Sunday, September 29, 2013

PAS terima realiti pelbagai aliran pemikiran


PAS yang menjadi harapan rakyat pada masa depan mesti bersedia menjadi sebuah parti besar sekali gus terpaksa menerima kepelbagaian aliran pemikiran ahli-ahlinya terutama di zaman pengaruh dan penggunaan media baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan, zaman PAS dilabelkan sebagai parti Pak Lebai sudah berlalu dan kini parti Islam ini sudah menerima kemasukan artis, bekas polis dan tentera, pegawai kanan kerajaan dan ahli akademik yang sudah pasti membawa pemikiran masing-masing.

“Kita kena terima realiti kepelbagaian pemikiran ahli baru yang masuk PAS dan tanggungjawab kitalah mentarbiyah dan memahamkan ahli dengan dasar-dasar parti kerana PAS tidak mungkin boleh tegak dan berkembang sehingga memerintah dengan hanya satu aliran pemikiran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan kali ke-27 di Darul Hikmah, Kerdau semalam.

Mesyuarat dirasmikan oleh AJK PAS Pusat yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS negeri akan mengadakan Konvensyen PAS Pahang pada 26 Oktober ini di Kuantan.

No comments:

Post a Comment