Sunday, October 31, 2010

Gambar-gambar kempen calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad..(siri 2)

































PAS bakal kalah di GALAS!

Meskipun kerusi Dun Galas adalah milik Pas sebelum kematian penyandang nya, tetapi PAS tidak bersikap sambil lewa ataupun terlebih yakin bahawa mereka mampu mengekalkan kerusi tersebut tanpa usaha dan kerja keras ketika berkempen.




Memetik kata-kata Penasihat kempen Dun Galas ; 

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengakui Barisan Nasional (BN) masih lagi mendahului dari segi sokongan pengundi. “BN masih lagi mendahului kita. 
“Kita masih lagi anggap kita sebagai underdog dalam pilihan raya kecil ini. 
“Disebabkan calon kita (Dr Zulkefli Mohamad) lebih baik dari calon BN (Abdul Aziz Yusoff) sokongan kita naik 49 peratus,” kata beliau pada sidang media di Markas Pilihan Raya Kecil PAS DUN Galas di sini. 
Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kempen parti itu untuk mengekalkan kerusi DUN Galas pada pilihan raya kecil kali ini bermula dengan keyakinan sebanyak 48 peratus. 


Apakah faktor-faktor yang menyebabkan BN masih leading dari segi sokongan pengundi?

1. Kempen mereka yang lebih berkesan?

2. Tiada perubahan sepanjang pas menguasai Galas?

3. Ataupun isu tanah dan membayar pengundi agar mereka pulang untuk mengundi yang membelit pas?

4. Strategi Pas yang tidak tepat?

5. Gula-gula politik BN?




Samada salah satu ataupun kesemua jawapan di atas tepat ataupun tidak, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Pada saya, pas harus atasi permasalahan tanah yang berlarutan di galas. Kalau pun pas tak boleh selesaikan permasalahan tanah di galas atas sebab-sebab peruntukan/undang-undang yang telah termaktub oleh perlembagaan (terikat dengan kelulusan oleh kerajaan persekutuan) maka, sila tunjukkan bukti, dan kemukakan dokumen yang berkaitan. Rakyat tak nak dengar alasan demi alasan. Yang rakyat nak lihat ialah bukti dan cara apa yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah mereka. Andai perlu desak BN untuk memberikan kerjasama, saya yakin mereka sanggup. Namun, perlu kemukakan dokumen sebagai sokongan, ataupun bukti bagi membenarkan kata-kata mereka. Sama juga dengan permasalahan tanah yang melibatkan orang asli. Saya tahu memang pas sering memberikan bantuan kepada orang asli di kelantan. Mereka sering menghantar bantuan dari bentuk makanan, pakaian dan barang-barang keperluan. Malahan, mereka juga pernah ditawarkan beberapa kali untuk berpindah ke tempat yang lebih selesa dan dilengkapi dengan prasarana yang menyeluruh. Akan tetapi, orang asli di kelantan enggan.


Atas sebab apa mereka enggan? Saya tidak mempunyai jawapan yang tepat. Akan tetapi, saya percaya, selagi mana PAS berkuasa di GALAS dan KELANTAN, orang asli sama sekali tidak akan teraniaya meskipun pada saat ini mereka rasa seperti mereka telah teraniaya dan diperguna-gunakan. Tonton video ini.
Andai pas mahu merampas tanah orang asli dengan cara kasar dan biadap seperti mana yang berlaku di pahang (sapa menteri besar pahang?) sarawak (sapa ketua menteri sarawak?) dan sabah (sapa pula ketua menteri sabah ye?) sudah tentulah mereka berbuat demikian dari dulu lagi. Akan tetapi mereka tidak. Mereka memilih jalan kompromi dan win-win situation. Apa yang menjadi masalah kini ialah tidak semua orang boleh menerima dan bersetuju dengan perjanjian yang telah di tetapkan. 



