Friday, October 21, 2011

Bangsat umPORno Kena Tempeleng Beb...!!!!


Lu orang pernah tengok Melayu Bangsat Bangsa UmporNo takkk...??? hahaha... tu dia gambaq kat atas tu... itulah manusia paling tak guna.. paling bangsat kat Malaysia nih... status dia bawah sikit jerrrr... daripada tahap UmporNo Totok... hahaha..

Itulah beb... lain kali kalau tote panjang seinci... jangan nak mencuba lubang Negro... kan dah terkial2 jadi bangang sorang2... lu nih memang muka pecah tembok laaaaa... selalu buat provokasi yang tak matang, tolol dan bahalol... hahaha...


Apa lu ingat... yang buat enakmen hudud dalam PAS tu... otak akademik barat macam lu ke..???

Apa laaaa... Zul Kulim lu bikin malu orang Kedah jelah... lu ingat dengan belit dan bodek macam tu dalam Parlimen, si Najib Razak nak letak lu sebagai calon dalam PRU-13 ke.... hahaha... muka dan perangai macam lu elok diletakkan bertanding dalam kandang babi lagi baik laaaa... pasal perangai dan putaq belit luuu... macam babi haramjadah...

Gua dapat bayangkan graduate pengajian Islam first class degree pasti ketawa pecah perut dengan kenyataan lu dalam Parlimen tuuuu.... tok-tok peti 13 negeri mesti gelak guling2 dengan luuuu... hahaha... Ulamak 40 dalam UmporNo lari terkincit2 masuk tandas... bukannya pasal nak terberak.. tapi nak bantai gelak dalam tandas... muakakakakaaaaa....

Sebabnya... diorang nak tempelak tak boleh, takut nanti syoruuu.. termissss... hahaha... so kena sembunyikan gelihati diorang tu dari pengetahuan Ketuanan Melayu diorang beb... hahahaha.. agaknya dalam kepala hotak diorang mungkin berkata...

"Jadi Ahli Parlimen tapi Bangang sepanjang zaman, entah macamana laaaa... mamat nih boleh jadi Ahli Parlimen... dah tu pulak nak cakap bab agama... macam sial wa cakap luuuu.... kah...kah...kah..."

Gua pulak terfikir dan kesian kat anak bini luuu.. ntah macamana laaaaa.. diorang menghadapi masyarakat sekeliling setiap hari... mesti malu tak hinggat punyalah, sebab dapat suami/bapak jenis bangangggggg.... macam luuuu.. sioooootttt... hahahaha...

Innalillah... jelah gua ucapkan buat lu Zul Kulim... hahaha...!!!!

p/s: woooiiii... beruk Kulim, lu kalau tak tau pasal hukum hakam dok diam2 jelah, jangan bagi celaru lagi minda melayu yang mengaku Islam kat Malaysia nih... ikut style gua... gua tak paham bab hudud gua tak sentuh isu tu dalam blog nih... nanti tak pasal2 jer... kena tempeleng macam kat sini.

Bodoh jugak loyar buruk macam lu nih... hahaha...!!!!
ISA.

Fenomena Dr. Aziz Bari bakal kuburkan UMNO BN pada PRU13


Malaysiakini melaporkan:
Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Perhimpunan itu berlangsung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat kira-kira jam 1.45 petang.

Bantahan diketuai beberapa pemimpin mahasiswa. Antara mereka, Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab dan aktivis mahasiswa Mohd Hilman Idham.

Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan seterusnya menuntut kebebasan akademik di seluruh universiti di seluruh negara khususnya di kampus berkenaan.

Mahasiswa yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu. - Mkini.
Sapa sangka tiba-tiba mahasiswa boleh bangkit dalam jangka masa yang singkat. Dengan 'notis' 3 hari saja tak kurang 700 mahasiswa berani berhimpun menyatakan bantahan.

Tu pun dalam keadaan sekatan dibuat di pintu masuk, kalau takdak sekatan mungkin lebih seribu akan berhimpun.

Setakat aku tulis ni dah ada 13ribu lebih yang like facebook page 10000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz yang baru diujudkan semalam. Tak sampai sehari dah cecah target 10ribu macam tajuk page tu.

Kalau UIAM terus bersikap angkuh jugak dan dilihat bertindak macam 'si anjing Umno', tak mustahil fenomena Dr. Aziz Bari ni akan terus berkembang dan menyumbangkan gelombang tsunami kecil yang boleh meranapkan Umno BN dalam PRU13 nanti.

Tapi nampak gayanya, UIAM bertindak berhati-hati dengan himpunan petang tadi dan tak berani nak bertindak angkuh. Jadinya takdak kejadian yang tak diingini berlaku.

Masa demo petang tadi, cuma Ketua AMK saja yang ditahan. Penahanan tu nampaknya tak bagi kesan sangat kepada mahasiswa pasai depa pun tak berapa nak respek ketua AMK tu aku rasa. Tapi kalau pimpinan mahasiswa sendiri yang ditahan, keadaan mungkin berlainan.

Sebelum tu, mStar ada melaporkan:
GOMBAK: Penggantungan khidmat Pensyarah Undang-Undang Universiti IslamAntarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari bukan sebagai satu hukuman namun sebaliknya sekadar tempoh untuk beliau memberi tunjuk sebab berhubung kenyataannya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkata, penggantungan khidmat Abdul Aziz selama tujuh hari berkuat kuasa pada 19 sehingga 25 Oktober ini adalah penggantungan bergaji penuh.

