Friday, January 15, 2010

Demo di Putrajaya: 2 pelajar, wartawan ditahan

Dua pelajar dan seorang wartawan ditahan sewaktu demonstrasi membantah penggunaan sistem e-undi dalam pilihan raya kampus di depan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya petang ini.

Mereka ditahan kerana tidak mengendahkan arahan polis supaya bersurai. Kira-kira 50 pelajar menyertai demonstrasi itu selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Tiga pelajar terbabit ialah Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Shahruddin Mohd Rosli yang merupakan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM).

Mohd Shahruddin bagaimanapun dibebaskan sejurus selapas itu.

Sementara wartawan akhbar rasmi PAS - Harakah - Zainulfaqar Yaacob turut ditahan kerana disyaki sebagai 'pelajar yang menyamar sebagai wartawan'.

Seramai 30 anggota polis hadir mengawal sekitar tersebut.

Perhimpunan pelajar hari ini, antaranya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Memorandum itu mengandungi empat tunututan, iaitu:

Mengembalikan demokrasi di kampus.

Menjamin satu pilihan raya kampus yang adil dan bersih

Mengembalikan autonomi universiti dan kebebasan akademik.

Memansuhkan sistem e-undi dalam pilihan raya kampus.

- malaysiakini


--
Posted By Asrol to Web Panas - Hangat Di Malaysia at 1/15/2010 06:44:00 PM

No comments:

Post a Comment