepada saya ialah dalam salah seorang yang ditangkap oleh SPRM, individu tersebut memiliki kad nama yang memperkenalkan dirinya adalah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen  Bukit Gantang," jelas Khalil Idham Lim kepada Era Pakatan.com.
Menurut beliau, setelah diadakan pemeriksaan kembali kepada nama yang terlibat, ianya adalah seseorang yang tidak dikenali oleh mereka.
"Semacam satu penyamaran dan suatu yang serius yang saya kira akan disusuli oleh Datuk Seri Nizar sendiri untuk membuat penafian secara tegas dalam kes ini.
"Penyamaran adalah sesuatu yang salah dan melanggar hukum negara. Dalam Islam menyamar menjadi adalah salah apalagi dengan tujuan untuk menfitnah orang lain. Kerja menyamar adalah kerja Iblis dan Syaitan dan dia boleh menyamar menjadi siapa sahaja selagi diizinkan oleh Allah. Tetapi hanya satu sahaja yang tidak boleh ditiru oleh Iblis iaitu menyamar menjadi Rasulullah ,suara atau batang tubuh Nabi," tegas beliau.
Beliau berkata, kerana itu beliau mengambil sikap sangat berhati-hati dalam soal penyamaran ini dan beliau menasihatkan kepada semua rakan Adun Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya berjaga-jaga dan berhati-hati dengan usaha sedemikian yang ada kaitan dengan penyamaran di atas.
"Kalau ianya adalah provokasi dan konspirasi pihak tertentu dan satu agenda yang terancang, ianya adalah sesuatu yang malang kerana mereka yang bukan menyamar, malah terang lagi bersuluh melakukan rasuah tidak disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM," jelas beliau lagi.

Saman RM546 Juta : BN lepas tangan, ayah penyanyi jadi


dari sumber - http://syukran. wordpress. com/
Ngeri sungguh jadi Setiausaha Kerja (SUK) Barisan Nasional, bila Syarikat Pentas Permata Sdn Bhd (PPSB) mengemukakan saman, dengan begitu mudah mereka hantar afidavit yang mengatakan :

"BN bukanlah pihak yang bersalah untuk disaman dan saluran betul ialah menerusi setiausaha kerjanya".

Menurut Bernama, PPSB memfailkan saman itu pada 7 Disember 2007, terhadap BN kerana menamatkan kontrak bertarikh 5 Januari 2006 untuk membekal dan memasang papan iklan pengiklanan di kawasan terbuka bagi mempromosikan BN.

Syarikat itu, yang dilantik sebagai ejen untuk memasang papan iklan tersebut untuk BN, menamakan BN yang diwakili pada ketika itu setiausaha kerjanya Datuk Yaakob Mohammad sebagai defendan.

PPSB dalam pernyataan tuntutan, antara lain mendakwa bahawa menurut kontrak itu, BN berhak menamatkannya pada bila-bila masa dalam masa enam bulan ketika ia ditandatangani tetapi notis penamatan kontrak tersebut dikeluarkan selepas enam bulan.

Syarikat itu mendakwa bahawa ia mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM546,552,800 akibat tindakan itu dan memohon amaun pembayaran balik, kos, faedah dan relif lain yang wajar diputuskan mahkamah.

Bagi saya, tindakan PPSB betul dan BN kena bertanggungjawab secara kolektif, bukannya menjadikan SUK, Datuk Yaakob yang juga ayah kepada penyanyi terkenal Fazley sebagai kambing hitam.

Memanglah dia yang jadi wakil untuk menguruskan perkara itu. Tetapi semua keputusan tidak dibuat oleh beliau sendiri. Pengerusi BN masa itu (Pak Lah) juga patut dipertanggungjawabk an.

Datuk Yaakob juga adalah orang kuat Umno iaitu parti yang pernah disaman sebanyak RM RM218 juta oleh syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisor Sdn. Bhd kerana enggan membayar kos penyediaan barangan kempen Pilihanraya 2004.

Anwar, Zulkifli dan Pas


Zulkifli Nordin menunjukkan laporan polis yang dibuatnya terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai kalimah Allah di Balai Polis Masjid India, Kuala Lumpur, 23 Januari lalu.


''Saya telah menegaskan bahawa dalam isu penyalahgunaan kalimah Allah ini saya tidak akan berkompromi walau setitik. Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan. Moga Allah memberikan keampunan-Nya kepada saya dan memberi petunjuk-Nya. Amin.''
Demikianlah doa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dalam blognya apabila mengulas mengenai gesaan supaya beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kerana terus membuat kenyataan menghina dan memperlekehkan Islam.
Ternyata sekali walaupun berhadapan dengan tekanan daripada parti sendiri, Zulkifli ternyata istiqamah dalam mempertahankan pendiriannya dalam memperjuangkan Islam.
Zulkifli sanggup menanggung apa juga risiko termasuk dipecat daripada PKR ''kerana mempertahankan kalimah suci Allah daripada disiat-siat dan dicemar oleh golongan yang terlalu mempertuhankan politik.''
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu ini tidak sanggup menggadaikan agama semata-mata kerana 'mempertuhankan politik.''
Pendirian itu ternyata berbeza dengan sikap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja demi politik. Ini jelas apabila dalam isu penggunaan kalimah Allah, Anwar mempertahankan bahawa ia berhak digunakan oleh bukan Islam.
Bukan sekali malah berkali-kali Anwar menegaskan pendirian itu dan terbaru dalam ruangan pendapat di The Wall Street Journal.
Di bawah tajuk "Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah." Anwar berkata, hanya segelintir umat Islam di seluruh dunia menyokong dakwaan bahawa mereka berhak memonopoli penggunaan kalimah Allah.
Sehubungan itu, kata Anwar cendekiawan Islam di luar negara melihat isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia sebagai tidak masuk akal dan tidak dapat menduga ia mencetuskan bantahan dan kemarahan.
Apa yang lebih malang demi mencari keuntungan politik, Anwar bukan sahaja sanggup mempertaruhkan kalimah Allah malah mendakwa perbuatan khianat terhadap rumah ibadat yang berlaku baru-baru ini mencerminkan "kesilapan cara Malaysia melayan rakyatnya yang bukan Islam."
Itulah sikap Anwar, beliau tidak mempedulikan sensitiviti orang Melayu dan umat Islam apabila melontarkan semua hujah itu, apa yang paling penting bagi Anwar ialah meraih keuntungan politik.
Anwar sebenarnya bukanlah hero atau pejuang kepada kaum bukan Melayu atau bukan Islam, tetapi beliau adalah seorang politikus yang bijak mengambil kesempatan demi mendapat kuasa.
Dalam keadaan PKR berhadapan dengan pelbagai isu dalaman malahan nasib beliau sendiri masih belum dapat diketahui berikutan tuduhan liwat yang dihadapi, Anwar cuba melakukan 'manuver-manuver' politik, biarpun ia akan menyinggung perasaan umat Islam.
Apa sahaja yang boleh dipolitikkan akan dipolitikkan, ini termasuklah dakwaan bahawa bukan Islam tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan. Anwar memahami situasi sekarang adalah saat terbaik bagi meraih sokongan bukan Melayu.
Semua itu Anwar lakukan kerana sokongan orang Melayu kepada PKR semakin merosot, bukan sedikit tetapi terlalu banyak terutamanya di Perak dan Selangor. Justeru kalau PKR mahu mengekalkan kerusi yang sedia ada maka sokongan bukan Melayu harus diraih sebanyak mungkin.
Tetapi Anwar terlupa dalam isu serangan ke atas gereja-gereja baru-baru ini, ia sudah ditangani dengan baik oleh kerajaan. Mereka yang bertanggungjawab sudah pun ditangkap manakala masyarakat bukan Islam amat menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan.
Tindakan kerajaan dalam menangani isu ini bukanlah bertujuan politik tetapi berasaskan kepada rasa tanggungjawab untuk memastikan semua rakyat tanpa mengira apa juga kaum dan agama dilayan secara adil.
Oleh itu perbuatan Anwar yang menggambarkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa berlaku kesilapan dalam Malaysia melayan bukan Islam adalah satu pembohongan dan fitnah.
Tetapi itulah Anwar, beliau tidak peduli apa pun kesan terhadap kenyataannya. Apa yang paling penting bagi beliau ialah memastikan parti pembangkang mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum akan datang, biarpun melalui cara pembohongan dan memutar belitkan fakta.
Malangnya, pemimpin-pemimpin pembangkang lain termasuklah Pas seolah-olah tidak berani menegur keceluparan Anwar. Mereka sanggup menggesa PKR mengambil tindakan ke atas Zulkifli tetapi tidak memberi sebarang ulasan mengenai 'manuver' politik Anwar terutamanya dalam isu kalimah Allah.
Penulis diberitahu oleh beberapa pemimpin muda Pas bahawa ramai ahli parti itu semakin tidak selesa dengan Anwar, malahan sudah ada suara-suara yang bimbang jika Pas akan menjadi mangsa ditolak oleh orang Melayu dan umat Islam kerana bersekongkol dengan Anwar.
''Ia kerana dalam soal kalimah Allah apa yang dilakukan oleh Anwar sebenarnya sudah melampaui kesepakatan yang dicapai dengan Pas.
''Selain itu, semakin ramai ahli Pas yang mengagumi ketegasan Zulkifli yang dilihat lebih bersikap pejuang Islam berbanding di kalangan sesetengah pemimpin Pas sendiri,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi.
Persoalannya, sampai bilakah Pas akan membiarkan Anwar terus berhujah politik hatta dalam soal berkaitan dengan kepentingan umat Islam sekalipun?
Pas bukannya tidak memahami politik matlamat menghalalkan cara yang dilakukan Anwar tetapi tiada ketegasan yang ditunjukkan oleh Pas bagi menghalangnya.
Tambahan pula di dalam Pas sendiri masih terdapat ramai pengikut setia Anwar termasuklah di kalangan pemimpinnya. Mungkin inilah agaknya yang menyukarkan Pas menyatakan pendiriannya secara tegas.
Tetapi Pas perlu memahami bahana yang menanti jika mereka 'terlalu bertolak ansur' dengan Anwar kerana tidak mustahil satu hari kelak Pas akan didakwa bersikap seperti mana kata Zulkifli dalam blognya, ''Politik menghalalkan segala cara walaupun perlu menggadai anak bini, politik itu tuhan walaupun Allah terpaksa dipijak.''
Relakah Pas dituduh demikian?
Kesimpulannya, rentak politik yang dimainkan oleh Anwar sekarang terutamanya dalam isu kalimah Allah mungkin sedikit sebanyak boleh menguntungkan PKR dan DAP tetapi tidak kepada Pas kerana dalam situasi apa sekali pun orang Melayu tidak akan merelakan Islam dipolitikkan.
Mungkin orang Melayu boleh berbeza fahaman politik dan dalam soal siapa seharusnya berkuasa tetapi apabila menyentuh soal mempertahankan maruah Islam sudah pasti mereka akan senada.
Tidak dapat dinafikan akan ada seorang pemimpin dua pemimpin Melayu yang 'sekelab' dengan Anwar, tetapi majoriti pemimpin Melayu termasuklah sesetengahnya dalam Pas sendiri bersedia beralih arah demi memastikan Islam tidak terus diperlekehkan semata-mata demi untuk meraih kuasa.
Apa pun masih belum terlambat untuk Pas menegur telatah Anwar kecualilah jika mereka berpendapat tanpa Anwar maka berakhirlah perjuangan parti itu dalam pilihan raya. Mahukah Pas dianggap hanya beretorik dalam perjuangan Islam? Hanya pemimpin parti itu hanya mampu menjawabnya.