"Kami membuat penggantungan itu dengan alasan untuk melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu,"katanya pada sidang media di UIAM di sini, Jumaat. - mStar
Bila dah nampak mahasiswa nak bangkit, terpaksa la reaktor UIAM ni keluarkan kenyataan macam tu dengan harapan dapat reda sikit kemarahan mahasiswa.

Apa pun, salute untuk mahasiswa yang semakin berani bangkit dan suarakan bantahan.





Anwar dakwa Sabah, Sarawak akan terpinggir UMNO@BN

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertikaikan peruntukan Bajet 2012 kepada Sabah dan Sarawak, di mana bajet terdahulu, tidak dinikmati rakyat dua negeri itu.

Anwar berkata, bajet dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai ‘kegembiraan sekejap’ dan ia adalah ulangan daripada tahun sebelumnya.

“Jika melihat secara terperinci, hampir keseluruhan pembangunan dijanjikan untuk kedua-dua negeri itu masih belum ditunaikan, malah dalam pembentangan bajet baru-baru ini kerajaan sekali lagi berjanji.

“Hakikatnya tiada perubahan berlaku dan perkara ini berterusan dalam pembentangan bajet akan datang,” katanya.
Menurutnya, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dengan menjadikan sebahagian daripada rakyat dari beberapa negeri sebagai anak tiri.

Beliau berkata, pembangunan ataupun projek di kedua-dua negeri itu, hanya berlaku di kawasan tertentu.
“Bajet adalah hak rakyat dan ia perlu diserahkan kepada mereka,” katanya.SinarHarian

Saham ASN, ASB: Beri perbezaan fatwa kebangsaan, negeri

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai perbezaan fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri berhubung pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, ini kerana Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April lalu memutuskan bahawa Pelaburan ASN dan ASB dan seumpamanya adalah tidak halal kerana ia masih belum menepati hukum syarak.

Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 hingga 3 Februari 2008 memutuskan ianya adalah harus.


"Sebahagian besar daripada pelaburan ASN dan ASB adalah di dalam faktor kewangan konvensional yang membabitkan keuntungan berasaskan riba dan pasaran wang. Apakah fatwa di peringkat Persekutuan berlainan daripada fatwa negeri Selangor? Hadis Rasulullah SAW bermaksud, “Tidak bercampur antara halal dan haram melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal.," katanya ketika membahaskan belanjawan 2012 di dewan Rakyat kelmarin.

Siti Mariah yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut menggesa kerajaan menghapuskan sistem riba dengan tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman yang dibuat namun cukup sekadar mengenakan yuran kepada rakyat.

"Sudah sampai masanya kerajaan tidak lagi terlibat dengan unsur riba. Semua pinjaman kerajaan perlulah diberi secara tanpa faedah. Kerajaan tidak boleh mengambil keuntungan daripada rakyatnya sendiri.Walau bagaimanapun yuran pengurusan yang berpatutan adalah wajar," katanya.

Katanya, bagi merealisasikan negara tanpa riba, kerajaan harus membuat perancangan berperingkat untuk tidak lagi terlibat dengan riba seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat katanya pernah meminta Menteri Kewangan mengasingkan pendapatan haram dan halal.

"Ahli Parlimen di sebelah sini termasuk daripada DAP sendiri sudah beberapa kali meminta Menteri Kewangan untuk mengasingkan pendapatan dari sumber
haram daripada yang halal. Cukai arak, cukai judi, cukai perniagaan khinzir dan lain-lain yang sewaktu dengannya yang faedah diperolehi daripada pinjaman daripada kakitangan kerajaan perlu diasingkan dan digunakan untuk perkara-perkara yang dibolehkan oleh syarak," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga harus memastikan syaraikat berkaitan kerajaan (GLC) mengamalkan pematuhan syariah dalam semua perkhidmatan dan perniagaan.

Demo lagi bila Najib lawat UIA 25 Okt?

Kontroversi yang melanda pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Aziz Bari tidak akan menjejaskan kebebasan bersuara anggota akademik lain di universiti itu.Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkata, Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib KakitanganUIAM memperjelaskan bahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umum hendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti.
“Kita akan meneruskan dengan polisi kita tanpa mengenakan sekatanterhadap mana-mana ahli akademik (untuk berbuat demikian).

“Dan tidak ada sebab bagi mana-mana ahli akademik perlu takut untukmengeluarkan kenyataan,” katanya pada sidang media di UIAM di sini,Jumaat.
Dr Zaleha berkata, kes Abdul Aziz tidak sepatutnya dijadikan alasankepada ahli akademik UIAM untuk berhenti daripada memberikan pandanganakademik mereka.
“Tetapi mereka perlu faham apa sahaja yang diperkatakan itu untuk halyang tidak memberi kesan (sehingga menjejaskan kepentingan UIAM).
“Persoalan timbul dalam menyatakan pandangan tersebut secara amnya tidak menjejaskan reputasi universiti,” katanya.
Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.
Perhimpunan itu berlangsung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat kira-kira jam 1.45 petang.
Bantahan diketuai beberapa pemimpin mahasiswa. Antara mereka, Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab dan aktivis mahasiswa Mohd Hilman Idham.
Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan seterusnya menuntut kebebasan akademik di seluruh universiti di seluruh negara khususnya di kampus berkenaan.
Mahasiswa yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah beberapa pemimpin PKR. Antara mereka, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Tian Chua (Batu) dan Amiruddin Saari (ADUN Batu Caves).
Mereka hadir memberi sokongan kepada perjuangan mahasiswa yang menuntut penggantungan ahli akademik itu ditarik balik.
Sebelum itu, sejak tengahari tadi, pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.
Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.
Menurut mereka, sekiranya tidak selesai, perkara itu akan dilanjutkan pada 25 Oktober ini, apabila  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat universiti berkenaan.
Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).
Abdul Aziz dipetik sebagai berkata oleh portal Malaysiakini baru-baruini bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) itu bukan sesuatu yang lazim dan menyifatkannyasebagai tidak konsisten.
Berikutan isu tersebut, khidmat Abdul Aziz digantung sementara selama tujuh hari berkuat kuasa pada 19 sehingga 25 Oktober sebagai tempoh untuk beliau memberi surat tunjuk sebab kepada pengurusan UIAM berhubung kontroversi kenyataannya itu.

