Saturday, May 31, 2014

Presiden PAS dirawat di Turki, Anwar hubungi Erdogan

Seluruh saf kepimpinan dan keluarga PKR mendoakan agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang menerima rawatan di Istanbul akan cepat sembuh dan pulih.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata PKR menerima berita itu malam tadi bahawa Abdul Hadi sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi akibat masalah kesihatan serius yang beliau alami.

Katanya, sejurus menerima berita itu, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Menurutnya, Pejabat Perdana Menteri Turki telah memberi jaminan untuk memberi bantuan sebanyak mungkin kepada Abdul Hadi. 

No comments:

Post a Comment