Friday, August 23, 2013

Detektif Conan: Pedakwa tak failkan rayuan ke atas pembebasan Razak Baginda, Sirul dan Azhar sebaliknya!!

Hari ini Mahkamah Rayuan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar. Kini tidak ada sesiapa yang meletupkan Altantuya pada 2006, mungkin Altantuya meletup sendiri kerana kepanasan berada di Malaysia.
Pembebasan mereka berdua mengundang lebih banyak persoalan dan isu ini tentunya tak boleh nak disenyapkan begitu sahaja.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, juga rakan baik PM dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Pihak pendakwa tidak pernah pun memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak. Namun begitu hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh bertopeng yang `disembunyikan’ daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes Altantuya.
Pihak pendakwa boleh pilih-pilih pula, lagi timbul persoalan…

No comments:

Post a Comment