Revolusi Akademia

Oleh: MSK
See! Dalam posting lepas tentang “Aziz Bari: Revolusioner”, aku sebut tentang Dr. Asri. Semalam pun Dr. Asri terus memberikan komen menyokong Aziz Bari. Dan Dr. Asri punya komen lagi kaw! Dr. Asri kata tindakan menggantung Dr. Aziz Bari adalah satu tindakan yang tidak bertamaddun!!
Sekarang cuba kita imbau kembali isu-isu politik tanahair sejak seminggu lepas. Siapakah yang memacu perubahan? Orang politik atau orang non-politik? Siapa penggerak revolusi dan siapa penumpang revolusi?
Aku cuma tunggu sorang lagi Profesor dari Universiti Malaya untuk tampil kedepan. Sekiranya ini berlaku, maka universiti tanahair akan bergegar.
Dalam banyak-banyak isu politik yang menyentuh kepentingan rakyat, yang paling banyak bercakap tanpa rasa takut atau prejudis ialah Aziz Bari dan Dr. Asri. Itu sebab aku katakan merekalah penggerak revolusi.
Isu Aziz Bari ini adalah rentetan daripada isu DUMC dan JAIS. Apabila isu ini tercetus…tidak ada reaksi dari Anwar ataupun Ketua AMKnya, Shamsul iskandar. Masing-masing jaga periuk nasi. Bila Yob Tualang Sekah kata “Reformasi sudah mati dalam PKR”, aku setuju. Yang ada hanyalah jaga periuk nasi.
Apabila Sultan Selangor campurtangan dalam isu ini, juga tidak ada reaksi dari Anwar dan Shamsul Iskandar. Tidak ada orang politik yang membantu Aziz Bari.
Apabila Aziz Bari diberi surat tunjuk sebab, juga tidak ada reaksi dari Anwar dan Shamsul Iskandar, yang ada hanyalah kenyataan terbuka Cikgu Bard yang mewakili SAMM yang menyokong Aziz Bari.
Sebaik saja Aziz Bari digantung, muncul Facebook yang menyokong Aziz Bari dan dalam masa beberapa jam saja telah berjaya menarik hampir 5,000 penyokong. Apabila momentum sudah lancar, dan keadaan menjadi panas, tiba-tiba Ketua AMK PKR mengumumkan demonstratsi di Masjid UIA. Orang lain yang rancang, dia yang umumkan.
Yang ini aku kata opportunis Revolusi. Dia bukan penggerak, tapi bila tiba masanya, dia akan kedepan seolah-olah dia menjuarainya. Aku bukan menghalang, tapi sebaliknya teruskan turun ke masjid UIA esok. Tapi janganlah isu ini diambil kesempatan. Aku mintak kepada AMK PKR supaya jangan meng”hijack” isu ini…sebab aku tak mau panas revolusi ini mati…sepertimana matinya “Reformasi” apabila diambil alih oleh Keadilan. Aku mintak Shamsul Iskandar jangan la buat ucapan “AMK berdiri teguh dibelakang Prof. Aziz Bari demi menegakkan keadilan. Kita harap rakyat akan bersama-sama PKR menyokong Prof. Aziz Bari.” Kalau hang cakap macam tu, siap hang aku semboq!!
So, lepas Jumaat nanti, kita tengok berapa ramai yang hadir…dan siapa yang hadir. Aku juga harap Tantawi juga akan turun. Kalau dia tak turun, tapi sebaliknya pergi HIMPUN…kita tau la level dia takat mana. Tapi DAP jangan turun…sebab kalau turun, Umno akan terus buat cerita pasal menderhaka kepada Raja.
Hanya dalam masa seminggu yang lalu, tak pernah diduga mahasiswa akan berhimpun. Dan kita juga tak pernah menduga, Aziz Bari yang tiba-tiba jadi ikon ketidakadilan system pemerintahan BN. Ini juga yang aku dok berbalas-balas komen deng Jenin dalam “Kesetiaan kepada parti”.
Revolusi tidak dirancang…tetapi tercipta. Dan yang mencipta revolusi ialah pemerintah itu sendiri.
People’s Power di Filipina tercetus akibat pembunuhan Benigno Aquino. Yang membunuhnya ialah tentera upahan Marcos. Reformasi Indonesia tercipta selepas empat mahasiswa Universiti Trisakti dibunuh. Yang membunuhnya ialah polis upahan Suharto. Apakah Revolusi Akademia akan tercetus akibat tindakan Barisan Nasional sendiri yang mengarahkan Aziz Bari digantung dari tugasnya?
Mungkin terlalu awal untuk menduga apa yang akan terjadi. Tapi kalau ramai mahasiswa yang turun esok… maka kita tidak boleh lagi mengatakan mahasiswa sekarang tidak peka dengan persekitaran. Betul, sebab sebelum ini..mahasiswa tidak pernah nampak atau mengalami sendiri kebejatan BN. Masa Reformasi dulu, kebanyakan mahasiswa sekarang masih disekolah rendah. Sekarang mereka sudah nampak apa yang berlaku dan ini akan menimbulkan satu kebangkitan mahasiswa.
Sejak seminggu lalu, semua orang bercakap tentang HIMPUN yang akan diadakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu. Pelik himpunan tu sebab pasai apa buat himpunan sejuta umat, tapi buat kat stadium yang hanya boleh muat 80,000 orang? Buat la kat Dataran Merdeka ka..baru la rock.

