Monday, May 16, 2011

Hakim/Pendakwaraya Bersekongkol, Kata Prof. Dr. Aziz Bari

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.


"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.

"Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau.

Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata hakim gagal menyaring keterangan saksi dengan cermat. Pertubuhan Peguam Untuk Kebebasan pula menyifatkan perbicaraan Anwar sebagai "memalukan."

Aziz berkata keputusan Zabidin sekali lagi menunjukkkan badan kehakiman negara ini masih belum belum adil dan bebas terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.

"Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu,"katanya.

Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.

"Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipecat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau.

Gara-gara ganggu isteri orang, awang hitam dibelasah 30 lelaki

 KUALA LUMPUR: Bukan saja biadab, empat Awang Hitam yang mengganggu isteri orang turut mengugut mahu membelasah suami mangsa yang datang bertanyakan suspek mengenai tindakan warga asing berkenaan yang bertindak luar batasan.

Kejadian bermula kira-kira jam 7 malam semalam apabila suri rumah membawa anak-anaknya bermain di taman permainan di Jalan 3/7, Taman Wangsa Permai, Kepong diganggu empat warga asing terbabit yang cuba menggoda mangsa selain mengeluarkan kata-kata lucah.

Wanita terbabit yang ketakutan pulang bersama anak-anaknya sebelum menceritakan kejadian kepada suaminya.

Harian Metro difahamkan, suami mangsa yang tidak tahan dengan tindakan empat suspek itu pergi ke taman permainan berkenaan untuk berbincang dengan suspek yang cuba mengganggu isterinya.

Difahamkan, sebaik tiba di taman permainan itu, kumpulan warga asing terbabit mengugut mangsa mahu membelasahnya menyebabkan penduduk di kawasan terbabit yang sudah muak dengan kekecohan Awang Hitam yang mendiami kawasan berkenaan keluar beramai-ramai.

Apabila melihat kehadiran penduduk setempat yang ramai, kumpulan warga asing terbabit semakin kurang ajar dengan mencabar penduduk bertumbuk dengan mereka.

Difahamkan, penduduk yang marah menghalau kumpulan berkenaan beredar dari kawasan itu, bagaimanapun semua suspek enggan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.


Akibat pergelutan itu, kira-kira 30 penduduk yang berang dengan tindakan biadap warga asing berkenaan membelasah suspek hingga lembik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis yang mendapat maklumat menghantar unit kereta peronda ke lokasi kejadian.


Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, polis menemui empat warga Afrika di situ dalam keadaan lemah selepas bergaduh dengan penduduk setempat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kanun sama kerana melakukan khianat.

“Kami juga meletakkan anggota polis di kawasan itu bagi mengelak kejadian itu berulang,” katanya. 

Ibrahim bersedia perang salib terhadap Kristian...Wow!!

[MK] Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara
ini.

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan
darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi,
Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaultan
orang Melayu Islam”.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri Kristian. Ia dilaporkan Sabtu lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia

“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti
Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka
digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.

Tetapi Ibrahim silap kerana Kristian Bumiputera merupakan kumpulan terbesar dalam masyarakat Malaysia, manakala Mexico mempunyai penganut Kristian yang paling ramai.


P/s: Beranikah orang Islam berjihad? Kalau dilihat anak-anak muda Melayu Islam kini  duk lena dengan  tuntutan hawa nafsu semata-mata...Kalau nak berjihad pun, berjihadlah melawan hawa nafsu dahulu, betulkan diri dengan Allah...

Kes Anwar : Najib, Rosmah, Musa Hassan, dan Mumtaz Akan Dipanggil (Kemaskini)

Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 16 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan liwat fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.
Ketua Pembangkang itu berkata beliau sudah menjangka Hakim Zabidin Mohamad Diah akan mengarahkannya untuk membela diri atas tuduhan itu namun terkejut kerana Zabidin memberi penghakiman seolah-olah beliau sudah pun didapati bersalah,
Dalam memberi keputusan itu pagi tadi, Zabidin menerima sepenuhnya semua bukti pendakwaraya, termasuk keterangan Saiful dan pakar-pakar perubatan dan pegawai polis yang sering bercanggah dan mengelirukan.
Contohnya Saiful mendakwa beliau “dipaksa’ melakukan liwat itu namun mengakui selepas kejadian itu, beliau minum kopi dan makan karipap sebelum pulang ke rumah.
Beliau juga mendakwa tidak membuang air besar selama 48 jam namun doktor yang memeriksanya mendapati dubur Saiful kosong.
Hakim Zabidin bagaimanapun mendapati Saiful seorang saksi yang bercakap benar dan berwibawa.
Zabidin juga bersetuju bahawa sampel-sampel DNA rosak kerana disimpan terlalu lama tetapi menegaskan kerosakkan itu tidak menjejaskan hasil keputusan.
"Saya tidak terkejut dengan keputusan kerana saya tahu sistem kehakiman kita tetapi keputusan itu mengejutkan seolah-olah yang dibuat (hakim) itu hukuman terus. Semua keterangan yang dibawa oleh pendakwa seolah-olah sah.
"Oleh yang demikian kita harus siap membela diri untuk mempertahankan kebenaran kita dan mendedahkan kotor dan jijiknya sistem yang cuba menggunakan mahkamah sebagai alat mainan politik," ujarnya.
"Maka keputusan kita akan memanggil Datuk Najib, Rosmah, Khairul Anas, Mumtaz. Selain daripada keterangan-keterangan perlu untuk dedahkan bagaimana seluruh sistem polis dan pendakwa diperalatkan," tambah Anwar.
Khairul Anas adalah pegawai khas kepada Najib. Mumtaz adalah rakan karib kepada isteri Perdana Menteri. Kedua-dua mereka dilaporkan terbabit dalam mengatur pertemuan antara pengadu Saiful Bukhari Azlan dengan Najib dan Rosmah.
Dalam pada itu Anwar memberitahu media terdapat laporan mengatakan bahawa pihak polis melakukan intimidasi kepada saksi yang bakal dipanggil pada sesi pembelaan Jun nanti.
Hakim Zabidin menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 sebagai tarikh pihak peguambela mengemukakan hujah pembelaan dan memanggil tiga puluh orang saksi yang disenarai pendekkan bagi memberi keterangan.
Ini termasuk pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr Osman Hamid iaitu individu pertama memeriksa Saiful selain tuan rumah unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Hassanuddin Abdul Hamid yang berada bersama Anwar sepanjang hari kejadian.
Ratusan penyokong Anwar hadir di mahkamah hari ini untuk memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu. Mereka melaungkan "Reformasi" dan "Bangkit Rakyat" dalam suasana yang mirip kepada kebangkitan gerakan rakyat menolak penindasan apabila Anwar dipecat dari Umno dan kerajaan pada tahun 1998.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Penyokong-penyokong Anwar tiba seawal jam 4.30 pagi dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.
Mereka juga bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan akhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.
Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.
Beberapa anggota pemuda PKR membantah tindakan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.
Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.
Mereka juga membawa sepanduk yang tertera "Hapuskan Politik Fitnah", " Rakyat Bangkit Lawan Fitnah" dan mesej-mesej lain yang menuntut keadilan untuk ditegakkan.

VIRUS `KATAK GILA'



NAMPAKNYA katak ini sudah menjadi `katak gila'. Virus `katak gila' amat merbahaya dari virus JE yang banyak membunuh manusia di Kg Nipah, Port Dickson suatu masa dahulu. Kali ini virus `katak gila' dibawa dari Pasir Mas, Kelantan.

Sebenarnya sudah lama kita terbau akan busuknya katak ini terutamanya apabila dia mula berbunyi. Rupa-rupanya bau yang busuk itu sebagai tanda bahawa katak ini semakin tenat dan terbukti benar katak tersebut kini menjadi `katak gila'.

Setakat dia seekor yang gila tidak mengapa juga, tetapi masalahnya dia kaitkan orang lain dengan gilanya. `Katak gila' ini berkata, “Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.

Kununnya katak ini akan `mati katak' terlebih dahulu bergelimpang di depan katak-katak yang lain sekiranya orang Kristian di negara ini ingin berperang dengan orang Islam. Bila masa orang Kristian mahu berperang? Mana `katak gila' ini dapat maklumat sedemikian? Nampak sangat `katak gila' ini ingin mencari publisiti kununnya ingin menjadi hero di kalangan katak-katak sepertinya. Jika benar sekali pun orang Kristian mahu berperang dengan orang Islam, kita selaku orang Islam tidak akan membenarkan `si katak gila' ini turut bersama. 'Katak gila' ini tidak boleh dipercayai langsung dan akan menyusahkan kita nanti.

Hakikatnya rakyat di negara ini waras tidak gila seperti `katak gila'. Sebenarnya `katak gila' ini pasti akan bergelimpang juga nanti tetapi bukan di tangan orang-orang Kristian. `Katak gila' ini akan bergelimpang di kampung halamannya di Pasir Mas di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Saturday, May 7, 2011

Kekasih pakai buang....Hiburan 24 jam


KUALA LUMPUR: Sebilangan gadis yang gemar berhibur dari satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain selama 24 jam pada hujung minggu sanggup menyerahkan maruah mereka semata-mata untuk mendapatkan keseronokan dengan meneguk minuman keras dan mengambil pil khayal atau lebih popular dengan gelaran pil lendir oleh pengunjung kelab malam.

Dengan menggoyang kepala tanpa henti diiringi muzik bingit, mereka ternyata tidak mempedulikan ajaran agama yang melarang perbuatan maksiat.

Wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki tiga kaki kelab malam yang mengakui pernah berhibur lebih 24 jam dengan bantuan pil lendir. Ikuti pengakuan mereka:

ZARINA, 27: “HIBURAN 24 jam bukan asing bagi saya kerana sudah melaluinya sejak tujuh tahun lalu. Dadah jenis pil juga sudah sebati. Saya sememangnya menggemari hiburan namun kerana tidak mahu mengeluarkan belanja sendiri, saya hanya menanti pelawaan daripada rakan lelaki.

Pengambilan dadah adalah perkara biasa. Biasanya, saya menerima pelawaan daripada rakan meskipun kenalan yang hanya dikenali dari kelab malam yang dikunjungi.

Saya juga sering diberi pil dan syabu sebelum minum minuman keras. Semua itu bertujuan memberi tenaga supaya kami boleh berparti daripada malam hingga ke malam esoknya tanpa penat.

Malah, tidak kurang juga yang mengajak saya melakukan hubungan seks, lebih-lebih lagi ketika masing-masing dalam keadaan ‘high’. Dalam keadaan di bawah pengaruh dadah dan arak, semua itu menjadi perkara biasa.

Bagaimanapun, hubungan seks yang dilakukan bersama pasangan menjadi perkara terakhir dilakukan. Bagi saya, berparti dan menari adalah agenda utama sebelum mengadakan hubungan seks.

Biasanya, saya akan mengunjungi sebuah kelab malam di sekitar ibu kota. Selepas ditutup pada jam 3 pagi, saya menuju pusat hiburan di sekitar Sunway yang beroperasi sehingga 8 pagi.

Tidak cukup dengan itu, saya dan pasangan serta rakan lain akan menyambung keseronokan itu di bilik hotel. Ia seolah-olah pesta buat kami sebelum masing-masing kepenatan.”

NABILA, 29: “KESERONOKAN tidak hanya setakat di ibu kota, malah saya turut mencari hiburan di luar negara. Di sana, saya bukan setakat berhibur di pusat hiburan tetapi turut bebas berpesta di tepi pantai hingga keesokan hari.

Pesta yang dianjurkan di luar negara lebih meriah, malah keseronokan yang dicapai lebih memuaskan daripada pusat hiburan di sini.

Di luar negara, kami dapat berhibur di kelab malam dan berpesta di pantai tanpa perlu rasa takut. Dalam masa sama, keadaan di sana seakan-akan membuat kami bebas melakukan apa saja, termasuk mengambil dadah ketika menari.

Jika di sini, saya hanya mengunjungi beberapa pusat hiburan yang dibuka hingga lewat pagi. Sukar untuk mencari premis yang dibuka 24 jam. Walaupun ada, saya tidak berani mengambil risiko.

Ada masanya, saya juga berpindah dari satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain. Ini kerana saya ingin menyambung keseronokan itu apabila premis lain ditutup awal.

Saya pernah tidur dua hari berturut-turut akibat kepenatan selepas menghabiskan tenaga di pusat hiburan lebih 24 jam. Tubuh berasa sakit tetapi tetap melakukannya lagi apabila ada peluang kerana ketagih dengan keseronokan berhibur.

Bagaimanapun, ia cerita dulu. Kini saya tidak lagi terbabit dengan gejala sosial dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya,” katanya yang berasal dari Selayang, Kuala Lumpur.”

KHAIRI, 26: “SAYA mula menjejak kaki ke pusat hiburan sejak berumur 20 tahun ketika mula berjauhan dengan keluarga di Johor Bahru kerana menyambung pelajaran di ibu kota. Saya kini menjadi jemu dengan berhibur di satu tempat saja.

Sebab itu saya mula mencari pusat hiburan yang dibuka hingga keesokan hari. Untuk mendapatkan tenaga, saya berjinak-jinak dengan dadah jenis pil seperti Ecstacy dan Eramin 5.

Setiap kali ada kelapangan, saya akan berhibur di satu pusat hiburan sebelum bertukar ke tempat lain hingga mencecah lima tempat dalam tempoh 24 jam.

Selain berhibur, saya mencari keseronokan seks dengan mana-mana wanita yang ditemui di pusat hiburan. Saya akui, dadah dan air kencing syaitan adalah umpan terbaik untuk mendapatkan nikmat seks.

Sebahagian besar wanita tidak mahu mengeluarkan wang saku sendiri untuk membeli arak atau pil khayal terbabit, sebaliknya menanti pelawaan lelaki.

