Tuesday, January 11, 2011

Kerajaan Republik: Mingguan Malaysia dikecam

Petaling Jaya: Ketua Penerangan Keadilan Dr Muhammad Nur Manuty menyelar laporan Mingguan Malaysia  yang menyiarkan artikel kononnya Pakatan Rakyat akan mewujudkan negara republik jika mengambil alih tampuk pentadbiran negara kelak.
“Kita melihat tulisan dalam ruangan editorial di Mingguan malaysia itu merupakan satu siri yang tak putus-putus untuk mengaburi mata rakyat terutama orang Melayu bahawa Pakatan Rakyat ingin memansuhkan perkara yang telah diperuntukan dalam perlembagaan terutamanya berkaitan institusi raja.
“Dakwaan ini sengaja direka oleh akhbar Utusan Malaysia dan berita Harian untuk meraih pengundi ketika Umno sudah kehabisan modal dan mencari apa sahaja ruang untuk mendapatkan modal politik,” tegas  Dr Muhd Manuty ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat keadilan pagi tadi.
Utusan Malaysia pada 9 Januari lalu, dalam ruang editorial yang ditulis penulis  Awang Selamat menuduh Keadilan dan Dap berusaha untuk menubuh ‘kerajaan republik.’
Tulisan itu mengulas isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Khusrin Munawi sebagai asas kepada dakwaan tersebut.
Menurut Dr Manuty, Konvensyen Pakatan yang diadakan di Pulau Pinang Disember lalu jelas menegaskan bahawa Pakatan menjunjung prinsip yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan.
Antaranya Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan, agama lain bebas mengamalkan ajaran masing-masing, menghormati Institusi Raja, menghormati kedaulatan dan hak istimewa orang Melayu serta memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“Perkara ini sepatutnya tak perlu disensasikan oleh akhbar semata-mata dalam keadaan rakyat yang semakin yakin dengan Pakatan Rakyat terutama selepas konvensyen di Pulau Pinang,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment