Saturday, January 15, 2011

LU TOLONG GUA ... GUA TOLONG LUUU




siap dengan parang dan kapak
datang membuka hutan bukit cerakah
cuba mencari bulu bulu
yang tertinggal untuk
ciuman terakhir kah kah kah








PM: KERAJAAN BANGUNKAN SEMUA KAWASAN LUAR BANDAR
-mkini

Najib Razak hari ini mengulangi kenyataannya bahawa kerajaan akan terus memberi perhatian serius kepada pembangunan di semua kawasan luar bandar.

"Petunjuknya ialah dengan peruntukan besar diberikan bagi melaksanakan lebih banyak projek pembangunan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan program-program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," kata Najib sebelum merasmikan pembukaan klinik Kesihatan Belaga berharga RM46 juta, di Belaga.

"Kerajaan juga sedar bahawa ia akan menelan lebih banyak belanja untuk membawa lebih banyak projek pembangunan ke kawasan luar bandar terutamanya kerana kos pengangkutan dan jarak jauh yang terbabit seperti di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah.

"Tetapi semua itu tidak akan menjadi penghalang kerana ia adalah untuk manfaat rakyat," katanya.

Sebagai balasannya, katanya, kawasan seperti ini sentiasa menjadi kubu kuat kerajaan sejak zaman merdeka.

No comments:

Post a Comment