Monday, November 22, 2010

Merungkai peristiwa memali..

Ramai dari kita sebenarnya jahil tentang peristiwa memali. Memali yang tersebar kat internet neh ada dua version.

Version pertama : Korban memali adalah puak ajaran sesat (versi kerajaan)

Version kedua : Korban memali adalah pejuang islam (versi rakyat dan PAS)

Artikel ini bertujuan untuk menyingkap perkara yang sebenar tentang peristiwa memali yang berlaku pada tahun 1985 yang mana ramai di antara kita pada masa itu belum lahir ke dunia ini lagi.

Apa itu peristiwa memali pada kaca mata masyarakat khusus nya penduduk di kampung memali, baling, kedah?

Peristiwa memali ialah pembunuhan kejam yang melibatkan kematian 14 penduduk dan berpuluh-puluh yang lain cedera ringan,  parah, ada juga yang di tahan terus ke dalam penjara dan di masukkan ke dalam ISA. Korban memali termasuk ulama dan pendakwah tersohor pada ketika itu yang juga ahli pas, iaitu Ustaz Ibrahim libya.





Siapakah Ibrahim libya?

Nama sebenar Ibrahim libya ialah Ibrahim Mahmud. Ibrahim libya adalah ulama tempatan yang pada ketika itu aktif menjalankan kerja-kerja dakwah. Sebelum terlibat secara aktif menjalankan kerja-kerja dakwah, arwah pernah berkhidmat di kerajaan untuk beberapa tahun. Pada tahun 1978, arwah menyertai PAS dan semenjak itu bergiat secara aktif melalui pentas-pentas ceramah. Ceramah-ceramah ustaz ibrahim libya pada ketika itu sering mendapat perhatian yang sangat luar biasa. Dan atas sebab itulah pada tahun 1984, kerajaan mula bertindak untuk menyekat pengaruh ustaz ibrahim libya. 


Ibrahim libya mendapat pendidikan awal di beberapa buah madrasah di sekitar pulau pinang. Kemudian nya arwah melanjutkan pengajian dalam bidang agama di india dan di libya sebelum kembali berkhidmat di tanah air.  Ketika arwah berkhidmat dalam kerajaan, bakat berdakwah sememangnya terserlah dalam diri arwah. Mungkin kerana keterbatasan untuk menyebarkan fahaman islam, yang memaksa arwah kemudian nya berhenti kerja sebelum meneruskan dakwah di kedutaan libya. Dari situ, arwah akhirnya secara aktif terlibat dalam PAS untuk menyebarkan syiar dakwah islamiah di seluruh negara. 

Penglibatan arwah dalam bidang dakwah dikatakan mendapat sokongan yang padu daripada keluarga arwah sendiri. Di bawah ini adalah gambar keluarga ustaz ibrahim libya.

Sebenarnya ada 3 sejarah penting yang pernah tercatat di baling, kedah.

1. Rundingan damai komunis chin peng - Tunku Abdul Rahman.

2. Pemberontakan mogok lapar oleh DSAI pada tahun 1974.

3. Peristiwa berdarah memali 1985.



Peristiwa memali tercetus kerana prasangka keterlaluan kerajaan terhadap penduduk memali yang beria-ria mempertahankan ustaz ibrahim libya pada ketika itu.  Di bawah ini adalah rentetan kepada perkara-perkara yang membawa kepada tragedi berdarah memali 1985.

1. Ustaz ibrahim libya berjaya meluaskan pengaruh dakwah islamiah pada ketika itu melalui pentas2 ceramah PAS.

2. Ajaran dakwah PAS menerangkan islam yang sebenarnya kepada penduduk di kawasan sekitar menakutkan kerajaan, kerana jika islam tulen terdedah, maka kepincangan dan kelemahan pentadbiran mereka akan terbongkar. Sebagai seorang muslim yang sejati, sudah tentulah kita mengutamakan sistem pemerintahan islam dan bukan nya sekular. Ini ditakuti oleh kerajaan.

3. Pengaruh yang besar oleh ustaz ibrahim libya adalah melebihi dari apa yang DSAI alami kini. Memang ramai penyokong2 DSAI sanggup masuk penjara demi DSAI, tetapi di memali, ramai yang sanggup mati demi mempertahankan pendirian ustaz ibrahim libya.

4. Jika ibrahim libya di biarkan berceramah seperti biasa, yakni, sejarah baru akan tercatit di malaysia iaitu ibrahim libya adalah ulama pertama bergelar perdana menteri malaysia.

5. Oleh itu, pelbagai alasan demi alasan timbul bagi menyekat kemaraan dan pengaruh ustaz ibrahim libya.

6. Antara alasan2 tersebut ialah menuduh PAS dan ibrahim libya sebagai pengamal ajaran sesat. Baca sini.

7. Ibrahim libya kali pertama di kepung untuk di tahan di bawah ISA ialah pada tahun 1984. Pada pukul 2 pagi, 2 september 1984 seramai hampir 100 polis berkepung di kawasan berhampiran kampung memali untuk menahan ustaz ibrahim libya, tetapi menemui kegagalan kerana dihalang oleh penduduk kampung pada ketika itu. Situasi ini seolah-olah ulang tayang kejadian ketika DSAI kali pertama cuba ditahan oleh polis pada tahun 1999. 

8. Meskipun gagal menahan ustaz ibrahim libya di bawah ISA pada ketika itu, dipercayai pihak polis berjaya menahan beberapa orang ini di bawah akta ISA, iaitu ustaz abu bakar chik, haji mat sabu dan suhami shaib.

9. Memali pada ketika dulu dipercayai langsung tidak mempedulikan hal-ehwal agama, sama seperti di kuala lumpur kini  (as contoh). Namun semenjak pengaruh dakwah ustaz ibrahim libya berkembang, penduduk memali pada ketika itu dikatakan hampir 100% adalah ahli pas dan kembali mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya. (Bukan semua penduduk memali mengabaikan islam ya)

10. Selepas ibrahim libya gagal ditahan di bawah ISA pada cubaan polis kali pertama, anak murid ustaz bersepakat mahu melindungi ustaz dengan menyembunyikan ustaz di satu kawasan yang selamat.

11. Namun setelah bersembunyi untuk suatu tempoh, satu kesepakatan telah dibuat untuk mengembalikan ustaz libya di memali, kerana memikirkan apalah erti ilmu jika tidak disampaikan kepada generasi baru? 

12. Madrasah memali kembali dihidupkan dan kuliah subuh kembali rancak, dalam pada itu, kuliah mahgrib dalam perancangan seterusnya. Meskipun demikian, mereka masih berjaga-jaga supaya ustaz tidak ditangkap pihak polis. Lebih kurang 5-7 orang secara bergilir-gilir dan sukarela menjaga keselamatan ustaz ibrahim libya. 

13. Sebenarnya selepas percubaan untuk menangkap ustaz ibrahim libya gagal pada kali pertama, pihak polis pernah beberapa kali membuat rundingan dengan penduduk memali agar menyerahkan ustaz ibrahim libya kepada pihak yang berkuasa. Tetapi pengikut ustaz dan ustaz sendiri enggan menyerah diri kepada akta zalim ISA iaitu menahan seseorang tanpa dibicarakan seadil-adilnya.

14. Dalam pada itu media yang dikuasai oleh kerajaan agak rancak memainkan 'api-api' memburukan ustaz dan pengikut2 ustaz ibrahim libya (baca sebagai PAS).

15. Terdapat juga beberapa tuduhan liar konon nya memali menjadi sarang penjenayah islam ektremis.  Dan sarang penganas dan ajaran sesat.

16. Kali terakhir sebelum percubaan polis untuk menangkap ustaz ibrahim gagal, pihak polis sekali lagi menyebarkan berita bahawa ustaz ibrahim libya mempunyai senjata dan ini disyaki akan menjadi ancaman kepada negara.

17. Oleh kerana itu, salah seorang anak murid ustaz pergi ke balai polis dan menyerahkan semua senjata2 yang konon nya didakwa oleh polis akan membahayakan keselamatan penduduk kampung.

18. Namun sayangnya, buat baik memang takan dibalas baik oleh sesetengah manusia.

19. Pada tarikh 19 november 1985, pihak polis, FRU, dan UTK seramai 4,000 orang mengepung rumah ustaz ibrahim libya. (Hey.. ini macam US dan israel yang mahu tangkap osama bin laden lah!)

20. Peristiwa bermula seawal jam 8 pagi. Dua buah kereta perisai (Hey, sejak bila kereta perisai digunakan untuk tangkap rakyat malaysia? Bukan kah kereta perisai digunakan untuk berperang meh?) dikatakan telah mengepung kawasan keluar masuk bagi menghalang sebarang bantuan keluar-masuk dari kawasan sekitar. 

21. Rundingan antara penduduk kampung memali (yang membela ustaz ibrahim libya habis-habisan dan polis bermula, namun menemui jalan buntu setelah ustaz ibrahim libya dengan tegas tidak akan tunduk sedikitpun terhadap akta yang kejam lagi zalim iaitu ISA.

22. Rundingan tersebut gagal. Gas pemedih mata di tembak ke arah rumah ustaz ibrahim libya (Hey, sejak bila gas pemedih mata digunakan untuk membuli orang2 kampung yang lemah neh?)

23. Lebih kurang 160 orang berkumpul di kawasan rumah ustaz ibrahim libya pada ketika itu. Ustaz sebelum itu telah berpesan kepada pengikut2nya bahawa biarlah kita duduk diam jangan sesekali menyerang balas. Biarlah kita diserang.  Pihak polis (ya, sebut betul2 pihak polis, bukan pihak penjenayah ya, yang tembak gas pemedih mata neh ke arah rakyat yang lemah) menembak gas pemedih mata. Ketika itu salah satu tiub yang digunakan untuk menyembur rakyat telah terkena mata salah seorang penduduk kampung. Pada ketika itu juga, terdapat seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun. (Ya, baca betul2, 10 tahun punya budak, apa polis buat? tembak dengan gas pemedih mata, masih ingat arwah aminul rashid? inilah dia polis kita) Kanak2 yang berusia 10 tahun ini, pengsan akibat terhidu gas pemedih mata yang sangat banyak.