Azizbarisme sudah melanda

Mohamed Hadi al-Majwi
Saya mengenali Profesor Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan saya ketika saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mudah ceritanya, Aziz Bari ialah tok guru saya dan sudah tentulah saya berasa amat terhutang budi kepada beliau.Saya percaya ribuan pelajar dan bekas pelajar beliau turut berkongsi sentimen yang sama dengan saya.Saya mengenali Aziz Bari sebagai seorang yang teguh dengan prinsip dan mempertahankan pandangan akademiknya berteraskan hujah ilmiah. Pandangan beliau yang tegas mengenai isu-isu perlembagaan dan kenegaraan sudah tentu perlu dibayar dengan risiko.

Ini yang selalu dipesankan oleh beliau kepada para pelajarnya. Disebabkan kelantangan beliaulah, beliau pernah berkata beliau tidak akan mempunyai peluang untuk menjadi Dekan di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Timbalan Rektor, apatah lagi Rektor UIAM.
Pingat dan darjah kebesaran daripada istana, jauh sekali! Tetapi inilah harga yang perlu dibayar untuk mempertahankan maruah ilmu yang dijunjung oleh beliau.
Di dalam memberi ulasan dan pandangan, saya melihat Aziz Bari sebagai seorang yang berterus-terang dan tidak berlapik-lapik atau berdolak-dalik di dalam mengutarakan buah fikirannya. Tidak seperti sesetengah profesor kangkung dan bayam yang kita boleh kenal ciri-cirinya.
Buku-buku penulisan beliau mengenai perlembagaan juga secara terbuka mengkritik parti pemerintah dan tokoh-tokoh politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan baru sekarang, tetapi konsisten sejak dahulu lagi.
Bacalah hasil penulisan beliau (masalahnya yang menghentam beliau pun tak pernah membaca buku-buku dan artikel-artikel beliau). Kalau orang menuduh Aziz Bari pro-pembangkang, ini juga saya fikir melucukan kerana kita masih belum terlupa beliau pernah mengkritik kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka di media massa.
Ulasan Aziz Bari seringkali ditagih di dalam soal-soal berkaitan perlembagaan, dari zaman Meor Atiqulrahman, membawa kepada Lina Joy, sehinggalah krisis perlembagaan Perak dan terkini isu titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja.
Sudah tentulah tidak semua pandangan beliau boleh diterima oleh semua pihak, tetapi kalau tidak bersetuju, balaslah dengan hujah akademik. Tetapi di bumi bertuah ini, hujah intelek selalunya dibalas dengan laporan polis, soal siasat pihak berkuasa, surat tunjuk sebab dan pelbagai bentuk intimidasi lain.

Satu perkara lagi yang saya kagum dengan Aziz Bari ialah beliau seorang yang sangat rajin menulis, baik santai mahu pun ilmiah inti penulisannya. Tulisan-tulisan ini pula bukanlah dipetik daripada langit, tetapi beliau berkorban masa untuk menghasilkannya.
Para pelajar dan pensyarah di AIKOL boleh mengesahkan, sewaktu cuti-cuti umum, sewaktu UIAM lengang tidak berpenghuni, kita boleh melihat kereta Mercedes antik merah beliau di parkir kereta pensyarah dan lampu biliknya menyala hingga ke lewat malam. Pengampukah orang sebegini? Kaki bodekkah? Kangkungkah?
Sepanjang yang saya tahu, Aziz Bari tidak bercita-cita tinggi pun di dalam politik. Cita-citanya hanyalah para pelajar, buku-buku ilmiah dan hasil kajiannya sahaja. Setahu saya, Aziz Bari tidak ada telefon bimbit pun. Takkanlah orang yang tiada telefon bimbit sebegini cita-citanya mahu jadi wakil rakyat dan seterusnya menjadi menteri kabinet atau Perdana Menteri?
Terkini, beliau telah digantung tugas daripada UIAM disebabkan tuduhan-tuduhan jahat ke atas beliau. Saya percaya bekas pelajar-pelajar beliau yang sudah menjadi “orang-orang besar” menggeleng-geleng kepala dengan perkembangan ini.
Bagi saya, ini tidaklah aneh kerana warga UIAM sudah masak dengan wayang murahan sebegini. Kita pun tahu apa sudah berlaku sewaktu Ustaz Azhar Idrus dijemput berceramah di UIAM. Hilang seorang profesor, berderet-deret universiti luar negara yang akan mengambil beliau untuk berkhidmat di luar negara. Akhirnya siapa yang menjadi mangsa? Para pelajar kita juga.
Saya cuma insan kerdil yang tidak mempunyai kuasa dan upaya untuk mengubah keadaan. Saya hanyalah bekas anak murid Aziz Bari dan saya menukilkan pendapat saya ini sebagai tanda sokongan penuh saya kepada beliau. Warga UIAM dan bekas para pelajar beliau, marilah kita berdoa supaya Profesor Dr. Abdul Aziz Bari diberikan segala kekuatan untuk menghadapi ujian ini.
Berpegang teguhlah Prof, kami semua mendoakan. Sesudah Sabuisme, kita kini menyaksikan gelombang Azizbarisme.

