Friday, January 21, 2011

Surat Terbuka Kepada Pengundi Dun Tenang

Oleh PeriaPahit

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengundi DUN Tenang. Tidak lama lagi para pengundi akan menghadapi pilihanraya kecil DUN Tenang ekoran kematian wakil rakyat kawasan tersebut. Dalam menghadapi piliharaya tersebut, saya memohon jasa baik para pengundi di DUN tersebut untuk berbuat sesuatu kepada rakyat MALAYSIA.

Saya tidak meminta para pengundi untuk menyokong calon PAS (PR) dan menolak calon BN atau sebaliknya. Saya tahu para pengundi akan dihujani dengan pelbagai janji dan bantuan segera memandangkan setiap undi itu amat berharga baik kepada calon BN mahupun calon PAS (PR).
Para pengundi juga akan diberi lebihan dan kekurangan rezeki ketika musim pilihanraya kecil ini. Bagi yang bertugas di kem BN, insyaallah RM akan mengalir masuk manakala yang bertugas di kem PAS (PR), RM akan mengalir keluar. Tetapi yang pasti rezeki berupa janji adalah yang paling banyak ketika tempoh berkempen dan wang ringgit akan menyusul ketika dihujung kempen.
Ketika para pengundi bergembira menghadapi piliharanraya tersebut, saya sebagai rakyat MALAYSIA yang berada jauh dari DUN TENANG tidak berasa TENANG disini. Saya yakin, ramai lagi rakyat MALAYSIA diseluruh MALAYSIA yang tidak TENANG ketika ini. KeTENANGan rakyat MALAYSIA kini terganggu dengan kesan kenaikkan harga barang. Tetapi bukan isu kenaikkan harga barang yang nak saya ungkitkan disini tetapi isu lain yang amat memerlukan bantuan para pengundi di DUN TENANG.
Saya ingin memohon jasa baik para pengundi untuk bertanyakan hal bantuan untuk PELAJAR MISKIN yang dihapuskan oleh pihak kerajaan. Sekiranya ada perayu undi atau menteri dari kerajaan MALAYSIA datang menemui anda, sila kemukakan persoalan kenapa bantuan KUMPULAN WANG PELAJAR MISKIN (KWPM) diberhentikan. Kemukakan juga kenapa bantuan RANCANGAN MAKAN TAMBAHAN (RMT) untuk PELAJAR MISKIN juga diberhentikan?
Persoalan diatas bukanlah isu utama di DUN TENANG tetapi ianya merupakan ISU UTAMA bagi rakyat MISKIN di MALAYSIA.  Setiap tahun, rakyat MISKIN menanti bantuan KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) untuk menampung yuran persekolahan dan juga persedian pakaian untuk musim persekolahan baru. Kemudian rakyat MISKIN juga menanti bantuan RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) bagi memastikan anak-anak mereka tidak lapar disekolah walaupun tidak memilik wang perbelanjaan harian. Kini dengan kos barang keperluan yang naik mendadak dan ditambah  dengan persediaan persekolahan, maka ramailah rakyat MISKIN MALAYSIA yang merana dan tidak TENANG hidup mereka. Bagi sesetengah tempat, musim hujan menambahkan lagi ketidak TENANGan mereka kerana mereka tidak mampu untuk mencari rezeki (khusus buat nelayan dan penoreh getah).
Tanya kepada pemimpin MALAYSIA, harga satu malam kamar hotel penginapan ROSMAH di DUBAI boleh diberi bantuan kepada berapa ramai rakyat MISKIN melalui KWAPM. Kenapa kos penginapan RM100,000.00 semalam boleh dibayar kepada ROSMAH sedangkan RM100,000 itu boleh menampung sebanyak 500 orang pelajar miskin melalui KWAPM. Kalau ROSMAH menginap 5 malam, bererti 2500 pelajar miskin akan mendapat bantuan. Bagaimana pula dengan isteri-isteri menteri yang mengiringi ROSMAH? Kalau kamar mereka RM10,000 semalam, berapa kamarkah yang perlu diisi dan kalau 20 kamar bererti RM200,000 satu malam dan kalau 5 malam bererti RM1 juta. Dengan RM 1 Juta itu, lagi 5000 pelajar miskin akan mendapat bantuan menjadikan jumlah keseluruhan 7500 pelajar. Sekiranya keseluruhan kos lawatan ROSMAH ini menelan belanja RM4 juta, bererti 20000 pelajar miskin akan mendapat bantuan. Sebab itulah saya merayu para pengundi sekelian bertanyakan kenapa bantuan KWAMP dihentikan tetapi perjalanan ROSMAH diteruskan.
Para pengundi Felda Chempelak mungkin gembira kerana NAJIB memperuntukkan RM8.5 juta untuk 500 lot tanah buat generasi kedua FELDA. Tetapi tahukan anda sekalian kenapa RM8.5 juta boleh dibelanjakan untuk 500 lot kepada 500 peneroka sedangkan sekiranya RM8.5 juta diperuntukkan kepada RMT (Rancangan Makan Tambahan) bererti sebanyak lebih 1.5 juta pelajar miskin akan dapat menikmati makanan bernilai RM3 sehari selama sebulan. Seronokkah NAJIB memberi kepada 500 orang pengundi DUN TENANG dengan menari bantuan kepada 1.5 juta pelajar miskin.
Pada 18hb. Januari yang lepas, para ketua kerani dan kerani sekolah-sekolah diseluruh Malaysia diberi taklimat. Taklimat yang merupakan arahan kepada sekolah untuk memulangkan semua baki perbelanjaan yang tidak digunakan pada tahun lepas kepada KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA selewat-lewatnya 31hb. Januari 2011.
Dengan arahan tersebut, sekolah-sekolah diluar Bandar yang majoritinya pelajar miskin akan ditekan oleh pihak sekolah untuk melunaskan yuran sekolah dan PIBG dengan kadar segera kerana tanpa yuran sekolah dan PIBG, pihak sekolah tidak mempunyai kewangan untuk mengurus tadbir sekolah.
Diakui bahawa terdapat sekolah yang tidak membelanjakan keseluruhan bajet tahun lepas kerana menampug perbelanjaan diawal tahun sebelum bajet baru tiba. Kini dengan penarikkan balik lebihan bajet tahun lepas, maka sekolah akan mengalami kesusahan tetapi ini tidak berlaku kepada sekolah-sekolah elit seperti Kolej Tunku Kurshiah yang memiliki dana PIBG mencecah jutaan ringgit.
Oleh itu, saya merayu kepada pengundi di DUN TENANG, sekiranya berkesempatan bertemu dengan tokoh-tokoh kerajaan baik MENTERI atau ORANG KUAT PARTI…sila kemukakan persoalan ini.
Soalan yang mudah……..
1.       KENAPA BANTUAN KWAMP tiada tahun ini?
2.       KENAPA BANTUAN RMT tiada tahun ini?
3.       BAGAIMANA Sekolah nak berfungsi kalau dana diambil balik?
Ketiga-tiga soalan ini bukanlah hanya untuk pengundi MISKIN DUN TENANG sahaja bahkan ianya untuk seluruh rakyat miskin di MALAYSIA.

Sekian, terima kasih.

Peria Pahit

No comments:

Post a Comment