Saya sering menggunakan umpan itu, malah tidak kurang juga segelintir wanita yang datang mengenalkan diri kepada saya apabila melihat pelbagai minuman keras terhidang di atas meja,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang meminta pil khayal untuk meningkatkan lagi keseronokan. Namun, selepas berada dalam keadaan ‘high’, mereka menawarkan tubuh sebagai ganjaran.

Dadah terbabit tidak sukar diperoleh kerana ramai menjualnya di dalam pusat hiburan. Bagi kaki kelab malam, mereka mengenali siapa penjual di kelab itu. Jadi, tidak sukar untuk memperolehnya walaupun kadangkala ia dijual dengan harga mahal.

Kerana itu saya gemar ‘melompat’ dari satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain walaupun ia mengambil masa seharian kerana selain berhibur, dapat juga memuaskan nafsu.”


Trend remaja buru keseronokan membimbangkan

KUALA LUMPUR: Ghairah menikmati keseronokan di pusat hiburan melebihi 24 jam dan sanggup menggadai maruah diri untuk mendapatkan pil khayal adalah sesuatu yang sungguh menggerunkan.

Gejala tidak sihat ini menjadi petanda betapa remaja hari ini kian lemas dengan aktiviti yang tidak bermoral.

Perunding motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali, berkata mungkin setakat ini ia hanya terjadi di bandar besar, tetapi tidak mustahil boleh berjangkit ke kawasan pinggiran jika tidak dibendung segera.

“Ada remaja pernah memaklumkan kepada saya, mereka terbabit dalam kegiatan tidak bermoral di pusat hiburan dan mahu mengubah tabiat buruk terbabit.

“Kerana itu saya katakan pola mencari keseronokan di pusat hiburan kini di tahap membimbangkan kerana ada yang tidak setakat minum minuman keras, malah mengambil bahan terlarang lain,” katanya.

Menurut beliau, ada pula yang sanggup menggadai tubuh untuk berseronok dan ia sebenarnya bukan saja mendatangkan keburukan ketika itu, malah untuk masa depan individu berkaitan.

Katanya, remaja atau pengunjung yang sanggup berhibur melebihi 24 jam di pusat hiburan sepatutnya bermuhasabah diri memikirkan apa sebenarnya yang mereka cari dalam hidup.

“Kita boleh tuding jari pada pemilik pusat hiburan kerana menyediakan pelbagai hiburan melampau, tetapi dalam masa sama kita juga perlu salahkan diri sendiri jika terbuai dengan keseronokan sementara di sana.

“Setiap individu perlu memikirkan masa depan dan tidak mensia-siakannya dengan merosakkan diri sendiri. Jika sudah berhibur 24 jam, bagaimana dengan komitmen kerja, pelajaran dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa atau keluarga supaya jangan mudah melepaskan anak masing-masing hingga ada yang tidak pulang ke rumah dengan alasan mereka sudah dewasa atau tahu apa yang dilakukan.

Ini kerana ibu bapa serta keluarga punya peranan penting dalam membentuk, mengawal atau membuat keputusan apa yang baik untuk anak.

“Jangan beri kebebasan penuh pada anak remaja. Jika tidak dikawal, mereka mungkin menyalahgunakannya. Sentiasa kawal atau awasi yang mereka lakukan.

“Selain itu, remaja perlu ada jati diri yang kuat. Dalami agama dan dekatkan diri dengan perkara kebaikan kerana jika kita hanyut, sukar untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Pihak berkuasa juga digesa menggandakan usaha membanteras kegiatan pusat hiburan haram kerana jika dibiarkan, tidak mustahil lebih ramai lagi remaja yang bakal binasa.

Sementara itu, Pensyarah Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata dalam teori psikologi, prinsip keseronokan dalam tubuh manusia menyebabkan seseorang itu mahukan perasaan terbabit pada bila-bila masa.

“Tidak mustahil bagi mana-mana individu untuk melakukannya hingga melampaui tempoh 24 jam kerana prinsip keseronokan terbabit menguasai dirinya.

“Kerana itu mereka sanggup melakukan apa saja hatta menggadai maruah diri sendiri. Mungkin ada yang sedar perkara itu salah tetapi tetap tidak kisah asalkan keseronokan yang dihajati tercapai,” katanya.

Gigitan asmara punca serangan sakit jantung

AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya.

Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya.

Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.

Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. - DM

Kekasih sementara...Teman melancong dan melacur

HATYAI - Seorang lelaki warga Malaysia dikesan aktif menyediakan pakej hiburan istimewa kepada warga negara berkenaan yang berkunjung ke kota hiburan di sini, termasuk membekal gadis sebagai 'kekasih sementara' kepada pelanggannya untuk dijadikan teman melancong.

Lelaki berusia lingkungan 30-an yang dikenali dengan jolokan 'Siam King' di kalangan pelanggan tetapnya, dikatakan berasal dari kawasan selatan Semenanjung Malaysia dan mula menjalankan urusan berkenaan secara sampingan sejak mula berpindah ke wilayah utara, dua tahun lalu.

Berdasarkan maklumat, sebelum berpindah ke utara semenanjung, lelaki terbabit turut menjalankan urusan sama dengan menguruskan penyediaan gadis dari Batam, Indonesia sebagai kekasih sementara kepada pelancong Malaysia yang berkunjung ke sana.

Sumber polis Thailand, ketika ditemui berkata lelaki itu bertugas dengan sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di utara semenanjung dan pakej berkenaan diuruskannya sekadar untuk memenuhi permintaan rakan serta kenalannya yang ingin melancong ke Thailand, sambil berseronok.

Siam King, katanya, aktif keluar masuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand dengan menjadikan pintu masuk Padang Besar-Pekan Siam serta Bukit Kayu Hitam-Danok, sebagai laluan utama sejak dua hingga tiga tahun lalu.

"Berdasarkan rekod, lelaki itu masuk ke Thailand sekurang-kurangnya sekali sebulan. Malah, kadang-kala hampir setiap minggu dia mengunjungi pekan hiburan di sini, sama ada di Danok atau Hatyai, dengan motif utama untuk berhibur, sambil mencari stok gadis yang sesuai dibekalkan teman melancong.

"Kita percaya lelaki ini mempunyai ramai gadis Thailand sebagai kenalan, termasuk pemilik rumah urut di sini, untuk memudahkan urusannya itu. Semua gadis yang dibekalkan sanggup memenuhi tuntutan pakej disediakan termasuk khidmat seks, apatah lagi bayaran diterima cukup memuaskan.

"Malah, gadis teman melancong yang terdiri daripada gadis rumah urut dan gadis salun, itu juga sanggup untuk dibawa pelanggan sehingga ke Phuket atau Krabi bagi tempoh yang lama sehingga seminggu, bagi memenuhi tuntutan lawatan pelanggannya ke Thailand," katanya kepada Edisi Utara.

Mengulas lanjut pakej disediakan Siam King, sumber berkenaan berkata lelaki itu beroperasi secara bersendirian dan segala maklumat mengenai stok gadis miliknya disimpan di dalam telefon bimbit serta komputer riba miliknya.

Kebiasaannya, kata sumber itu, pelanggan Siam King bukan saja daripada kalangan anak muda serta lelaki bujang yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, malah ada di antaranya dikatakan sudah beristeri dan sering mengunjungi Thailand untuk berhibur.

"Siam King memberikan pilihan fleksibel kepada pelanggannya berpandukan kepada minat serta lokasi pelancongan yang dipilih. Malah, caj untuk perkhidmatan yang disediakan juga bergantung kepada bentuk permintaan pelanggan," katanya.

Sumber itu menambah, berdasarkan pakej disediakan, pelanggan hanya perlu menyatakan tarikh serta tempoh kunjungan ke Thailand dan lokasi penginapan diperlukan. Siam King kemudian akan menguruskan segala-galanya termasuk penginapan, malah gadis sebagai teman turut disediakan.

Beliau berkata, kebiasaannya Siam King akan menunjukkan gambar beberapa gadis yang boleh dijadikan teman untuk dipilih pelanggan, sebelum harga yang sesuai dirundingkan berpandukan kepada pakej yang diminta.

Paderi gelar hartawan sebagai 'syaitan'

HONG KONG - Seorang paderi Katolik Hong Kong, Thomas Law menggelar individu terkaya di negara ini, Li Ka-shing sebagai 'syaitan', beberapa minggu selepas hartawan itu mengumumkan hasratnya untuk menderma berjuta-juta dolar kepada golongan miskin.

Law mengeluarkan kenyataan itu selepas majlis Halloween hujung minggu lalu yang menyatakan bahawa syarikat pemaju di Hong Kong sebenarnya adalah 'syaitan' dan bukan 'hantu', lapor media tempatan.

Law mengeluarkan kenyataan itu selepas terdapat beberapa tuduhan yang menyatakan bahawa syarikat pemaju menipu saiz pangsapuri di bandar yang padat dengan penduduk ini, yang kini berjumlah tujuh juta orang.

"Jika Li Ka-shing datang ke majlis kita hari ini, sudah pasti ia akan menakutkan kita semua.

"Beliau (Ka-shing) adalah syaitan sebenar yang membunuh ramai orang," katanya.

Akhbar South China Morning Post hari ini melaporkan, Law berharap lebih ramai 'malaikat' akan berada di Hong Kong.

"Tuhan mendengar doa dan rintihan orang miskin. Namun, di kota kita ini, hanya orang kaya ada suara tetapi tidak orang biasa.

Ekoran kritikan pedas berkenaan, media tempatan menjangkakan Li akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan 'syaitan' itu.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat milik Li, Cheung Kong Holdings berkata, anak guamnya tidak akan berbuat demikian.

"Kami menyokong kebebasan bersuara. Tetapi ia perlu dilakukan dengan penuh bertanggungjawab tanpa menjejaskan integriti seseorang," kata Ketua Strategi Korporat syarikat milik Ka-shing, Gerald Ma dalam sepucuk surat yang dihantar kepada pejabat Katolik hari ini. - AFP

Jadi terkenal selepas marah perogol

LINCOLN, Amerika Syarikat - Seorang abang mangsa rogol di Alabama, Antoine Dodson tidak menyangka apabila barisan ayat yang diucapkan ketika ditemu ramah oleh stesen televisyen menjadi sensasi dan popular di laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Baris-baris ayat yang diucapkan Dodson, 24, itu diubah menjadi lagu berjudul Bed Intruder oleh sebuah band muzik, The Gregory Brothers dari New York, yang mengisahkan amaran lelaki itu kepada penjenayah yang merogol adiknya.

Lagu itu telah dimuat turun 30 juta kali menyebabkan kumpulan muzik tersebut membahagikan separuh daripada hasil jualan menerusi talian kepada Dodson yang dirujuk sebagai penulis bersama untuk lagu berkenaan.

Populariti klip video lagu itu menyebabkan Dodson menerima tawaran pengiklanan daripada gergasi komputer ternama Apple selain firma-firma pengiklanan lain di samping dia sendiri popular di Facebook dan Twitter.

Namun, suspek yang merogol adiknya masih lagi bebas. - Agensi

Bed Intruder Song...KLIK SINI

Ratu Bohsia...Layan siapa saja, muda ataupun tua


Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia.

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram.

Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan Harian Metro bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit.

Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit.

Menurutnya, dia menghilangkan diri selepas berang dengan sikap ibu bapanya tidak mempercayai aduan bahawa dia dirogol datuk sendiri.

“Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing.

“Saya puas kerana dapat mengenali ramai ‘kaki rempit’ berhati batu dan kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya,” katanya.

Selepas seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar apabila menyerahkannya kepada rakan untuk ‘dipakai’ secara beramai-ramai.

Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan kesucian dirinya.

Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya ketagih untuk melakukan hubungan seks.

Masliza mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam satu bilik hotel serentak.

“Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk membalas dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk. Lama-kelamaan ia menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri.

“Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol datuk sendiri serta dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan.

“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya terabai,” katanya.

Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang individu tidak dikenalinya yang menghantarnya ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba menggugurkan kandungan.

Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai peristiwa hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada pihak berkuasa supaya menarik balik laporan itu.

Bagaimanapun, dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu.

Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya.

“Kami yakin dengan program sedia ada dapat membantunya memulihkan semula keyakinan diri ketika berdepan dengan masyarakat selain membina semula imej. Dia kini ibarat sedang ‘dilahirkan’ semula.

“Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius aduan anak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu benar-benar berlaku,” katanya.

Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini.

“Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan. Ibu bapa bukan saja perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti perkembangan mereka. Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus menghantui kita semua,” katanya.

Mangsa ditelanjangkan penjenayah sebelum tubuh bogelnya itu dirakam



KUALA LUMPUR - Bukan saja diculik selama lebih empat jam malah seorang pengurus syarikat turut menempuh saat memalukan apabila ditelanjangkan tiga penjenayah sebelum tubuh bogelnya itu dirakam menggunakan kamera dari pelbagai posisi.

Tindakan mengambil gambar bogel mangsa dilakukan suspek bertujuan menjadikan rakaman terbabit sebagai ‘aset’ untuk mengugut mangsa supaya tidak membuat laporan polis selain dijadikan modal memeras mangsa membayar wang dari semasa ke semasa.

Sumber polis berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa berusia 35 tahun memberhentikan keretanya berhampiran Stesen Bas Pekeliling, di sini, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

“Mangsa yang ketika itu bersendirian dalam kenderaan bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki tidak dikenali dipercayai warga Pakistan tiba-tiba meluru masuk ke dalam keretanya sebelum mengacukan parang.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa supaya mengikut arahan dengan memandu ke arah Klang, Selangor. Mangsa tidak berani melawan berikutan suspek berulang kali mengacukan parang ke tubuhnya,” katanya.

Difahamkan, mangsa kemudian diarah masuk ke sebuah bangunan yang tidak dikenal pasti lokasinya sebelum ‘disambut’ tiga lagi lelaki.

“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga dimiliki ketika itu antaranya kamera video, lesen memandu, kad pengeluaran wang automatik (ATM), wang tunai RM200, telefon bimbit dan komputer riba.

