Monday, October 27, 2014

Dr Rosli: CGT dikenakan golongan ‘berharta’, GST semua lapisan kena

Golongan berpendapatan rendah, sederhana rendah dan masyarakat di kampung yang lazimnya tidak memiliki aset bernilai tinggi tidak dikenakan Cukai Keuntungan Modal (CGT) apabila memindah milik atau mewarisi harta daripada si mati.
Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop berkata, sebaliknya CGT hanya mensasarkan golongan menengah yang lazimnya memiliki harta yang mencecah nilai jutaan ringgit.
“Selalunya dalam sistem percukaian ada ditentukan nilai dan di atas nilai tertentu sahaja barulah cukai dikenakan, ini termasuklah dalam hal CGT.
“Hanya pemindahan di atas had yang ditetapkan itu sahaja dikenakan, di bawah tak dikenakan,” kata Dr Rosli di sidang media selepas forum Bicara Harakah yang membincangkan tajuk ‘Bajet 2015 – Di Mana Pincangnya’ di Galeri My Harakah Bazaar, di Jalan Pahang di sini, semalam.
Ini berbeza dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mengenakan cukai kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan berpendapatan rendah, pelajar dan penganggur.
Sebelum itu dalam forum anjuran lidah rasmi PAS, Harakah, dua panelis iaitu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengupas Belanjawan 2015 yang dibentang baru-baru ini.
Forum yang dikendalikan moderator, Dr Rosli itu juga mengupas isu GST yang akan dilaksanakan pada April tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment