Saturday, December 25, 2010

Larang Logo 1 Malaysia Bising, 3 Tahun Larang Pamer Gambar MB Pakatan Kenapa Tak Bising?

Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Najib hisap darah rakyat Malaysia

UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak mampu menyelesaikan beratus-ratus masalah rakyat termasuk isu saman ekor yang sudah berlanjutan bertahun lamanya.

Najib penghisap darah rakyat Malaysia mahu menswastakan pula sistem pengutipan saman ini.

Setelah 53 tahun memerintah, kerajaan UMNO tidak ada wang. Ini dapat dilihat apabila kesatuan sekerja menuntut bonus tahunan mereka.

Bukan sahaja setakat itu.

Harga petrol ditingkatkan. Bayaran pengangkutan awam naik. Harga barang keperluan pengguna naik. Perkhidmatan naik. Utiliti naik. Semuanya naik.

Malaysia sebenarnya sebuah negara yang sangat kaya. Getah, kelapa sawit, bijih, minyak, balak, emas dan memiliki berpuluh hasil keluaran lain. Ke mana pergi hasilnya ?

Seorang ketua UMNO bahagian diberi paling busuk satu juta melalui projek-projek ihsan, bayangkan berapa juta di'kebas' oleh mereka.

Belum lagi setiausaha parlimen, timbalan menteri, menteri-menteri, isteri-isteri mereka, kaum kerabat dan kroni mengagih-agihkan khazanah negara.

UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan kroni melahap isi - rakyat biasa dan penjawat awam menghirup kuah dan menjilat tulang.

Dalam mengisi kemerdekaan - jasa rakyat biasa dikenang dengan menghisap darah mereka.

Najib penghisap darah rakyat Malaysia. Selamat berpesta kenaikan harga barang-barang dengan istilah 1Malaysia "PENYELARASAN SUBSIDI".

Penyelarasan subsidi bermakna harga barang naik dan darah rakyat Malaysia disedut oleh pemimpin yang sedang berkuasa.

ANAK ! Jangan Ganggu Keharmonian Felda!


Wakakaka!
Sembang dalam TV bukan main hebatt!
Ceramah kat Putrajaya bukan main memekik!

Konon Felda banyak duit!
Konon Felda banyak aset!

Yang paling best.. Siapa kata Felda bangkrup PENGKHIANAT!!
Wakakaka!

Ni apsal slow-slow pujuk peneroka felda neh?
Ni apsal diam-diam minta tolong peneroka felda neh?

Time untung sorang-sorang?
Time tipu sorang-sorang?
Time Syok sorang-sorang?

Ni dah nak macam nak bangkrup (ataupun dah bangkrup?)
Baru nak terhegeh-hegeh pujuk peneroka agar jangan saman?
Aikkk??

quote
"Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda."

wakakaka!! wujudkan suasana tidak harmoni??
Abis selama ni harmoni la ye?
Tipu peneroka dengan gred sawit tu harmoni la pada UMNO ye?
Aduyaiii!!

Kalau makcik pakcik felda tak faham lagi tak tau laaa..
Kena mandi bunga satu felda neh!
orang UMNO felda je laaaa!!
wakakakaka!

sunsnake 24122010
Felda 'rayu' jangan saman
Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.

Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.

Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.

Malaysia Boleh : Bertudung Tapi Bogel

Bertudung Tapi Betis Didedah


Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.

Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak ‘rapus’. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.

Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.

Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.

Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.

Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).

Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.

Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.

Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.

Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana.

Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.

Kepala poning fikir yang pelik2 tetapi benar belaka... Apakah mereka ini jahil atau suka main2 kan hukum Allah.

Padan ngan muka hangpa

Salam semua...

Pak Long ni bukan jenih suka melepak kedai mamak, bukan pasai Mak Long hang sakit hati... saja Pak Long rasa geli.... hihi... Tapi bila ada cerita roti canai ngan teh tarik nak naik harga... kawan Pak Long si Muthu dah mula berbulu... Pak Long tengok muka dia dah macam koboi sakit dah...

Dia tak puaih hati sungguh pasai kaum India yang minoriti ni jugak la yang selalu kena kencin. Apa yang puak India suka, naik harga... apa yang puak India makan, kena tekan... Pak Long tak mau la tegoq time tu walau tak berapa nak setuju, takut pulak dia jadi histeria... haha... susah anak bini dia...

Petrol yang naik baru ni, semua bangsa sakit kepala... ges masak naik mencanak, semua kaum macam nak meletup... gula naik lagi, semua orang maki maki termasuk la Lucy... hihi... Roti canai ngan teh tarik ni bukan puak India saja yang balun, dah jadi antarabangsa dah... kalau dah naik tu, semua pakat pakat kena rasa laa... haha... padan ngan muka hangpa... Ada pokok pisang, tebang habih buat kondo... mana nak mai cucoq kodok dah... ada pokok ubi, tebaih habih buat pasaraya... mana nak cari dah lepat ubi kayu... addehhh... meleleh ayaq lioq pulak dah...

Hmm... semalam Pak Long tengok rumah si Lucy tu gelap gelemat... tak dak langsung lampu lip lap... macam tak percaya dia tak sambut krismas pasai sakit hati... hihi... okey lah... nak pi hantaq cucoq kodok cicah gulai kat Lucy sat... Sambil sambil tu boleh la ucapkan selamat hari Natal kat Lucy dan semua pembaca blog Pak Long yang beragama kristian... dengan ucapan, selamat bergembira disamping barang naik harga... haha... padan ngan muka hangpa...

Wassalam,...

270 liku untuk ke puncak




KEMALANGAN ngeri bas di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang mengorbankan 27 nyawa, termasuk 25 orang pelancong warga Thailand Isnin lalu mendedahkan betapa jalan raya berliku di tanah tinggi itu berupaya menjadi perangkap maut.
Laluan baru sejauh 95 kilometer itu sebenarnya lebih mudah dan selesa berbanding Jalan Tapah-Cameron Highlands yang lebih sempit dan dipenuhi dengan selekoh berbahaya.
Sememangnya kesempatan menyusuri jalan yang sempit dan penuh selekoh dari Tapah menuju ke tanah tinggi itu baru-baru ini memberi pengalaman berbeza kepada kru Jurnal.
Laluan bengkang-bengkok bermula sebaik sahaja kenderaan memasuki Kampung Orang Asli Kuala Woh di Batu 8, kira-kira 10 minit pemanduan dari Plaza Tol Tapah.
Berdasarkan jumlah kenderaan yang bertali-arus mendaki dan menuruni bukit, ternyata tanah tinggi itu masih menjadi tumpuan orang ramai pada cuti hujung minggu.
Dengan kelajuan kenderaan di antara 40 hingga 50 kilometer sejam, fizikal jalan raya yang sempit dan berselekoh tajam pasti menuntut lebih tumpuan.
Laluan dua hala itu semakin mengecil, kira-kira 200 meter dari Taman Rekreasi Lata Iskandar. Selain deburan air terjun yang boleh dinikmati dari bahu jalan, gerai makanan, hasil kraf dan pakaian menarik ramai pengunjung untuk berhenti berehat di situ.
Perjalanan kami diteruskan lagi. Jalan yang tadi lurus bertukar sebaliknya. Selekoh tajam berbentuk S, U dan Z semakin kerap dilalui.
"Jika melalui jalan sempit dengan selekoh tajam begini, hon perlu dibunyikan untuk memberitahu pemandu di laluan bertentangan tentang kehadiran kita. Ini dapat membantu mereka supaya memperlahankan kenderaan," ujar seorang pemandu dikenali sebagai Karu, 45.

SELEKOH tajam mengehadkan pemandangan. Justeru, pemanduan berwaspada dan membunyikan hon dapat mengelakkan kemalangan.


Hon
Sesekali di sebelah kanan jalan, terdapat deretan penempatan Orang Asli. Mereka juga mendirikan gerai menjual hasil hutan seperti orkid liar, rebung, petai, akar kayu dan madu lebah.
Ada juga hasil kraf yang dijual, antaranya sumpit, tudung saji dan bakul mengkuang.
Jika bernasib baik, pengunjung berpeluang melihat Orang Asli yang masih memakai cawat menggalas bakul mencari hasil hutan.
Tidak lama kemudian, hujan lebat tiba-tiba turun di tanah tinggi yang boleh mencecah suhu serendah 14 darjah Celcius itu.
Selepas satu jam setengah perjalanan, kami memasuki persinggahan pertama iaitu pekan Ringlet. Di sini laluannya lebih lebar dan cuaca dingin semakin dirasai.


Kira-kira 40 minit selepas itu, kami tiba di Tanah Rata yang menjadi tumpuan pelancong.
Kawasan yang menempatkan pejabat pentadbiran, hotel mewah, taman bunga, medan selera serta kedai cenderahati ini merupakan hentian utama bagi kebanyakan pengunjung ke Cameron Highlands.
"Kunjungan anda ke Cameron Highlands tidak sah jika tidak sampai ke Tanah Rata.
"Di sini, selain taman bunga, deretan kedai cenderahati dan medan selera, pelancong juga tertarik untuk mengunjungi pusat pameran dan jualan teh yang dihasilkan di Cameron Highlands," ujar seorang penduduk tempatan, Haniza Sharif, 25.
Mengimbas sejarah Cameron Highlands, nama itu diberikan sempena seorang juruukur Inggeris iaitu William Cameron yang menemui tanah tinggi tersebut ketika sedang membuat tinjauan pemetaan pada tahun 1885.

KENDERAAN pacuan empat roda digunakan untuk mengangkut sayur dari Blue Valley dan Kampung Raja sebelum dijual di Tringkap, Brinchang dan Kea Farm.


Jip
Selain ladang teh, sayur dan buah, Gunung Beremban, Gunung Jasar, Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson turut menjadi tarikan tanah tinggi ini.
Melepasi Tanah Rata, pendakian diteruskan ke Ladang Teh Bharat, ladang strawberi, kaktus dan bunga- bungaan seperti bunga ros dan kekwa yang ada di sepanjang jalan.
Brinchang pula terkenal sebagai lokasi pasar malam yang diadakan pada setiap hari. Kawasan ini bertambah padat selepas pukul 4 petang.
Terdapat begitu banyak gerai di sini. Paling jelas, buah strawberi yang menjadi ikon Cameron Highlands dapat dilihat di mana-mana sahaja, daripada bantal, pakaian, rantai kunci hingga ke selipar.
Berada pada ketinggian 1,829 meter dari aras laut, tanah tinggi yang berkeluasan 712 kilometer persegi ini terkenal sebagai hub hasil pertanian utama negara.
Justeru, kunjungan ke Tringkap, Kea Farm dan Kampung Raja tidak perlu dilepaskan kerana sayuran dan buah-buahan segar di sini dijual pada harga yang sangat berpatutan.
Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, penggunaan jip dianggap lebih praktikal terutama bagi peladang dan peraih yang mahu membawa sayur ke gerai jualan.
Namun, sikap pemandunya yang didakwa memandu dengan laju dan berbahaya mengundang rasa tidak selesa kepada pengguna jalan raya yang lain.
Ini diakui sendiri oleh pemandu bas henti-henti dari Tapah ke Tanah Rata, R. Sellakumar, 63.
Beliau yang sudah 15 tahun memandu di kawasan itu berkata, masalah utama yang sering dihadapi ketika mengendalikan bas ialah pemandu jip dan lori sayur.
"Saya belum pernah berjumpa dengan pemandu jip sayur yang memandu perlahan. Semuanya mahu cepat hantar sayur ke pasar tanpa mempedulikan kenderaan lain.
"Jalan yang sempit seperti laluan dari Ringlet ke Batu 19 juga banyak menguji kecekapan saya memandu.
"Jika berselisih dengan bas atau lori, saya perlu beri laluan kepada mereka kerana kenderaan mereka lebih besar.
"Jalan juga sudah banyak yang rosak. Kini, pemandu perlu lebih berhati-hati, tidak seperti 10 tahun dulu. Ketika itu, kenderaan pun tidak begitu banyak seperti sekarang," katanya.

JIKA menggunakan laluan Tapah, pengunjung dapat menikmati keindahan Lata Iskandar.


Memotong
Bagi Mat Kazar Mohd. Noh, 43, pula, keadaan jalan sempit dan rosak menjadikannya lebih berhati-hati ketika memandu.
Beliau yang menetap di Gua Musang, Kelantan, sering berkunjung ke Cameron Highlands bersama keluarganya.
"Jalan semakin kurang elok dan sikap pemandu jip sayur juga kian teruk.
"Bila bertembung dengan jip sayur atau mereka memandu dibelakang saya, memang ada perasaan bimbang kerana tindakan mereka memotong dan memandu tidak boleh dijangka," katanya.
Secara keseluruhan, perjalanan dari Tapah ke Blue Valley iaitu destinasi terakhir di Cameron Highlands perlu melalui lebih 270 selekoh tajam.
Jika anda berasa 'terseksa' melalui jalan itu, bayangkan bagaimana susahnya jalan itu dibina pada tahun 1925.
Mengikut catatan sejarah, pekerja-pekerja bukan sahaja terpaksa bekerja dalam cuaca sejuk bahkan berhadapan terkena penyakit malaria. Jalan itu siap sepenuhnya menjelang tahun 1931.
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S K Devamany menyifatkan jalan di tanah tinggi itu sebagai berbahaya dan dipenuhi selekoh tajam.
"Saya sendiri pernah terlibat dengan empat kemalangan dalam tempoh tujuh tahun menjadi Ahli Parlimen," katanya.
Kru Jurnal memilih Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai sebagai laluan pulang ke Kuala Lumpur. Pemanduan terasa sedikit selesa dengan jalan lebih lebar.
Begitupun, pemandu masih tidak boleh leka kerana jalan tersebut tetap berliku apatah lagi jika memandu pada waktu malam.

Malaysia Boleh : Penduduk Pedalaman Di Limbang Belanja RM700 Untuk Ke Hospital

Masih ramai penduduk di kawasan pedalaman Limbang berhadapan masalah untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang baik disebabkan kekurangan kemudahan klinik dan hospital, kata anggota Parlimen Limbang Hasbi Habibollah di sini.
Beliau berkata untuk mendapatkan rawatan perubatan biasa di hospital Limbang sesetengah penduduk khasnya yang tinggal di Ulu Mendamit dan Ulu Lubai di pedalaman Limbang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk belanja pengangkutan.
"Ada penduduk, seperti di Long Napir misalnya terpaksa berbelanja sekitar RM700 untuk mendapatkan sekali rawatan kesihatan di Hospital Limbang dan ia pastinya menjadi beban utama penduduk yang hanya terdiri daripada golongan petani kecil-kecilan," katanya, Sabtu.
Katanya beliau berharap kerajaan akan dapat menimbang usaha membangunkan kemudahan klinik kesihatan di kawasan pedalaman Limbang selain meningkatkan kemudahan jalan raya, elektrik dan air yang diperlukan di kawasan tersebut.
Dalam pada itu Muhyiddin yang melawat Limbang dan Lawas baru-baru ini berkata kerajaan memang prihatin dengan masalah penduduk di pedalaman Sarawak dan akan memastikan Klinik 1Malaysia dapat diwujudkan masing-masing satu di Limbang dan Lawas.
Bahagian Limbang dan Lawas yang terpisah oleh dua wilayah Brunei mempunyai kira-kira 49,000 penduduk dan kebanyakkkan adalah dari masyarakat Orang Ulu selain Melayu, Cina dan Iban.

Ketuanan UMNO : PR tak mampu naik gaji kakitangan awam

Pakatan Rakyat (PR) atau pembangkang tidak akan mampu melaksanakan kenaikan gaji kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir kerana ia bakal membabitkan satu perubahan fiskal yang amat besar.
Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), kampus Dungun, Terengganu, Asri Salleh berkata, ini kerana kenaikan gaji sebanyak RM500 itu bukan sahaja memakan belanja yang terlalu banyak malah mampu memberi implikasi kewangan kepada negara.
Justeru, beliau menganggap janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar cakap kosong dalam usaha meraih sokongan rakyat.
"Mungkin mereka mampu memberikan bonus tahunan tetapi untuk menaikkan gaji kakitangan awam adalah amat tipis.
"Ini kerana kita perlu melihat berapa ramai kakitangan yang ada dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung setiap bulan bagi membayar kenaikan gaji itu.
"Malah, saya percaya, Timbalan Perdana Menteri sendiri berani membuat cabaran itu kerana sudah mengkaji implikasi dan tahu mereka tidak akan berani melakukannya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Anwar supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah itu wajar sebagai membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang dalam membela nasib kakitangan awam dan pegawai-pegawainya.
Asri berkata, janji-janji manis pakatan pembangkang itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka memang terkenal dengan sikap sedemikian.
Sedangkan, kata beliau, banyak janji yang dibuat tidak dikotakan dan dilaksanakan termasuk janji-janji manis yang ditabur pada pilihan raya umum lepas.

Ketuanan Katak : Ibrahim Ali tidak layak desak Nik Aziz letak jawatan

Dewan Pemuda Pas negeri kesal dengan tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.
Ketuanya, Abdul Latiff Ab. Rahman berkata, Ibrahim sendiri menghadapi masalah kesihatan dan baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung biarpun usianya lebih muda daripada Nik Abdul Aziz.
Malah, beliau turut menyifatkan Ibrahim sengaja mahu mencari publisiti selepas sekian lama terlantar kerana pembedahan tersebut.
"Pada pandangan saya, kenapa dia tidak letak jawatan kerana dia sendiri tidak sihat. Sakit mati bukan kerja manusia, itu kerja Allah. Jadi kalau nak suruh orang letak jawatan sebab kesihatan, itu tidak betul kerana itu kerja Allah.
"Kedua, dari sudut kerja kerajaan, boleh sebut apa yang kerja yang terbantut, semuanya berjalan lancar biarpun Nik Abdul Aziz sakit kerana Exco kita sepakat dari dulu lagi. Jadi tidak ada sebab untuk letak jawatan kerana semua kerja itu berjalan dengan lancar," katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan Perkasa yang mahu Nik Abdul Aziz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana masalah kesihatan.
Ibrahim juga dilaporkan meminta supaya satu badan khas ditubuhkan untuk menyiasat tahap kesihatan Mursyidul Am Pas itu sama ada beliau masih layak menjalankan tugas atau sebaliknya.
Nik Abdul Aziz sebelum ini dikatakan berjanji meletakkan jawatan sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian tetapi tidak mengotakannya dan memberi alasan akan melepaskan jawatan Menteri Besar sekiranya diminta oleh ahli Pas.
Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang berkata, ahli Pas di negeri ini masih memerlukan buah fikiran Nik Abdul Aziz untuk terus mentadbir.
"Dari sudut kepemimpinan parti di negeri ini, kita masih memerlukan beliau untuk terus mentadbir dan kita di peringkat jentera parti juga tidak menghadapi masalah walaupun kadang kala beliau uzur," ujarnya.

Gempar - Menteri Kabinet Najib Merogol Amah

RUPA-RUPANYA SI PEROGOL AMAH INI MASIH LAGI BERJAWATAN MENTERI

Rupa-rupanya cerita tentang 'bekas menteri' rogol amah masih tidak berakhir. Malah beberapa sumber, termasuklah daripada beberapa orang pemberita tabloid yang telah ke Jawa Tengah hampir dua tahun lalu untuk menemuramah mangsa rogol itu, turut muncul dengan cerita yang tersendiri. Dan sumber-sumber berkenaan serta cerita yang dirakamkan dalam bentuk video itu mengisahkan tentang seorang 'bekas menteri' yang telah memperkosa mangsa yang telah lapan tahun bekerja dengan keluarganya.

Yang paling mengejutkan sudah tentulah 'bekas menteri' tersebut sebenarnya BELUM LAGI bekas, sebaliknya masih lagi menjadi menteri dalam kabinet Najib Abdul Razak!!!!

Di sebalik seronok dengan cerita ADUN Selising, rupa-rupanya cerita 'bekas menteri yang belum lagi jadi bekas' ini rupa-rupanya tidak jauh nilai dan tarafnya. Bezanya yang seorang dituduh berzina, manakala yang seorang lagi dituduh merogol. Seorang dituduh oleh orang yang mengaku menjadi saksi dan menangkapnya, manakala yang seorang lagi oleh mangsa sendiri....

Ternyata politik Malaysia sudah semakin maju!

Penyaluran berita juga semakin maju!

Media-media pun tidak mampu dikawal lagi!

Ahli-ahli politik nampaknya terpaksalah berguru dengan Anwar Ibrahim, khususnya untuk mengalih topik ceramah agar keaiban ini tidak diperkatakan, atau setidak-tidaknya dilupakan buat sementara.

Kusangka botak yang jahat cuma kepala atas, rupa-rupanya botak kepala bawah lagi DAHSYAT!!!!

SATU ISRAEL SATU APCO




NAJIB: SATU MALAYSIA BUKAN ALAT POLITIK BN – mkini

Najib Razak berkata konsep satu Malaysia adalah untuk membina sebuah negara dan bukan bagi tujuan politik.

Beliau berkata tanpa ragu-ragu, semangat bersama ini dan mampu untuk bangkit melangkaui perbezaan politik, adalah penting dalam memastikan keamanan dan kestabilan berterusan di negara ini.

"Sungguhpun ada sesetengah mungkin memikirkan ( satu Malaysia) adalah untuk tujuan politik tetapi ia sebenarnya bagi tujuan membina sebuah negara.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… APA MAT MONGOL INI CAKAP?.... kah kah kah…

woit… KALAU SATU MALAYSIA BUKAN POLITIK… BERAPA MALAYSIA BARU JADI POLITIK… kah kah kah…

woit…. NAPA BANGANG SANGAT MALAON INI ?.... kah kah kah..

woit… SATU MALAYSIA INI ADALAH SLOGAN POLITIK… BANGANg !.... kah kah kah

woit… ORANG RAMAI TAHU APA TUJUAN SLOGAN INI…. kah kah kah..

woit… TAK PERLU PUTAR BALIK…..kah kah kah…

kah kah kah… TUJUAN POLITIK UNTUK PANCING UNDI CHINA DAN INDIA… kah kah kah…

kah kah kah… SLOGAN POLITIK NAK TUNJUK GEROMBOLAN PARTI BAIK… kah kah kah

kah kah kah…BUKAN PARTI BUNUH KUGAN… ATAU BUNUH TEO BENG HOCK …ATAU TEMBAK AMINULRASHID…. kah kah kah…

kah kah kah… INI PUN NAK TIPU MELAYU…. kah kah kah…

nota:
kalau bukan politik
kenapa langgan apco?
apco buat kempen one isreal
apco buat kempen satu malaysia
apco pasang ajen untuk masa depan
apco ini ajen zionis

Sunday, December 19, 2010

BAGAIMANA KITA..???

Wahai orang yang beriman! Apa yang telah berlaku kepada kamu?

Apabila kamu diseru, agar turun ke medan untuk memperjuangkan agama Allah swt. tiba- tiba kamu memberatkan papan punggung kamu ke permukaan bumi (malas)

Kenapa jadi begitu? Adakah kerana kamu lebih sayang kepada kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat?

Ketahuilah! Sesungguhnya kehidupan dunia yang kamu dambakan itu, berbanding akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah swt. adalah sangat kecil nilainya disisi Allah swt.

Jika sekiranya kamu lengah untuk menunaikan amanah perjuangan, nescaya kamu akan diazab oleh Allah swt dengan azab yang sangat pedih.

Maksud Firman Allah swt dari surah at Taubah . Ayat : 38 - 39

Seseketika dalam mengharungi perjuangan ini, alangkah kita duduk sejenak untuk menganalisa atau bermuhasabah diri. Memandang jauh ke dalam jiwa dengan menyelaminya secara jujur dan telus terhadap diri sendiri . Lalu kita ajukan pada diri satu soalan, benarkah kita berjuang?

Berjuang yang dimaksudkan di sini ialah bekerja gigih dengan segala upaya dan daya malah mengambil segala ruang dan peluang untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia, meskipun terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan implikasi yang mengancam kepentingan diri .

Atas alasan dan tujuan tersebut, kita menyertai jamaah Islam ini bagi memastikan aspirasi perjuangan suci itu dapat kita laksanakan secara lebih berkesan. Persoalannya, benarkah kita berjuang?

Benarkah kita berjuang? kalau hanya mengisi borang dan mendaftar diri sebagai anggota jamaah Islam tetapi gagal untuk komited (iltizam) dengan segala aktiviti amal jamaei yang dianjurkan oleh jamaah. Kita hanya mampu mentarbiyah tetapi tidak boleh ditarbiyah Mampu mengarah tetapi tidak boleh diarah. Mampu menegur tetapi tidak boleh ditegur.

Benarkah kita berjuang? dengan hanya semata - mata kerap menghadiri ceramah - ceramah umum tetapi liat untuk hadir dan menekuni program - program khusus seperti usrah, liqa fikri, tamrin, mukhayyam dan pelbagai aktiviti spiritual seperti qiamulail, al mathurat dan zikrullah. Program ceramah dilihat lebih penting sebab kita dapat publisiti sedang usrah ni hanya dihadhiri oleh 10 orang, tidak glamour langsung!

Benarkah kita berjuang? apabila kita selalu sahaja gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah digalaskan ke atas pundak kita sebagai pimpinan jamaah walau dimana peringkat posisi kepimpinan kita. Mesyuarat sering tidak hadhir dan kalau pun hadhir hanya dengan kepala kosong. Lebih malang, ada mesyuarat dalam mesyuarat dan ada mesyuarat selepas mesyuarat.

Benarkah kita berjuang? sedang banyak masa kita habiskan untuk bersahaja dan mengelamun dalam mengimpi kemenangan. Hanya pandai mengomel dan mengkritik kesalahan anggota jamaah yang lain tetapi kita sendiri hanya mampu berdiri di tepian gelanggang. Kerja kita tidak beres tetapi nak ambil kerja orang lain. Kalut tidak bertempat.

Benarkah kita berjuang? seringkali kita mengabaikan hak ukhuwwah atau persaudaraan Islam sesama anggota. Cepat berburuk sangka malah sedikit berbeza pendapat kita terus menyerang pemikiran dan peribadinya seolah - seolah ia adalah musuh tradisi perjuangan kita. Kita rasa hanya kita sahaja yang hebat, berilmu dan berpengalaman. Pintar berhujjah dan berdebat . Kita pandang sahabat pun hanya dengan sebelah mata, penuh rasa benci. Senyum dan bersalam hanya untuk bermuka - muka.

Benarkah kita berjuang? suka sangat kita dedahkan rahsia jamaah. Setiap bilah dan patah perkataan yang dibincang dalam mesyuarat kita tulis dalam blog atau web site. Kita jadikan ia bahan sensasi untuk melariskan web site kita jua dengan harapan orang kata kita berani menegakkan kebenaran dan berani melampirkan fakta. Hanya kita yang mahu mempertahankan Islam dan jamaahnya sedang orang lain adalah pengkhianat yang perlu ditumpaskan.

Benarkah kita berjuang? kerana wawasan dan sesuatu gagasan pemikiran itu dilahirkan oleh pemimpin atau anggota jamaah yang kita tidak suka, maka kita tolak mentah - mentah. Lebih malang kita kasar dalam menolak dan kita lancang dalam berbicara. Langsung kita tidak hiraukan adab ikhtilaf sebaliknya apa yang kita inginkan ialah bagaimana kita nak menang dan pandangan kita yang diterima pakai.

Benarkah kita berjuang? kita sanggup mencantas sahabat seperjuangan dengan cara yang tidak bermoral agar dia jatuh dan kita yang naik jadi pemimpin. Kita melobi habis kawasan dan negeri bagi memastikan kita atau calun pemimpin yang kita suka mencapai kemenangan . Soal mampu atau tidak , soleh atau tidak bukan lagi menjadi ukuran. Ukuran tepat ialah dia mesti dari team kita.

Benarkah kita berjuang?
wala' atau taat setia kita telah berbelah bahagi, bukan lagi kepada pimpinan jamaah tetapi di sana ada individu berpengaruh dan ia berada di luar jamaah yang sangat kita kagum karektornya. Sedang pimpinan kita sendiri dilihat kolot dan tidak hebat. Kita tidak berdiri teguh di belakang pimpinan kita sebaliknya kita teguh berdiri dan menyokong pemimpin dari luar jamaah kita sendiri .

Benarkah kita berjuang? hubungan kita hanya terhad kepada golongan dan team kita. Dakwah kita tidak melebar kepada semua golongan termasuklah non muslim. Kita hanya hebat dalam gelanggang kita sendiri.

Benarkah kita berjuang? peribadi kita tidak melambangkan inspirasi perjuangan. Kita malu sipu nak jelaskan dasar perjuangan kerana keterlaluan mahu menjaga hati. Suara Islam mahu diliberalkan atas alasan orang belum memahami Islam. Penampilan diri juga dinuetralkan agar tidak dianggap fundamental.

Benarkah kita berjuang? kita banyak ketawa dan hidup dalam kemewahan. Kita tidak mampu menyelami kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh para murabitun jamaah yang ikhlas berjuang, jauh sekali untuk rakyat yang terhimpit. Gaya hidup hampir menyerupai musuh malah meluka perasaan anggota jamaah sendiri.

Benarkah kita berjuang? ibadah kita kurang. Hubungan kita dengan Allah swt jauh. Gagal solat berjamaah dan membaca al quran pada kekerapan yang lebih berbanding orang awam. Kehalusan budi dan ketulusan hati tidak kita dimiliki. Ucapan kita menampakkan kesombongan dan tindakan kita tidak berhemah. Suka pandang rendah pada orang lain jauh sekali mahu menghormati mereka.

Benarkah kita berjuang? kadang - kadang kita pun keliru mengenai konsep kepimpinan jamaah kita sendiri. Kita sebut kepimpinan ulama' tetapi kita tidak beradab dengan ulama'. maki hamun ulama' dan menista mereka menjadi kalimah yang meniti di bibir kita tanpa rasa bersalah apalagi berdosa.

Benarkah kita berjuang? kerana kita pun tidak jelas matlamat dan hala tuju perjuangan . jamaah kita ni gerakan Islam ke? atau parti politik semata? Slogan perjuangan pun gagal kita hayati . Matlamat kita, dustur kita, landasan kita, ikutan kita, cita - cita kita tidak mendarah daging dalam diri kita. Malang, sering kita ni cakap lain tetapi tindakan kita lain pula.

Benarkah kita berjuang?
banyak sungguh dosa kita. Makin berjuang makin tambah dosa. Dosa mengumpat, dosa mengutuk, dosa salah sangka, dosa mencantas, dosa memfitnah, dosa menipu, dosa tidak taat kepada pimpinan, dosa tidak tunai amanah perjuangan, dosa dedah rahsia jamaah, dosa khianat kepada sahabat seperjuangan, dosa hipokrit, dosa melukakan hati anggota jamaah, dosa dedahkan aib pimpinan dan anggota jamaah, dosa mata, dosa tangan, dosa kaki, dosa telinga, dosa mulu, dosa hati, dosa otak, dosa .... , dosa .... , dosa .....dan dosa .....

Ya Allah! benarkah kita ni berjuang? atau kita selama ini hanya bermain dan menambah beban dosa dalam perjuangan buat diri kita sendiri.

hayya bina nu'min saah! ayuh kita kita bersimpuh seketika untuk kita merenung (introspection) jauh ke dalam jiwa kita. Terlebih dulu kita buangkan segala alasan membela diri , sikap menyalahkan orang lain dan rasa diri dipihak benar.

Sebaliknya cari alasan untuk menyalahkan diri agar kita insaf, jangan bela diri supaya dirasa diri kita juga perlu dihukum dan kumpulkan rasa bersalah itu atas diri kita sendiri agar kita tidak angkuh untuk mengakui kesilapan sendiri.

Sahabat ku semua, marilah kita bermuhasabah agar kita dekat dengan Allah swt dan kita segera diberikan nusrahNya. Insyaallah, muhasabah ini akan memulihkan hubungan kita yang retak, perjuangan kita yang tergugat, dan kedudukan kita yang kian jauh dari Allah swt

Masih banyak item untuk dipersoalkan pada diri kita dengan mulakan pertanyaan benarkah kita berjuang? Semoga kita diredhai oleh Allah swt .

Selamat berjuang sahabat ku

[EKSKLUSIF] - 'TAUBATLAH UMMI HAFILDA'


Umum melihat Anwar Ibrahim telah diserang dengan berbagai-bagai serangan yang keras dan bertali arus oleh Media UMNO dan pemimpin UMNO sendiri terhadapnya dan hasilnya kelihatan kurang berkesan malah ianya hanya menghakis sedikit keyakinan rakyat terhadap Anwar, kini kelihatan sasaran serangan dialihkan pula terhadap orang nombor dua PKR, Azmin Ali..

Serangan keatas Azmin kelihatan menggunakan pendekatan yang berbeza, orang yang rapat dengan beliau dipergunakan bagi pula..

Semalam Isteri beliau Shamsidar Taharin dicabar menjelaskan perlakuan sebenar suaminya serta ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu kononnya oleh Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan

Hari ini adik beliau pula digunakan untuk memujuknya.. ini dah jadi macam Polis yang menggunakan sanak saudara terdekat penjenayah bagi memujuk penjenayah menyerah diri..

Tapi jika Ummi seorang adik yang baik mengapa perlu beliau menggunakan media untuk memujuk abangnya itu? Adakah beliau tidak mempunyai nombor talipon abangnya itu untuk dihubungi dan dipujuk?

Mungkin kerana jika beliau menghubungi abangnya itu melalui talipon beliau terpaksa membayar bil talipon itu.. tapi jika menggunakan media UMNO pula beliau akan menerima bayaran .. bolehjadi apa yang diperolehi semasa kes liwat pertama dulu sudah semakin susut agaknya....

Selepas ini siapa pula yang akan digunakan mereka untuk menyerang Azmin Ali? Dan siapa pula yang akan diserang oleh Media UMNO, adakah mereka akan menyerang mengikut turutan berdasarkan Carta Organisasi PKR yang baru?


‘Taubatlah Azmin’

Ummi Hafilda Ali yang pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 merayu abangnya, Azmin yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pulang ke pangkal jalan dan bertaubat.

Ummi Hafilda, 42, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berkata, beliau membuat seruan itu setelah melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.

'Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.

'Kepada Anwar dan Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga saya pohon perkara yang sama. Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi. Perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

- UMMI HAFILDA ALI
Adik Azmin Ali.


Surat Ummi Hafilda Kepada Perdana Menteri

5hb Ogos 1997
Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kuala Lumpur

PERIHAL SALAHLAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya Ummi Hafilda Bt. Ali ingin mengemukakan laporan khas mengenai salahlaku Timbalan Perdana Menteri.

YAB, laporan ini dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang telah kami perolehi sepanjang tempoh penyiasatan.

Ianya dibuat bersama dengan persetujuan kami kelima-lima beradik iaitu Norlia Bt. Ali, Intan Dawini Bt. Ali, Mohd. Azman Bin Ali dan Ummi Hafilda Bt. Ali. Bersama-sama dengan ini juga disertakan dengan lampiran khas mengenai makluman lengkap sebagai pertimbangan untuk pihak YAB.

Segala perhatian pertimbangan dan tindakan oleh YAB dalam menangani masalah ini sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Bagi kami YAB adalah tokoh pemimpin terulung negara yang kami cukup kagum dan hormati.

Sekian. Terima kasih.

t.t
Ummi Hafilda Bt. Ali


UMMI HAFILDA DIBERI IMBUHAN, KATA ANWAR

KUALA LUMPUR, 1 Nov 1999(Bernama) -- Ummi Hafilda Ali mendapat suatu projek di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebagai imbuhan untuk peranan yang dimainkannya sehingga menyebabkan Azizan Abu Bakar mereka-reka keterangan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Anwar berkata beliau tahu Ummi Hafilda mendapat projek berkenaan selepas pengurus Malaysia Airports Berhad, Tan Sri Basir Ismail memberitahunya mengenai perkara itu.

Anwar berkata, Basir memberitahunya bahawa ketika Ummi Hafilda bertemu dengannya untuk membincangkan perkara itu, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hadir sama dan pertemuan itu diatur oleh Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, Basir memang selalu melaporkan perkembangan KLIA kepadanya tetapi dalam kes itu, perkara berkenaan dibawa kepada perhatiannya memandangkan Ummi Hafilda adalah adik kepada bekas setiausaha sulit Anwar, Mohd Azmin Ali.

Anwar berkata, ketika itu Basir tahu mengenai pengedaran surat layang yang mengandungi dakwaan salah laku seksual beliau (Anwar).

Beliau berkata demikian ketika disoal peguam utamanya Christopher Fernando pada hari ketujuh pembelaan diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar, 39.


PENGAKUAN BAPA UMMI HAFILDA

(dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat)

PENGAKUAN BAPA UMMI HAFILDA

UMMI HAFILDA ialah anak bongsu dari enam beradik, tiga laki-laki tiga perempuan. Lahir pada bulan Jun 1967 di Kampung Klang Gate.

Bersekolah lulus tingkatan lima pelajaran agama lebih dari mencukupi umur enam tahun sudah membaca Koran dengan baik dan sudah tahu bersembahyang. Boleh menulis dan membawa jawi dan dapat melancar pelajaran agama Fekah dan Hadith

Berhenti sekolah dia bekerja di dua buah bank sebagai kerani dan pegawai bank dalam masa empat tahun. Dia meletakkan jawatan itu dan menubuhkan sharikat sendiri. Hasil yang diperolehi dari pinjaman bank yang banyak dia telah menjelajah ke London, Australia, Tokyo dan …(tidak terang). Lain-lain tempat. Sebenarnya business belum diuruskan dengan baik. Dengan sikapnya yang angkuh, riak takbur dan memiliki kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, Jeep, Isuzu, Van biasa, BMW. Tiga empat kereta dalam satu-satu masa.

Sepanjang masa dalam riwayat hidupnya belum pernah ada ada risik dari mana-mana pihak yang bersetuju meminang hingga sekarang masih seorang andartu.

Bila umurnya meningkat lebih 20 tahun tingkah lakunya yang aggeresive begitu menjadi-jadi. Melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, riak, takbur, pembohong, penipu.

25.8.98 kali terakhir dia keluar dari rumah ini. Kelang Gate Setapak KL.

1.9.98 jam 5.20 petang saya memangil kakaknya yang sulong dan memberi nasihat kepadanya bahawa dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan berwasiat dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.

30.9.98 dia selitkan tiga surat layang dipintu gate besar dengan nama samaran jiran yang bersimpati.

6.10.98 dia suruh kakaknya mengemas semua kain bajunya yang berada dalam tiga bilik di rumah ini.

Kedatangan kakaknya dia menunggu bila saya tidak ada dirumah kerana berjumaat.

Hasil komplot Megat Junid sampai ketangan Khalis Jafri untuk dijadikan buku 50 Dalil sebelum sampai ke PM. Kerja-kerja fitnah ini dibiayai oleh Daim dan Tengku Adnan, Ziela isteri Megat Junit menjadi orang perantaraan.

Dalam hidupnya semasa dewasa ini hutang keliling pinggang. Pernah beberapa kali orang yang memberi hutang datang menyerang di rumah ini. Surat-surat bank dari seluruh KL menuntut hutang datang sepangjang masa pernah saya di tipu
dengan lenyapnya kereta mercedes yang berharga $90,000 kerana melangsaikan hutang banknya.

Kekasarannya pernah beberapa kali ibunya mengeluarkan airmata. Dia sanggup menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan disuruh 'shut up' Jaga sikit mulut. Semenjak tahun 1988 sudah tiga empat kali lari dari rumah berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah.

Sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi tidak diindahkan

Saya telah berkahwin dengan ibunya 42 tahun tetapi pada 20.2.1998 dalam masa beberapa minit sahaja tak tahulah apa yang difitnahkan kepada ibunya hingga membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa sehingga terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai sepuluh hari sebelum rujuk kembali.

Hasil kemuncak fitnahnya adalah dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Jawatan TPM dan dilucutkan keahlian UMNO yang menggemparkan dunia seluruhnya hingga kehari ini. Dialah bertanggungjawab penulis surat kepada PM pada 8.8.1997 memfitnah Anwar berzina dengan kakak iparnya hingga mendapat anak bernama Hafifah dan memfitnah abangnya mehmed Azmin setiausaha Anwar oang yang paling kaya dengan hasil rasuah serta perpakat dengan Azizan Abu Bakar memfitnah Anwar berhomosex dengan Azizan.

Surat-surat tersebut dengan 9.10.98 suruh abangnya Azwan buat laporan polis di Melawati dan menuduh dua abangnya Azman dan Azmin memecah masuk biliknya dan mengambil surat-surat penting dari bilik tersebut serta mendakwa abangnya Azman hendak membakar pakaiannya dan mendakwa Azmin hendak membunuhnya.

Dua orang pegawai polis Inspektor Ramlee dan DSP Ishak datang menyiasat kes tersebut serta seorang Juru gambar.

Home minister closes an eye on Najib and links to 'that' murder

Mariam Mokhtar, Malaysia Chronicle

Does the Home minister suffer from a sense of denial? What is it that prohibits him from realising the seriousness of Kausikan’s comments that “Najib has his neck on the line in connection with a high-profile murder case.”


Malaysia’s ties with Singapore are frosty after the Wikileaks disclosures, but Home Minister Hishammuddin Hussein can only expect a cold response from the Malaysian public.

Three days after the Wikileaks revelations, Hishamuddin denied that the Malaysian police had leaked information on Opposition leader Anwar Ibrahim.

Hishammuddin said that “…. it is irresponsible for any party to attempt to link the police or the Home Ministry as the source of the information”.

He maintained: “I would like to stress that all information and secrets pertaining to police investigations is well protected and is secured as it involves the image and credibility of the force”.

Is he able to give us an absolute guarantee that the source is not the police? Can information not be fabricated? Is information pertaining to police investigation as well protected as he claims?

In 2007, 8-year-old Nurin Jazlin disappeared in August after going out to a night market alone near her home in Wangsa Maju. A month later, her naked body was stuffed into a sports bag and left near a shop in Petaling Utama.

Soon after, Nurin's post-mortem photographs, started to appear on the net and her father, Jazimin Abdul Jalil, sued the police and the Government for the circulation of his daughter’s photos.

Jazimin said that the defendants had admitted their liability. A policeman, L/Kpl Amran, had taken home a draft containing the photographs and showed them to his neighbour whose relatives later captured them using a cellphone camera without his knowledge.

Jazimin successfully reached an out-of-court-settlement.

This may be one incident that we know of, but can Hishamuddin safely claim that all information and secrets pertaining to police investigations are well protected and secure?

When Hishamuddin was the leader of the UMNO Youth wing in 2004, Anwar had just been freed from prison, after Malaysia's highest court overturned his conviction for sodomy.

At that time, Hishamuddin, said that Anwar had menaced Malaysia’s stability and that the party should never take him back.

He said, “Let us not forget that this traitor once destroyed our unity, smeared the country's image and destroyed the economy with violent street protests.”

And yet, last week, he must have heard the Wikileaks revelations from a Singaporean official who said, “Najib has his neck on the line in connection with a high-profile murder case.”

Is Hishamuddin blind to Kausikan’s allegations about Najib and the high-profile murder? Don’t these links about a Prime minister and murder also ‘smear the country’s image’?

What about the other comments by the Singaporeans who claimed Malaysia was “dangerous”, that it was suffering from “racial conflict” and led by “incompetent politicians”? Haven’t these negative portrayals potential to “destroy the economy” and discourage investors?

We do not wish for a Home minister who acts like he is out of touch with reality. But this is the same Home minister who belittled women and said that they exaggerate the levels of street crimes.

He had allegedly said, “Most victims are women. What do women do? They go to the hairdressers... they chit-chat and suddenly it is everywhere and cause people to fear.”

Hishamuddin is privileged to live in a house which is probably in a gated community if not protected by an army of security personnel. He has no experience of the real world where crime is a constant threat.

Does the Home minister suffer from a sense of denial? What is it that prohibits him from realising the seriousness of Kausikan’s comments that “Najib has his neck on the line in connection with a high-profile murder case.”

He once famously said that time is needed to create the necessary police presence to address crime levels.

He said, “I tell the police not to get demoralised as the more people attack them, the more allocation we get”.

Maybe he should reflect that the Malaysian public is demoralised and disappointed when after the Wikileaks revelations, Hishamuddin chooses to attack only Anwar for sodomy, but he decides to avoid Najib and his alleged links to murder.

Kerajaan berjiwa rakyat untuk rakyat Malaysia sebenar

Tepat setahun dulu dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat pertama yang penuh bersejarah pada 19 Disember 2009 di Shah Alam, suatu muafakat baru muncul di Malaysia dengan pelancaran Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
Hari ini dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat kedua di Pulau Pinang, suatu harapan baru telah lahir di kalangan rakyat Malaysia dengan pelancaran Program 100 hari PR.
Saya pasti dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat ketiga tahun depan, suatu kerajaan baru berjiwa rakyat akan terbit di Malaysia yang martabatkan rakyat dan mendokong ketuanan rakyat.

Mengimbas kembali kepada dokumen Dasar Bersama PR yang merangkumi prinsip-prinsip asas perjuangan gabungan PKR, PAS dan DAP, ia mengandungi empat tajuk utama iaitu
1. Demokrasi Telus dan Tulen
2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil
3. Keadilan sosial dan pembangunan insan
4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar Negara.

Sekiranya Dasar Bersama PR boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia, maka Program 100 hari menggariskan secara terperinci dan  menyeluruh langkah-langkah spesifik secara permulaan untuk menjalankan urustadbir baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Program 100 hari ini benar-benar adalah harapan rakyat Malaysia yang dapat melihatkan reformasi kompreshensif yang kian mantap dan mendalam diusahakan oleh kerajaan-kerajaan negeri PR di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Bagi pihak PR Pulau Pinang, kesediaan Program 100 Hari ini menerima pakai dua inisiatif kami amatlah dihargai, iaitu program liputan wifi percuma yang akan siap akhir tahun depan dan RM100 setahun kepada  warga emas melebihi 60 tahun akan diberikan pula RM1,000 setahun kepada semua warga emas di Malaysia oleh PR di peringkat pusat.

Akan tetapi Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat. Program 100 Hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulin dan watan – the real Malaysians.

Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN? Sebelum mengenalpasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya. Who are not the real Malaysians?

Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar. Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah).

Satu lagi gologan ialah yang bukan “real Malaysians” adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya. Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialism dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar. Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syiok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.

Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or pseudo-Malaysians.

Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Inilah rakyat Malaysia sebenar yang kita di PR harus tumpukan.

Saya percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masayarkat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. PR harus fokuskan perhatian dan usaha gigih kita ke atas golongan pertengahan ini yang merupakan majoriti terbesar dan sering dilupai oleh media massa dan BN.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kita dilayani secara samarata. Yang mereka akan lebih sanjung bukanlah pemimpin individu yang berwibawa tetapi sistem yang berkesan. Sistem yang membolehkan sesiapa yang ingin jalankan urusan kerajaan boleh lakukannya tanpa menerusi pihak ketiga atau kenal orang tengah, hanya kenal undang-undang dah cukup – itulah system kedaulatan undang-undang yang rakyat Malaysia sebenar mahukan.
Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebenaran supaya masyarakat dan anak-anak kita tidak akan hancur. Dalam ugama Islam pun dinyatakan fitnah adalah lebih dasyat daripada bunuh, takkan lagi nak percaya Satu Malaysia yang bertopengkan One Israel dan Tipu Malaysia.
Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebebasan, kebebasan daripada penyalahgunaan kuasa yang rakus, amalan rasuah dan ancaman atau kebebasan daripada ketakutan(freedom from fear). Hanya dengan kebebasan hak asasi manusia baru kita boleh mendapat peluang samarata untuk merealisasikan potensi modal insan.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebajikan sebenar agar golongan daif, asnaf, miskin, kurang upaya dan lemah dapat terus dibela. Kemiskinan akan dilawan berhabis-habisan supaya semua dapat kecapi hasil kejayaan ekonomi.

Rakyat Malaysia juga hendak bertakwa kepada Tuhan agar kita menjadi insan baik yang takut kepada Tuhan dan bukan taksub kepada pemimpin dan isteri mereka. Masyarakat yang berpegang teguh kepada “amar maaruf nahi mungkar” akan pastikan pemimpin Firaun tidak akan timbul semula. Jangan mereka yang mahukan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat lupa, Firaun boleh bina Piramid yang masih wujud sekarang tetapi Firaun sudah lama tak ada lagi.

Inilah rakyat sebenar dalam golongan pertengahan yang PR mesti tumpukan bukanlah mereka yang rasis, benci-membenci, fitnah dan tamak-haloba. Kita mesti was-was tentang kempen kotor yang akan dimainkan dalam PRU13 yang diramalkan datang tak lama lagi. BN akan gunakan senjata 3R khususnya UMNO akan cakap PAS diperkudakan DAP dan MCA pula cakan DAP diperkudakan PAS. Saya nak tegaskan PAS dan DAP tidak memperalatkan satu sama lain, kami masing-masing hanya rela diperalatkan oleh rakyat sahaja.

Selama ini di Pulau Pinang UMNO serang DAP anti-Melayu dan MCA pula serang DAP anti-Cina. MCA serang DAP anti-bukan Melayu bila DAP tunjukkan bahawa dalam sistem tender terbuka, kontraktor Melayu memang mampu berdaya saing dengan memenagi sebilangan besar kontrak kerajaan. Kontraktor Melayu menangi 100% kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran serta 98% kontrak JKR. Bila kita martabatkan rakyat Pulau Pinang tanpa kira kaum, jelas yang tak dapat berdaya saing ialah kontraktor UMNO sendiri bukanlah kontraktor Melayu.

Kita tidak harus benarkan BN pecah-belahkan keutuhan PR. Perjuangan DAP adalah berteraskan Perlembagaan Persekutuan di mana DAP telah pinda Perlembagaan parti dalam 2006 untuk menerimanya. Kita tak harus benarkan UMNO cuba “hijack” Perlembagaan Persekutuan memecah-belahkan rakyat Malaysia bahawa adalah salah untuk memperjuangkan ketuanan rakyat. UMNO sering sebut Perkara 153 sebagai justifikasi untuk hanya perjuangkan ketuanan Melayu. Malangnya UMNO langsung tidak sebutkan bahawa Perkara 153 juga menyatakan kepentingan sah kaum-kaum lain mestilah dipelihara.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Article 153 of the Federal Constitution
It shall be the responsibility of the Yang di Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this article.

PR mesti tumpukan usaha menjayakan transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dengan Gross National Income(GNI) per capita USD15,000 menjelang 2020. Di bawah BN, ini tidak mungkin berlaku. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meragui keupayaan mencapai GNI USD15,000 ini. Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri secara terbuka menyatakan kemungkinan Malaysia akan jadi bankrap pada 2019. Demi selamatkan Malaysia dari jadi bankrap, PR perlu memerintah di Putra Jaya.

Hentilah cakap-cakap kosong. Marilah kita berusaha dan bekerja gigih.  Kita mahukan Konvensyen Kebangsaan PR ke-3 tahun depan diadakan di Putra Jaya. Kita mahukan Kerajaan berjiwa rakyat untuk rakyat Malaysia sebenarnya.
Hidup PR, Hidup Kerajaan Berjiwa Rakyat, Hidup Martabat Rakyat!


LIM GUAN ENG

Intipati ucapan Presiden PAS (Konvensyen PR ke-2)

INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2

Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang
19 Disember 2010


Mukaddimah

1.   Yang Dihormati Saudara Pengerusi, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YAB Saudara Lim Guan Eng – Setiausaha Agung DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Dihormati Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden PKR, Seluruh Anggota Kepimpinan  PAS – PKR – DAP, YAB Menteri Besar Kelantan – Kedah – Selangor, NGO, para tetamu dalam dan luar negara, Wakil-wakil Kedutaan Asing, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh perwakilan dan pemerhati sekalian.
2.   Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009.
3.   Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insyaAllah.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Ketetapan Konvensyen Pertama

4.   Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.
5. Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.
6.   Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu  penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka.  Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.
7.   Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.
8.   PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.
9.   PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Firman Allah SWT  Maksudnya :

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]

10.       Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

11.       Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah.

12.       Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Persidangan Shah Alam 2010

13.       Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin.

14.       Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi di berikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Masa Bergerak Ke Depan


15.       Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita  dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.

16.       Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut.  Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti.

17.       Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme sonsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat.

18.       Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini.

19.       Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang.

20.       Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat.

21.       Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya di jadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Perlu muhasabah


22.       Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita.


Asas perubahan

23.       PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita.

24.       Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.

25.       Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.

26.       Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.

27.       Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita.

28.       Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat ‘defensive’ untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi.

29.       Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Persediaan Pilihan Raya

30.       Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka.

31.       Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insyaAllah.

32.       Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak.

33.       Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


34.       Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini.

35.       Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan.

36.       Wassalamualaikum wbr.