“Mereka kemudian memaksa mangsa memberikan nombor PIN kad ATM terbabit sebelum salah seorang daripada mereka pergi ke bank untuk mengeluarkan wang mangsa sebanyak RM800,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah terbabit bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jumlah wang diperoleh sebelum mengarahkan mangsa menghubungi kenalannya dan memasukkan wang RM1,000 ke akaun bank diberikan.

“Mangsa yang bimbang dicederakan terpaksa akur dengan arahan itu sebelum rakannya bersetuju membantu dengan memasukkan sejumlah wang diminta tidak lama kemudian.

“Suspek kemudian sekali lagi mengeluarkan wang itu. Sebaik mendapat wang itu, mangsa diarah berbogel sebelum gambarnya dirakam,” katanya.

Menurutnya, suspek memberi amaran gambar bogel itu akan disebarkan menerusi Internet sekiranya mangsa membuat laporan polis.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa masuk dan duduk di bahagian belakang keretanya sebelum memandu ke arah Lebuhraya Persekutuan.

“Tiba di satu kawasan, semua suspek turun dari kereta dan meninggal mangsa bersendirian. Mangsa kemudian pulang ke rumah tanpa membuat sebarang laporan polis,” katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek tiba-tiba menghubunginya semula kira-kira jam 10.30 pagi semalam dan mahu wang RM1,000 lagi.

“Suspek meminta mangsa memasukkan wang itu ke dalam satu akaun bank sekiranya tidak mahu gambar bogelnya disebarkan.

“Mangsa yang tertekan dengan tindakan itu selain kerugian RM5,000 akhirnya mengambil keputusan nekad membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi,” katanya.

Hukuman rejam sampai mati terhadap wanita dibatalkan


SAKINEH

LONDON - Pemerintah Iran semalam mengumumkan untuk tidak melaksanakan hukuman rejam sehingga mati ke atas seorang wanita negara itu, Sakineh Mohammadi-Ashtiani kerana melakukan perzinaan ekoran bantahan masyarakat antarabangsa, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kedutaan Republik Islam itu di London menjelaskan, berdasarkan maklumat daripada pihak berkuasa kehakiman di Iran, Sakineh yang berumur 43 tahun tidak akan direjam sampai mati.

Namun, kenyataan itu tidak menyatakan sama ada hukuman ke atas wanita tersebut akan diganti atau dia bakal digantung sampai mati.

Sakineh mengaku pernah berzina dengan dua lelaki pada 2006.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia, Amnesty Intenational menyatakan, wanita itu yang mempunyai dua orang anak, Farideh berumur 16 tahun dan Sajad berusia 20 tahun telah dijatuhkan hukuman oleh sebuah mahkamah syariah di bandar Tabriz, di utara Iran pada Mei 2006.

Dia telah menjalani hukuman sebat sebanyak 99 kali ketika beberapa buah negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) dan Britain merayu hukuman itu diketepikan. - Agensi

3 Artis Didakwa Murtad



SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.

Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.

Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.
Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.

Bapa utama kelab bogel dari anak


WELLINGTON: Seorang lelaki yang meninggalkan anaknya berusia 18 bulan berseorangan di dalam kereta ketika dia memasuki sebuah kelab tarian bogel, semalam didapati bersalah atas tuduhan membiarkan seorang kanak-kanak tanpa penjagaan.

Wayne Ricardo Schwamm, 42, mengaku bersalah di Mahkamah Daerah Wellington dan didenda sebanyak NZ$200 (RM470).

Peguamnya berkata, Schwamm pergi ke kelab berkenaan untuk mengambil seorang rakan yang bekerja di situ.

Kanak-kanak itu yang mempunyai masalah jantung, dikunci di dalam dengan semua tingkap ditutup selama 40 minit sebelum seorang lelaki menelefon polis pada jam 3 pagi 13 April lalu.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan polis menemui Schwamm tidak lama kemudian di kelab bogel berkenaan, The Mermaid.

Jurucakap polis, Karen Vaughan berkata, kanak-kanak itu menghadapi masalah jantung yang akan membuatnya sukar bernafas jika cemas atau tertekan.

Menurut peguam Schwamm, tertuduh mahu mengambil rakannya di kelab berkenaan untuk berbincang mengenai masalah rumah tangganya, membabitkan ibu kanak-kanak itu.

Dia menunggu lebih lama kerana rakannya bekerja lebih masa.

“Schwamm tidak terbabit dengan fantasi di kelab berkenaan,” katanya kepada mahkamah.

Kanak-kanak itu masih dibawa jagaan sebuah agensi kebajikan sebelum agensi itu berunding dengan anggota keluarganya yang lain mengenai masa depannya.

Aktres porno goda menteri Indonesia

JAKARTA: Bintang filem porno dari Norway, Vicky Vette(gambar), dianggap cuba menggoda Menteri Komunikasi Indonesia, Tifatul Sembiring(gambar kecil) apabila menawarkan beliau untuk berbuat apa saja pada tubuhnya.

Vette membuat tawaran itu di laman web Twitter dengan media Indonesia menganggap pelakon itu mengikuti perkembangan berita isu Tifatul berjabat tangan dengan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama, baru-baru ini.

Tifatul yang bersungguh-sungguh cuba melawan unsur pornografi di Indonesia juga sudah lama menyatakan bahawa beliau tidak akan berjabat tangan dengan wanita bukan muhrim.

Tetapi, Tifatul dilihat berjabat tangan dengan Michelle ketika menyambut isteri Presiden Amerika, Barack Obama, di lapangan terbang.

Berikutan kontroversi itu, Vette menulis pesan dalam akaun Twitternya: @tifsembiring Come to the USA and shake anything you want :)

Pelakon porno itu juga berkata, Tifatul boleh menyentuhnya sekalipun di depan orang ramai.

Hmmm, saya ingin menjadi orang yang berguna juga bagi Menteri Komunikasi Indonesia! Adakah anda suka melakukannya dengan cepat, perlahan, genggam erat atau menggunakan kedua-dua belah tangan? tambahnya lagi dalam komen terbaru di Twitter.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung PKS, Anis Matta, membidas pihak yang cuba menghina Tifatul sedangkan ada isu lain yang lebih penting bagi penduduk Indonesia.

Perbincangan dan kritikan mengenai isu berjabat tangan ini perkara remeh. Mengapa tidak kita berbincang perkara lebih penting daripada lawatan Obama, katanya.

Anis berkata, penduduk Indonesia sepatutnya mempersoalkan mengapa kunjungan Obama tidak membawa sebarang faedah kepada negara terbabit.

Beliau membandingkan lawatan Obama ke India apabila pemimpin Amerika itu memeterai perjanjian perdagangan bernilai AS$10 bilion (RM32 bilion) dengan negara terbabit.- Agensi

Pekerja tengok gambar bogel jadi popular


Gambar Miranda Kerr

SYDNEY - Seorang ahli perbankan Australia, David Kiely yang menjadi popular di Internet kerana dia melihat gambar bogel model Miranda Kerr pada skrin komputer semasa rakannya diwawancara menerusi siaran langsung berita Channel 7, tidak akan dipecat, kata Bank Macquarie dalam satu kenyataan semalam.