"Lawan ilmu dengan ilmu!" Mahasiswa bangkit pertahankan Aziz Bari

Kira-kira 700 orang siswa-siswi berhimpun selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mempertahankan pensyarah Undang-Undang UIAM, Profesor Abdul Aziz Bari.  Malah mereka bertegas, seandainya tiada tindakan sebelum lawatan Perdana Menteri pada 25 Oktober, mereka tidak menolak kemungkinan untuk berhimpun sekali lagi dan menyerah memorandum kepada Najib Razak.

Ketika berucap pada kira-kira jam 1.50 petang tadi, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Razab berkata pihak universiti perlu adil ketika siasatan dijalankan, malah seharusnya "lawan ilmu dengan ilmu", dan bukannya "lawan ilmu dengan gantung".


Profesor Abdul Aziz Bari, 52, pensyarah Undang-Undang UIAM digantung dari tugasnya semalam, dipercayai ada kaitannya dengan kenyataan beliau ketika mengulas isu campur tangan Sultan Selangor dalam kes pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama.  Sebelum beliau diambil tindakan oleh pihak UIAM, beliau disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak polis di bawah Akta Hasutan.

Seterusnya, Ahmad Syukri Razab memimpin perarakan ke pejabat Rektor, namun dihalang oleh kira-kira 30 orang pegawai keselamatan dan polis.  Pertembungan fizikal berlaku, sehingga pergelangan tangan kiri Ahmad Syukri Razab dicederakan, malah beliau kehilangan satu kasutnya.  Beliau berkata dirinya hanya mengalami luka ringan, ketika ditanya wartawan selepas itu.

Bagaimanapun, siswa-siswi berjaya untuk menyerah memorandum kepada Timbalan Rektor, pada kira-kira jam 2.20 petang.  Pada masa yang sama, dua orang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan Tian Chua turut hadir untuk memberi sokongan kepada siswa-siswi dan Abdul Aziz Bari.  Perhimpunan bersurai selepas memorandum diserahkan.

Selain SMM, pertubuhan siswa-siswi yang hadir termasuklah DEMA, PKPIM, GAMIS, KARISMA, Pro Mahasiswa Nasional, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Majlis Perwakilan Mahasiswa Negara, Legasi Mahasiswa Progresif UPSI, Mahasiswa Pendidik UPSI dan lain-lain.

Di samping itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar bawah, berbaju biru) dihalang daripada masuk ke masjid hari ini, dan ditahan oleh lebih daripada 10 orang pegawai keselamatan dan polis. 

Shamsul bagaimanapun mengeluarkan kenyataan ringkas melalui telefon bimbitnya, "Sebentar tadi saya telah ditahan oleh pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berikutan kehadiran saya sebagai tanda solidariti kepada ribuan mahasiswa yang berhimpun di Masjid UIAM untuk membantah penggantungan Prof. Dr. Aziz Bari.

Apa yang menyedihkan, di UIAM yang sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogan UIAM 'Taman Ilmu dan Budi', saya ditahan di dalam Masjid dan langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lainnya.

Penahanan ini jelas membuktikan bahawa pentadbiran UIAM begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Dr. Aziz ini
."

Menurut pengamatan wartawan, UIAM mula membuat sekatan di pintu kampus pada jam 12 tengah hari, memeriksa setiap kereta yang masuk ke kawasan kampus.  Kereta tidak dibenarkan masuk selepas menunjukkan pass media, malah diberitahu pegawai keselamatan bahawa hanya Utusan Malaysia dan Berita Harian dibenarkan masuk.  Bagaimanapun, wartawan berjaya masuk ke kawasan kampus dengan menumpang kereta dua orang muslim yang lain.

MEREKA YANG MENGAJAR KITA BAHAWA SULTAN ITU BINATANG BUKAN..??

Para pemimpin Umno ditemplek pada persidangan Dewan Rakyat hari ini kerana pernah mengatakan 'binatang' kepada Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu kejadian di Kuala Terengganu beberapa tahun lalu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (kanan) berkata, kejadian itu tidak dapat dilupakan oleh beliau apabila bercakap mengenai keperluan setiap rakyat negara ini mempertahankan dan menghormati sultan atau raja-raja Melayu.

Menurut beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, namun apabila menyebut atau menyentuh tentang raja-raja, di Terengganu, pemimpin Umno sanggup kata "menatang" (binatang) kepada Tuanku Sultan.

"Inikah yang dikatakan menghormati atau mempertahankan raja-raja?" kata beliau ketika mencelah sewaktu Ahli Parlimen Maran (BN), Datuk Ismail Abdul Mutalib berucap pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Perkataan "Natang" atau "Menatang" yang bermaksud "binatang" itu diucapkan oleh pemimpin Umno yang ditujukan kepada Tuanku Mizan, ketika kumpulan pemimpin parti itu yang menyokong Datuk Idris Jusoh menentang perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Ucapan yang amat keterlaluan itu dipaparkan oleh mereka menerusi sepanduk yang dibawa ke sekitar kawasan istana, pada satu tunjuk perasaan bagi menggambarkan protes mereka terhadap tindakan Tuanku Mizan yang mahu melantik Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru untuk menggantikan Idris.

Perbuatan keterlaluan para pemimpin dan penyokong-penyokong Umno itu juga bukan sekadar tidak dapat dilupakan oleh rakyat Terengganu, malah seluruh rakyat negara ini.

Persoalan tersebut ditimbulkan oleh Abdul Wahid sebagai ingatan kepada para pemimpin Umno agar mengingatkan mereka dan penyokong parti itu sendiri terlebih dahulu supaya sentiasa menghormati dan mempertahankan sultan atau raja-raja Melayu sebelum mengingatkan orang lain.

