Saturday, February 19, 2011

Berani NGO Ni Cari Pasal Dengan Mahathir!!!


Cisss!!
berani sungguh NGO Suaram ni cari pasal dengan pejuang melayu terulung ini!
Tergamak Suaram ni memperkotak-katikkan Pahlawan Terbilang Melayu!

Che Det ni... satu-satunya Perdana Menteri yang berjaya membangunkan negara Malaysia!
Hanya Che Det yang mampu lakukannya..
Lihatlah anak-anak Che Det ni..
Semua hidup berwasatiah yakni sederhana..
Baik Marina..Baik Muhriz..Mirzan mahupun Mokhzani...
Semuanya hidup bercirikan Al-Quran dan Hadis..

Maha benarlah kata-kata Che Det yang dia tak suka ISA dan pernah memberi cadangan kepada Polis agar ISA dimansuhkan tapi Polis tak setuju..
So, bukan salah Che Det... Itu salah Polis..
Lagi pulak polis kata tak salah..

hmmmm..
sunsnake 18022011

NGO pelawa Mahathir sertai kempen mansuh ISA


NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu berkongsi hasrat yang sama. "Jika Dr Mahathir melihat ISA membenarkan pencabulan hak asasi dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, dia patut segera mendesak pemansuhan akta kuku besi ISA," kata penyelaras Suaram Nalini E (kanan).

Berita Penuh

Dr M: Polis halang saya mansuh ISA

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut. Katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

No comments:

Post a Comment