24. Terdapat seorang individu yang ternampak kanak2 ini pengsan. Nama arwah ialah cikgu shafie abdullah. Cikgu tersebut menyangka kanak2 tersebut telah mati. Dan dia berasa marah kepada pihak polis membunuh kanak2 ini. Oleh itu, dia keluar dari kawasan dan meluru ke arah pihak polis sambil membawa parang. Manakala beberapa individu yang lain mengekori cikgu terbabit untuk menghalang tindakan guru terbabit.

25. Tahu apa pihak polis buat bila nampak aksi macam tue? Tak agak, mereka terus tembak. Tembak cikgu yang tak berdosa tue. OoOoo adakah cikgu tersebut penyamun kerana membawa parang bahawa pihak polis?? (Bukan nak tanya kan, amaran ke warning ke, bang.. terus tembak!)

26. Peristiwa ini tercetus, kerana polis menembak mati rakan mereka di hadapan mereka. Oleh itu, bermulala kejadian berbalas tembakan. Memang selepas menembak mati cikgu shafie, pihak polis ada membuat pengumuman agar ustaz menyerah diri tetapi, kalau kita menjadi mereka, kita pun takan sewenang-wenangnya menyerah diri kepada orang yang baru sahaja membunuh rakan kita. 

27. Mereka yang berada di dalam rumah, kebanyakkan mulai lemah kerana terhidu gas beracun berjam-jam lama nya. Akhirnya pertempuran ini menyaksikan bahawa ustaz ibrahim libya gugur, bersama 13 rakan nya yang lain.  Manakala berpuluh-puluh yang lain cedera ringan ataupun parah. 

28. Pihak polis tidak mengalami apa2 kecederaan yang membawa maut, tetapi anak musa hitam meninggal selepas peristiwa tersebut.

29. Musa hitam dan mahathir menafikan mereka terlibat dalam serangan memali. Hanya Allah swt yang lebih tahu.

30. Balu ibrahim libya dikatakan telah dipenjarakan dan terpisah dengan anak2 untuk beberapa tempoh sebelum di bebaskan. Di maklumkan juga terdapat fatwa yang dikeluarkan oleh mereka yang arif (juga berkerja sebagai kakitangan kerajaan) yang mengatakan para pejuang memali adalah shahid, tetapi mereka yang terlibat dalam fatwa terbabit telah diberhentikan kerja dan fatwa tersebut dihapuskan oleh kerajaan.

31. Ayah, adik dan abg ipar ibrahim libya juga ditahan di bawah ISA dan dipaksa untuk membuat pengakuan palsu. Setelah dibebaskan daripada tahanan ISA, mereka bergiat aktif dalam ceramah2 PAS untuk menerangkan kepada umum, bagaimana mereka disiksa dan dipaksa untuk membuat pengakuan palsu bagi memburukkan ustaz ibrahim libya.

32. Dalam Alquran tiada ISA. Maka siapalah kerajaan untuk membuat undang2 ISA neh? Siapa mereka yang kita kena tunduk lebih2 sangat berbanding Allah swt? Ibrahim libya menentang ISA sehingga ke nyawa nya terkorban. Bukan hanya nyawa nya, malahan 13 nyawa yang lain turut terkorban.

33. Saya percaya, ramai anak2 memali lahir di sana tahu benar, apa yang benar apa yang palsu. Menghina para pejuang memali bererti menghina mereka. Oleh itu saya nasihatkan kepada pembaca, jika anda membuat niat untuk menghina mereka2 yang terkorban ini, maka jangan sesekali meletakkan komen anda di sini. 

34. Terdapat beberapa pengakuan daripada pihak polis yang terlibat, yang mengatakan menyesal, sedih dan tergaman dengan apa yang berlaku di memali. Ada di antara mereka yang terang-terangan menyalahkan arahan dari kerajaan. 

35. Pampasan sebanyak rm20,000 dibayar kepada setiap anggota keluarga yang terbunuh dalam peristiwa memali. Ahli keluarga yang cedera ringan, parah, dipenjara ataupun di tahan ISA tidak menerima apa2 pampasan. Namun, apalah erti pampasan bagi mereka yang telah kehilangan orang tersayang buat selama nya ataupun untuk bertahun2 lama nya (ISA) ?

Jelas, bayaran pampasan ini sahaja membuktikan bahawa sememangnya kerajaan bersalah dalam peristiwa ini. Jika tidak, masakan mereka membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa? Saya nasihatkan anda menonton video memali yang telah saya sertakan di bawah ini. Video tersebut konon nya mendedahkana bahawa pihak polis juga terasa dipergunakan untuk menyerang penduduk memali. (konon nya polis diberikan arahan bahawa mereka sepatutnya membunuh komunis).
Kenapa di malaysia ini, kita mencipta sejarah membunuh ulama yang tersohor? Adakah kita kategori kaum2 yahudi yang seringkali membelakangkan rasul2 mereka? Ataupun lebih teruk dari itu? Umat islam membunuh umat islam yang lain atas nama kuasa politik! Ini sudah keterlaluan! Ini sudah melampau! Membunuh seorang ulama yang menyebarkan ajaran islam.. yang setiap pagi nya dihabiskan untuk mengajar kuliah subuh, mendirikan madrasah untuk menyebarkan dakwah islamiah di kawasan sekitar.. ancaman apa mereka ini kepada kerajaan? Adakah menyebarkan islam itu satu ancaman di malaysia? Jika itu satu ancaman.. maka bersedialah dengan ancaman yang lebih besar dari anak2 muda malaysia muslim pada masa akan datang... Ini kerana kami sesungguhnya akan meneruskan legasi perjuangan ustaz ibrahim libya.


Link mesti baca ;

Sejarah memali I
 
Sejarah memali II

Wiki Memali

Pembunuh Memali

Bekas pejuang memali : tragedi berdarah memali

Youtube Memali

Video memali

Kronologi memali

Sekarang neh kita kena buat satu memorandum untuk membicarakan kes memali secara terbuka, adil dan telus melalui sistem kehakiman negara kita. Apa yang kita perlu buat untuk highlightkan kes2 seumpama ini adalah nyawa.. rakyat malaysia tidak akan bangkit selagi tiada nyawa yang terkorban. Satu nyawa tidak mencukupi. Kita perlukan banyak nyawa, oleh itu saya berazam mahu berdoa agar penyokong2 barisan nasional khusus nya umno meninggal, mati dan etc angkara perbuatan pemimpin2 mereka yang zalim dan rakus, selepas itu saya akan bersama2 mereka menuntut keadilan. Perlu penyokong2 umno untuk sengsara kerana selagi mereka tidak kenal erti sengsara maka selagi itulah mereka tidak akan berubah dan memperjuangkan islam.

.Azmin Ali: Zaid pemimpin gagal sejak hari pertama, tiada semangat berpasukan

Azmin Ali
Azmin Ali, yang menjuarai persaingan jawatan timbalan presiden PKR yang berakhir semalam, secara terbuka membidas bekas pesaingnya, Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang gagal sejak hari pertama dalam parti itu. Dalam kenyataan pertama selepas mengakhiri persaingan, Ahli Parlimen Gombak ini yang memperoleh kemenangan selesa dengan majoriti besar menyifatkan Zaid sebagai pemimipin yang tiada sikap rendah diri, malah tiada semangat berpasukan meskipun kepimpinan parti memberikan beliau jawatan tertinggi sejak menyertai PKR pertengahan tahun lalu.
Sehubungan itu, Azmin mengucapkan “semoga berjaya” kepada Zaid yang mahu menubuhkan parti baru.
“(Tetapi) saya tidak pasti sama ada beliau boleh berjaya atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada sidang media berasingan di Petaling Jaya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Zaid bukan lagi ahli parti itu selepas pihaknya menerima notis keluar parti 19 November lalu.

Surat terbuka kepada Ketua Polis Negara


Dengan segala hurmatnya saya menjemput Tan Sri merujuk kepada teks ucapan YB Lim Kit Siang, “Gani Patail stand accused of fabricating evidence in the Anwar Ibrahim ‘black-eye’ investigation in 1998,which stands unrebutted although made by the police officer responsible for the investigation 12 years ago”, ketika beliau mengemukakan satu usul untuk memotong gaji Peguam Negara sebanyak RM 10.00 di-Parlimen pada Selasa 9.11. 2010 yang tersebar dalam laman-laman blogs .
Setelah meneliti teks tersebut sepenuhnya,saya mengesahkan telah menghantar email kepada YB LKS pada 14.4.2010 yang beliau sebut itu, sebagai membalas/membetulkan komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata-lebam, yang sedikit tersasar.
Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15.4.2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan Surat Terbuka kepada YB Datin Kalsom Taib bertarikh 8.10.2010 (Surat Terbuka Pertama),yang salinannya saya email kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan original surat-surat berkenaan. Saya akan merujuk kepada kandungan surat- surat tersebut apabila, atau jika berkenaan.
Sehubungan hal sama,saya mendapat tahu menerusi media, bahawa YB Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di-JPM akan membawa isu diatas dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Jumaat 12.11.2010.
Beliau turut mengumumkan bahawa penjelasan akan diminta daripada Tan Sri Abdul Gani Patail (TSGP) sebagai memberinya peluang untuk menjelaskan dirinya yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.
Saya menyokong sepenuhnya TSGP diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan),dan wajar dihurmati oleh semua pihak.
Bagaimanapun apa yang menjadi kemuskhilkan saya kini ialah,apabila penjelasan diberi oleh TSGP, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun,sama-ada secara lisan,atau kenyataan akhbar,atau representasi dan lain-lainnya,pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini, dan tidak hanya adil kepada TSGP seorang sahaja.
Sesuai untuk saya nyatakan disini, bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) iaitu TSGP, Tan Sri Musa Hassan (TSMH),Dr Abdul Rahman Yusof (Dr Rahman) dan saya sendiri.
Malahan Jabatan Peguam Negara, PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (khususnya Hospital Kuala Lumpur) juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini. Selain itu, Jemaah Menteri pada masa yang material itu juga adalah pihak dalam isu sama,jika apa yang akan saya bentangkan dalam perenggan-perenggan dibawah diambil pertimbangan.
Setakat yang saya telah dinasihatkan dan sesungguhnya percaya;bahawa jika seorang Peguam Negara didapati tidak lagi berupaya diatas apa sebab pun, untuk melaksanakan tugasnya dengan sempurna, atau didapati telah melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya, maka pihak yang berkuasa mengadili/menghakimi beliau ialah suatu Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong sahaja, sepertimana perbekalan Artikel 125 Clause (4) Perlembagaan; setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Artikel sama Clause (3).(Perbekalan ini adalah digunapakai terhadap Peguam Negara bila dibaca bersama Artikel 145 Clause (6)).
Precedent penggunaan Artikel  ini telah dicipta oleh mantan Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, ketika menangani isu pemecatan YAB Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara.Oleh itu soal sama ada Artikel berkenaan tidak boleh atau sukar dilaksanakan tidak timbul.
Berkaitan dengan dakwaan DSAI yang beliau buat pada 1.7.2008 itu, izinkan saya memaklumkan kepada Tan Sri, bahawa saya telah dibawa menemui Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (YAB PM) persendirian pada 23 Oktober 2008 lebih kurang jam 1030 pagi di-Pejabat Menteri Kewangan.
Ketika itu YAB PM masih lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang baru diambil alih. Pertemuan ini diatur dipercayai terbit daripada pendedahan yang saya buat, menerusi Pernyataan Tuntutan saya yang disiarkan meluas olih media, apabila kandungan tuntutan tersebut dibacakan sepenuhnya olih pihak Pembelaan dalam prosiding kes liwat terhadap DSAI, ketika diperingkat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dalam bulan Ogos/ September 2008.
Saya harus menyatakan bahawa interaksi antara kami dilakukan dalam suasana yang sangat mesra, dalam semangat persahabatan dan saya sedikit pun tidak rasa tertekan walaupun itulah kali pertama saya mengenali YAB PM.
Dalam pertemuan ini, saya telah menjelaskan kepada beliau peranan dimainkan masing-masing oleh TSGP,TSMH, Dr Rahman dan saya sendiri dalam penyiasatan “kes mata-lebam”.
Saya menyentuh sedikit sebanyak butir yang terkandung dalam kertas siasatan kes tersebut dan mengenai keterangan yang telah saya berikan kepada SPRM. YAB PM ada membuat komen-komen tertentu, mengenai isu yang saya taklimatkan secara lisan kepada beliau.
Dalam perbualan sama, saya memberitahu YAB PM mengenai maklumat yang saya perolehi; dimana pihak Kerajaan telah melantik satu Panel bagi mengkaji siasatan yang dijalankan oleh SPRM.
Saya juga telah menyebutkan nama dua orang yang telah dilantik sahaja yang saya ketahui pada masa itu. Secara sepontan YAB PM bangun daripada tempat duduknya dan menyatakan dengan serious bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai perlantikan Panel yang saya nyatakan kepadanya.
Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sekiranya benar sesuatu Panel telah dilantik, beliau pasti telah ditaklimatkan mengenainya. Malahan YAB PM telah menasihatkan saya supaya tidak  percaya dengan khabar angin sedemikian kerana perkara itu adalah tidak benar. Setelah berbual satu dua perkara lain saya telah meninggalkan Pejabat YAB PM.
Sekembalinya dari pertemuan tersebut, saya mengambil sikap tunggu dan lihat. Seterusnya menjelang Februari 2009 saya mendapat maklumat, keputusan siasatan SPRM akan diumumkan sedikit hari lagi.
Justeru itu saya mengambil keputusan untuk mengemukakan satu laporan bertulis yang lengkap, kepada YAB PM. Laporan tersebut bertarikh 19 Februari 2009 (lebih kurang 3 minggu sebelum keputusan rasmi diumumkan di-Parlimen pada 11.3.2009) yang  dialamatkan atas nama YAB PM persendirian dan dihantar dengan tangan serta disahkan penerimaannya oleh Pejabat Menteri Kewangan.
Tanpa menyentuh butiran terperinci laporan tersebut, memadai jika saya menyatakan bahawa ianya boleh disifatkan sebagai “a no holds barred report”. (Dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010 perenggan 12 ,saya ada setakat menyebut mengenai edaran surat kepada YAB PM ini.)
Untuk faedah Tan Sri,saya perturunkan perenggan 4 laporan kepada YAB PM tersebut seperti berikut;
 “Para 4:
Dengan rendah diri saya memberi maklumat ini secara terus kepada YAB Datuk Seri,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa YAB Datuk Seri akan menerajui kepimpinan Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 menjelang akhir Mac atau April depan.
a)    Ianya juga adalah,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa SPRM tidak dapat tiada akan merujuk hasil siasatan laporan DSAI berkaitan kes “mereka keterangan palsu” itu kepada YAB Datuk Seri,memandangkan kedudukkan Gani Patail dan Musa Hassan sebagai orang nombor satu dalam Jabatan masing-masing.
b)    Sesungguhnya dengan rendah diri,saya memohon agar YAB Datuk Seri sudi menerima maklumat yang akan menyusul dibawah sebagai input mustahak dalam membantu YAB Datuk Seri mempertimbangkan sesuatu keputusan yang terbaik,adil dan saksama dan “without fear or favour”berkaitan  kes “mereka keterangan palsu” tersebut.
Ditandatangan oleh Mat Zain Ibrahim bertarikh 19.2.2009.