Sama la seperti kita. Ada yang suka makan buah oren. Ada yang suka makan buah epal. Tiba-tiba satu hari kita yang suka makan oren, di tawarkan buah epal sudah tentulah kita tidak dapat menerima nya secara mendadak. Akan tetapi, buah epal dan oren sama-sama adalah buah yang berkhasiat. Bagi mereka yang tidak memahami isu ini sudah tentu akan memainkan isu ini berulang-ulang kali. Namun, BN pada kali ini dilihat tahu bahawa isu tanah sebenarnya tidak mampu menjerat PAS. Bukti nya? Calon BN, bloggers bn yang 'bijak' dan Pengarah pilihanraya bn pun tidak  memainkan isu ini. Sekadar mengulas acuh tak acuh je. Ini berbeza bagi bloggers umno yang takde otak. Mereka fikir ini isu besar. Bila disebut soal tanah, mereka sepatut sedar, siapa kah yang merampas, mencuri, merompak dan meragut tanah orang melayu kalau bukan UMNO sendiri kan?


Namun isu yang sebenarnya menjadi besar di GALAS ialah isu pas membiayai tambang para pengundi untuk balik mengundi. Saya tidak tahu adakah ini salah satu bentuk rasuah?

1. Membayar tambang pengundi untuk meringankan beban mereka.

2. Membayar tambang pengundi untuk memastikan mereka memangkah pas.

3. Membayar tambang pengundi untuk memastikan mereka pulang mengundi.

4. Membayar tambang pengundi sebagai salah satu cara berkempen untuk menunjukkan pas kelantan prihatin kepada masalah kewangan rakyat.


Yang mana satu betul dan tepat? Tak kisahlah niat mereka apa, janji pengundi dan kebajikan rakyat kelantan di galas terjaga. Soal niat, biarlah Allah swt yang menilainya. Namun saya percaya, memilih pas adalah lebih baik daripada memilih umno. UMNO telah terbukti menyeleweng dan gagal bukan sekali malahan berkali-kali. Ini berbeza dengan PAS. Meskipun pas tidak mampu menjanjikan kekayaan dan bulan bintang buat para pengundi, tetapi sekurang-kurangnya mereka masih ada 'ahti' untuk berkhidmat kepada rakyat. Untuk rekod, ini bukan kali pertama pas memberikan pengundi tambang untuk mereka pulang mengundi.


Buat pengundi GALAS, kalau nak pangkah, sila pangkah pas. kalau tak nak pangkah pas, lebih baik rosakkan kertas undi tersebut. Jangan buang undi untuk pangkah umno. Ingat, setiap satu sokongan kita kepada tangan-tangan yang merosakkan kesucian umat islam di malaysia pasti akan di soal oleh Allah swt kelak di akhirat.


P/S : Ada yang bising mengatakan bahawa PAS memberikan rasuah dalam isu tambang tetapi mereka tak sedar (yang bising2 neh) bahawa pihak mereka mengagihkan wang rm1,000 dan television kepada para pengundi.. WOW!


Ameno : Saya percaya, jentera BN tidak rancak di GALAS berbanding batu sapi adalah disebabkan di galas, majoriti penduduk ialah melayu yang beragama islam. Tindakan najib melaksanakan hub hiburan malam = disko international dan isu IFF masih memberikan kesan buat masyarakat muslim. Ini berbeza di batu sapi. Namun di batu sapi mereka dimainkan dengan isu menara merdeka. Kata-kata TPM ketika berkempen utk batu sapi dan galas baru2 ini menerusi tv "ingatlah, kalau mereka pangkah pr, pr tidak mampu membuat apa2 perubahan sebab kuasa di tangan kita, kita berkuasa di peringkat negeri (sarawak) dan berkuasa di peringkat pusat (malaysia) oleh itu kita berkuasa membuat dan menjalankan satu2 perancangan" . Jelas, segala pelan dan strategi untuk membangunkan keperluan rakyat di tempat masing2 di nafikan oleh BN selagi mana BN menguasai pusat. Jika dahulu mereka (BN) tidak mengakui secara berdepan, kini mereka bukan sahaja mengakui malahan kata2 mereka seperti satu ugutan / tikaman yang menusuk ke dalam sanubari rakyat. Lupakah mereka, perkara pertama sebagai pemimpin ialah mendahulukan kepentingan rakyat? Andai projek tersebut memberikan kesan positive buat rakyat, saya tidak nampak sebab2 yang kukuh kenapa BN perlu sekat/halang peruntukan projek tersebut di peringkat pusat. 

Kenapa harus begini : Apakah berdosa jika bertudung dan mempertahankan hukum Allah swt?

Saya telah ditandakan oleh salah seorang sahabat baik saya di facebook berhubung satu kisah yang berlaku baru-baru ini di turki. Cukup menyedihkan dan cukup mengecewakan kita selaku umat islam bila membaca nya. Kenapa harus dipersoalkan pendirian mereka yang bertudung? Apakah menutup aurat itu suatu dosa dan kecaman buat mereka yang berfahaman sekular? Saya tidak faham kenapa..



Sila baca petikan ini terlebih dahulu.Rupanya wanita di atas ini telah lama didikriminasikan di negara kelahiran sendiri, iaitu TURKI gara-gara dia memilih untuk bertudung dan menutup aurat. Jika di negara lain mereka sanggup menghadapi caci maki dan hinaan dari pemerintahan, pimpinan  pembangkang dan rakyat yang berfikiran sekular semata-mata mahu menegakkan hukum Allah swt, atas sebab apa pula Datin Seri Rosmah tak boleh? Kita sebagai rakyat muslim malaysia, akan berbangga dan memuji serta menyokong usaha baik dari Datin Seri Rosmah Mansur sebenarnya. Saya jadi keliru..


Baca petikan ini


ANKARA 30 Okt. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP




Untuk rekod, wanita di atas bukanlah sebarang wanita. Bukan wanita biasa. Wanita tersebut ialah isteri kepada presiden turki. Dan kini turki sedang menuju ke arah satu perubahan yang baru dan baik selepas parti islam memenangi piliharaya turki baru-baru ini. Saya mendapat tahu bahawa pihak kerajaan turki (parti islam turki) sedang ber-ura-ura mahu meminda perlembagaan yang membenarkan amalan bertudung di negara mereka ketika bersekolah dan berkerja.


Ameno : Bila agaknya malaysia akan diperintah oleh pemimpin-pemimpin islam sejati? Saya berharap boleh menyaksikan perkara tersebut sebelum ajal datang menjemput.

Tak cerdik juga rupanya 'kuda tunggangan' Umno (SPR) ni...



Fuh, kalau dekat pembangkang, laju je SPR ni keluar statement, keluar kenyataan bantah, pertikai, kritik, kecam pembangkang...

Kalau berlaku dekat kerajaan Umno/BN, punya la diam menikus..dasar hipokrit perkakas Umno ini...

Najib yang terang2 hulur rasuah 'I help You, You Help Me' masa PRK Sibu hari tu, langsung tak ditegurnya..khairy suatu masa dahulu di kelantan, menaja berpuluh2 buah bas utk pelajar luar Kelantan balik ke kelantan untuk mengundi, langsung tak jadi isu bagi SPR..apa beza taja dengan tiket free bas dgn wang kertas wahai SPR??
Suruhanjaya Penipu Rakyat?

Korang tengok gambar atas tu, punyalah nk menghalalkan keputusan buat hari pengundian pada hari bekerja, dibuat perbandingan dgn PRK Manik Urai hari tu, kononnya walaupun dibuat pada hari bekerja, peratusan keluar mengundi tetap ramai, so tak jadi isu katanya...

"Sebagai contoh, pada pilihan raya kecil Manik Urai yang dijalankan pada hari bekerja, lebih 83 peratus pengundi keluar mengundi tetapi pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, yang diadakan pada hari tidak bekerja, peratusan keluar mengundi hanya 70 peratus," -SPR
SPR sedar atau tidak, masa PRK Manik Urai, Kelantan telah ishtihar cuti persitiwa utk seluruh negeri Kelantan?..gara-gara tindakan berat sebelah SPR, negeri kelantan terpaksa ishtiharkan cuti khas utk rakyat Manik Urai keluar mengundi?