Menjawab perkara yang dibangkitkan itu, Ismail yang ketika itu sedang berucap melibatkan keperluan setiap rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama menghormati raja-raja Melayu berkata, ingatan beliau itu sememangnya ditujukan kepada semua pihak.

Beliau kemudiannya menyalahkan pula kepada Abdul Wahid kerana membangkitkan perkara itu yang seolah-olah sengaja mahu mengenakan pemimpin Umno tanpa kononnya melihat kesalahan sendiri.

Sikap beliau yang seperti enggan menerima realiti itu menyebabkan beberapa orang ahli Parlimen lain dari Pakatan Rakyat turut menempleknya dengan ketawa sinis.

Ribuan sambut Zambry sembahyang Dhuha di Masjid Kg Melayu, Sg Rapat

Jika dibaca pada tajuk yang tertulis seperti diatas didalam akhbar perdana ataupun laman web Umno atau penyokongnya, tiada yang menghairankan memandangkan kedudukan Zambry yang dikatakan sebagai Menteri Besar Perak.

Tetapi apabila dilihat kepada gambar-gambar semasa program Sembahyang Dhuha Zambry bersama Imam, Bilal dan Guru Kafa sepertimana yang tertera pada banner yang digantung dimasjid tersebut, tidaklah sehebat mana sambutan yang diberikan kepada Zambry mahupun Hamidah sebagai penganjur program.

Jangankan rakyat warga penduduk Kg Melayu, Sg Rapat tersebut, ahli-ahli Umno disana pun tidak kelihatan.

Harap-harap semoga Zambry Abdul Kader sedarlah bahawa kuasa yang diperolehi dengan rampasan selamanya tidak akan direstui dan bertahan lama.







Sumber: http://ajijoi.blogspot.com/

Thursday, October 20, 2011

Misteri Cincin Puaka ~ Pendedahan SAMM

BACA ~ FAHAM ~ DAN SEBARKAN








AHLI AKADEMIK DITEKAN? ~ SHAMSUL ISKANDAR

pelbagai pihak menyatakan bantahan terhadap penggantungan perkhidmatan pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ekoran kenyataannya berkenaan titah Sultan Selangor baharu-baharu ini.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melalui Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penggantungan itu jelas mencalarkan imej UIAM selaku ‘Taman Ilmu dan Budi’, apabila seorang pensyarah yang berhujah melalui fakta dan kepakarannya, ditekan dengan tindakan seumpama itu.
“AMK tidak berniat untuk campur tangan di dalam pentadbiran UIAM. Sebaliknya, yang dipertikaikan ialah kenapa wujud kekangan ke atas kebebasan akademik, atau secara asasnya kebebasan berfikir di kalangan pensyarah yang bertanggungjawab mendidik mahasiswa?,” soal beliau dalam satu kenyataan media.
Sementara itu,Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.
“Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau,” kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat.
Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.
“Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel,” ujarnya lagi.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis juga dengan segera perlu menarik balik tindakan mereka mahu menakut-nakutnya pensyarah itu hanya kerana memberikan pandangan mengenai undang-undang.
“Pada masa yang sama, UIA seharusnya menarik balik surat tunjuk sebab yang mengakibatkan persepsi bahawa pihak berkuasa universiti di Malaysia kurang kebebasan dan hanya bertindak sebagai alat kepada parti pemerintah untuk menekan pandangan-pandangan yang berbeza,” kata beliau.
Exco Selangor, Elizabeth Wong berkata tindakan UIAM menggantung pakar perlembagaan terkemuka itu amat mendukacitakan. ”UIAM, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea,” katanya.
Tambah Elizabeth lagi, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau.
“Dengan mengambil tindakan ini, UIAM terbukti mementingkan agenda politik UMNO.  ”Transformasi” yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji kosong,” ujarnya.
Dalam pada itu ,kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap UIAM yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.
Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi “mempertahankan kebebasan akademik”.
“Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.
“Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip ‘kebebasan akademik’,” kata Syukri.
Lawyers For Liberty pula menyatakan tindakan UIAM tersebut bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan yang memberi kebebasan untuk bersuara dan menuntut kebebasan akademik dipertahankan.
“Kami menuntut bahawa penggantungan ini  wajar ditarik balik serta-merta manakala menyeru SKMM tidak langkau sempadan bidang kuasa. Kami juga menggesa pihak polis menghentikan serta-merta mengganggu Prof Aziz Bari dengan penyiasatan di bawah zalim Akta Hasutan,” katanya.
Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus UIA di Gombak selepas solat Jumaat.
Malahan protes ini semakin hebat melalui laman media sosial apabila beberapa laman Facebook dibuka untuk menyatakan bantahan tersebut.
Laman facebook “10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari” dan “Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari” mencatat lebih 2,000 selepas beberapa jam laman itu dibuka.

Gambar : Bukti Zul Kulim amat berpengaruh di Kulim

Oleh Anak Sg Derhaka
Sebelum korang tengok gambar ribuan hadir dalam ceramah Zul Kilm diakhir entry.. baca dulu mesej ini..

Mesej dari abangg Mat, Kelang Lama ,Kulim Kedah.

Sebelum hang nak cabar prof Aziz Bari ..Aku cabar hang buat ‘rumah terbuka’ pada A’idil Adha nanti.

Apa macam malaun …. ,lagi pun tak lama dah kita akan sambut hari kemerdekaan seluruh umat islam sedunia.