Seterusnya pada 11.3.2009, Datuk Seri Nazri telah membuat pengumuman di-Parlimen mengenai keputusan siasatan SPRM tersebut. Antara perkara penting yang beliau umumkan ialah; bahawa siasatan dan keputusan tersebut telah selesai dua bulan daripada tarikh laporan DSAI, bermakna dalam minggu pertama bulan September 2008.
Bagaimanapun hanya diumumkan pada hari tersebut kerana kes ini sangat sensitif.Beliau seterusnya mengumumkan bahawa siasatan SPRM telah diteliti oleh tiga orang Ahli Panel bebas yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya(DPP) mengikut Kanun Prosidur Jenayah(CPC) oleh Peguam Cara Negara(SG).
Beliau juga memberikan nama-nama tiga orang Ahli Panel bebas tersebut iaitu; Datuk Abdul Kadir Sulaiman, Datuk Wira Mohd. Noor Ahmad dan Datuk Mohd. Noor Abdullah,masing-masing mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan.
Selanjutnya beliau mengumumkan bahawa Ahli Panel sebulat suara (3-0) mendapati TSMH tidak terlibat dalam sebarang salah laku jenayah manakala keputusan majority (2-1) terhadap TSGP yang bermakna seorang dari Ahli Panel tersebut mendapati terdapat keterangan mengaitkan TSGP dalam suatu salah-laku. Namun begitu kedua-dua TSGP dan TSMH dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah.
Perkara penting yang boleh saya rumuskan mengenai ketususan ini ialah; maklumat yang saya berikan kepada YAB PM ketika menemuinya pada 23.10.2008, berkaitan dengan perlantikan Ahli Panel tersebut adalah betul.
Dua nama Ahli Panel yang saya berikan kepada YAB PM ketika itu juga betul. Perkara yang lebih penting dari itu ialah;keputusan siasatan kes tersebut telah selesai dibuat pada awal September 2008 yang bermakna pada ketika saya menemui YAB PM, keputusan berkenaan sebenarnya telah selesai dibuat lebih kurang 6 minggu sebelum pertemuan itu.
Sedangkan, YAB PM sendiri masih tidak tahu menahu mengenainya dan diletakkan dalam gelap berkaitan suatu perkara undang-undang yang sangat mustahak, yang melibatkan seorang Peguam Negara dan seorang Ketua Polis Negara. Walhal setahu saya adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara untuk menasihatkan Jemaah Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.
Pegumuman Datuk Seri Nazri pada 11.3.2009 itu, menyedarkan saya bahawa Peguam Negara telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa SG mempunyai kuasa untuk melantik Ahli-Ahli Panel tersebut sebagai DPP mengikut peruntukkan dalam CPC, tetapi sebenarnya SG tidak mempunyai hak atau kuasa ini sepertimana jelas dalam Seksyen 376(4) CPC.
Peguam Negara juga telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa kononya Ahli-Ahli Panel Bebas terdiri daripada mantan-mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang dilantik sedemikian itu, mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili/menghakimi seorang Peguam Negara, padahal, hak dan kuasa untuk melantik Tribunal bagi maksud tersebut hanya terletak kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong seorang sahaja, setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri sendiri, sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.
Saya sedikitpun tidak terkejut dengan perkembangan ini oleh kerana ini bukan kali pertama Peguam Negara memperdayakan (atau dalam terma yang digunakan dalam Kanun Keseksaan,”menipu”) Jemaah Menteri, untuk mempercayai perkara yang tidak benar dan menyebabkan Jemaah Menteri melakukan sesuatu,yang tidak akan dilakukan, sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Beliau pernah lakukan perkara yang sama didalam proses siasatan kes mata-lebam.
Terbit daripada pengumuman oleh Datuk Seri Nazri sedemikian itu,saya telah menghantar surat bantahan dan rayuan, Rujukan MZ/SUL/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah,(LPPR), dan salinannya kepada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kecil LPPR dan Jawatankuasa Khas (Parlimen).
Saya turut menulis laporan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Persendirian) pada 7.5.2009 dan mengedarkan kedua-dua salinan laporan diatas kepada SG yang masing-masing telah akui penerimaannya. Saya ada menyebut perkara ini dalam perenggan 13 dan 14 surat saya bertarikh 6.5.2010 kepada Tan Sri.
Dalam laporan saya kepada LPPR itu, saya telah menghuraikan dengan terperinci mengenai caramana pemalsuan keterangan tersebut telah dilakukan dan oleh siapa. Saya juga turut melampirkan dokumen-dokumen buktinya.
Selain itu saya juga mempersoalkan berkaitan kesahihan perlantikkan Ahli-Ahli Panel bebas oleh SG demikian itu.(Bekaitan hak dan kuasa yang wajib dilaksanakan oleh Pendakwa Raya secara sendiri, sudi Tan Sri merujuk kepada hujah yang dikemukakan  oleh SG sendiri dihadapan Hakim YA Datuk Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008 dalam perkara Pendakwa Raya lwn DSAI (Decision on Revision bertarikh 5.3.2009) berkaitan kuasa Pendakwa Raya menandatangani sendiri sijil dibawah Seksyen 418(1) CPC yang boleh dibaca bersama dengan kuasa Pendakwa Raya sendiri dalam melantik Timbalan Pendakwa Raya dibawah Seksyen 376(4)CPC.).
Selain daripada dua perkara utama dalam laporan tersebut saya telah memadatkan/meringkaskan maklumat mengenai insiden menipu Jemaah Menteri sepertimana terkandung dalam perenggan 41 hingga 42 (a) yang diperturunkan seperti dibawah: “KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI MENUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA.
Jemaah menteri yang bermesyuarat pada 27.1.1999 bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,yang mendapat perkenan SPB Yang Di Pertuan Agong pada 3.2.1999.(Jemput YA Bhg.Tun,merujuk lampiran N,iaitu salinan surat Kerajaan memohon perkenan tersebut). Terma rujukan Suruhanjaya Di Raja yang di-Titahkan adalah sepertimana perenggan 4(i)dan (ii).
Saya ada alasan untuk menegaskan bahawa Jemaah Menteri mengambil keputusan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja ini setelah dibekalkan dengan maklumat yang mengelirukan dan tidak benar (sepertimana kandungan Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999), berkaitan status siasatan kes mata-lebam ketika itu,serta maklumat kononnya mengenai ketidakupayaan dan/atau ketidakcekapan PDRM menangani siasatan kes ini.
Saya percaya sekiranya Peguam Negara telah menasihatkan Kabinet bahawa siasatan PDRM telah mengesahkan sebab kecederaan mata-lebam tersebut serta mengenalpasti sejak 30.10.1998 lagi,orang yang bertanggung-jawab mencederakan Anwar Ibrahim, saya yakin Kerajaan tidak akan membuang masa dan dana Rakyat serta mengaibkan PDRM,dengan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,jika hanya untuk mencari jawapan yang sama yang telah PDRM bentangkan tanpa sebarang keraguan, kepada Gani Patail.
Walaupun diakhir prosiding Suruhanjaya Di Raja tersebut, Yang Arif Pengerusinya telah sedaya upaya cuba menaikkan imej dan keyakinan rakyat terhadap PDRM dengan kata-kata pujian akan bagaimana tegas dan jujurnya Pegawai-pegawai dan anggota Pangkat Rendah PDRM memberikan keterangan masing-masing walaupun terhadap Ketua Polis Negara mereka, hakikatnya ianya telah terlewat kerana ketika itu intergriti dan imej PDRM telah dimusnahkan dengan hanya satu Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999 yang direka.”
 Saya percaya penerima-penerima laporan bertarikh 15.4.2009 itu tidak terlepas pandang maklumat diatas. Sungguhpun saya terdengar komen yang menyatakan maklumat tersebut adalah keterlaluan dan ada juga yang mempersendakannya sebagai maklumat mengarut,namun majoriti daripada mereka bersetuju maklumat tersebut adalah serious.
Namun begitu, masa telah menentukan untuk saya merasa telah di-“vindicated” setelah 15 bulan mengemukakan maklumat tersebut, apabila pada 29.7.2010, Peguam Negara sendiri,yang mengetuai Pasukan Pendakwaannya yang terbaik, telah menuduh YAB Tun Dr Ling Liong Sik (Tun LLS), bekas Menteri Kanan Persekutuan di-Mahkamah, dibawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan, kerana menipu Jemaah Menteri.
Maklumat yang dahulunya dikatakan sebagai keterlaluan dan mengarut dan tidak mungkin berlaku kepada Jemaah Menteri, kini terserlah dan tidak boleh disembunyikan lagi.
Sekiranya Peguam Negara menuduh Tun LLS dalam apa pertuduhan lain pun, beliau dan keluarganya tetap akan merasa keaibannya.Malah mungkin banyak lagi kesalahan yang lebih berat yang beliau boleh dituduh berkaitan skandal PKFZ itu.
Tetapi apabila Peguam Negara dengan sengaja memilih untuk menuduhnya kerana menipu Jemaah Menteri, maka bukan sahaja  Tun LLS yang merasa aib, bahkan kesemua Ahli Jemaah Menteri dan rakyat telah diaibkan. Ianya boleh memberi gambaran negatif seolah-olah Jemaah Menteri Malaysia terdiri dari gulungan mereka yang dengan mudah ditipu.
Siapa yang ada ekses untuk menipu Jemaah Menteri, kalau tidak dikalangan Menteri sendiri atau orang-orang yang dipertanggung-jawabkan oleh Perlembagaan untuk menasihatkan Jemaah Menteri. Mesej apa yang ingin disampaikan oleh Peguam Negara dan kepada siapa, hanya beliau mengetahuinya.
Namun begitu,mungkin ada hikmahNya Peguam Negara berbuat begitu.Jika Bahagian Pendakwaan dapat mengesan “ingredients” yang diperlukan untuk membuktikan Tun LLS telah menipu Jemaah Menteri, sepertimana pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau, bagaimana pula mereka boleh terlepas pandang kesalahan menipu Jemaah Menteri yang dilakukan oleh TSGP sendiri?
Walhal maklumat mengenai kesalahan itu sepertimana perenggan 7.3 diatas adalah sangat jelas, dan telah diakui terima oleh SG.Lebih-lebih lagi kita ketahui SG dan Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara adalah orang-orang yang sangat teliti apabila mengkaji sesuatu kertas siasatan dan pakar dalam undang-undang jenayah.
Tidak mungkin mereka terlepas pandang.Lagipun “ingredients” untuk membuktikan kes tersebut, semuanya dimuatkan dalam maklumat berkenaan. Apa yang pasti ialah, pertuduhan menipu Jemaah Menteri terhadap Tun LLS itu tidak adil kepada beliau,jika Peguam Negara pula tidak dituduh,kerana beliau juga pernah menipu Jemaah Menteri, sekurang-kurangnya dua kali.
Baru-baru ini pula,ketika perbicaraan OC Phang, salah seorang tertuduh dalam skandal PKFZ, seorang DPP daripada Jabatan Peguam Negara telah menyatakan persetujuannya di-Mahkamah, untuk perbicaraan kes Tun LLS diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologi kejadian, kes yang dihadapi oleh Tun LLS, telah berlaku terlebih dahulu daripada kes terhadap OC Phang.
Saya tidak akan terkejut ,apabila perbicaraan kes Tun LLS dimulakan,Peguam beliau akan meminta pula, pendakwaan terhadap Peguam Negara diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologinya, Peguam Negara yang lebih dahulu menipu Jemaah Menteri daripada Tun LLS.
Apa pula pendirian yang akan diambil oleh DPP ketika itu,kita tunggu dan lihat. Secara ikhlas,saya tidak berniat untuk mempersendakan perkara ini,tetapi hampa melihat Sistem Keadilan Jenayah dan Sistem Pentadbiran Keadilan kita dihalakan kelorong kemusnahan dan kehancuran oleh orang yang telah diberi kuasa mengawalnya, seolah-olah rakyat jelata semuanya buta undang-undang.
Saya juga tidak berhasrat untuk melebarkan perkara dalam persoalan ini dengan isu lain.Namun begitu,saya juga tidak dapat mengelakkan diri daripada bercakap mengenai Statutory Declaration(SD) palsu oleh Private Investigator Balasubramaniam  (PI Bala).
Jelas PI Bala telah melakukan suatu kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya. Malah PI Bala sendiri mengaku bahawa SD keduanya itu, mengandungi kenyataan palsu serta dengan berani secara terbuka, mencabar TSGP menuduhnya di-Mahkamah. Rakyat jelata, malahan rakyat Malaysia diseluruh dunia pun tahu perkara ini.
Dari sudut keputusannya, kita harus terima hakikat bahawa apa juga keputusan yang dibuat mengenai kes ini, Peguam Negara adalah dilindungi oleh Perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan di-Mahkamah.
Persoalannya, adakah Peguam Negara sendiri telah membuat keputusan yang adil kepada semua pihak? Tentunya ia tidak adil kepada orang-orang yang telah dituduh kerana melakukan kesalahan yang sama seperti PI Bala,atau yang dituduh membuat afidavit palsu,atau memberi keterangan palsu di-Mahkamah, ataupun orang-orang yang telah dituduh kerana kesalahan-kesalahan berkaitan membuat, atau memberi keterangan palsu yang lain yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan juga.
Malah lebih tidak adil lagi,kepada orang-orang yang telah didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara pula.
Antaranya yang saya ingat, ialah dalam kes seorang Sharma Kumari Shukla, yang dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara bagi setiap satu daripada dua kes membuat kenyataan palsu, dalam afidavit, berkaitan dengan nama beliau sahaja,iaitu perbezaan diantara “Sharma Kumari” dan “Sharma Kumari Shukla” pada 26.4.2000.
Malah ketika menjatuhkan hukuman, Majistret Juliana Mohammad dilapor menyatakan “making false statement was like giving false evidence,which could undermine the country’s justice system”.
Saya juga masih ingat betapa Peguam Negara begitu megah dengan kejayaan seorang DPP-nya yang berhujjah bersungguh-sungguh dalam prosiding rayuan, dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul (mendiang) apabila  Sharma Kumari dibebaskan, tanpa membela diri pada mulanya.
Mungkin lebih tidak adil lagi kepada Sharma Kumari, apabila dalam rayuan kes kes yang lebih berat lagi daripada kes beliau, malah hingga ada kes yang menyebabkan kehilangan nyawa, Peguam Negara bertindak sambil lewa sahaja, malahan ada yang tidak dibuat rayuan langsung.
Disebalik itu pula, mungkin keputusan TSGP untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap PI Bala, dan menutup kes terhadapnya, adalah sangat adil kepada TSGP sendiri yang boleh dibuktikan telah memalsukan beberapa keterangan, atau kepada kenalan beliau atau orang-orang lain yang telah melakukan kesalahan serupa tetapi dikecualikan daripada tindakan undang-undang.