"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'Cuti Peristiwa'. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," - MB Kelantan
So pada SPR, jangan marah jika anda di cop sebagai perkakas, barua bagi kerajaan Umno/BN (baca di SINI)..wallahua'lam...



Artikel berkaitan:
- PRK N.45 Galas: SAH! SPR adalah barua dan boneka Umno/BN!!

PAS: Kami bukan mungkir janji, tapi memang ‘ditendang’ BN keluar

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman menegaskan, parti itu “ditendang” keluar dari Barisan Nasional (BN) penghujung 1970-an selepas tidak mendapat kata sepakat dalam beberapa perkara termasuk tidak bersetuju dengan perintah darurat dikeluarkan ketika itu.
Justeru Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu mempertahankan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan Pengerusi Majlis Veteran Umno Kelantan Datuk Rozali Isohak sebagai “buta sejarah.”
“Memang PAS ditendang, jadi betul apa yang Datuk Nik Aziz katakan. Dulu PAS memang bekerjasama dengan Umno semasa bergabung dalam BN.
“Tapi ada beberapa perkara yang kita tidak setuju semasa berada dalam BN terutamanya ketika BN mengumumkan darurat di Kelantan ketika itu.
“PAS tidak setuju, kita menentang rancangan itu, sebab itu kita ditendang keluar dari BN. “Saya rasa orang yang bercakap PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno ketika itu tidak tahu sejarah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Rozali menyangkal kenyataan Nik Aziz bahawa PAS telah “ditendang” keluar dari BN sekitar 1970-an dan bukannya PAS yang tidak mahu berkerjasama dengan Umno ketika itu.
Beliau berkata sebenarnya PAS mungkir dengan janjinya untuk tidak menubuhkan cawangan mereka di kawasan yang dikuasai oleh Umno semasa bergabung dalam BN.
“PAS juga berbalah sesama sendiri, sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan Mageran iaitu Majlis Keselamatan Negara di Kelantan dan dengan keadaan itu menyebabkan pemimpin Umno merasai PAS tidak perlu bersama BN lagi,” katanya.
Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang dari satu aspek menyebut bahawa parti itu telah ditendang dari BN pada tahun 70-an selepas dipelawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukannya PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno.
Nik Aziz dalam ulasannya seperti yang tersiar dalam laman portal Harakah Daily yang diberi tajuk “Fatwa `Ikut Suka PAS’’: Umno Keliru dan Terus Keliru” yang antara lain menyebut bahawa PAS dengan ikhlas menyambut ajakan masuk bergabung ke dalam BN oleh Tun Razak pada 1973 yang kemudiannya menjadi perangkap bagi PAS.
PAS, katanya, bergabung dengan Umno membentuk BN demi perpaduan, namun hasilnya PAS khususnya di Kelantan berpecah kepada empat iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS menurut Menteri Besar Kelantan itu hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut dan seterusnya membawa kepada peristiwa PAS ditendang daripada BN dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978.
Tambah Halim, PAS tidak mungkir janji kepada BN ketika itu dan menegaskan, parti Islam itu tetap akan keluar kerana sudah tidak mempunyai kesefahaman lagi.
“Kalau tidak ditendang pun kita memang akan keluar dari BN kerana sudah tidak tahan lagi berada dalam BN.
“Kita sudah perit dengan BN,” kata beliau mengulas isu ini yang muncul semula ketika berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi DUN Galas sekarang.
Kempen pilihan raya bermula Selasa lalu dan pengundian dijadualkan 4 November ini. Isu ini timbul ketika ada pandangan supaya PAS dan Umno mengadakan semula perpaduan politik.
Bagaimanapun Nik Aziz menegaskan kemungkinan itu tidak boleh menjadi kenyataan berdasarkan pengalaman tahun 1970-an.

Lebih 200 ribu rakyat Malaysia sertai facebook bantah projek menara 100 tingkat!..



Setakat artikel ini ditulis (5.45 pm), sudah 212,239 penyokong page ini direkodkan..satu jumlah yang amat tinggi yg berjaya direkodkan tidak sampai dua minggu!..apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan penyokong page 'kami sokong menara 100 tingkat' yang masih berusaha mencari pengaruh di kalngan rakyat Malaysia...