"Dia akan kekal menjadi kakitangan Macquarie. Macquarie dan kakitangan meminta maaf berhubung sebarang kesalahan yang mungkin telah berlaku," kata bank tersebut.

Kiely membuka e-mel pada Selasa lalu yang mengandungi gambar Kerr tanpa menyedari seorang rakannya sedang diwawancara secara langsung mengenai ekonomi Australia.

Wawancara itu disaksikan oleh ratusan ribu orang tetapi Kiely kemudian membuka semula maklumat mengenai ekonomi pada skrin komputer dan memandang ke arah kamera sebelum wawancara tersebut berakhir.

Kejadian itu menjadi sensasi di laman perkongsian YouTube.


Gambar menunjukkan Kiely melihat gambar bogel Kerr semasa rakannya (kanan) diwawancara oleh rangkaian Channel 7 di Sydney.

 
Keputusan untuk tidak memecat itu dibuat selepas Kerr membuat kenyataan bahawa Kiely tidak sepatutnya dipecat kerana melihat gambarnya.
"Saya diberitahu ada satu petisyen bagi menyelamatkan Kiely dan saya pasti akan menandatanganinya," kata Kerr.

Pelajar Lelong Dara RM218,062

LAMAN web Yantra mempamerkan lelongan dara milik pelajar berusia 21 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle.

AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.

Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.

Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.

Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.

Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.

Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.

Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi

Friday, May 6, 2011

Hamas Sedia Jayakan Perdamaian Dengan Fatah

Sehari selepas menandatangani perjanjian memulihkan hubungan dengan kumpulan Fatah, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, berkata mereka sedia menghadapi apa saja untuk memastikan kejayaan perdamaian yang dicapai itu selepas kedua-dua pihak bertelagah selama empat tahun.

"Kami akan mula melaksanakan semua tuntutan perjanjian itu...membentuk kerajaan penyatuan, membebaskan tahanan dan menggerakkan semula Parlimen Palestin," katanya.

Beliau juga menyeru kumpulan bersenjata dalam kalangan rakyat Palestin supaya mematuhi gencatan senjata dengan Israel untuk memberi peluang kepada perjanjian perdamaian itu untuk dilaksanakan.

"Terdapat banyak ancaman kepada perjuangan rakyat Palestin dan semua ancaman ini dapat ditangani menerusi perdamaian," katanya.

Haniyeh yang mengetuai kerajaan pertama Palestin yang dibentuk oleh Hamas pada 2006 selepas memenangi pilihan raya Parlimen, mengesahkan bahawa beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri dalam kerajaan baru Palestin.

Semalam ratusan penyokong Hamas menyertai satu perhimpunan bagi meraikan penyatuan Palestin di bandar Nablus di Tebing Barat.

Ini adalah kali pertama penyokong Hamas berada di Tebing Barat sejak pihak berkuasa Palestin menghalang mereka datang ke situ pada 2007.

Petugas dari stesen televisyen milik pihak berkuasa Palestin dibenarkan untuk pertama kali membuat liputan di Semenanjung Gaza manakala wartawan dari stesen televisyen Hamas Al-Aqsa pula dibenarkan beroperasi dari Tebing Barat.

Penganalisis Palestin, Fahmi Abu Hadeed, bagaimanapun melihat penyatuan antara kedua-dua kumpulan itu akan berdepan pelbagai cabaran.

Katanya, ini kerana masing-masing mempunyai program tersendiri.

Beliau juga berkata, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah tidak akan mengiktiraf sebuah kerajaan Palestin jika Hamas tidak mengiktiraf Israel. -

Osama: Kenapa Najib bergembira bersama Amerika?

Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan dunia akan lebih aman sejurus selepas Osama bin Laden diisytiharkan mati dibunuh oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama?

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kata-kata Najib bahawa dunia lebih aman dengan kematian Osama adalah terlalu mudah (simplistik) dan naif.

Bagi beliau, Najib cuba menguatkan lagi penguasaan geo-politiknya untuk memahami satu fakta yang terang lagi bersuluh bahawa 'Osama dan keganasan adalah hasil ciptaan AS.'

Selain Dr Dzulkefli, pelbagai pihak turut mengecam kenyataan Najib yang berkata, dunia akan lebih aman, selamat dan adil dengan kematian Osama.

Akhbar Berita Harian (gambar kiri) yang dikawal Umno juga secara terbuka menolak pandangan itu apabila menyiarkan satu rencana bertajuk "Tiada jaminan kematian Osama penamat keganasan global".

Bahkan, akhbar Umno sendiri, Utusan Malaysia juga nampaknya bertembung pandangan dengan Najib dalam isu ini.

Para pemimpin pertubuhan Islam juga menolak pandangan simplistik dan bodek Amerika Najib itu.

Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan.

“Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri,” kata Sheikh Abdul Halim.

Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama.

“Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan.

“Untuk memastikan keadilan ini mengambil tempat, ia memerlukan usaha bersama. Seorang individu sahaja tidak akan mampu untuk mewujudkan keadilan atau pun mencetuskan keganasan,” kata Sheikh Abdul Halim.

Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar) dan Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan bersama juga merakamkan kutukan keras terhadap tindakan tentera Amerika membuang jenazah As Syahid Osama ke laut.

“Tindakan ini adalah suatu penghinaan yang jelas dan dunia harus membantah sikap Amerika yang sama sekali tidak boleh diterima.

“Jenazah As Syahid sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat andainya dan diuruskan pengkebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim,” tegas mereka.

PM membodek Amerika

“PM terlalu 'membodek' AS dan Obama. Islam menolak sebarang keganasan. Namun, kita kena faham mengapa keganasan terus berlaku?” bidas Dr Dzulkefly (gambar) dalam ulasannya mengenai hal ini.

Menurut Dr Dzul, terdapat dua penyebab utama kezaliman AS iaitu dalam bentuk polisi dan tindakan.

“AS pembekal WMD (weapon of mass destruction – senjata pemusnah besar-besaran) serta terus membekalkan senjata tercanggih dengan penyelidikan mereka termasuk kepada Iraq (Saddam), Israel dan lain-lain merupakan punca kezaliman akibat daripada tindakan.

"Ketidakadilan polisi pula berlaku khasnya di kawasan Timur Tengah dan Palestin juga merupakan salah satu bentuk kezaliman AS,” terangnya lagi.

Najib sepatutnya, kata Dr Dzul peka dengan hati-budi dan maruah umat Islam khususnya di Timur Tengah dan Palestin, di mana kezaliman terhadap negara-negara Islam di sana dibiarkan berterusan oleh kuasa-kuasa di Barat.

“Berdekad Barat mengizinkan kezaliman. Inilah punca segalanya,” ujar beliau. “PM sepatutnya kata - dunia tidak akan selamat kalau Amerika masih bersikap dwi-standard menyokong keganasan di Timur Tengah dan Palestine walaupun Osama dibunuh.”

Selain itu, Dr Dzul berkata Najib juga harus bertanya balik kepada Obama, “Bukankah Osama anak didik Amerika? Mengapa Osama berpaling tadah selepas tamat blok Russia?”, di mana menurutnya ia adalah disebabkan sikap dwi-standard AS sendiri.

Sekiranya Najib ingin menjadi juara umat Islam, Dr Dzul menasihatkan beliau supaya jangan bertindak semata-mata kerana ingin membodek Obama dan AS untuk kerana mahu diundang ke White House dan merenungkan siapa penaja kezaliman yang sebenarnya di dunia ini.

“Malangnya apabila ada pemimpin negara umat Islam yang membodek AS kerana mahu diundang ke Rumah Putih. Tindakan ini amat mengaibkan umat Islam.

"PM kalau mahu jadi juara umat Islam, jangan bertindak 'membodek’ Obama-AS. Jangan berbolak-balik! PM perlu menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf dengan kadar segera bagi menjaga sensitiviti umat Islam,” nasihat Dr Dzul.

Persoalan yang harus direnungkan semua umat Islam

Sebagai pemimpin Islam, patutkah Najib mengeluarkan kata-kata begitu, atau lebih tepat lagi, adakah Najib terlupa bahawa dirinya seorang Islam dan juga seorang pemimpin yang majoritinya Islam ketika mengeluarkan kenyataan tersebut yang ternyata akan menyinggung sensitiviti umat Islam sedunia?

Ataupun, itu sememangnya jiwa Umno seperti yang dinyatakan oleh MCA tempoh hari, apabila parti tersebut menyuruh PAS membuang perjuangan Islamnya sekiranya ingin menerima jemputan Umno menyertai Barisan Nasional (BN)?

Jikalau Umno masih ingat akan perjuangan Islam, sepatutnya MCA sudah lama melenting untuk keluar daripada BN.

Adakah ini bermakna MCA, yang kebelakangan ini telah semakin menunjukkan belang anti-Islamnya, masih sanggup berada dalam BN sehingga kini semata-mata kerana mereka 100% yakin dan pasti bahawa Umno sudah tidak berpaksikan lagi pada Islam dalam segala tindak-tanduknya?

Isteri menteri keselamatan seludup kokain

Isteri kepada seorang Menteri Keselamatan Afrika Selatan, Sheryl Cwele didapati bersalah menyeludup kokain ke negara ini.

Mahkamah Tinggi Pietermaritzbur semalam mendapati, Cwele, yang berkahwin dengan Menteri Siyabonga Cwele, bersalah kerana menggunakan wanita muda untuk menyeludup dadah ke negara ini.

Menurut laporan media tempatan, hukuman ke atasnya dijadualkan diputuskan hari ini. – AFP

Adakah PAS perlu mendukung kemungkaran Umno?


“Apakah saudara juga meminta PAS untuk mendukung segala kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan Umno, sama ada dalam aspek agama Islam atau pengurusan negara supaya tidak digelar sebagai pengkhianat Islam?” tanya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Dr Juanda Jaya dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya.

Beliau melontarkan pertanyaan itu sebagai menjawab balas kepada kenyataan yang dilakukan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kelmarin, di mana beliau menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Tuan Ibrahim berkata apabila soal perpaduan, penyatuan dan kerjasama diketengahkan, sudah tentunya keadaan akan disifatkan sebagai janggal sekiranya ada pihak yang menentang usaha tersebut, tambahan pula bila mana Islam sendiri telah meletakkan asas yang sangat kukuh ke arah nilai tersebut.

Namun begitu, dengan bersangka baik pada niat Dr Juanda, beliau berpendapat mungkin idea yang dilontarkan olehnya disebabkan perkara itu dilihat daripada aspek penyatuan kaum Melayu, sudah pastinya tidak menepati apa yang dibawa ajaran Islam kerana Islam membina penyatuan yang jauh lebih luas daripada penyatuan kaum.

“Islam sendiri melihat penyatuan Islam melampaui kaum, dan seruan penyatuan universal di atas nama Islam inilah telah berjaya merobohkan asaniyah qaumiyah yang selama ini menjadi penghalang kepada pembanguan sesebuah negara, dan terutamanya bilamana sesuatu kaum merasa cemburu di atas kejayaan kaum lain,” terang Tuan Ibrahim.

Namun, beliau mengingatkan bahawa dalam Islam, penyatuan besar ini telah mencipta satu sejarah bangsa manusia yang hebat bilamana Islam yang sifatnya rahmatul lil Alamin telah berjaya diterima dengan penuh hormat oleh seluruh manusia.

Sebagai seorang mufti, nasihat Tuan Ibrahim, Dr Juanda perlu memahami bahawa jangkauan perpaduan yang cuba dicadangkannya, perlulah sebaik-baiknya mencerminkan kehendak Islam yang syumul ini, dan lebih penting lagi meletakkan asas penyatuan bagi mencari keredhaan Allah.

Dari sudut ini, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kewujudan PAS dan Umno tidak seharusnya dilihat dari sudut perpecahan.

“Kerana kalau ianya dianggap perpecahan kerana wujudnya pelbagai parti politik, sepatutnya yang dipersalahkan ialah kerajaan yang menerima pendaftaran parti-parti politik; tapi ini sudah tentunya ini bertentangan dengan kehendak demokrasi itu sendiri,” jelasnya.

Bagi Dr Juanda dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya, Tuan Ibrahim menyeru supaya seharusnya memikirkan persoalan bahawa, “Apakah PAS diminta mendokong kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan oleh Umno, sama ada dalam aspek agama mahupun pengurusan negara?”

“Bukankah jauh lebih baik bagi Dr Juanda untuk bertindak menasihati UMNO agar jangan menganiaya negeri yang majoriti umat Islam, seperti Kelantan dengan menyekat royalti minyak milik negeri, bantuan perkapita tahunan mengikut jadual yang telah dimeteraikan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, pelaburan asing dan selainnya?

Lihatlah bagaimana hebatnya Umno menyerang negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, sedangkan sepatutnya kerajaan pusat bersikap adil dengan pilihan rakyat,” tambah beliau.

Di samping itu, Tuan Ibrahim juga menyampaikan pesanan kepada Dr Juanda agar tidak mengaitkan PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak tepat seperti melihat parti Islam sebagai punca kegagalan penyatuan Melayu kerana ia adalah tidak adil dan bakal mengundang pelbagai reaksi ahli-ahli dan para pimpinan PAS yang masih terasa luka lama akibat ditendang keluar Barisan Nasional pada 1978.

“Melihat PAS sebagai punca gagal penyatuan Melayu juga adalah tidak adil kerana sejarah lampau yang dilalui oleh PAS sewaktu penggabungan dengan BN sangat besar kesannya, terutama apabila PAS ditendang keluar.

Ekoran itu, PAS pecah kepada tiga kumpulan dan kehilangan Kelantan akibat perbuatan khianat Umno terhadap pengorbanan PAS pada waktu itu. Lantaran itu, menuduh PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak tepat sepatutnya tidak berlaku, kerana ianya akan mengundang pelbagai reaksi ahli dan pimpinan yang masih terasa luka lama tersebut,” tegur beliau secara halus.

Guna Segala 'senjata' Tawan Selangor Semula - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan menggesa UMNO Selangor menggunakan segala 'senjata' yang ada dinegeri itu bagi merampas kembali Selangor daripada pentadbiran Pakatan Rakyat.

Beliau dipetik berkata demikian ketika berucap di 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat- Rakyat Didahulukan' di Shah Alam, malam semalam.

"Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lalu).

"Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya.

Najib juga meminta agar UMNO Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke- 13 kelak.

"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

"Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," katanya.

Anak syarikat kerajaan Kedah tanggung Puteri Umno

Sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) didakwa telah menymbangkan dana tetap kepada Puteri Umno ketika Kewdah ditadbir oleh BN sebelum ini.

Ia melibatkan sumbangan dana syarikat milik kerajaan (GLC) itu kepada Pergerakan Puteri Umno Kedah yang berjumlah RM30,250 bagi tempoh Julai 2003 hingga Februari 2004.

Pendedahan ini dibuat melalui laman blog prokerajaan 'Kedah La Ni' dan turut disebarkan melalui laman sosial 'facebook' penyokong-penyokong kerajaan termasuk Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh.

Turut disenaraikan adalah butiran lengkap sumbangan syarikat kepada sayap Umno itu yang menyalahi matlamat penubuhan syarikat dan dikategorikan sebagai perbelanjaan tidak berkepentingan ketika pergerakan tersebut diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Suraya Yaakub (gambar).

Mengikut rekod perbelanjaan syarikat 2003, pergerakan itu menerima sumbangan cek berjumlah RM1,000 (27 Julai), RM7,000 (5 Ogos) dan RM1,000 (22 Disember). Manakala pada 2004 pula, mereka menerima RM7,000 (5 Januari), RM4,250 (24 Februari) dan RM10,000 (25 Februari).

Sidang Dun Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan penyelewengan dana GLC berjumlah hampir RM8 juta oleh pengurusan terdahulu hingga mengakibatkan STDC mengalami kerugian.

Susulan pendedahan itu Pemuda PAS Alor Setar telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 April lalu dan menyerahkan dokumen berkaitan penyelewengan bagi membantu siasatan.

Umno musuh nombor 1 negara

Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

“Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.

“Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?” soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.

Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.

“Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.

"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara,” ujarnya.

Skirt: BAM, KBS patut bantah

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Menteri Belia dan Sukan (KBS) mengemukakan bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) di atas keputusan mereka melaksanakan syarat wajib pemakaian skirt kepada pemain badminton wanita. DPPWP kesal kerana, BAM dan KBS tidak proaktif bagi membantah keputusan itu.

DPPWP melihat bahawa alasan yang digunakan oleh BWF yang mahu ianya dijadikan tarikan supaya lebih ramai penonton boleh hadir melihat pertandingan di gelanggang sebagai alasan yang tidak masuk akal dan remeh. Mereka sepatutnyanya menghormati hak wanita yang sepatutnya tidak diekspolitasi batang tubuh dan pemakaian mereka hanya untuk menarik penonton.

Sepatutnya BWF membincangkan tentang strategi peningkatan kualiti pemain wanita untuk menarik perhatian penonton, bukannya dengan cara memaksa mereka memakai skirt untuk dijadikan bahan pameran di tengah gelanggang.

DPPWP yakin, idea ini timbul selepas BWF melihat populariti dan promosi melampau media terdapat pemain-pemain tenis pada masa sekarang berbanding dahulu kerana fesyen skirt mereka. Tetapi itu bukanlah contoh terbaik yang patut dibawa ke dalam arena badminton yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

DPPWP berharap pertubuhan wanita dan NGO Malaysia bangkit menyuarakan isu ini kerana kita tidak mahu gambar-gambar jelek yang tidak sepatutnya, dirakamkan ketika saat perlawanan berlangsung. Rakaman itu pastinya mengaibkan pemain-pemain wanita yang secara tidak langsung dieksploitasi bagi menaikan kutipan jualan tiket dan jualan surat khabar berita sukan dengan gambar-gambar sensasi.

DPPWP juga melihat peraturan ini bakal menyekat pemain-pemain wanita Islam untuk melibatkan diri dalam sukan ini. Dan ini adalah diskriminasi melibatkan kepercayaan agama. Mengapa tidak BAM memulai contoh dengan bereksperimentasi mengadakan pertandingan kebangsaan dengan semua pemain Islam menutup aurat. Jika ahli sukan wanita dan lelaki di Iran boleh menunjukan prestasi yang baik dalam sukan menggunakan pakaian menutup aurat kenapa Malaysia tidak berani untuk melakukannya.

DPPWP berharap agar masyarakat sukan mendapat pembelaan yang sewajarnya dari agensi-agensi sukan di negara dan tidak sewenang-wenangnya dibiarkan terikat dengan peraturan tidak masuk akal oleh badan sukan antarabangsa.

Sekirannya BWF masih berkeras untuk menguatkuasakan arahan itu, DPPWP mendesak agar BAM memboikot Pertandingan Badminton Terbuka Singapura pada 14 Jun yang juga menjadi pertandingan pertama yang akan menguatkuasakan keputusan BWF ini. Dan seterusnya mengadakan kempen boikot secara terbuka supaya Persatuan di negara lain seperti China, Korea, Indonesia, Thailand dan sebagainya turut memboikot.

'Belasah' pemuda: Pengarah sekolah digantung tugas

Pengarah sebuah Sekolah Henry Gurney di Keningau, Sabah, telah dipindahkan dan digantung tugas sementara menunggu siasatan polis dan siasatan dalaman berhubung dakwaannya terbabit membelasah seorang pemuda pada lewat bulan ini.

Menurut akhbar tempatan, The Borneo Post dalam laporannya yang memetik sekretariat Jabatan Penjara dan ketua perhubungan awamnya, Supri Hashim berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis bagi menentukan hukuman yang setimpal ke atas pengarah itu.

Arahan itu berikutan dakwaan bahawa pengarah sekolah pemulihan akhlak berkenaan telah meminta sekumpulan rakannya bagi membelasah seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah kedai serbaneka sebelum tengah malam 29 April lalu.

Tindakan kumpulan berkenaan berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV 24 jam yang dipasang di kedai berkenaan. Ia menunjukkan pemuda itu berulang-kali ditumbuk, tendang dan diterajang serta dipukul dengan pelbagai objek termasuk kerusi plastik dan tali pinggang.

Visual berkenaan sejak itu disebarkan secara meluas di Internet, khususnya di laman sosial Facebook.

Adalah dipercayai pengarah itu dan tiga yang lain ditahan pada 3 Mei lalu dan kenyataan mereka dirakamkan selepas mangsa, Ben Cheah Ping Xen, membuat laporan polis berhubung serangan ke atasnya itu.

Bapa mangsa, Cheah You Hock menuntut campur tangan "pihak berkuasa yang lebih tinggi" bagi memastikan “tindakan pantas dan bersesuaian” dikenakan ke atas pengarah itu dan rakan-rakannya.

Beliau juga merayu agar kes tersebut tidak ditutup begitu sahaja, lebih-lebih lagi ia dirakamkan di kamera keselamaatn kedai berkenaan dan tersebar di Internet.