Antara yang saya ingat ialah dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (TSRTC)bekas Ketua Menteri Melaka. TSGP sendiri yang telah mengesahkan bahawa terdapat keterangan prima-facie berkaitan empat pertuduhan jenayah yang boleh dikenakan terhadap TSRTC, dan salah satu daripada kesalahan-kesalahan tersebut ialah kerana membuat Statutory Declaration palsu di-Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri ketika itu terletak di-Jalan Datuk Onn Kuala Lumpur,suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya. (Komen saya mengenai TSGP berkaitan perkara TSRTC dan beberapa yang lain adalah sepertimana perenggan 19,20 dan 21 dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010, khasnya perenggan 29). 
Dalam hal diatas saya hanya mampu memberi pendapat peribadi saya untuk menyatakan, bahawa caramana Peguam Negara sampai kepada keputusan yang dibuatnya berkaitan kes PI Bala dan sebelum itu, dalam memilih pertuduhan sesuai terhadap Tun LLS, mengesahkan tanpa ragu lagi, bahawa beliau tidak menghiraukan langsung hak kesamarataan individu dari sudut undang-undang, yang dijamin oleh  Perlembagaan .
Tidak keterlaluan untuk saya menyatakan bahawa beliau telah sampai ketahap tidak lagi mampu berfikir secara rasional.Saya berpendapat bahawa TSGP telah hilang keupayaan untuk melaksanakan tanggung-jawab dan fungsi jawatannya, dengan betul dan adil selaku Peguam Negara.
Saya juga berpendapat yang beliau tidak lagi mampu dan berupaya untuk menjadi pelindung Keadilan Awam dan hak asasi rakyat. Sebagai seorang individu, saya berhak untuk tidak membiarkan hak kebebasan individu saya,isteri dan anak-anak serta cucu-cucu saya  ditentukan oleh seorang yang tidak waras dan rasional lagi. Mungkin ramai individu lain juga berpendirian sedemikian.
Sekiranya Ketua Hakim Negara boleh dibawa kehadapan Tribunal, jika bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar,Menteri-Menteri kanan termasuk Tun LLS, Ahli-Ahli Parlimen, Ketua Polis Negara,Panglima dalam Tentera Darat, Ketua Setiausaha Kementrian, Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan dan lain-lain, mampu dihadapkan kemuka pengadilan oleh Kerajaan,malah  ada diantara mereka yang telah menjalani hukuman, dibuang kes dan ada yang masih menunggu perbicaraan selain daripada telah diaibkan.
Apa istimewanya Peguam Negara? Walaupun kita wajar hurmati kuasa seorang Peguam Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, namun, tidak ada dalam mana-mana undang-undang Malaysia yang melindungi beliau sekiranya, menyalahgunakan kuasanya atau melakukan jenayah.
Beliau tidak ada hak atau kuasa untuk sewenang-wenangnya mencabuli undang-undang, lebih-lebih lagi jika jenayah itu adalah terhadap Keadilan Awam itu sendiri dimana beliau sepatutnya menjadi pelindungnya.
Sungguh pantas masa berlalu. Kini usia kes mata-lebam telah genap 12 tahun dan sedang melangkah pantas menuju tahun ke-13. Jika tidak ada penutupan sepenuhnya (“full and final closure”) kepada episode ini, ia akan terus melangkah 12 tahun lagi dan tidak berkesudahan.
Setiap hari ada sahaja peristiwa yang mengingatkan saya kepada insiden mata-lebam ini.Malahan di-Parlimen pun sejak insiden ini berlaku sehingga kehari ini tidak henti-henti membahaskannya, dan tidak nampak tanda-tanda untuk ia dihentikan dalam masa terdekat ini.
Ketika saya mulakan menulis surat ini kepada Tan Sri dua hari lalu; mengingatkan saya tempoh 8.10.1998 hingga 20.11.1998 genap 12 tahun dalam sejarah,merupakan tempoh paling rumit yang PDRM lalui menangani kes mata-lebam ini,khasnya kepada diri saya sendiri.
Saya sedar bukan tidak ada usaha PDRM dan Kerajaan untuk membawa kes ini kepada penutupan sepenuhnya. Malangnya terdapat halangan-halangan yang sengaja diujudkan olih pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini, dengan memutar belitkan fakta-fakta yang betul, malahan membenamkan keterangan sebenar daripada diketahui umum dan Jemaah Menteri, sehingga memburukkan lagi keadaan.
Saya percaya Tan Sri, pucuk pimpinan tertinggi dan warga PDRM keseluruhannya,berminat mengetahui apakah tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan PDRM sendiri ketika itu, untuk membawa penutupan segera kepada peristiwa tersebut sebelum didedahkan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja, yang pada pendapat saya, tidak sepatutnya diadakan.
Untuk faedah Tan Sri,saya ringkaskan seperti perenggan-perenggan berikut dibawah.
Sebenarnya persetujuan untuk penutupan sepenuhnya insiden mata-lebam itu, dicapai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang hari Khamis 8.10.1998. Persetujuan ini dicapai diantara Tan Sri Abdul Rahim Noor (TSRN), Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai,Timbalan Ketua Polis Negara dan saya selaku Pegawai Penyiasat,didalam bilik Pejabat TSRN sendiri.
Wajar saya menyatakan kesediaan dan kerelaan TSRN mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden mata-lebam yang telah berlaku itu, dibuat secara sukarela dan tanpa pujukkan sebagai seorang gentleman.
Proses penutupan ini juga dipersetujui dibuat secara professional,mengikut lunas undang-undang dan perlaksanaan sepenuhnya dibuat secara “above board”.
Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan kertas-siasatan serta merta dan lain-lain dokumentasi yang berkaitan,termasuk menyediakan factor-faktor mitigasi (mitigating factors),yang saya perakukan boleh disiapkan dalam tempoh 2 hari.
Dengan mengambil kira tempoh rayuan 10 hari daripada Isnin 12.10.1998, jika ada sebarang rayuan keatas hukuman, kita menjangka dapat menutup kes tersebut sepenuhnya pada Khamis 22.10.1998.
Setelah memberi persetujuan tersebut saya lihat wajah TSRN begitu tenang,dan menerusi “body language” beliau, saya dapati seolah beliau begitu lega, setelah beban diatas bahunya dilepaskan.Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau(TSRN) layak membeli staff-car Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk repair sedikit-sedikit mana yang rosak.
TSRN juga memanggil PA beliau untuk menyemak baki pinjaman perumahannya atau bil-bil Kerajaan yang perlu beliau jelaskan.Malah beliau berpesan kepada Tan Sri Norian untuk menjaga kebajikkan “budak-budak” (anggota polis) yang menjaga dan mengawal kediamannya dengan baik.
Tan Sri Norian juga ada menyatakan yang beliau dan seluruh warga Polis tidak akan melupakan jasa-jasa TSRN kepada PDRM dan berjanji akan membantu beliau dan keluarga setakat yang termampu setelah TSRN meninggalkan Pasukan; mengikut rancangan,dua hari selepas perjumpaan kami itu,bagi membolehkan PDRM membuka lembaran baru.
Begitulah antara suasana dalam bilik TSRN ketika itu, dan selepas bersalaman dan memohon kemaafan dan ucapan terima kasih saya dan keluarga kepada beliau,serta berjanji akan menjengok-jengok keluarga beliau di-Melaka, saya telah meninggalkan Pejabat TSRN jam lebih kurang 3.30 petang, membiarkan mereka berdua untuk meneruskan perbualan.
Manusia hanya boleh merancang, tetapi Allah sahaja yang boleh menentukanNya. Saya mendapat tahu kemudiannya, iaitu pada jam lebih kurang 5.00 hingga 5.30 petang 8.10.1998 itu, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) diringi oleh orang kuatnya Datuk Abdul Ghani Patail, telah menemui TSRN dibilik Pejabat KPN.
Lebih kurang jam 6.00 petang itu saya dipanggil untuk berjumpa dengan Tan Sri Norian dan beliau cuma memberitahu saya “untuk meneruskan siasatan seperti biasa”, dan apabila melihat beliau membuat gesture bahunya sedemikian, saya faham bahawa persetujuan yang dicapai antara kami beberapa jam sahaja sebelum itu telah dibatalkan.
Saya harus menyatakan bahawa saya terkejut dan hampa dengan perubahan ini, tetapi siapalah saya untuk menghalangnya, oleh kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.
Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan mengenepikan sebarang keraguan Tan Sri, kepada ketepatan kronologi yang saya huraikan diperenggan 12 diatas, saya menggesa Tan Sri mendapatkan Kertas Siasatan kes mata lebam IP No: 8497/98 bersangkut Tun HS Lee Rpt: 25223/98 yang mungkin masih tersorok di-Jabatan Peguam Negara; untuk menyemak Diari Penyiasatan saya dan juga Minit-Minit saya bertarikh 15.10.1998,29.10.1998 dan 27.1.1999 yang kesemuanya berjumlah lebih daripada 100 muka surat, bagi tujuan verifikasi.Walaupun Diari Penyiasatan saya, tidak 100 peratus lengkap seperti sebuah novel, namun tarikh,waktu dan rakaman ringkas peristiwa penting adalah cukup untuk menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa sebenar yang berlaku.
Sudi nanti Tan Sri merujuk Diari Penyiasatan bertarikh 8.10.1998 (Khamis) siri 75 hingga 78  muka surat 22 hingga 24 khasnya nombor siri 78 bertarikh 8.10.1998 mulai jam 2.30 petang berkaitan dengan persetujuan penutupan berkenaan.
Untuk peristiwa berkaitan sebelumnya,sudi juga merujuk siri no: 73 bertarikh 7.10.1998 (Rabu) jam 8.45 malam hingga 1100 malam dirumah Tim KPN, Tan Sri Norian. Saya juga ada merakamkan nama Pengarah-Pengarah PDRM yang hadir sama.
Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan pendirian PDRM dalam menangani siasatan ini dan cara terbaik menyelesaiknya segera, tanpa membelakangkan undang-undang. Saya juga telah diberi mandat untuk mengambil keputusan sendiri, asalkan nama baik dan imej Pasukan dipelihara.
Dalam siri No: 74 pula saya ada merakamkan mengenai perbincangan menerusi telefon antara jam 1200 tengah malam(7.10.1998) hingga 1.00 pagi (8.10.1998)dengan KPN.  
Mengenai pendirian TSRN sendiri berkaitan siasatan ini pula,sila Tan Sri rujuk siri No:15 jam 9.30 hingga 11 malam, Ahad 27.9.1998, bertempat di-Pejabat Komander Brigade Tengah, Cheras.
Dalam perjumpaan ini beliau secara one-to-one dengan saya mengarahkan untuk siasatan dijalankan secara berkecuali dan “to leave no stone unturned”. TSRN juga berpesan bahawa sebarang keputusan yang saya bakal ambil, hendaklah meletakkan imej Pasukan diatas segalanya.
Selanjutnya, sejak 9.10.1998 tempo dalam “gelanggang” siasatan bertukar menjadi tegang. Beberapa kali berlaku pertembongan secara “head-on” antara TSGP dan saya. Tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak pun jika saya menghuraikan apa yang terkeluar dari mulut TSGP dan apa pula yang terkeluar dari mulut saya.
Mungkin hanya akan menimbulkan permusuhan dan benci membenci antara pihak-pihak yang tidak berkenaan. Namun begitu saya telah mengambil langkah-langkah yang terdaya oleh saya, sepertimana yang saya telah jelaskan terperinci dalam perenggan 10.9.1 Surat Terbuka Pertama.
Selanjutnya,tanpa sedikitpun menghiraukan nasihat, sergahan dan amaran daripada saya yang lebih tua dari beliau, TSGP terus melakukan pemalsuan untuk menutup pemalsuan terdahulu dan membenamkan keterangan untuk membenamkan keterangan sebelum itu.
TSGP yang sebelum insiden mata-lebam itu mungkin bersih daripada sebarang salah laku jenayah,tetapi kini mengikut pengiraan saya sendiri; boleh dihadapkan dengan sekurang-kurangnya 6 dakwaan salah laku jenayah melibatkan pembuatan keterangan palsu dan menyorokkan dan/atau cuba membinasaka keterangan,kesalahan-kesalahan yang beliau cari sendiri.
Lebih lama kes mata-lebam ini kekal,lebih banyak kesalahan tambahan yang mungkin akan tercipta,dan tidak hairan ramai lagi orang-orang yang tidak berkenaan akan terbabit, lebih-lebih lagi Pegawai-Pegawai Kanan kita yang bagus-bagus,terutamanya di-Jabatan Peguam Negara boleh menjadi korban keadaan, selain dari ianya merosakkan imej Negara.
Kita tidak dapat menafikan hakikatnya, bahawa kes mata-lebam itu dicetuskan oleh PDRM sendiri. Sewajarnyalah PDRM yang menyelesaikannya. Walaupun pihak Peguam Negara keberatan melepaskan kertas siasatan kes berkenaan sejak awal 1999 sehingga dirampas oleh pihak SPRM pada July 2008,atas sebab-sebab yang saya percaya TSGP dan TSMH ketahui, tidak bermakna PDRM  kini terus menanggung beban mereka.
Kita sedar hakikatnya bahawa Jemaah Menteri sendiri tidak mampu menyelesaikannya. Oleh kerana Jemaah Menteri tidak dibekalkan dengan kuasa menyiasat, atau kuasa membuat tangkapan,atau kuasa pendakwaan dan jauh sekali kuasa menjatuhkan hukuman. Yang ada dua daripada empat kuasa tersebut adalah Polis…
Saya memohon maaf jika penulisan saya kali ini membebankan Tan Sri. Saya ingin Tan Sri ketahui bahawa saya melakukan ini semata-mata sebagai memenuhi janji saya kepada pucuk pimpinan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri yang telah saya perakukan secara bertulis apabila selesai siasatan kes mata-lebam tersebut.
Jemput rujuk perakuan saya dalam muka surat 14 perenggan 9, Minit bertarikh 29.10.1998 dan muka surat 26 perenggan 9 juga, Minit bertarikh 27.1.1999. Tidak hairan jika Kertas Siasatan tersebut sengaja disorokkan akibat minit-minit ini.
Malah kertas siasatan sama pernah “dihilangkan” antara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 yang menyebabkan heboh seluruh Negara kerana berita “kehilangan”ini disiarkan disemua akhbar dan siaran Buletin Utama TV dan dibahaskan juga dalam Parlimen.
Sebagai insan biasa yang lemah, saya juga tidak terlepas daripada membuat salah dan kesilapan. Ada juga kegagalan saya semasa dalam perhidmatan. Terdapat juga hari-hari bodoh dan hari-hari malas saya ketika dalam Pasukan.
Namun disebalik itu, saya boleh mendabik dada dan mengangkat kepala, bahawa saya tidak pernah sekali dalam khidmat saya, menganiaya sesiapa. Saya tidak pernah memalsukan fakta dan keterangan untuk mensabitkan kesalahan terhadap mana-mana orang. Lebih daripada itu, saya tidak pernah menggadai atau melelong maruah Pasukan.
Akhir kata saya doakan YDH Tan Sri dianugerahkan kesihatan dan kesejahteraan, untuk memimpin barisan baru kepimpinan tertinggi PDRM yang kesemuanya dikenali dan diyakini dapat membantu Tan Sri, untuk membawa semula PDRM kezaman bilamana rakyat menaruh keyakinan dan penghurmatan yang tinggi terhadapnya, dan zaman kemegahan serta kemantapan semangat setia kawan, seperti yang pernah kita nikmati bersama, sepanjang dekad sembilan puluhan.
Selamat maju jaya.

Pembersihan 'pengkhiat' dalam PKR bermula

Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu dariapda "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

NONEBercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.

Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang.

"Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.

Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi.

DS Nizar berQurban di Batu 14 Lekir

Pada hari Raya Qurban kali ini, Dato Seri Hj Nizar telah sudi utk menyumbangkan 3 ekor lembu utk kawasan Lekir. Beliau juga telah diundang utk membaca khutbah Hari Raya..



















Qurban yg ke dua telah selesai disempurnakan oleh DS Niza

Kami tunggu Nizar kami tak mahu orang lain.

DS Nizar memulakan acara memacakkan papan tanda cawangan sempena pembukaan cawangan terbaru PAS dalam parlimen Bukit Gantang,dengan memasukkan bancuhan simen.
DS Nizar dan Ustaz Nordin bersama penduduk Kg Salak Baru,Trong yang berjaya menubuhkan cawangan Pas di kawasan yang dikatakan kubu kuat Umno.Tepat 10.44 pagi ,18 November 2010 papan tanda berjaya ditegakkan.



Kita diminta PAS Cawangan Kg Salak Baru dalam DUN Trong untuk DS Nizar rasmikan pemasangan papan tanda di cawangan baru Kawasan Bukit Gantang.

Mereka ahli cawangan sanggup tunggu untuk menerima tarikh yang ditentukan oleh DS Nizar.Ahli cawangan baru ini terletak di kampung yang dulunya kubu kuat Umno.Semasa Prk Bukit Gantang ,daerah mengundi Kg Salak Baru ini dijaga Pas Selangor.Hasilnya ahli Umno sudah mula mendekati PAS dan kini menjadi Ahli Pas.

Kita memberitahu ,tidak perlu menunggu Nizar.Mereka tetap mahu DS Nizar yang merasmikan papan tanda itu.Jadi pada 11 Zulhijjah lalu 10.44 pagi pada Khamis berjaya disempurnakan DS Nizar dan Ustaz Nordin Jaafar,YDP Bukit Gantang.