Bagi pembaca yg mempunyai akaun Facebook yg belum atau ingin bersama-sama 200 ribu rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa menyatakan bantahan terhadap idea ini, sila klik pada link disebelah, "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower"..

Padangan penulis..

Terus terang penulis katakan, penulis membantah projek ini bukan atas desakan atas mana-mana pihak, atau semata-mata idea ini datangnya dari Barisan nasional..




Tapi penulis bantah atas dasar perasaan dan naluri penulis yg kuat menyatakan, 'masih ramai rakyat yang sangat-sangat memerlukan, masih ramai rakyat Malaysia termasuk bangsa Melayu merempat dinegeri sendiri, keadaan ekonomi yang tidak menentu, masalah hutang negara yang kian bertambah, fenomena kenaikan barang dan pelbagai lagi...

Apa salahnya wang sebanyak berbilion2 ini diagihkahn2 sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia, Sabah dan Serawak, perbaiki kemudahan pengangkutan dan perhubungan, infrastruktur, sekolah-sekolah, hospital2, kemudahan pelajaran percuma untuk pelajar luar bandar dan pelbagai lagi..

Rasional projek..

Bantahan ini bukan bermakna kerajaan tidak boleh sama sekali membina projek mega berimpak tinggi seperti ini, tetapi apakah memadai Najib yang belum sampai satu penggal memerintah, yg belum 'matang' untuk menguasai dan memahami hal keadaan ekonomi negara (berbanding ketika era 22 tahun pemerintahan Tun Dr mahathir dahulu), tiba-tiba bercita2 besar mahu membina 'legasi' tersendiri, berangan2 besar ingin menempa nama dlm keadaan rakyatnya yg masih tidak menentu..korang fikir2kan..

Sebelum mengakhiri artikel ini, ada baiknya kalian membaca berita terbaru yang dipetik dari akhbar Kosmo! versi online di bawah..semoga menjadi pengajaran...fikir2kan...


Hasil dari 54 Tahun Merdeka....

Masih ada rakyat Malaysia sendiri hidup bertedup dari panas matahari dan berlindung dari hujan dengan menetap di bawah jambatan....


(HAZMAIN memangku Siti Norafida sambil diperhatikan oleh Siti Faezah di bawah jambatan yang menjadi rumah mereka di Lebuh Raya Besraya, Kuala Lumpur semalam.)

Hidup bawah jambatan

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun.

Bersama mereka ialah dua lelaki hidup yang turut merempat, Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dari Sepang dan Tan Chee Wah, 44, dari Serdang, Selangor.



Ketua keluarga itu, Hazmain Abdul Jalil, 28, membawa isterinya, Siti Faezah Abu Bakar, 27, dan anak perempuan mereka, Siti Norafida ke bawah jambatan itu sejak empat bulan lalu selepas dihalau dari sebuah rumah kosong yang sebelum itu menjadi tempat mereka berlindung.

Kawasan yang menjadi 'rumah' mereka itu tidak berdinding hanya dilapik dengan kayu sementara untuk mendapatkan bekalan air, mereka terpaksa mencuri air dari paip berdekatan.

Belanjawan hanya sibuk nak buat bangunan 100 tingkat, belanja RM 5 billion nak tunnuk kepada dunia supaya ramai pelancong... sedangkan pada hakikatnya masih ada rakyat yang hidup bawah jambatan...

RM2.3 bilion wang judi dalam akaun Kerajaan Pusat?

Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini.

Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

"Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya.

"Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun," katanya.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi.

Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka.

"Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.

"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram," katanya.

Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan.

"Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan.

"Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, " ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

Adik Teoh Beng Hock ditahan polis di Galas

Seorang adik kepada mendiang Teoh Beng Hock bersama tiga yang lain ditahan polis di bandar Gua Musang hari ini.

Lee Lan dan anggota "Malaysians for Beng Hock" itu dibawa sekumpulan anggota polis diketuai Supt Maszely Minhad ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang pada kira-kira jam 2.20 petang ini.