Siaran Langsung Himpunan 100,000 Royalti Minyak Kelantan..!

Secara Langsung dibawakan untuk anda program Solat Hajat & Ceramah Royalti Petroleum malam ini bermula jam 7:00 malam dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan Bersama YAB Tuan Guru Dato' MB Kelantan dan Ahli Parlimen G.Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah menerusi Kelantan TV di http://www.mykelant an.tv/.

Semua dijemput HADIR atau ikuti secara LIVE pada malam ini.

AMK gesa PM panggil sidang tergempar Parlimen

SHAH ALAM, 28 Jan: Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa rakyat agar tidak mudah terjebak dengan provokasi berikutan beberapa serangan sejak 3 minggu lepas ke atas gereja, surau dan masjid serta mencadangkan sidang Parlimen diadakan segera.

"Kita mahu agar perkara ini disiasat oleh suruhanjaya bebas kalangan pakar antarabangsa kerana perkara ini agak rumit dan sukar dirungkaikan, " kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut

Menurut Azli, AMK Selangor mengulangi kutukan keras terhadap serangan ke atas rumah-rumah ibadah sejak mutakhir ini yang dipercayai cubaan mewujudkan suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan rakyat berbilang agama dan bangsa.

"Kita berharap agar perkara ini tidak berterusan dan suatu tindakan konkrit dan pantas perlu untuk memastikan keharmonian dan semangat kasih sayang antara berbilang bangsa dan agama di negara ini terjamin," katanya.

Sehubungan itu, katanya, AMK Selangor bersama-sama dan menyokong penuh kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh pemimpin muda gerakan belia Asean dari perikatan parti-parti utama Malaysia dan Indonesia yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan keatas masjid di Petaling Jaya semalam.

Dalam apa yang dipanggil ‘Konsensus Manila’, sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia, Golkar, Gerindra dan Partai Bulan Bintang berkata serangan ini adalah keganasan yang dilakukan oleh pihak yang mahu mencetuskan ketegangan agama.

AMK Selangor juga berharap tindakan proaktif Perdana Menteri khususnya untuk segera menyelesaikan perkara ini daripada berlanjutan dan berpanjangan.

"Kita mahu Perdana Menteri memanggil sidang khas Parlimen untuk membahaskan isu tergempar ini kerana perkara ini cukup sensitif dan panas serta amat mendesak kerana melibatkan keselamatan dan keharmonian pelbagai bangsa di Malaysia," cadang beliau.

"Kita mahu hasil daripada sidang khas tergempar ini mampu membawa tindakan yang tepat dan pantas untuk menghentikan terus kejadian yang semakin menjadi-jadi ini," katanya.

Rakyat, katanya, menilai kepimpinan Perdana Menteri sama ada berupaya menyelesaikan isu panas ini atau sekadar membiarkan perkara ini berlanjutan yang menyebabkan imej dan nama negara kini semakin tercemar akibat kejadian serangan ke atas tempat ibadah ini.

PENANG HARMONI MUHIBBAH DAN BERINTEGRITI


PENANG HARMONI MUHIBBAH DAN BERINTEGRITI Anjuran Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.
Ketua Lajnah Penerangan Pas Pulau Pinang, Zulkifly Ishak berkata, program yang berlangsung selama tujuh hari bermula dari 1 hingga 7 Februari itu turut melibatkan agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya,puluhan ribu angota masyarakat dijangka hadir pada program berkenaan sebagai pembuka lembaran baru Pas Pulau Pinang bagi tahun ini.

"Tujuan program ini diadakan selama tujuh hari adalah bagi membuka peluang kepada rakyat mendengar secara jelas berkenaan apa yang berlaku di dalam negara ini.

"Jesteru, saya mengalu-alukan kedatangan seluruh masyarakat ke Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 1 hingga 7 Februari ini bagi mendengar perkembangan isu semasa di samping berhibur bersama otai rock 90an yang akan turut memeriahkan majlis" katanya.

Program berkenaan akan dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1 Februari. Yang akan turut bersama Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad, SpeakerDewan Undangan Negeri (DUN) Perak,V Sivakumar dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Saleh Man.

Menurutnya,Forum Perdana akan mengisi jadual pada hari kedua dengan menampilkan ahli panel, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Zawawi Nik Saleh Ahli Parlimen Baling Taib Azamudin Mohd Taib dan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Marduki.

3 Februari: Pentas akan dihangatkan dengan pidato yang disampaikan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar dan seorang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

4 Februari: Pidato oleh Speaker DUN Kelantan, Nasaruddin Daud, Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), Saifudin Nasution Ismail dan TKM2 Pulau Pinang, P Ramasamy akan diadakan.

5 FEbruari: Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Azmin Ali serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh akan memberikan ceramah pada malam itu.



6 Februari: Malam kemuncak, semua pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan empat penyanyi Rock tahun 90an iaitu bekas vokalis Kumpulan Wing , Mel, Radhi Abdul Hamid dari Mellisa, Mael dari XPDC dan Renggo dari kumpulan Arrow. Mereka akan beraksi dalam program "Malam Kemanusian dan Kesenian Islam" yang dikendalikan oleh tokoh motivasi Ustaz Abdullah Khairi.


7 Februari
: Malam terakhir, Ceramah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden Pas, Salahudin Ayup dan Naib Presiden PKR, Sivarasa akan diadakan.

Selain mendengar pidato dan ceramah dari pemimpin PR, pengunjung juga boleh menambah pengetahuan dengan mengunjungi gerai-gerai pameran di sampin membeli-belah di gerai jualan yang disediakan.

Wednesday, January 27, 2010

BUBAR DUN PERAK..KAMI MUSLIMAT DAH READY

Jom kita hangatkan lagi suasana..kami muslimat Perak dah "get ready".Insyaallah.Kami lawan dulu.Kalah menang Allah tentukan.Kami bersyukur dengan kemenangan.Kami redho dengan kekalahan.

Ditakdirkan kalah.. kami redho.. kerana Allah menangguhkan dahulu kemenangan itu.Namun berserah tetap tidak.Kami berazam akan bekerja keras untuk kemenangan.
Kami tidak mengharabkan upah.Kami tidak mengharabkan cuti melancung jika menang.Kami berjuang dengan izin suami kami untuk mendapat keredhoan Allah.




Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. [3:160]



Perlu Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Kes Kepala Babi



Ahli Parlimen Pantai Dalam Nurul Izzah Anwar menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat siri serangan terhadap rumah ibadat.

Beliau menjelaskan hanya melalui suruhanjaya bebas motif dan dalang keganasan ini dapat disiasat secara telus dan bebas dari prejudis.

“Saya fikir di saat ini kita patut wujudkan satu siasatan diraja. Satu badan khas yang benar-benar boleh menyiasat apakah sebabnya. Adakah kemungkinan ada kerja dalaman. Ini melibatkan perkara politik. Saya fikir tak cukup dengan siasatan, perlu ada badan diraja sebegini untuk meneliti tindakan yang perlu dibuat sepenuhnya”.

Beliau menggesa Kerajaan Persekutuan untuk lebih pro-aktif menyiasat kes ini dan bukan sekadar menjalankan siasatan “biasa” ke atas keganasan ini.

“Marah dan khuatir dengan perkembangan baru. Kita melihat bagaimana serangan melemparkan kehinaan kepada tempat ibadat sebuah masjid. Seolah-olah mahu mencetuskan insiden”.

Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid



dikemaskini 2.50pm Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama hari ini.Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.
Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.
Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.
Wang juga dijumpai bertaburan
Sementara itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk, Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk mengerjakan solat Subuh.

Sharif, seorang peniaga, bersama seorang kawannya ternampak beg plastik itu tetapi tidak menyangka ia berisi kepala babi, lalu mereka terus masuk ke masjid untuk mengerjakan solat.

Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi dua kepala babi hutan.Mereka juga ternampak kepingan wang kertas ditaburkan di situ. Ia termasuk sekeping wang RM1, RM5 dan RM10 - kesemunya bernilai kira-kira RM35.
Mereka kemudian terus masuk semula ke masjid dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid berkenaan, Zulkifli mohamad.

Seorang daripada mereka menelefon pihak polis yang tiba kira-kira 6.40 pagi tadi.
Bungkusan lutsinar
Manakala di Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya - berdekatan dengan lebuh raya Pantai Baharu (NPE) - terdapat dua kepala babi hutan ditemui di perkarangan masjid berdekatan di pintu belakang kira-kira jam 6 pagi tadi oleh anak kariah.

Jarak antara kedua-dua masjid tersebut adalah sejauh 3km.
Saksi kejadian, Mohd Hilmi Bakri, 20, seorang pelajar berkata ketika beliau ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat Subuh, beliau ternampak kira-kira 20 orang sedang berkerumun melihat sebuah bungkusan lutsinar.

Berdekatan dengan bungkusan itu juga terdapat 30 wang kertas RM1. Mereka membiarkannya kerana menyangka bungkusan mengandungi bayi yag dibuang.

Kemudian, seorang pegawai masjid menghubungi pihak polis kira-kira jam 6.30 pagi. Dua anggota polis tiba dan membuka bungkusan tersebut, dan mendapati ia berisi kepala babi hutan.

Selepas itu, dua kereta peronda polis datang dan mengambil kepala babi hutan itu kira kira jam 7.30 pagi tadi.

Sementara itu, timbalan nazir masjid berkenaan, Hasbullah Zainal berkata beliau kesal dengan kejadiaan tersebut yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Beliau juga meminta anggota kariah supaya bertenang dan menyerahkannya kepada pihak keselamatan untuk menyiasat kejadian itu.

Zul Kulim: Lain Kali Jangan Calonkan Mat Motor..!

Zul Kulim... tak habis-habis dok buat kecoh. ni la jenis "manusia lupa diri". "lebih sudu dari kuah". lebih Islam dari Islam, lebih MeLAYU dari MeLAYU dan lebih UMNO dari PKR. senang cerita, lebih baik dok dalam BN dari dok dalam Pakatan Rakyat.

Orang Kulim sendiri cakap, tak rugi kalau dia ni tak jadi MP Kulim. dok dekat atas tu, bukan atas kapasiti sendiri pun. semuanya atas "ehsan" orang keliling. kalau tak jadi gelombang "tsunami" pru-12 hari tu, tak de la Mat Motor ni nak rasa jadik MP.

Eh... kalau jadi tsunami pru-12 pun, kalau bukan sebab orang keliling, jangan harap la dia ni nak jadi calon. masa PAS mintak duit untuk jentera berkempen lebih kurang RM30,000.00 pun tak boleh nak usahakan sendiri.

Nasib jugak Calon ADUN Bandar Baru bersusah payah cari Mat Motor ni dan nasib baik jugak berjaya jumpa dengan Mat Motor ni dekat depan UPU Kampung Sungai Saleh, lepas bincang 4 mata dalam Pajero. orang kuat dia Ustaz Mail PAS pun ada. tapi Ustaz Mail tak campur la masa 2 orang ni dok bincang.

Kalau Calon Bandar Baru ni tak bantu setelkan masalah Mat Motor ni, boleh ke nak bertanding.. ? dan bagi can, dah bagi muka, naik atas kepala, dah lupa ke..?

Masa kempen, jentera mana yang dok bantu kehulu kehilir nak pastikan kemenangan.. ? nak harap dekat kederat Mat Motor..?

Rempiiit je la kau reti... preeeeeeeeeeeeng. .! memekak betul la Mat Motor ni... mintak tolong sesape pasang silencer boleh..? bising sangat la beb..! lain kali jangan ambik Mat Motor jadi Ahli Politik... bising je lebih, hasil tak de..! lagi masalah ade la..!

Buduh..!

Aduka Taruna: Terkini Dari Bukit Aman

Salam 1 Bukit Aman...

Hahaha... aku baru dapat call dari Bukit Aman dan dapat bercakap dengan AT. buat masa ni AT sedang memberi keterangan berkaitan dengan kesnya kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Semuanya berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang baik. makan, minum sedap, nak solat pun tak de masalah sebab kemudahan untuk beribadat juga disediakan.

Aku pun dah hubungi peguam AT di Kuala Lumpur dan minta beliau berhubung dengan AT disana. AT kirim salam pada semua dan mohon maaf atas kesilapan dia. so tak payah risau... sama-sama kita berdoa untuk kebaikan AT.
  • Yang Benar Tetap Benar, Yang Salah Tetap Salah..!"
Menterjemah Keadilan, Menjunjung Undang-Undang. ..

Pakatan Rakyat Zalim..!: 100.000 Dapat Geran Hak Tanah Di Selangor

30 tahun hidup mereka ini tidak menentu, setelah berbagai janji ditaburkan oleh pemimpin terdahulu, kini tanah milik mereka menjadi milik mereka, setelah mendapat pembelaan dari Kerajaan Pakatan Rakyat, Pembahagian ini tidak mengira fahaman dan pegangan politik. Mereka akan diberikan geran hak milik tanah secara berperingkat- peringkat melalui Jadual Perancangan Proses Pemberian Milikan Tanah.

TPU - Zalim...!!! hahaha...!!!

Murujib..! Murujib..! Murujib..!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan melakukan lawatan bersejarah ke Batu Caves pada petang menjelang Thaipusam yang akan disambut oleh rakyat Malaysia beragama Hindu Sabtu ini.

  • Ketika mengesahkan perkara ini, seorang jurucakap pejabat Perdana Menteri berkata Najib dijadual berada di kuil Batu Caves di mana lebih daripada sejuta orang Hindu akan berhimpun untuk perayaan Thaipusam, pada malam Jumaat ini.
Murujib..! Murujib..! Murujib..!

Wakhakhakhakhakha...!!! Woi..! 1Malaysia demo la woi..!

JANGAN JADI MANGSA KEPADA AGEN PROVOKATOR! KUTUKAN

Serangan terbaru yang berupa kepala khinzir di dalam kawasan Masjid At-Tirmizi, Sri Sentosa merupakan satu lagi cubaan terbaru golongan tertentu dalam mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama di Negara kita.

Tindakan yang jijik ini, yang merupakan satu lagi siri provokasi berniat jahat perlu dikecam dan ditolak oleh semua pihak demi perpaduan ummah dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Saya menyambut baik kehadiran hampir keseluruhan pimpinan PDRM pagi tadi yang hadir bersama saya, dan menggesa agar pemantauan dilakukan bukan sahaja di sekitar Masjid At-Tirmizi tetapi juga semua masjid-masjid serta rumah ibadat lain yang berdekatan. Siasatan terperinci wajib dilakukan oleh PDRM, dan menjadi harapan saya agar tumpuan dirubah daripada memantau ahli politik pembangkang kepada provokator-provokat or jahat sebenar yang bertanggungjawab dalam serangan-serangan sebegini.

Saya juga menggesa Kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kesemua serangan jahat terhadap rumah ibadat yang dilakukan untuk menggugat kesejahteraan dan keharmonian awam. Kita berhadapan dengan kemungkinan adanya dalang di sebalik serangan-serangan ini yang memaksa sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat dan meneliti sebarang kemungkinan siapa pelaku serta penyebabnya.

Saya ingin menyeru semua pihak terutamanya rakyat Lembah Pantai agar bertenang dan bersabar dengan apa yang berlaku. Kita harus sentiasa bersatu hati dan saling percaya mempercayai antara sama lain demi memelihara ukhwah antara kaum. Saya akan turut serta dalam majlis kuliah Marghrib malam ini bertempat di Masjid At-Tirmizi untuk bersama dalam usaha memelihara ketenangan sesama kita. Sama-samalah kita berdoa untuk perlindungan dari Yang Maha Esa.

EN Version:

Press Statement for Immediate Release

Resist Retaliation! Condemn the Vile Attacks on Mosques

This latest attack on a place of worship, specifically at At-Tirmizi Mosque, Lembah Pantai, is yet another in the series of attempts to destroy the peace and harmony of our country by certain elements.

This vile act is meant to destroy our harmonious pluralism and our democracy. We must not let them succeed nor must we allow these cowardly actions to frighten us.
My visit coincided with that of the IGP and his leadership. I urge them to investigate this matter thoroughly and focus all their attention on combating such attacks rather than dissidents of the BN led government.

I also call upon the government to set up a Royal Commission of inquiry into such attacks. The carefully choreographed attacks are eerily similar and require an independent entity to ensure no political stone is left unturned in bringing the perpetrators to justice.
No thinking Malaysian would attack a place of worship. No religion condones such violence and we hope that all men and women of goodwill shall condemn these recent sectarian provocations.

Members of the public who have information on these incidents have a moral responsibility to come forward. Our focus is to ensure peace and calm at all time. We remain undaunted in the face of such provocations. This episode will only bring us closer together –let us prove that the Malaysian spirit will triumph in the face of such tribulations. Our country is going through a difficult time, and this is all the more reason for us to draw closer together, rather than stand apart.

I will be joining the At-Tirmizi Mosque congregation tonight. The police have also given me their assurance that the OCPD of Brickfields will also be in attendance. This is the time to work together, not stand poles apart.

Azmin ada maklumat yang ahli Umno terlibat bakar gereja..


PETALING JAYA, 27 Jan: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.

Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.

"Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.
Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.

"Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama.

"Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang dilontar di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini.

Berhubung hal itu, PKR jelasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Islam tegasnya tidak menganjurkan perbuatan khianat seperti itu apatah lagi yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk.

"Pihak polis harus kerah seluruh kekuatan yang ada untuk menjaga ketenteraman awam dan bukan menjaga keselamatan dan ketenteraman pemimpin Umno dan Barisan Nasional sahaja," katanya.harakahdaily

UMNO Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


(sila klik pada gambar agar dapat membaca dengan jelas).

Satu jemputan untuk menghadiri program motivasi kepada pelajar tahun 6 telah diadakan disebuah Kolej Matrikulasi di Pulau Pinang baru-baru ini. Program motivasi tersebut terbahagi kepada 2 sesi. Slot Motivasi pertama diadakan disebelah pagi dan dikhaskan kepada para pelajar manakala disebelah petang pula disebut sebagai Slot Motivasi Ibubapa/pelajar.

Tapi apa yang berlaku disebelah petang ialah..

“CELAKA BETOL..!! PARA IBUBAPA DAH KENA TIPU.. RUPANYA SLOT MOTIVASI KEMPEN UMNO JUARA RAKYAT..!!”

Tuesday, January 26, 2010

Pemuda bersedia untuk pembubaran dun pada bila-bila masa sahaja!



Terkini! Dalam mesyuarat di pejabat PAS Negeri Perak, gambar ini berjaya dibawa keluar!

Berita menyusul kemudian.

Isu Perak: MB Zambry Serta Exconya Bagai Cacing Kepanasan Kerana Gusar Ir.Nizar Bubarkan DUN Jika Beliau Menang Di Mahkamah 9 Februari Ini !!

Keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan dibuat pada 9 Februari ini, Seluruh rakyat Perak hatta Malaysia sendiri kini tertumpu untuk mengetahui perkembangan terkini isu itu. Rakyat sudah bosan menyaksikan apa yang berlaku di depan mata mereka sekarang. Soalnya sekarang, apakah akan berlaku jika benar telahan semua pihak keputusan itu akhirnya berpihak kepada Datuk Seri Ir.Mohd Nizar Jamaluddin (foto)?. Ramai dikalangan pemimpin UMNO BN Perak yang tidak suka ini berlaku. Malah Exco Perak Hamidah Osman sendiri mengatakan bahawa satu penghinaan kepada institusi raja dan kehakiman bagi mereka yang membuat spekulasi bahawa mahkamah akan berpihak kepada Nizar dalam kes ini. Itu bukti jelas bahawa mereka amat takut jika MB Zambry Kadir tumbang pada kali ini. Jika dulu, Mahkamah Rayuan menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah MB yang sah. Kini mereka amat gusar dengan keputusan yang akan dibuat itu sebenarnya. Zambry Kadir dan barisan exconya kini "tidur tak lena mandi tak basah" gara-gara menanti satu keputusan yang bakal menggugat kedudukannya sekarang ini. Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, ternyata kini bahawa Zambry Kadir adalah "MB Haram" yang telah memerintah Negeri Perak tanpa amanat rakyat. Maka, atas undang-undang mana yang beliau gunakan untuk luluskan Bajet Negeri yang mencecah billion ringgit itu agaknya.

Walhal beliau bukanlah MB Perak yang sah lagi sebenarnya. Mahkamah tertinggi negara belum memutuskan perkara ini, sewajarnya Zambry tidak boleh terkinja-kinja mengatakan BN menang di Perak dan beliau MB yang sah. Cara perlantikkan dan kemenangan yang cukup memalukan itu jelas sekali menipu rakyat. Hak rakyat untuk pilihanraya semua dinafikan atas berbagai alasan yang tidak munasabah. Walhal BN takut untuk berhadapan dengan suara rakyat itu sendiri sebenarnya. Mereka tahu, bahawa majoriti rakyat Perak tidak mahu lagi UMNO BN mentadbir negeri itu. Mereka mahu Pakatan Rakyat berkuasa kerana yakin dengan corak kepimpinan dan masa depan mereka. Sungguh memalukan, gara-gara terlalu kemaruk untuk berkuasa maka Zambry Kadir membelakangkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Mengaku beliau adalah MB yang sah, sedangkan keputusan mahkamah tertinggi masih belum dimuktamadkan. Rakyat juga amat terkejut, dalam keadaan MB Perak yang masih "tergantung" itu, pihak polis sanggup bertindak keras terhadap ADUN Pakatan Rakyat ketika Sidang Dewan Undangan Negeri di adakan sebelum ini. Akhirnya berlakulah berbagai peristiwa yang cukup memalukan negara di mata dunia seperti membenarkan pihak polis masuk ke dalam DUN, mengangkat dan mengheret speaker keluar dewan serta bertindak kejam terhadap ADUN Pakatan Rakyat hingga berlakunya Mesyuarat DUN di bawah pokok selepas itu. Semua ini adalah satu rentetan daripada penghinaan buat Kerajaan Negeri Perak itu sendiri. Anehnya suara rakyat terus dinafikan, sehingga ke hari ini. Dan kini, nampaknya keputusan yang sudah pasti cukup menggemparkan akan berlaku. Siapakah MB Perak yang sah akan diketahui 9 Februari ini. Jika Zambry menang, maka beliau akan terus kekal sebagai MB Perak. Namun, bayangkan jika Nizar menang?. Bukankah satu episod yang lebih memalukan akan berlaku di Perak selepas ini. Apapun sama-sama kita nantikan episod terakhir ini.

[Difahamkan Pakatan Rakyat telah mengarahkan jentera pilihanraya mereka bersiap sedia sekarang ini. Ini berikutan terdapat spekulasi Nizar akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekiranya beliau menang dalam kes ini. Jika ini berlaku, sudah pasti ramai pemimpin UMNO BN akan bertambah terluka sebenarnya. Mereka amat takutkan suara rakyat, malahan mereka tahu rakyat akan menghakimi mereka selepas ini. Justeru itulah mereka tidak mahu suara menentukan siapakan MB dan kerajaan yang mentadbir Perak diserahkan kepada rakyat. Apa yang penting, sudah pasti ramai ADUN dan Exco Perak sedia ada sekarang ini bakal berputih mata sekiranya pilihanraya negeri diadakan semula. Kemungkinan besar Zambry dan Hamidah juga akan tumbang di kawasan mereka sendiri. Inilah yang amat ditakutkan sangat oleh puak mereka].

Yang telah berlaku hari ini.. : Foto Aduka | perintah reman | Rais Yatim

Lewat petang tadi blogger Aduka Taruna telah dibawa ke Bukit Aman bagi membantu siasatan, perintah reman selama 4 hari telah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Majistret Kota Bharu pada pagi tadi.

Aduka ketika dibawa keluar dari kamar mahkamah. Lain-lain foto boleh klik di sini.

Penulis blog harus berhati-hati - Ketua Polis Johor.

Permohonan maaf akan dipertimbangkan - Rais Yatim. Kerana kenyataan ini beberapa blog pro-Umno mula membidas dan mempertikaikan mengapa kewajaran ini perlu diberi.

Bila dirujuk kepada kenyataan Rais Yatim yang dilihat 'terbuka' dalam melihat isu ini, sedikit geli hati melihat respon dari blogger pro-Umno yang ada diantaranya telah melontarkan beberapa soalan, yang tidak senada dengan 'hasrat' mereka agar 'tindakan' keras dapat diambil kepada Aduka Taruna. Dipetik dari blog pro-Umno : Pertanyaan saya kepada Menteri Kabinet berkenaan yang bijaksana:
  • Adakah ini kenyataan peribadi beliau atau kenyataan Kabinet. Kalau mengikut laporan Berita Harian, "Kerajaan tidak berhasrat ....". Kalau ini keputusan kerajaan, bila pula masanya kabinet bersidang untuk membincangkan isu ini?
  • Adakah dengan hanya meminta maaf, semua masalah boleh selesai? Sudah lupakah kita isu Namawee yang menghina lagu Negaraku? Selepas meminta maaf beliau dilepaskan, sekarang blogger Aduka Taruna telah menghina Sultan yang telah mangkat. Adakah beliau juga akan turut dimaafkan. Adakah ini akan menjadi "precedent case"? Sesiapa sahaja boleh menghina sesiapa sahaja dan tidak ada tindakan yang akan dikenakan kalau beliau meminta maaf? Undang-undang rimba apakah ini?
  • Bolehkah seorang Menteri mencampuri urusan siasatan yang sedang dan masih dijalankan oleh pihak polis? Kalau begitu kenapa kita perlukan PDRM untuk menyiasat. Tanya sajalah kepada menteri-menteri kabinet sama ada hendak maafkan penjenayah atau tidak. Bukankah begitu?
Ada kalanya saya merasa muak dan jelak dengan kelakuan menteri-menteri kabinet ini. (sumber dipetik dari blog cucu tok selampit). Malah 'meroyan' mereka juga turut menyeret cadangan untuk diwujudkan satu jabatan/kaunter mohon maaf. Sindiran yang ditulis oleh blogger yang dikenali sebagai penghuni gua :

[..] kepada kerajaan, bagi memantapkan KPI dan NKRA maka wajar ditubuhkan segera Kaunter/Jabatan Mohon Maaf bagi kemudahan kepada blogger dan pelayar alam siber .
2. Bagi kemudahan dan keselesaan semua, dicadangkan juga , kaunter / jabatan ini dipecahkan kepada kaunter mohon maaf terhadap kesalahan menghina DYMM, kesalahan Menghina Hak istimewa Orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan kaunter mohon maaf politik. Boleh juga kaunter / jabatan mohon maaf bagi kesalahan jenayah seperti dadah, pecah rumah, curi dan sebagainya. Jika sesiapa ada idea lain boleh le letakkan komen serta cadangan bagi memantapkan penubuhan Kaunter Mohon maaf ini.

3. Dicadangkan kepada pihak kerajaan juga , kaunter / jabatan memohon maaf ini di letakkan di parlimen, satu di pejabat Peguam Negara, satu di setiap ibu Pejabat Polis daerah dan juga di Pejabat Majlis Peguam. Adalah lebih afdal juga mengikut pemikiran hamba yang bodoh ini, agar kaunter mohon maaf ini diletakkan juga di pejabat JAKIM ke atau di Jabatan Agama Islam negeri, atau di SUHAKAM serta SIS pun boleh. Atau ditubuhkan jabatan penuh. Jabatan Mohon Maaf. (seterusnya di sini...)
Cenangau pula bayangkan benda lain. Klik imej dibawah untuk paparan lebih jelas. Bagi wak, amarah blogger pro-Umno 'mesti mariiii...' punya, depa kan pandai main isu ! seterusnya di sini.

Wak sekadar melaporkan. Berita lain akan menyusul..

DSAI : Dihalang Berceramah Di Lembah Pantai


Alhamdulillah acara di Ampang dibanjiri puluhan ribu rakyat tanpa sebarang masalah.
Tetapi program di tanah PKNS, Kampong Kerinchi bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah menghadapi masalah permit polis.
Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno.
Dalam pengalaman saya berdepan dengan pegawai polis sebelum ini dalam isu ceramah, saya belum pernah menyaksikan keangkuhan pegawai saperti Wan Bari dari IPD Brickfields. Selalunya pegawai datang – pernah Ketua atau Timbalan Ketua Polis Negeri menyatakan dengan sopan (dari bawah pentas) bahawa saya harus segera menghentikan ucapan. Dalam kes ini beliau terus naik ke pentas pukul 11.33 malam dan minta saya hentikan ucapan. Saya setuju dan meminta hadirin bertenang.
Saya berhenti berucap tetapi beliau arah saya turun pentas segera. Saya minta beliau sopan, kerana saya sudah berhenti dan tidak wajar beliau pamer kuasa secara angkuh.
Alhamdulillah majlis berakhir dengan tenang. Ayuh Selamatkan Malaysia!
ANWAR IBRAHIM


- dari anwaribrahim. com

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbaya nbaru.blogspot. com/

http://amkbayanbaru .blogspot. com/

http://unit- ehsan-penang. blogspot. com/

http://n37batumaung .blogspot. com/

http://kerissilau. blogspot. com/

http://n12adunpenan ti.blogspot. com/

http://kerani- opis.blogspot. com/

http://zulmamakpng. blogspot. com/

" LAWAN TETAP LAWAN...!!!! , SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!! ! "

Lagi Kena Tipu...