Aku duk tunggu jugak sejak 2008 kot kot hang nak buat rumah terbukak sempena a’dil fitri yang barakah..Tak Dak Jugak!..Hang dah balun berbelas ribu sebulan ,apa cerita baruah UmporNo oiii? nak buat jamuan Teh ‘O’ dan dua tiga biji kuih raya tak boleh ka?

Bukan main sedap hang laa ni jadi DJ UMporNO konon hero islam nak menentang puak gereja macam brahim geli…piii laaaah mampoih…Kami dibawah punya susah payah nak bagi PKR menang di Parlimen Kulim/Bandar Baru..tup tup hang senang lenang jual agama masuk kedalam tong taik UMporNO..

Hang kena sedar laa sikit kami orang kampong tak akan HALALkan elaun hang duk makan tiap tiap bulan tu..Penipu melayu dan islam macam hang mana ada maruah..mentekedarah hasil keringat kerja buat orang kampong!

Lihatlah ribuan?? hadir mendengar pidato Zul Kulim..




Sumber gambar : Na'im Nikmat

CUKUP-CUKUPLAH ZUL KULIM TUNJUK BODOH

KEBODOHAN Zul Kulim terdedah di Parlimen hari ini bila beliau mendakwa PAS `menghalalkan' liwat suami ke atas isteri. Memang tabiat Zul Kulim, bila beliau berhujah beliau tidak akan membenarkan Ahli Parlimen dari Pembangkang mencelah kerana beliau tahu kebodohan beliau akan terserlah nanti. Justeru itu, beliau menganggap berhujah di Parlimen seperti bercakap di depan TV3 tanpa ada sesiapa mahu menyanggahnya.

Sebelum ini, Zul Kulim telah membuat satu alasan untuk tidak menyahut cabaran Prof Dr Aziz Bari bagi mengadakan debat dengan beliau dalam isu menghina Sultan Selangor. Cara bodoh Zul Kulim adalah dengan meletakkan syarat sebelum berdebat, syaratnya Prof Dr Aziz Bari mesti mohon maaf dahulu kepada Sultan Selangor. Di situ sudah cukup menunjukkan betapa bengapnya MP Kulim Bandar Baru ini. Jika Prof Dr Aziz Bari memohon maaf kepada Sultan Selangor, perlu apa lagi debat? Bukankah debat itu atas isu betulkah Prof Dr Aziz Bari menghina Sultan Selangor? Itulah Zul Kulim yang sentiasa mencari alasan untuk menyorokkan kebaculannya. Sama juga seperti beliau bacul tidak berani menyahut cabaran YB Khalid Samad untuk berdebat dalam isu Kalimah Allah.
Kebengapan otak Zul Kulim tidak boleh disorokkan melalui `kopiah' di atas kepalanya. Hari ini terdedah lagi apabila beliau mahu bercakap isu agama iaitu berkaitan Hudud dan soal Baligh. Beliau merujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu. Menurut beliau, perkara itu dirujuk pada Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

Jelas sememangnya Zul Kulim tidak tahu apa-apa tentang hukum Hudud tersebut. Beliau jahil di dalam menafsirkan undang-undang tersebut. Saya yang tidak berkopiah tinggi macam beliau pun faham serba sedikit tentang tafsiran undang-undang tersebut. Apa yang dimaksudkan di dalam undang-undang itu, jika berlaku perbuatan suami memasukkan zakar ke dalam dubur isterinya, ia tetap perbuatan liwat dan berdosa besar tetapi tidak menyamai hukuman liwat yang dilakukan selain dari suami dan isteri. Sama juga contoh, seseorang yang mencuri itu akan dipotong sebelah tangannya kecuali yang mencuri itu teramat lapar. Adakah ini bermakna orang yang lapar dihalalkan mencuri? Jawapannya tidak, mereka tetap berdosa kerana mencuri tetapi hukuman ke atasnya tidak sama dengan hukuman ke atas pencuri yang tiada alasan untuk mencuri.

Paling membangangkan, Zul Kulim tidak faham maksud `Mumayyiz' (berakal). Bagaimana mahu berhujah soal hukum Hudud jika bab Muamayyiz pun Zul Kulim tidak khatam? Hujah Zul Kulim cukup sekadar dijawap oleh Salahuddin Ayub dan MP dari PKR sahaja, tidak perlu Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi menjawabnya. Lain kali, bila Zul Kulim berhujah bab agama, kita harap PAS sediakan budak PASTI untuk menjawab dan mengajar MP Bebas dari Kulim Bandar Baru yang bakal hilang deposit di dalam PRU akan datang itu.

Lain-lain boleh baca di sini. Memang tepat PAS tendang, PKR pula sepak Zul Kulim keluar dari Jemaah daripada kita semua mendapat malu dari perangai dan kebodohan MP yang `tidak mumayyiz' lagi itu./wfauzdin.blogspot.com

Wednesday, October 19, 2011

Mydin Jatuhkan Imej Kerajaan BN, Tergamak Jual Barangan 'Percuma' Parti Itu Di Pasaraya Mereka !

