Friday, November 25, 2011

Menteri India Ditampar Di Depan Wartawan

NEW DELHI – Marah dengan kenaikan harga barang makanan dan rasuah yang tidak pernah berakhir, seorang lelaki di sini telah menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar.
Dia berbuat demikian kerana ingin menarik perhatian Pawar.
Kejadian memalukan itu berlaku ketika Pawar sedang bercakap dengan wartawan pada satu majlis politik apabila beliau secara tiba-tiba diserang lelaki terbabit.
“Tidakkah anda tahu kenapa saya menamparnya. Lelaki ini bermasalah. Adakah saya salah,” jerit lelaki tersebut selepas menampar Pawar.
Dia kemudiannya dibawa pergi dari kawasan berkenaan oleh pengawal peribadi Pawar.
Pawar tidak mengalami kecederaan dan lelaki itu ditahan polis.
Kejadian tersebut disiarkan CNN dan IBN.
Insiden seumpama ini sering berlaku di India melibatkan menteri dan pegawai kerajaan yang menjadi mangsa kemarahan rakyat.
Selain membaling kasut, pejabat mereka turut diserang.
Perkara seumpama ini sering berlaku terhadap keputusan politik, rasuah atau ketidak adilan.

No comments:

Post a Comment