Tuesday, August 23, 2011

PAS anjur konvensyen Negara Berkebajikan


PAS akan menganjurkan konvensyen membincangkan isu Negara Berkebajikan yang dilontarkan presidennnya dalam muktamar agung lalu kepada kira-kira 1,000 pemimpinnya di pelbagai peringkat pada bulan depan.

NONEKetua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, acara pada 10 September itu akan disertai Datuk Nik Aziz Nik Mat yang akan memberikan ucapan penutup dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan ucaptama.

"Para peserta akan berpeluang berdialog dengan pimpinan tertinggi parti dalam memahami konsep Negara Berkebajikan yang menjadi tema utama PAS dalam ucapan dasar presiden baru-baru ini.

"Ia sekali gus bagi menangkis tohmahan Umno BN yang kononnya PAS lari dari hala tuju perjuangan apabila memperkenalkan Negara Berkebajikan," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, majlis di Taman Melewar itu akan merumuskan sebuah rangka kerja bagi melaksanakan ucapan Abdul Hadi.

Huraian lanjut dalam dokumen Negara Berkebajikan akan dibentangkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob, jelas Tuan Ibrahim.

Menurutnya lagi, Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Noor Manuty, Naib Pengerusi DAP Tan Seng Giaw dan Presiden TERAS Azmi Abdul Hamid turut diundang membahaskan ucaptamanya.

"Dokumen tersebut merupakan penjelasan berupa tawaran-tawaran PAS kepada rakyat, dan ia tidak lari dari Buku Jingga bahkan melengkapkan lagi tawaran-tawaran PR apabila diberi mandat memerintah negara," kata Tuan Ibrahim.

1 comment:

  1. ,

    Heran jugak ye... PAS yang kononnya ada nama Islam pada partinya .... sering melaung-laungkan merekalah pejuang Islam.... malah bertakbir untuk menunjukkan mereka adalah lebih Islam dari orang lain.... TETAPI... tak ambil kisah langsung pasal Isu Kalimah Allah yang permohonan pihak Gereja membuat rayuan di mahkmah telah ditolak, semalam.... Malah, Harakah langsung tak siarkan walau sepatah ayat pun berita mengenainya..... KENAPA..???
    ALLAH itu tak penting bagi PAS ke?metallica Mesir tu lebih penting ke PAS atau hamPAS ?NAUZUBILLAH! Macamana Allah SWT nak tolong PAS ......NAMA ALLAH pun PAS taksanggup PERTAHANKAN? Malah setuju lagi diganti ye ke?takot benor dengan DAP dan PKR yeee?tapi tak takot ALLAH SWT?ish ish ish PAS PAS...

    ReplyDelete