Maszely memberitahu wartawan bahawa polis menerima aduan bahawa kumpulan berkenaan telah menjalankan aktiviti kempen.

Kumpulan itu, yang tiba semalam bagi "mencari keadilan" untuk mendiang Teoh, ditahan di tepi jalan ketika sedang berjalan menuju ke kereta sambil membawa risalah tentang kes kematian dalam tahanan, kata penyelarasnya Chong Kok Siong.

"Lapan daripada kami diminta menyerahkan kad pengenalan kepada kumpulan 10 anggota polis, empat daripada kami membawa risalah sambil berjalan menuju ke kereta di Kampung Baru," katanya.

"Polis berpakaian biasa menyekat kami; dia kata, isu (kematian dalam) tahanan akan menjejaskan keselamatan, tidak boleh disuarakan secara terbuka.

"Tetapi, saya beritahu, angka (kematian) ini daripada Hisham (Menteri Dalam Negeri Hishammmuddin Hussein) di Parlimen, malah akhbar melaporkannya.

"Saya cabar dia, 'kalau kami betul, tangkaplah kami'," kata aktivis sosial itu.

4 hari menjelang undi, calon PKR semakin diterima


























SANDAKAN, 31 Okt: Menjelang empat hari terakhir kempen di Batu Sapi, calon Pakatan Rakyat menunjukkan perkembangan yang semakin baik apabila hampir kesemua pimpinan utamanya turun ke sini.
(Dewan sebuah hotel di Sandakan penuh sesak)

Selesai sahaja sessi perbicaraannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun mengetuai kempen di sini bersama degan pemimpin kanan PAS dan DAP.

Petang tadi, lebih 1500 hadir dalam sessi Pidato Perdana Pakatan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel dengan Calon PKR
memberikan penerangan manefesto dan hala tuju serta hasrat kenapa beliau sanggup menjadi calon dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau mendapat tepukan gemuruh setiap patah ucapan, mood rakyat makin memperlihat bahawa Ansari adalah calon terbaik buat batu sapi.

Menteri Besar Selangor, Tan sri Khalid Ibrahim yang turut berucap percaya Selangor contoh terbaik buat pengundi Batu Sapi untuk membuat perubahan pada 4 November nanti.

Jentera Selangor, katanya, akan memastikan Batu Sapi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini. Ketika pemimpin PKR lain sibuk berkempen untuk jawatan tertinggi Khalid berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pakatan itu.

Lim kit siang yang turut berucap berkata, inilah masanya rakyat Batu Sapi berubah kerana kaum Cina sendiri sudah menolak BN dan SAPP.

"Bumiputra Sabah perlu bangkit menolak kerajaan yg zalim untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya.
(Anwar berucap dalam pidato umum)

Bagi Kit Siang, adalah amat memalukan kerana  kerajaan BN yang kononnya kaya-raya tak
mampu untuk membina jambatan yang lebih baik sehingga calon PKR dan petugas pilihan raya dan media jatuh apabila jambatan ke ke Pulau Api runtuh.

"Kalau begini, cita-cita untuk membina bangunan 100 tingkat hanya untuk menjadi lambang kemewahan Rosmah Mansor saja," kata beliau.

Datuk Mahfuz Omar dalam ucapan memaklumkan walaupun dia dari Pokok Sena iaitu satu kawsan yang agak terkebelakang di Kedah namun rakyat disana tidak ada yang duduk atas pokok.

"Tetapi di Batu Sapi..rakyatnya lebih 50 peratus masih duduk dalam rumah papan yang usang,
rumah batu hanya kepada pengampu BN," kata anggota Pasrlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, rakyat Batu Sapi perlu memberikan sokongan kukuh kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka dibela sebagai rakyat yang bermaruah. Masa perubahan telah tiba kini, kata beliau.

Datuk Seri Anwar ketika berucap menyeru seluruh penyokong dan petugas menjadi agen dan perayu dalam memastikan Batu Sapi menghantar Ansari Abdullah untuk mengangkat sumpah di Parlimen minggu depan.

