Saturday, January 22, 2011

Dua buah helikopter TUDM mendarat cemas di Tenang?

Satu ketika dulu, iaitu pada 15 Ogos 2009, Muhyiddin Yasin pernah menggunakan pesawat NURI milik TUDM itu untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kudat dan kemudian menggunakan heli yang sama untuk pergi merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang di Sabah.
Beliau menggunakan kemudahan kerajaan untuk urusan parti atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk pergi mempengerusikan mesyuarat UMNO.
Jika beliau pergi atas kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri yang akan mempengerusikan mesyuarat kerajaan Negeri, itu lainlah. Memang ada peruntukan untuk beliau menggunakan kemudahan helikopter atas urusan negara.
Perkara ini mungkin tidak terdedah kepada pengetahuan umum sekiranya helikopter berkenaan tidak melakukan pendaratan cemas akibat cuaca buruk seperti yang dilaporkan dalam media arus perdana.
Sehubungan itu, Lim Kit Siang telah menimbulkan perkara itu dalam Parlimen dan minta SPRM melakukan satu siasatan. Seperti biasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bertindak untuk 'meredakan keadaan' dengan mengarahkan satu siasatan oleh SPRM atas dakwaan penyalahgunaan Helikopter Nuri milik TUDM itu untuk tujuan tidak rasmi.
Dan hasil siasatan, pun macam biasalah, membersihkan sebarang salahlaku dengan memberikan jawapan Muhyiddin layak menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Garis panduan hanya meliputi tugas sebagai TPM bukan sebagai Timbalan Presiden Umno! Namun akhirnya, kes berkenaan disenyapkan begitu saja.
Pada hari ini, dilaporkan terdapat dua buah helikopter eksekutif milik TUDM berada di Tenang, Johor dan hari ini adalah merupakan Hari Penamaan Calon PRK DUN Tenang. Memandangkan penamaan calon melibatkan parti-parti politik, kita tidak nampak keperluannya dua buah helikopter milik TUDM untuk 'hadir' di Tenang. Semua yang datang ke Tenang adalah atas urusan parti semata-mata.
Yang mempunyai urusan rasmi pada ketika itu hanyalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bapak menteri ataupun Datuk menteri yang hadir ke Tenang adalah atas kapasiti ahli parti politik semata-mata. Nampaknya ada yang tidak kena sekali lagi. BN-umno apco tidak dapat membezakan tugas rasmi penjawat awam dan tugas rasmi parti politik.
Semoga ada pihak yang akan membawa isu penyalahgunaan harta kerajaan ini dalam usaha mereka berkempen untuk calon parti yang bertanding dalam PRK DUN Tenang ini. Janganlah nanti Nazri Aziz memaklumkan bahawa kedua-dua helikopter milik TUDM ini terpaksa melakukan pendaratan kecemasan secara serentak  kerana kehabisan bekalan bahan api hingga menggoncang ketenangan Hari Penamaan Calon di DUN Tenang. Menteri 'pak lawak' umno-apco ni memang terkenal dengan jawapan 'melepaskan bewak daripada dalam guni'.
Gambar-gambar helikopter berikut dikirimkan oleh seorang pengguna FaceBook ke FaceBook M@RHAEN menunjukkan dua buah helikopter berkenaan sedang berada di padang Sekolah Menengah Kamarul Arifin dalam DUN Tenang pada jam 2.09 petang tadi.

No comments:

Post a Comment