Kita difahamkan musim Qurban ini ,tiga cawangan baru berjaya diwujudkan dalam Kawasan Bukit Gantang.Bagi ahli baru PAS selamat berjuang melawan Umno....

Orang Muda Geng Nizar - Umno ketaq lutut


Bentara dan anak kecil tetap mengiktiraf Nizar Ahli Parlimen mereka dan pemimpin idola mereka.
Nizar menyambut salam orang muda di Majlis Qurban di Changkat Jering.
Nizar bergambar dengan KPG Group.Pemuda Kampung Paya bergambar kenangan setelah selesai DS Nizar menyembelih lembu qurban.
Wanita muda sekeluarga meminta kebenaran DS Nizar untuk bergambar.Wanita ini tetap menganggap Nizar pembela rakyat Melayu walaupun Rosli Husein benci dengan Nizar.Gambar diambil di majlis perkahwinan di Kg pauh.
Pelajar muda tahun enam SK Panglima Bukit Gantang bertemu Nizar dipintu masuk .Minta untuk bergambar.Nizar sempat berpesan suruh bapa sokong Pakatan Rakyat.


UMNO tidak senang duduk,apabila orang muda masih bersama PAS dan pakatan rakyat.Program Nizar bersama penduduk pada 18 November lalu membuktikan orang Melayu dan pengundi di saluran 3,4, atau 5 masih bersama PAS.

Cuma pengundi di saluran 1 dan 2 yang masih UMNO harap.Namun begitu dengan sedikit kerja keras dan memberi maklumat tentang hub kelab malam Najib,warga emas akan berubah juga akhir nanti.

Bertambah pula orang Islam yang pergi Mekah ,mereka mendapat haji mabrur sudah wajib mengundi dan menyokong Pakatan Rakyat.

Nizar ziarah Veteran Pas Bukit Gantang

DS Nizar bertanya khabar kepada Haji Mohamad Mat Isa berusia kira-kira 80 tahun.Haji Mohamad pernah menjadi Ketua Cawangan Kg Pauh dalam tahun-tahun 60 an hingga 70 an.Kini tinggal bersama anak beliau.
DS Nizar apabila diberitahu terdapat warga emas yang keuzuran,pasti beliau mengambil kesempatan untuk ziarah.Baru-baru ini di BT 11,Kg Pauh DS Nizar melawat veteran Pas itu.DS Nizar sempat memberi semangat kepada Hj Mohamad.

Nizar penuh hajat penyumbang pembaca Harakah.

Nizar menyembelih binatang Qurban sumbangan pembaca Harakah di Kg Paya Changkat Jering.Satu cawangan baru yang tumbuh di kubu kuat UMNO.
Nizar menyembelih binatang Qurban di Taman Indah-Taman Indah yang juga sumbangan pembaca harakah.
Penduduk Kg Setia satu cawangan baru bergambar bersama Nizar sebaik Nizar selesai menyembelih lembu qurban sumbangan pembaca Harakah
Nizar menyembelih lembu Qurban di Kg Setia dalam DUN Kuala Sepetang.

Sidang DUN Perak Beri Peluang Bahas-Nizar


DJ Pak Ndak bersama DS Nizar di Majlis Perkahwinan ,Kg Senduk Tengah.
Pada hari raya kedua Aidil Adha kita mengikuti DS Nizar ke Majlis Walimahtulurus pengundi beliau.Kebiasaannya DS Nizar diberi peluang untuk berucap dan menyampaikan pesanan kepada tetamu.Lokasi di Kg Pauh.
Nizar menyampaikan ucapan di Kg Senduk Tengah .Kelihatan Nizar di bawah rumah penggantin .Nizar sempat menyentuh bajet Najib yang tidak mesra rakyat.Nizar juga menyindir Kerajaan Najib gagal memberi bonus kepada kakitangan kerajaan.

Baru-baru ini 18 November , kita mengikuti Nizar pergi ke majlis perkahwinan rakyat Bukit Gantang.Tiga tempat yang kita pergi. Pertama di Pecah Batu Trong,kedua di Senduk Tengah,akhir sekali BT 11,Kg Pauh .

Kebiasaannya Nizar diberikan kesempatan untuk berucap.Antara intipati ucapan DS Nizar meminta persidangan DUN Perak pada kali ini berjalan lancar tanpa masalah.Menurut Nizar Wakil Rakyat PR sudah bersedia untuk membahaskan Bajet Negeri jika persidangan DUN berjalan selama 5- 6 hari .

Nizar juga sempat menjelaskan kepada tetamu ,Sidang DUN semenjak kerajaan rampasan kuasa memerintah ,mereka tidak mengadakan sidang DUN seperti dijadualkan.

Sunday, November 21, 2010

Bangga nya melihat kedudukan malaysia dalam stastistik AIDS worldwide..

enlarge to view image
Petikan printscreen ini diperolehi dari sini. Untuk lebih banyak fakta pasal Aids dan lain-lain stastistik boleh tengok sini dan sini.

Fakta ;

1. Kematian akibat AIDS : Malaysia berada di kedudukan 43 di seluruh dunia. klik sini

2. Purata bilangan pesakit AIDS yang hidup : Malaysia berada di kedudukan 38 di seluruh dunia. klik sini

3. Ranking negara dalam penyebaran aids di kalangan orang dewasa : Malaysia berada di kedudukan 42 di seluruh dunia. Klik sini

Ada satu persamaan untuk semua ranking di atas. Persamaan tersebut ialah kesemua ranking yang berkaitan AIDS kita berada di bawah kelompok 50 negara yang terhebat. Kita memang patut bangga. Saya juga terlebih bangga. 

Akan tetapi, saya yakin result ini tidak cukup membanggakan pemimpin negara kita. Sepatutnya kita kena berada di bawah 10 kelompok terhebat produce pesakit AIDS!! Jika ini berlaku, kita akan lebih terkenal di seluruh dunia. Dari situ, barulah ramai orang akan memperkatakan kehebatan negara kita. Untuk itu, cadangan ng yen yen dan najib yang mahu membina hub hiburan malam wajar di sokong oleh seluruh rakyat malaysia. Baca sini.

Kita kena pastikan bahawa bukan hanya anak remaja yang bersosial dan anak remaja yang buang anak, je yang dapat benefit daripada kewujudan kelab-kelab malam ini. Kita kena sama-sama mengalakkan budaya AIDS menular dalam masyarakat kita. Jadikan AIDS sebagai pembunuh NO 1 di malaysia. Jadikan AIDS sebagai penyakit yang paling popular di malaysia. Jadikan slogan No Aids No Malaysia! Kalahkan diabetes dan kanser!

Ada beberapa kebaikan jika kita mengalakkan penyakit AIDS tersubur di malaysia ;

1. Pusat perubatan akan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

- Bayangkan kalau malaysia berjaya menghasilkan penghidap aids yang paling banyak di seluruh dunia, sudah tentulah kita memerlukan lebih banyak doktor2 untuk merawat penyakit neh kan? So dari situ, kerjaya doktor, nurse akan mendapat permintaan yang tinggi. Dari situ doktor dan nurse bolehlah demand gaji tinggi. Tak lupa juga kita boleh mengalakkan industri perubatan dengan penumbuhan pesat pusat2 perubatan moden dan tradisional di seluruh negara. bagus. ini bagus untuk ekonomi dalam negara. Idea najib dan ng yen yen memang relevan.

2.Kurang populasi manusia di malaysia. 

- Kalau semakin ramai yang mati akibat aids, maka semakin kuranglah manusia kat malaysia neh, so semakinla jimat penggunaan oksigen. Almaklumla pokok semakin lama semakin kurang, so bagi mengurangkan masalah ini, manusia pun patut dikurangkan. Saya memang setuju habis dengan idea najib bina kelab malam neh. Brilliant. 

3. Peluang untuk para pengiklan buat duit.

- Kalau nak tahu, kat malaysia neh kerajaan kita belanja berjuta2 setahun untuk kempen kesedaran AIDS dan seks cara selamat. So, kalau semakin banyak penghidap aids di kesan di malaysia, ini bermaksud kerajaan terpaksa belanja lebih untuk kempen seperti ini. Ini bermaksud para pengiklan akan dapat lebih banyak jobs yang automatiknya boleh membantu menjanakan pendapatan mereka. Ini bagus, pusingan ekonomi yang menarik. Kita kerja. Kita bayar cukai (kadang2 ejaan dia boleh menjadi seperti ini ZAKAT) . Lepas tue kerajaan gunakan cukai (kadang2 ejaan dia boleh bertukar menjadi seperti ini ZAKAT) untuk buat promosi kempen perangai AIDS. Begitulah seterusnya.. kan ke SYOK kita saling bantu membantu?

4. Mencipta peluang pekerjaan.

-Jika kelab2 malam yang ada terlalu sesak dengan ramai rakyat yang beria2 mahu berjihad untuk negara dalam membantu ekonomi negara dengan menempah penyakit aids, maka akan datang banyak lagi la pusat2 hiburan akan lahir di mana sekaligus membantu menambahkan kutipan cukai dalam negara. Bukan kah ini perkembangan yang sangat baik untuk ekonomi kita? Kelab malam yang baru sudah tentu akan mengupah gro yang baru, pekerja bar yang baru, permintaan arak semakin banyak dan begitulah seterusnya.

5.Kilang carlsberg/arak semakin maju

- Insya-Allah, pada masa akan datang kilang arak di malaysia boleh memperluaskan empayar nya di seluruh malaysia dengan setiap satu negeri satu kilang arak, bagi memenuhi permintaan arak di kalangan rakyat malaysia. Ingatlah, kita berjihad agar di hidapi aids demi negara kita yang tercinta atas nama untuk memajukan sektor ekonomi kita. So, dari sini kita telah mencipta banyak peluang pekerjaan.

