Friday, October 21, 2011

Revolusi Akademia

Oleh: MSK
See! Dalam posting lepas tentang “Aziz Bari: Revolusioner”, aku sebut tentang Dr. Asri. Semalam pun Dr. Asri terus memberikan komen menyokong Aziz Bari. Dan Dr. Asri punya komen lagi kaw! Dr. Asri kata tindakan menggantung Dr. Aziz Bari adalah satu tindakan yang tidak bertamaddun!!
Sekarang cuba kita imbau kembali isu-isu politik tanahair sejak seminggu lepas. Siapakah yang memacu perubahan? Orang politik atau orang non-politik? Siapa penggerak revolusi dan siapa penumpang revolusi?
Aku cuma tunggu sorang lagi Profesor dari Universiti Malaya untuk tampil kedepan. Sekiranya ini berlaku, maka universiti tanahair akan bergegar.
Dalam banyak-banyak isu politik yang menyentuh kepentingan rakyat, yang paling banyak bercakap tanpa rasa takut atau prejudis ialah Aziz Bari dan Dr. Asri. Itu sebab aku katakan merekalah penggerak revolusi.
Isu Aziz Bari ini adalah rentetan daripada isu DUMC dan JAIS. Apabila isu ini tercetus…tidak ada reaksi dari Anwar ataupun Ketua AMKnya, Shamsul iskandar. Masing-masing jaga periuk nasi. Bila Yob Tualang Sekah kata “Reformasi sudah mati dalam PKR”, aku setuju. Yang ada hanyalah jaga periuk nasi.
Apabila Sultan Selangor campurtangan dalam isu ini, juga tidak ada reaksi dari Anwar dan Shamsul Iskandar. Tidak ada orang politik yang membantu Aziz Bari.
Apabila Aziz Bari diberi surat tunjuk sebab, juga tidak ada reaksi dari Anwar dan Shamsul Iskandar, yang ada hanyalah kenyataan terbuka Cikgu Bard yang mewakili SAMM yang menyokong Aziz Bari.
Sebaik saja Aziz Bari digantung, muncul Facebook yang menyokong Aziz Bari dan dalam masa beberapa jam saja telah berjaya menarik hampir 5,000 penyokong. Apabila momentum sudah lancar, dan keadaan menjadi panas, tiba-tiba Ketua AMK PKR mengumumkan demonstratsi di Masjid UIA. Orang lain yang rancang, dia yang umumkan.
Yang ini aku kata opportunis Revolusi. Dia bukan penggerak, tapi bila tiba masanya, dia akan kedepan seolah-olah dia menjuarainya. Aku bukan menghalang, tapi sebaliknya teruskan turun ke masjid UIA esok. Tapi janganlah isu ini diambil kesempatan. Aku mintak kepada AMK PKR supaya jangan meng”hijack” isu ini…sebab aku tak mau panas revolusi ini mati…sepertimana matinya “Reformasi” apabila diambil alih oleh Keadilan. Aku mintak Shamsul Iskandar jangan la buat ucapan “AMK berdiri teguh dibelakang Prof. Aziz Bari demi menegakkan keadilan. Kita harap rakyat akan bersama-sama PKR menyokong Prof. Aziz Bari.” Kalau hang cakap macam tu, siap hang aku semboq!!
So, lepas Jumaat nanti, kita tengok berapa ramai yang hadir…dan siapa yang hadir. Aku juga harap Tantawi juga akan turun. Kalau dia tak turun, tapi sebaliknya pergi HIMPUN…kita tau la level dia takat mana. Tapi DAP jangan turun…sebab kalau turun, Umno akan terus buat cerita pasal menderhaka kepada Raja.
Hanya dalam masa seminggu yang lalu, tak pernah diduga mahasiswa akan berhimpun. Dan kita juga tak pernah menduga, Aziz Bari yang tiba-tiba jadi ikon ketidakadilan system pemerintahan BN. Ini juga yang aku dok berbalas-balas komen deng Jenin dalam “Kesetiaan kepada parti”.
Revolusi tidak dirancang…tetapi tercipta. Dan yang mencipta revolusi ialah pemerintah itu sendiri.
People’s Power di Filipina tercetus akibat pembunuhan Benigno Aquino. Yang membunuhnya ialah tentera upahan Marcos. Reformasi Indonesia tercipta selepas empat mahasiswa Universiti Trisakti dibunuh. Yang membunuhnya ialah polis upahan Suharto. Apakah Revolusi Akademia akan tercetus akibat tindakan Barisan Nasional sendiri yang mengarahkan Aziz Bari digantung dari tugasnya?
Mungkin terlalu awal untuk menduga apa yang akan terjadi. Tapi kalau ramai mahasiswa yang turun esok… maka kita tidak boleh lagi mengatakan mahasiswa sekarang tidak peka dengan persekitaran. Betul, sebab sebelum ini..mahasiswa tidak pernah nampak atau mengalami sendiri kebejatan BN. Masa Reformasi dulu, kebanyakan mahasiswa sekarang masih disekolah rendah. Sekarang mereka sudah nampak apa yang berlaku dan ini akan menimbulkan satu kebangkitan mahasiswa.
Sejak seminggu lalu, semua orang bercakap tentang HIMPUN yang akan diadakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu. Pelik himpunan tu sebab pasai apa buat himpunan sejuta umat, tapi buat kat stadium yang hanya boleh muat 80,000 orang? Buat la kat Dataran Merdeka ka..baru la rock.

No comments:

Post a Comment