Apa sudah jadi dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (foto) agaknya?. Persoalan ini dibuat susulan tindakan rangkaian pasaraya terbabit mencari untung dengan menjual barangan percuma atas nama Barisan Nasional (BN). Umum mengetahui barangan seperti t-shirt, topi, payung, bendera, kipas dan yang lainnya itu adalah cenderahati percuma yang diberikan kepada penyokong BN untuk berkempen setiap kali musim pilihanraya. Maknanya barangan terbabit adalah "percuma" dan diberikan kepada orang ramai supaya dipakai dan digunakan untuk menyokong parti terbabit menjelang pilihanraya. Anehnya, kini barangan itu dijual "lelong murah" tanpa segan silu dan rasa bersalah oleh pihak Mydin. Tambah mengejutkan barangan itu dijual juga dengan harga borong. Tindakan ini jelas sekali satu penipuan yang nyata oleh pihak Mydin sebenarnya. Barangan percuma yang diperolehi daripada BN dijual pula kepada orang ramai. Soalnya, siapakah yang membekalkan barangan terbabit?. Tindakan terbabit seolah-olah menunjukkan yang BN kini sudah tidak diperlukan lagi oleh rakyat hinggakan barangan jenama parti itu pun terpaksa dijual secara borong di rangkaian pasaraya Mydin. Apakah BN juga sudah ketandusan dana untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke-13, lantaran itu terpaksa melelong produk mereka untuk menampung kewangan yang berkaitan. Apa yang jelas Mydin telah memalukan BN sekarang. Selepas mereka diberi projek Kedai Rakyat 1Malaysia oleh kerajaan, maka akhirnya inilah balasan yang diterima. Satu penghinaan dan penganiayaan kepada BN. Apakah mereka harus berdiam diri dan membiarkan Mydin mencari untung dengan produk percuma itu agaknya?. Maka itu jom boikot Mydin !.


Bukti, ini dia sebahagian daripada barangan BN yang dilelong oleh Mydin

Lagi bukti, Mydin mengaut untung jual barangan pilihanraya Percuma BN

[Tindakan Mydin ini jelas sekali menjatuhkan imej dan maruah BN sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah selama ini Mydin yang menjadi pembekal barangan pilihanraya BN?. Jika itu keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan memberikan projek Kedai Rakyat 1Malaysia kepada pihak terababit. Rupanya, ada "give n take" dalam urusan yang berkenaan. Peniaga Melayu terus dianaktirikan, sebaliknya Mydin yang sudah kaya raya itu dikayakan lagi. Masalahnya, kenapa Mydin sanggup menjual barangan "Percuma" di pasaraya terbabit. Bukankah semua produk BN itu adalah diberikan secara percuma kepada rakyat dan petugas pilihanraya mereka?. Apakah BN tahu yang mereka akan kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, maka aal-awal lagi sudah melelong barangan cenderahati jenama BN itu?. Nampaknya, petanda awal kejatuhan BN sudah kian terasa dengan senario yang berlaku ini agaknya. Maka itu fikirkanlah].

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:


Anonymous said...
PRU 13 UMNO Israel / BN kita hapuskan,lepas tu kita tengok apa jd plak kat Mydin ni.sifir mudah lepas BN kalah tokey Mydin cakap najib yg suruh buka Kedai 1 Msia...haha Umno gampang punya game mmg boleh baca hahaha
Anonymous said...
Habis nak buat macam mane...Kalau jual atau bagi free barangan atau harta peliwat @ penzina tegar negara tu agak2 ada orang nak tak? Hakkk tuihhhh! orang sure muntah punya beb!
Anonymous said...
Stok 2008 amno kan melambak, segala baju lencana, bendera, orang amno dah tak mau pakai, yang banyak pakai Bangla potong rumput Alam Flora, tu pun pasal free. Kalau rajin cuba selongkar bekas BN untuk di lelong tu, aku ingat kertas poster ada dilelong sekali. Macam parti dah nak bengkrapsi hujung tahun ini. Bajet 2012 depisit ber bilion, amno dah tak cukup duit lelong baju le pilihan yang ada....SIANNN !!! Pilihanraya tak berapa lama lagi, pencacai kat atas dan bloger nak pakai dana, nak cekau kat mana ? mau tak mau suruh saja Mamak Maidin tolong jual barang reput tu nak tampung belanja pencacai. Pencacai amno banyak nya bukan mau kerja... duk harap bonus pilihanraya saja la dari calun2 hantu raya.
Anonymous said...
Apa ke bangang nye anon 9:39 kat atas ni,nak berhujah pun jgn la mcm Zul Kulim bodoh tu...apa ke gampang bebenor ko ni,apa ke pantatnye ko ni....
Anonymous said...
Barang tu free masa pilihanraya,sekarang bukan musimnya.Mydin jual pada siapa yg mahu beli,kalau tak mahu tak apa.Sepatutnya BN yg bising,ini org yg tak ada kena mengena dgn BN pulak mengada-ngada.Kalau ye pun yg jatuh adalah imeg BN,bukan PR.So what?.Carilah issu yg lebih memberi kesan kepada kehidupan rakyat utk di bincangkan. Nak boikot p.raya Mydin.?Silakan.
Anonymous said...
Kedai Rakyat 1 Malaysia bukan ke sedang di buka kepada semua rakyat utk menjalankannya sekarang ni.Mydin tu hanya permulaan dan Mydin adalah pengasasnya kepada Kedai Rakyat ni.Aku pun dah hantar resume utk mendapat peluang ni.Hidup ni kean cepat,siapa cepat dia dapat.
Anonymous said...
Alhamdulillah le kalau BN kalah dalam PRU ke 13 nanti. Sebab BN terutamanya UMNO tak peka bila rakyat menolak pemimpim BN dalam PRU ke 12 dulu. Pemimpin UMNO masih tak sedar diri. Nampaknya mereka makin melatah. Talian hajat pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Rakyat tolak BN dulu sebab marah kat Pak Lah kerana tak peka penderitaan rakyat. Kini sampai masa untuk Najb pulak. Lingkup BN
Anonymous said...
Sudah kehabisan Dana. Jadi jual apa yang boleh dijual. Laku atau tidak laku cerita lain. Sekarang nie jual harta UMNO, mungkin suatu ketika nanti jual Negara pulak. Tak gitu