Rakyat Batu Sapi perlu jelaskan hasrat mereka bahawa Pakatan Rakyat adalah wakil mereka di Parlimen.

"Kini UMNO amat terdesak kerana rakyat Batu Sapi bangkit menentang kepimpinan mereka. Mereka tak mahu digula-gulakan lagi setelah lebih 40 tahun mereka berada dalam
Malaysia," katanya.

Akhirnya Anwar mahukan suara Batu Sapi bergema dalam Dewan Rakyat melalui wakilnya iaitu Ansari Abullah.

Cili Kasi Taruk: Milo-Susu-Teh 1Malaysia, khas untuk pengundi GALAS!!

Kalau di BATU SAPI, boss suruh letak bendera BN pada jentera 'mee segera', di GALAS pula boss suruh letak logo 1Malaysia...BARU PENGUNDI NAMPAK!!!...;)







Artikel berkaitan:
- Umno 'tunjuk taring': Salahguna harta kerajaan di BATU SAPI, rasuah politik di GALAS..
- PANAS Batu Sapi: Ini rasuah atau 'hadiah'?..(video inside)
- Projek 'mee segera' Batu Sapi: "Boss cakap kene letak bendera BN, baru pengundi nampak.."

Keputusan pemilihan PKR hari ketiga

Sebanyak 27 cabang PKR di lima buah negeri pada hari ke-3 mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti termasuk memilih pemimpin di peringkat sayap - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR.

Cabang-cabang tersebut adalah enam di Pulau Pinang, Perak (8) Pahang (7), Melaka (4) dan dua cabang di Negeri Sembilan.

Keputusan untuk hari ini - setakat 10.54 malam - Naib Presiden Azmin Ali mendepani dua lagi pencabarnya dengan memperolehi 1,208 undi.

Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim mendapat 979 undi, manakala ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub meraih 332 undi.

Bagaimanapun, keputusan untuk empat lagi cabang - Bera, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Parit - belum diperoleh setakat ini.

Berikut keputusan yang diperolehi untuk jawatan timbalan presiden di peringkat cabang-cabang:

Batu Kawan: Azmin (59), Zaid (94), Mustaffa (9)

Ipoh Timor: Azmin (50), Zaid (14), Mustaffa (2)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Tampin: Azmin (6), Zaid (115), Mustaffa (2)

Masjid Tanah: Azmin (16), Zaid (38), Mustaffa (8)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Rembau: Azmin (7), Zaid (49), Mustaffa (4)

Tangga Batu: Azmin (80), Zaid (85), Mustaffa (22)

Permatang Pauh: Azmin (211), Zaid (58), Mustaffa (11)

Bukit Mertajam: Azmin (100), Zaid (15), Mustaffa (6)

Bagan: Azmin (19), Zaid (6), Mustaffa (4)

Alor Gajah: Azmin (95), Zaid (104), Mustaffa (12)

Temerloh: Azmin (24), Zaid (25), Mustaffa (0)

Maran: Azmin (4), Zaid (24), Mustaffa (1)

Kuala Krau: Azmin (104), Zaid (19), Mustaffa (7)

Bentong: Azmin (99), Zaid (30), Mustaffa (1)

Paya Besar: Azmin (11), Zaid (32), Mustaffa (3)

Rompin: Azmin (19), Zaid (55), Mustaffa (2)

Kepala Batas: Azmin (39), Zaid (55), Mustaffa (2)

Tasek Gelugor: Azmin (8), Zaid (40), Mustaffa (41)

Ipoh Barat: Azmin (9), Zaid (13), Mustaffa (45)

Kampar: Azmin (21), Zaid (16), Mustaffa (22)

Tambun: Azmin (33), Zaid (10), Mustaffa (112)

Gambar berbicara: Mari kenali lebih dekat calon PAS, Dr Zul..



Percayalah, fitnah dan cerita aib penyokong Umno terhadap calon PAS akan 'memakan diri' mereka sendiri, insyaAllah...

Semoga Allah memberi kemenangan kepada calon PAS...wallahua'lam..

p/s: Klik gambar untuk paparan lebih jelas...