Isk isk isk...

Apa nak jadilah dengan bangsaku nii...??? Dok pakat tipu menipu tak habeh habeh... tak sudah sudah... join bisnes pun kena, join saham lagila kenaa... join insuren pun bleh kenaa... serba serbi masok la apa bala serba mak nenek pun dok kena situ laaa...


Ni yang paling baru... join Koperasi, dah elok dah Koperasi tuu...ntah la apa nama Koperasi tu, pi ranjau pulak sorang kakitangan Awam kat Penang.... Punggahhhh mamak Maidin kataaa.... Ejen Ko-op tu kompom lah sebangsa Melayu kan ka??? Huhuhuhuhu.. .


Lepaih ni sapa nak percaya dahhh...??? Hah...???


--
Ahakksss.... ..

TS Khalid tetap saman Nazree

SUNGAI BULOH, — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa beliau tidak akan menarik balik kes saman fitnah terhadap bekas Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus yang menyertai PKR.
Bagaimanapun Pengerusi PKR Selangor ini mengalu-alukan penyertaan Nazree ke dalam parti itu memandangkan ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang menyokong objektifnya.“Sesiapa yang menyertai PKR mesti memperjuangkan prinsip reformasi yang dijadikan keutamaan parti. Kita juga seharusnya terbuka dan tidak harus mengenakan halangan (menyertai PKR)
Tetapi kita harus ingat bahawa kerana reformasi parti ini lahir,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Nazree, yang menggantikan Ezam Mohd Noor yang menubuhkan Gerak tetapi kini dalam Umno, berkata beliau menyertai PKR kerana keterbukaan dan sifat futuristiknya.
Di bawah kepimpinan Nazree, Gerak antara lain pernah membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan juga penggantinya Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun Khalid menafikan dakwaan Nazree dan telah memfailkan saman terhadapnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ke atas beliau.
Dalam samannya Khalid mendakwa dirinya difitnah ekoran kenyataan akhbar dibuat Nazree pada 21 Jan 2009, bertajuk ‘Amalan Rasuah dan Salah Guna Kuasa Menteri Besar Selangor’ dan ‘Laporan Salah Guna Kuasa Menteri Besar Selangor’ pada 3 Feb 2009 berhubung pengagihan lembu korban dan juga juga penyalahgunaan wang kerajaan untuk membiayai kereta peribadi.
Pada sidang media tengah hari tadi Nazree memberitahu beliau memilih PKR atas alasan merasakan ia platform paling sesuai untuk agenda membanteras rasuah yang sebelum ini digerakkan di bawah Gerak.
Nazree juga menolak tanggapan bahawa beliau menyertai PKR kerana kes saman Menteri Besar Selangor ke atasnya yang difailkan Mac lalu.
“Tidak. Saya akan menghadapi kes itu walaupun saya di PKR tetapi menyerahkan kepada pucuk kepimpinan dalam menentukan perkara itu,” katanya lagi.M/I

Hussein Ahmad Dibebaskan Dengan Jaminan RM1,000


KUALA LUMPUR : Setiausaha Kerja kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Yaakob Sapari, Haji Hussein Ahmad, telah dibebaskan pada jam 3.10 petang ini di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya dengan ikat jamin sebanyak RM1,000.
Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (Selproa) Abdul Razak Ismail, berkata, antara yang hadir menyambut beliau ialah YB Yaakop Sapari, Ketua AMK Kota Raja Azmizam Zaman Huri, dan kaum keluarga beliau serta beberapa pemimpin parti.

Terdahulu, dalam kenyataannya sebelum ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata, kerjaan negeri Selangor menyeru SPRM supaya tidak mengamalkan sikap berat sebelah dalam penyiasatan penjawat awam negeri itu.
"Tuduhan SPRM bahawa pemergian seorang pegawai ke China ditanggung oleh kontraktor tertentu juga tidak benar kerana kerajaan negeri yang sebenarnya membiayai kos kunjungan dua hari Haji Hussein itu yang menelan belanja sebanyak RM3,295," kata beliau.
Abdul Khalid sebelum ini melahirkan rasa hairannya berhubung perkembangan terakhir siasatan SPRM yang menggeledah rumah Hussein tanpa waran geledah yang sah.
"Kami mahu SPRM Selangor tampil memberikan penjelesan mengapa hal ini boleh berlaku," kata beliau, ketika mengingatkan SPRM bahawa tempoh siasatan ke atas penjawat awam hanya dibenarkan antara jam 8:30 pagi sehingga jam 6:30 petang sahaja.
Tambah Abdul Khalid, para pegawai SPRM mesti menghormati peraturan berhubung kaedah penyiasatan yang terkandung dalam pekeliling negeri kerana bantahan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sebelum ini, berhubung kesahihan kandungan pekeliling itu masih dalam kes mahkamah.
"Maka dalam hal ini, para pegawai SPRM sewajarnya menghormati pekeliling kerajaan negeri itu yang melindungi hak seluruh kakitangannya, " katanya ketika mengulas hal serbuan siasatan pegawai SPRM ke atas penjawat awam Selangor, minggu lalu.
Tambahan pula, tambah beliau, penyiasatan SPRM itu melibatkan syarikat yang tidak tersenarai dalam pemberian kontrak aktiviti pelombongan pasir.