6.Mencipta rekod dan malaysia akan jadi terkenal.

- Seterusnya, setelah kita menduduki ranking topten dalam senarai penghidap, pesakit dan kematian angkara AIDS, nama malaysia akan sering disebut2 oleh negara lain menerusi media dan berita2 mereka. Dari situ, insya-Allah kita akan mengamit pelancong luar untuk terus terusan berkunjung ke malaysia. 

Hiduplah AIDS demi Malaysia. Malaysia boleh! Aids pun boleh! Satuu... AIds!!

Ameno : Lazimnya malaysia memang hebat dalam stastistik macam neh.. aids, rasuah, rogol, buang anak, penyelewengan, kes mahkamah yg unsettled.. hahahahahah.. Superb!

Dr Syed Husin : Pemilihan PKR Mendapat Sambutan Menggalakkan



Walaupun sering dimomok-momokkan oleh media arus perdana kononnya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) penuh dengan kecelaruan, perbalahan dan anggota yang turun mengundi hanya suam-suam kuku, hakikatnya jauh dari fakta sebenar.

Timbalan presiden parti itu, Senator Syed Husin Ali berkata, penerimaan anggota parti terhadap proses pemilihan dengan sistem 'satu anggota, satu undi' itu nyata mendapat sambutan menggalakkan sepanjang tempoh pemilihan dan kekecohan yang berlaku disifatkan sebagai "badai sementara".

" Hakikat sebenar ialah kita berjaya menarik keluar sampai 70,000 anggota untuk mengundi dan ia satu perkara yang tidak pernah berlaku di Malaysia dengan parti-parti yang lain," kata Syed Husin.

Proses pemilihan PKR yang dijadual berakhir hari ini akan menyaksikan keputusan pemilihan diumumkan pada hari terakhir Kongres Nasional tahunan parti itu yang bermula Jumaat depan.

Selama lebih kurang sebulan proses pemilihan PKR berlangsung, media kawalan Umno menggambarkan PKR sebagai parti yang berpecahbelah dengan pemimpin bercakaran.

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim keluar dari PKR dicanang oleh media kawalan Umno sebagai rasa tidak puas hati akan umbi terhadap kepimpinan PKR, namun hakikat ialah tindakan Zaid itu tidak mendapat sokongan, termasuk segelintir pemimpin yang mahukan pemilihan itu diatur dengan lebih kemas.


" Kalau kita lihat dari kaca mata yang objektif dan tidak melalui akhbar-akhbar yang memang selama ini mengutuk parti, sebenarnya keadaan kita adalah tenang, pimpinan bekerjasama, pimpinan berbincang dan membuat keputusan," tambah Syed Husin lagi.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan, Radin Shamsulkamar Radin Shamsuddin ketika ditemubual dalam rancangan Fokus Berita di Tv Selangor hari ini berkata, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi punca kepada permasalahan yang timbul sepanjang tempoh pemilihan.

Ujar Radin, pengharapan yang terlalu tinggi dari ahli yang menjangkakan proses pemilihan  julung-julung kali diadakan ini akan direalisasikan dengan cukup sempurna, menyumbang kepada berlakunya rasa tidak puas hati.

" Pengharapan anggota itu kepada pemilihan yang kita lakukan adalah sempurna tetapi perlu kita akui, ini cubaan kali pertama. Percubaan yang saya kira berjaya, tetapi kelemahan ada.

" Tetapi kita perbaiki kelemahan itu dari minggu ke minggu. Jadi kalau minggu lepas kita telah kenal pasti dua tiga perkara yang tidak sepatutnya berlaku, kita baiki dan pada minggu depan ia tidak berlaku lagi," tambah Radin lagi.

Tanpa menafikan beberapa masalah wujud sepanjang proses pemilihan,menurut Radin, pemilihan itu sendiri merupakan satu kejayaan besar kepada PKR.

Justeru ujarnya, tidak hairanlah kalau seteru politik PKR menggunakan segala jentera yang ada demi menjatuhkan imej PKR di mata rakyat.


" Ia memang menunjukkan kejayaan yang cukup baik daripada segi pelaksanaan demokrasi bagi parti politik. (Oleh itu) kecemburuan itu terlalu tinggi. Umno mungkin tidak dapat hendak melaksanakan,mungkin masalah yang bakal mereka hadapi, kalau lah mereka cuba, saya rasa masalah yang bakal mereka hadapi 10 kali ganda dari apa yang kita hadapi.

" Jadi secara nyata apa yang menghiasi dada-dada akhbar dan apa yang disiarkan Tv3, RTM, semuanya bohong. Yang baik mereka tidak ambil," ulas Radin lagi. 

Azmin Ali : Fokus Kukuh PKR Hadapi PRU-13


Agenda memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang merupakan fokus utama kata Calon Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di sini hari ini.
Azmin  menyatakan betapa PKR perlu mempersiapkan diri untuk terus bergerak ke hadapan memimpin Pakatan Rakyat bagi meruntuhkan kubu Barisan Nasional (BN) pada PRU ke 13 yang diura-urakan bakal berlangsung tahun hadapan.
"Tumpuan saya selepas kongres ini adalah untuk bersama kepimpinan baru dan ahli-ahli untuk memperkukuhkan parti dan bersama-sama bersedia untuk pilihnaraya akan datang. Itu agenda dan tumpuan utama saya," katanya.
Azmin yang ditemui TV Selangor selepas melaksanakan tanggungjawab mengundi di cabangnya di Gombak bagaimanapun tidak mahu merayakan kemenangan sebelum diisytiharkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) namun berterima kasih kepada ahli PKR yang menyokong beliau.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa itu hampir pasti menggantikan penyandang Dr Syed Hussin Ali setelah mendapat majoriti  lebih 10,000 undi.
Mengulas mengenai rancangan Zaid untuk menubuhkan parti baru, Azmin percaya bahawa parti Zaid tidak akan diterima rakyat.

"Saya tak percaya rakyat akan tertipu dan ahli PKR cukup matang menentukan masa depan parti. Saya rasa dalam beberapa bulan ini, rakyat dapat menilai wajah dan karekter sebenar beliau. Beliau amat individualistik dan tidak dapat bekerjasama dengan orang lain dan saya tak fikir Zaid mampu mengetuai mana-mana parti," ujar Azmin.
Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana pemilihan PKR sudah tiba fasa akhir sekaligus menolak dakwaan media arus perdana sebelum ini bahawa pemilihan itu akan gagal.

"Saya bersyukur kerana perjalanan pemilihan parti yang telah berjalan selama sebulan kini sudah sampai ke kemuncaknya telah berjalan dengan lancarnya tidak seperti yang dilaporkan media yang dikuasai oleh UMNO BN. Walaupun ada beberapa masalah teknikal dan pengurusan yang sedang diteliti JPP namun jumlahnya kecil jika dibandingkan dengan cabang yang berjaya melaksanakan proses yang cukup demokratik ini," katanya lagi.

Anwar dan Suu Kyi, Dua Tokoh Pejuang Kebebasan Tulen



Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  Aung Sang Suu Kyi merupakan dua tokoh pejuang kebebasan tulen  yang mempunyai prinsip perjuangan yang sama, tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini.
Membidas dakwaan Rachel Motte  yang menyatakan perjuangan Anwar dan Suu Kyi amat berbeza, Shamsul berkata ramai di kalangan tokoh-tokoh politik di Malaysia terlalu terpengaruh dengan idea dan propoganda parti pemerintah, Barisan Nasional hinggakan gagal menilai persamaan antara perjuangan Suu Kyi dan Anwar.
Media arus perdana kawalan Umno-Barisan Nasional sebelum ini menggunakan tulisan Rachel Motte di akhbar mereka masing-masing untuk menghentam kewibawaan Anwar sebagai tokoh pejuang di negara ini.

"Perjuangan untuk kebebasan ini bukan hanya sekadar kebebasan fizikal terhadap Suu Kyi, malah kebebasan adalah dalam erti kata yang lebih luas, kebebasan demokratik atau 'democratic freedom', kebebasan untuk pilihnaraya yang adil, kebebasan mendapatkan akses kepada media, dan kebebasan-kebebasan lain sepertimana yang dijamin di bawah hak asasi manusia sepertimana yang diterimapakai secara standart di seluruh dunia," jelas beliau yang dihubungi TV Selangor.
Katanya lagi, Anwar berjuang untuk perkara yang sama iaitu bagi mendapatkan satu pilihanraya yang bebas dan telus, dan kebebasan untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnnya di mahkamah.
"Perjuangan-perjuangan ini yang disebut sebagai kebebasan demokrasi merupakan perjuangan yang menjadi asas yang sama dengan perjuangan Suu Kyi untuk membebaskan Myanmar daripada cengkaman tentera junta serta menjadikan Myanmar sebuah negara yang benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi," tegas beliau lagi.
Beliau seterusnya menjelaskan, buat masa ini Suu Kyi hanya diberi kebebasan fizikal, bukan kebebasan sepenuhnya kerana masih tidak diketahui samada Suu Kyi akan dibenarkan bergiat aktif dalam parti politik secara bebas, mendapat akses kepada media dan tidak dikenakan apa-apa sekatan untuk bertemu dengan rakyat Myanmar.

"Kita melihat bagaimana media disekat di Malaysia, tiada ruang yang bebas untuk Anwar memberikan pandangannya dan sekatan terhadap liputan-liputan positif terhdap beliau di dalam media. Banyak sekatan dikenakan terhadap beliau samada dalam ceramah umum ataupun didalam ceramah-ceramah di universiti," kata beliau lagi.
Shamsul seterusnya menjelaskan, perjuangan Anwar di Malaysia adalah sama sepertimana yang dilalui oleh Suu Kyi dari segi perjuangan untuk kebebasan demokratik di negara masing-masing.